|
JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)
[Copy link]
|
|
Originally posted by neo2504 at 28-2-2006 01:24 PM
ada tak sesaper leh terangkan...kenapa pn oeyo benci sgt kt takechiyo padahal dia tu pun anak pn oeyo gak?sy x tgk dr mula citer so takut tertinggal apa2..
pn oeyo nak bela takechiyo tp bapak mentua dia tak bagi..pastu kebetulan keluarga ofuku tu pernah gadoh n berbunuhan kira cam musuh tradisi..pak mentua oeyo mmg cari ibu susuan utk cucu sulung...kiranya pn oeyo tak puas ati tak dapat bela anak dia sendiri n di jaga plak oleh musuh...:hmm::hmm:
|
|
|
|
|
|
|
neo2504 This user has been deleted
|
ooo mcm tu ke?thanx hana... |
|
|
|
|
|
|
|
Ooku -Episode One- episode 3 (25 February 2006)
Sinopsis:
Ofuku (Yuki Matsu$hita) bertolak ke Shunbu bersama beberapa orang pengiring...dia beritahu semua orang yg dia nak berdoa bagi pihak Takechiyo (Kenta Suga), tapi sebenarnya dia ada niat lain...Ofuku sebenarnya nak pergi jumpa Tokugawa Ieyasu, bekas Shogun yg masih berpengaruh dan berkuasa di istana...Ofuku nak minta tolong Ieyasu bagi pihak Takechiyo...dalam perjalanan, anak sulung Ofuku iaitu Masakatsu tiba2 datang, katanya nak mengiringi Ofuku sebab perjalanan ni penuh bahaya...Masakatsu minta maaf dengan Ofuku sebab tak mampu tolong Ofuku dalam hal khabar angin tu, tapi Ofuku suruh dia jangan panggil Ofuku mak lagi...Ofuku suruh Masakatsu balik dan lindungi Takechiyo...
Ofuku dah tiba ke kediaman Ieyasu...Ofuku beritahu Ieyasu pasal Oeyo (Reiko Takashima) yg berniat nak jadikan Kunimatsu sebagai waris dan tentang semua orang kat istana sekarang dah menjauhi Takechiyo dan dah tak pedulikan senioriti...Ofuku bimbangkan masa depan Takechiyo dan katanya, dia sanggup jadi syaitan demi Takechiyo...Ieyasu tiba2 naik marah dan suruh Ofuku jangan cakap yg bukan2 dan terus setia pada Shogun Hidetada dan Oeyo...tapi Ofuku cakap kesetiaannya sekarang adalah pada Takechiyo...Ieyasu baling kipas dia pada Ofuku dan terus berjalan pergi...
bila Ofuku dah balik ke Istana Edo, dia tiba2 dapat berita yg Ieyasu dah sampai ke Edo...semua orang termasuk Ofuku dan Takechiyo pergi mengadap Ieyasu...masa tu, tiba2 je Ieyasu panggil cucu kesayangan dia Takechiyo duduk kat sebelah dia...Ieyasu bagi Takechiyo makan kuih...tiba2 je Kunimatsu cakap kat mak dia yg dia pun nak makan kuih...Oeyo suruh Kunimatsu pergi mintak dengan datuk, tapi belum sempat Kunimatsu naik ke singgahsana, Ieyasu suruh Kunimatsu berhenti...Ieyasu beri Kunimatsu kuih dan suruh Kunimatsu makan kat tepi mak dia...Oeyo dan Hidetada dah terkejut masa ni...Ieyasu cakap sebagai seorang adik, Kunimatsu sepatutnya menghormati Takechiyo...Kunimatsu kenalah belajar mementingkan senioriti...dengan caranya yg tersendiri, Ieyasu umumkan yg cuma Takechiyo saja layak jadi waris Shogun...Ieyasu senyum pada Takechiyo dan gunakan jari kelingking untuk berjanji dengan Takechiyo...
satu hari, bekas suami Ofuku datang bawak Tokiwamaru, anak bongsu Ofuku yg usianya sekarang kira2 sebaya dengan Kunimatsu...Tokiwamaru sekarang dikenali sebagai Masatoshi...Inaba nak Masatoshi jadi pengiring Kunimatsu...katanya, Shogun pun dah perkenankan...Ofuku mula rasa serba salah...bila Ofuku pergi jumpa Oeyo berkenaan hal tu, Ofuku sangka Oeyo takkan setuju, tapi tiba2 je Oeyo cakap ya...Oeyo cakap mesti seronok kalau anak ketiga Ofuku jadi pengiring Kunimatsu...
