Minggu, 7 Desember 2008 11:07:21 AM Sekitar 9.000 Jemaah Haji Tinggal di Apartemen Mewan Mina
Jakarta (MCH).
Sekitar 9.000 jemaah haji atau tepatnya 8.864 jemaah haji tahun ini akan menempati pertama kalinya menara di Mina
yang tak jauh dari jamarat.
Hal ini dikemukakan manajer Pemondokan Mina (Abraj Mina) Said Jamil Al-Qursyi yang dikutip harian Al-Madinah edisi Ahad,
7 Desember hari ini.
Sayangnya pemondokan mewah itu sudah habis dipesan 25 perusahaan penyelenggara perhajian domestik dengan nilai 30 juta Riyal.
Harga itu, menurut Al-Qurasyi, merupakan harga korting 20% dari harga sebenarnya, sebagai harga perkenalan.
Menurut Qursyi, menara B1 dan B2 memiliki 110 kamar yang masing-masing menara bisa dihuni 1.760 jemaah haji.
Sementara Menara A3 memiliki 160 kamar dengan 2.560 jemaah haji dan Menara A4 dengan 174 kamar untuk 2.784 jemaah haji.
Menara-menara ini sangat dekat ke jamarat sehingga menjadi andalan atau bahan jualan para pengelola perhajian domestik Arab Saudi. Bangunan menara inis angat menonjol dan mencolok karena dibangun di atas gunung batu di sisi Mina.(Musthafa Helmy)
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 7-12-2008 07:45 PM
ummi
tgk dari kul 12..sampai skrang tak berhenti..live dari arafah tadi..khutabah arafah..siap record lagi heheh
Sain,
Lepas tu sambung pulak kisah jemaah mengerjakan haji entah tahun berapa tak tahulah sebab cakaqp arab. Mungkin tahun 1940an atau 50an kalau dilihat dari prasarananya..dan suasan di Majidil Haram.
Hussain tengok tak atau sedang bertakbir di Masjid masa siaran tu?
Originally posted by Rosputih at 7-12-2008 09:29 PM
Sain,
Lepas tu sambung pulak kisah jemaah mengerjakan haji entah tahun berapa tak tahulah sebab cakaqp arab. Mungkin tahun 1940an atau 50an kalau dilihat dari prasarananya..dan suasan di M ...
Dah sempurnalah jemaah haji kita melakukan perkara2 rukun dan wajib haji..berdoa agar mereka mendapat haji mabrur.. KT 1 dah siap sedia nak pulang ke Msia... x sabar mereka nak berjumpa sanak saudara mereka di Msia.. semuga permudahkan perjalan mereka amiiin... Mana2 jemaah wat haji Ifrad.. mereka bnyk masa untuk wat umrah lg....
teringat masa flight balik....perjalanan beberapa jam terawal ok lagi...bila tinggal 2 jam lagi nak sampai KLIA, ramai mundar mandir...tak boleh duduk di seat dah....tak sabar nak jumpa sanak saudara di M'sia.
Originally posted by aziefa at 7-12-2008 10:19 AM
Allah pemberi rezeki dan boleh tarik nikmat kita bila-bila masa sahaja,
jadi sentiasalah ingat kita ini hamba!
Sudahkan kita bersedia...............................
menghadapi hari dimana bum ...
07 Disember, 2008 17:18 PM
Jemaah Haji Malaysia Solat Hajat Elak Tanah Runtuh Daripada Zulkefli Salleh
ARAFAH (Mekah) 7 Dis (Bernama) -- Jemaah haji Malaysia yang berada di sini untuk ibadah wukuf melakukan solat hajat awal pagi ini memohon agar tanah runtuh seperti yang berlaku di Bukit Antarabangsa pada Sabtu lepas tidak akan berulang dan di situ dan di tempat lain di seluruh negara.
Mereka juga memohon agar mangsa-mangsa yang belum ditemui segera diselamatkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"InsyaAllah doa jemaah haji Malaysia dimakbulkan," katanya kepada pasukan media Tabung Haji terdiri dari wartawan Malaysia di sini.
Beliau berharap seluruh umat Islam di Malaysia memohon agar negara selamat daripada bencana alam.
Ahmad Zahid, yang melawat beberapa Maktab Haji Malaysia di sini dan beramah mesra dengan para jemaah, berkata berpuashati dengan kebajikan jemaah termasuk mereka yang dikendalikan oleh syarikat haji swasta yang dilesenkan oleh Tabung Haji.
08 Disember, 2008 21:57 PM Jemaah Malaysia Lontar Batu
Daripada Zulkefli Salleh
MAKKAH, 8 Dis (Bernama) -- Rombongan haji Malaysia yang selesai berwukuf di Arafah semalam, hari ini meneruskan ibadah haji mereka dengan ritual seterusnya iaitu bermalam di Mina.
Semua jemaah haji negara selamat tiba di khemah masing-masing di Mina setelah singgah di Mudzalifah separuh kedua malam tadi, demikian menurut jurucakap Tabung Haji Malaysia hari ini.
Para jemaah haji akan mula melontar batu di jamrah mulai selepas subuh pada hari-hari Tasyriq (11,12 dan 13 Zulhijjah), bermula Selasa.
Bagi kemudahan dan keselamatan jemaah, Tabung Haji dengan kerjasama agensi haji Saudi, muassasah, mengeluarkan jadual waktu-waktu yang sesuai bagi mereka melakukan ritual yang diwajibkan itu dalam ibadah haji, katanya.
Esok, sebahagian jemaah haji yang berkemampuan akan melakukan ibadah korban di mana lebih 5,000 ekor kambing telah ditempah sebelum ini menerusi kaunter Tabung Haji, katanya.
ermmm kalo ikutkan skrg ni dh pukul 5 am kan kalo kat Tanah Suci...musti sume jemaah berpusu2 utk buat ibadah melontar pulak... Semoga Allah permudahkan urusan jemaah sume..aminnnn