dengan tiba2, Ieyasu jatuh sakit...Hidetada bergegas nak pergi jenguk ayah dia...Ofuku pulak sibuk berdoa supaya Ieyasu beransur pulih dan dapat bertahan hingga Takechiyo layak jadi Shogun...tapi akhirnya, Ieyasu mati juga...tengah2 Hidetada dilanda kesedihan, Oeyo sibuk pujuk Hidetada supaya serahkan hal waris kepada Kunimatsu sebab Ieyasu dah takde dan akhirnya Hidetada dapat buat keputusan sendiri...Hidetada asyik termenung teringatkan kata2 Oeyo...Hidetada tiba2 naik marah satu hari dan cakap sanggup Oeyo kata macam tu sedangkan ayah baru je mati...masa tu Hidetada terduduk sebab sakit pinggang, dan pada masa tu, Oshizu iaitu seorang orang suruhan yg rapat dengan Ofuku tolong urut belakang Hidetada...masa tu Hidetada dah tertarik pada Oshizu...Ofuku pulak dah perhatikan hal ni...seluruh istana pulak dah heboh hal Oeyo jadi ketua dan nak Kunimatsu jadi pewaris Shogun...hal ni dah sampai ke pengetahuan Ofuku...
Ofuku dapat satu idea untuk gunakan Oshizu...satu hari, Hidetada keluar berburu...Hidetada terlepas buruan dan rasa sedih...masa dia berehat kat pondok, Oshizu disuruh layan Hidetada...Hidetada makin sukakan Oshizu...malam tu, Hidetada tidur dengan Oshizu...tapi esok paginya, Oshizu dah takde kat sebelah Hidetada bila Hidetada bangun...Ofuku pulak yg muncul...Ofuku cuma tersenyum dan janji hal malam tu akan jadi rahsia antara diorang je...
dalam satu majlis, Oeyo masih nak ungkitkan hal Ofuku bunuh gundik suami dia...dengan selambanya Oeyo cakap tak hairanlah kalau suami Ofuku ada ramai gundik sebab Ofuku tak cantik...masa tu, Ofuku cuma tergelak je bila teringatkan Hidetada dan Oshizu...Oeyo naik geram bila tengok Ofuku gelak...lepas tu, Ofuku ternampak Oshizu kat tepi perigi...Oshizu masa tu nak muntah, jadi tahulah Ofuku yg Oshizu dah mengandung...Oshizu cakap kat Ofuku supaya jangan bimbang sebab dia takde niat pun nak jadikan anak dia sebagai waris Shogun kalau dia lahirkan anak lelaki...Oshizu cakap dia akan tinggalkan 'ooku'...
malam tu, Ofuku beritahu Hidetada hal Oshizu...Hidetada dah naik panik sebab dia memang takutkan Oeyo...Ofuku cakap apa nak buat kalau Hidetada jumpa orang yg disukai semasa berburu...Ofuku minta serahkan hal Oshizu pada dia...Ofuku uruskan tempat tinggal baru untuk Oshizu...Oshizu akhirnya lahirkan anak lelaki dan anak itulah nanti yg akan jadi pembantu kanan Takechiyo bila Takechiyo bergelar Shogun Iemitsu nanti...
masa Takechiyo keluar jalan2 dengan Masakatsu, diorang nampak pengiring2 Kunimatsu tengah buli Masatoshi...sebelum Masatoshi sempat balas balik, Masakatsu dah datang tolong Masatoshi...budak2 tu semua ejek Masatoshi sebagai anak pembunuh...diorang cakap tak lama lagi Masatoshi akan dihalau dari istana sebab Ofuku pun akan dihalau...Takechiyo dah ketap bibir bila dengar pasal tu...lepas tu, Takechiyo hilangkan diri...puas Ofuku dan orang2nya cari Takechiyo...akhirnya Ofuku jumpa Takechiyo dalam sebuah bilik...Takechiyo tulis nama Ofuku kat atas lantai dengan darah dia...Takechiyo tanya adakah Ofuku akan tinggalkan dia senyap2 macam datuk dia Ieyasu...sambil menangis, Takechiyo minta Ofuku berjanji jangan sesekali tinggalkan dia...Ofuku janji sambil menangis juga...
Istana Edo adakan satu jamuan besar...kedua2 Takechiyo dan Kunimatsu dibenarkan duduk bersama Shogun Hidetada kat singgahsana untuk tak membezakan diorang berdua...tapi berbanding dengan Takechiyo, Kunimatsu dipakaikan pakaian cantik dan mewah oleh Oeyo sebab Oeyo sangat pasti yg Hidetada akan namakan Kunimatsu sebagai penggantinya...hidangan itik dibawa masuk lepas tu, kata Kunimatsu, dia yg tangkap untuk dihidangkan pada Hidetada...bila Hidetada dapat tahu yg Kunimatsu tangkap itik tu kat kediaman Shogun, Hidetada tiba2 naik marah...Hidetada suruh Kunimatsu turun dari singgahsana...Kunimatsu yg ketakutan pergi ke tempat mak dia...Hidetada cakap ayah dia memang betul, anak sulung sepatutnya mewarisi tempat Shogun untuk mengelakkan perebutan kuasa berlaku...dengan tu secara rasminya, Shogun Hidetada menamakan Takechiyo sebagai waris Shogun...Oeyo yg paling terkejut dengan tindakan Hidetada...
setelah beberapa tahun berlalu, Hidetada bersara secara sukarela dan tempatnya digantikan oleh Takechiyo yg sekarang dikenali sebagai Tokugawa Iemitsu (Hidetoshi Nishijima), Shogun Tokugawa ke-3...masa upacara pertabalan, Iemitsu namakan dirinya 'shogun semulajadi'...Oeyo yg terdengar pasal hal tu naik marah...katanya mesti Ofuku yg ajar Iemitsu cakap macam tu...Oeyo bertekad yg Ofuku akan kenal siapa sebenarnya Oeyo satu hari nanti...Iemitsu pulak berucap dengan nada tegas, katanya sesiapa yg tak puas hati dengannya boleh berperang dengan dia...masa tu Ofuku tiba dan dengan senyuman, Ofuku tunduk hormat pada Shogun Iemitsu...
persengketaan Ofuku/Iemitsu dengan Oeyo/Tadanaga akan jadi semakin sengit nanti... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
persengketaan Ofuku/Iemitsu dengan Oeyo/Tadanaga akan jadi semakin sengit nanti...
tak sabar nak tunggu........ |
|
|
|
|
|
|
|
Kenta Suga as TOKUGAWA TAKECHIYO (young Iemitsu)
Name: Kenta Suga
Date of Birth: October 19, 1994
Birthplace: Tokyo
Star Sign: Libra
Achievement:
Best Supporting Actor The Television Dorama Academy Awards Winter 2002 (Hito ni Yasashiku - FujiTV) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by whitedove at 28-2-2006 07:45 PM
Name: Kenta Suga
Date of Birth: October 19, 1994
Birthplace: Tokyo
Best Supporting Actor The Television Dorama Academy Awards Winter 2002 (Hito ni Yasashiku - FujiTV)
Pergh muder lagi dah menang :gila::gila::gila::gila: |
|
|
|
|
|
|
|
mmg best ler adik sowang ni berlakon...berkesan gitu :love: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by emiko at 28-2-2006 08:20 PM
mmg best ler adik sowang ni berlakon...berkesan gitu :love:
betul tu |
|
|
|
|
|
|
|
whitedove... tq 4 ur sinopsis.
citer nie seminggu sekali...
terlupa nak tgk. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesape ada terjumpa Cd dia - habaq mai la kat sini
penat saya mencarik merata kedai tapi yang jumpa Ooku war of the belles aje
tengok dah - ok gak cerita dia
tapi nak sangat tengok cd ooku yang tengah main kat tv skang ni sama buat koleksi |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yays at 1-3-2006 03:46 PM
Sesape ada terjumpa Cd dia - habaq mai la kat sini
penat saya mencarik merata kedai tapi yang jumpa Ooku war of the belles aje
tengok dah - ok gak cerita dia
tapi nak sangat tengok cd ooku yang ...
tulah pasal...masih tak dijumpai di mana2...dulu2 dah pernah kuar, cap LF, tapi sekarang dah tak jumpa... |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nak tunggu esok.......... |
|
|
|
|
|
|
|
ada...aku br jer beli kat s&m....kedai paling hujung sebelah kanan...Classic World...kotak kaler hitam..tajuk NANEY ORG WOKI...cam whitedove kata...keluaran LF...harga...rm17.50 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dang_anum at 3-3-2006 02:34 PM
ada...aku br jer beli kat s&m....kedai paling hujung sebelah kanan...Classic World...kotak kaler hitam..tajuk NANEY ORG WOKI...cam whitedove kata...keluaran LF...harga...rm17.50
dang,kedai yg sebelah kanan,hujung sekali tu ye.sy biasa beli kat kedai turun tangga sebelah kiri tu.ade jual cite2 yg lame2 punye ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayie77 at 3-3-2006 02:41 PM
dang,kedai yg sebelah kanan,hujung sekali tu ye.sy biasa beli kat kedai turun tangga sebelah kiri tu.ade jual cite2 yg lame2 punye ke?
ha ah...paling hujung belah kanan...isshh..tak tau la nak ckp... saya beli citer hana yori dongo kat kedai sebelah rm16.80...tp kat kedai ni harga 14.90...sakit ati tul....:kant:
kedai yg belah kiri tu...kedai hiro..kat situ byk citer jepun...tp kena pegi blkg sikit....harga tak pasti lg murah ker mahal... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by whitedove at 28-2-2006 06:43 PM
Sinopsis:
Ofuku (Yuki Matsu$hita) bertolak ke Shunbu bersama beberapa orang pengiring...dia beritahu semua orang yg dia nak berdoa bagi pihak Takechiyo (Kenta Suga), tapi se ...
thanks so much utk summary ni white..
x sabar nak tunggu sabtu ni...:gila: |
|
|
|
|
|
|
|
some interesting points...
menurut The Yagyu Conspiracy (drama taiga NHK 1978):
Shogun Hidetada rasa syak yg isterinya Oeyo dan pengikut2nya akan cuba menjatuhkan Iemitsu dan memberi kuasa pada adik Iemitsu, Tadanaga...dalam satu majlis, Hidetada tiba2 umumkan yg Tadanaga akan gantikan dia, dan kemudiannya Hidetada jatuh koma...lepas kematian Hidetada, sekumpulan ninja cuba curi mayat Hidetada tapi berjaya dihalang keluarga Yagyu...rupa2nya, Hidetada telah diracun dan sebab itulah Hidetada beri kuasa pada Tadanaga...keluarga Yagyu pada masa tu adalah penyokong kuat Kasuga-no-Tsubone (Ofuku) dan anak lelaki keluarga ini iaitu Yagyu Jubei adalah kawan rapat Iemitsu...ayah Jubei iaitu Yagyu Munenori adalah orang yg bertanggungjawab mengajar Iemitsu ilmu pedang...pada masa ni, sebuah kumpulan ninja iaitu Iga di bawah ketuanya Hattori Hanzo pulak menyokong Tadanaga...kesatuan ninja Iga dan ninja Ura Yagyu mula bertelagah, dan apabila Iemitsu dijadikan Shogun, Oeyo mula mengatur gerak untuk membunuh Iemitsu melalui ninja2 Iga...
menurut Aoi (drama NHK taiga 2000):
sebelum kematian Tokugawa Ieyasu, beliau telah keluar dari 'persaraan' untuk mengetuai bala tentera Tokugawa berperang dalam 'Osaka's summer & winter campaign', menentang ronin-ronin (samurai tak bertuan) yg tak berpuas hati dengan kedudukan diorang sebagai samurai dalam masyarakat dan cuba menjatuhkan Tokugawa Shogunate...Shogun Hidetada 'bersara' awal demi beri laluan pada anak sulungnya Iemitsu menjadi Shogun seterusnya...keluarga Tokugawa dah sedia mempunyai hubungan dingin dengan keluarga diraja walaupun pada masa ni, saudara perempuan Iemitsu dah jadi isteri kepada Maharaja Gomizuno dan ibu kepada pewaris takhta...Hidetada keluar dari 'persaraan' untuk membantu meredakan konflik antara Shogunate dengan keluarga diraja...pada masa nilah, konspirasi perebutan kuasa antara Iemitsu dengan Tadanaga menjadi semakin hebat di mana Iemitsu bukan saja perlu berdepan dengan Tadanaga dan ibunya sendiri, Oeyo, tetapi juga keluarga diraja...
latar belakang sejarah:
- memang banyak versi sejarah keluarga Tokugawa cuba disampaikan sepanjang Jepun mula mengenal TV...versi yg mana drama Ooku -Episode One- ni ambil belum lagi diketahui, mungkin jugak drama ni ambil versi yg lain, tapi yg pasti, persengketaan Iemitsu/Kasuga/ninja Yagyu dengan Tadanaga/Oeyo/ninja Iga adalah antara konspirasi terbesar dalam sejarah keluarga Tokugawa, yg melibatkan banyak pihak, banyak nyawa, dan banyak tipu muslihat...Iemitsu juga adalah antara Shogun Tokugawa yg paling banyak menjadi sasaran pembunuh, dan ninja upahan, sebab tulah keluarga Yagyu dan sekumpulan ninja misteri yg digelar Negoro ditugaskan untuk menjadi 'spy' dan melindungi Iemitsu...
Note: Filem SHINOBI: Hearts Under Blades lakonan Yukie Nakama & Joe Odagiri is loosely based on the Yagyu-Negoro vs Iga ninja wars during the time of Iemitsu vs Tadanaga... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dalam Filem:- SHINOBI: Hearts Under Blades & Anime : Basilisk ,Tokugawa Leyasu Mengaturkan Peperangan antara 2 puak ninja (Koga Ninja Clan VS Iga Ninja Clan) (tanpa perlu peperangan antara Clan Samurai)... saper yg menang Ninja yg berpihak kepada bakal shogun. Bakal shogun yg menang akan menjadi dilantik menjadi shogun (tak silap aku Ninja Yg berpihak kepada Shogun Hidetada yg menang
[ Last edited by HangPC2 at 4-3-2006 11:55 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|