|
JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)
[Copy link]
|
|
@white...
bel ada permintaan..
sabtu ni gerenti x dpt tgk sbb ada hal lepas kelas korea nanti...so mesti x sempat balik umah tgk..
klu boleh postkan summary utk epi minggu ni ye...lagi bagus klu ada caps sikit2..so boleh ler bayangkan sambil baca summary dia..;)
arigato.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2939 whitedove's post
fuhh tajuk pun one liter orf tears..kalau tak ckp seliter tak sah ler hehhe :lol |
|
|
|
|
|
|
|
:pompom: :pompom: :pompom: ye ye....... takechiyo dah jadi shogun. Padan muka mak dia. Tapi yang tak tahan, mak dia boleh bermuuh dengan dia. Bukan takat dengan Ofuku je. Jahat betul. Shogun TERjalin hubungan sulit. |
|
|
|
|
|
|
ying05 This user has been deleted
|
Originally posted by kayla at 20-2-2006 11:36 PM
hai ying
betul tu ... masa dia cakap mata ofuku penuh zalim tu actully masa tu mata dia yg nampak penuh zalim + kejam .... takkan lah husband dia tu tak perasan .... shogun pun takut b ...
whoa..betul tu...shogun ni memang takut bini...kalo ofuku tak menyatukan shogun dan oshizu dgn sengaja shogun tu mungkin terpaksa setia terhadap seorg perempuan jer utk seumur hidupnya..... bini2 yg lain tu sumenya setakat hiasan je...tp hari ni shogun nampak hebat la:pompom:..padan muka Oeyo..terkejut yg amat sgt sbb harimau yg biasanya tak bertaring tu tiba2 tunjuk taringnya...hahahahah
[ Last edited by ying05 at 25-2-2006 08:58 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ying05 at 25-2-2006 08:52 PM
whoa..betul tu...shogun ni memang takut bini...kalo ofuku tak menyatukan shogun dan oshizu dgn sengaja shogun tu mungkin terpaksa setia terhadap seorg perempuan jer utk seumur hidupnya..... bin ...
hehehehe ...bukan oeyo je terperanjat, aku pun terperanjat gak bila dia tiba2 naik angin ...terus announce takechiyo jadi bakal shogun ..... :clap: :clap: :clap:
dah besar, takechiyo n adik dia tukar nama lak .... apasal yek ....? aku ni dah lah susah nak ingat nama2 dorang ni ... setakat ni aku ingat nama ofuku, oeyo n takechiyeo je ..... |
|
|
|
|
|
|
|
tulah ingat kan 1st shogun dtg kat istana edo nak marah ofuku.... rupanya dia nak tlg takechiyo....
sukat part 2nd shogun lantik takechiyo jadi waris dia......barulah shogun tak takut bini... |
|
|
|
|
|
|
|
tida dyg tua kat dapur tu kelakarlah......
dahlah kuat makan.....
mulut pun mcm tempayan........... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by isabel at 24-2-2006 10:45 AM
@white...
bel ada permintaan..
sabtu ni gerenti x dpt tgk sbb ada hal lepas kelas korea nanti...so mesti x sempat balik umah tgk..
klu boleh postkan summary utk epi minggu ni ye...lagi bagus k ...
buat summary tu boleh le...tapi nak wat caps tak dapat la coz kite pun xde vcdnya...ni kalu HangPC ada source buleh la mintak tlg dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Ooku -Episode One- episode 2 (18 February 2006)
Sinopsis:
Takechiyo dah mula pandai berjalan, jadi Ofuku (Yuki Matsu$hita) ucapkan tahniah pada Oeyo (Reiko Takashima)...tapi Oeyo cakap dia sekarang dah pregnant lagi dan kalau itu anak lelaki, mungkin anak itu yg akan mewarisi tempat Shogun...malam tu Ofuku berdoa demi Takechiyo supaya kandungan Oeyo gugur, tapi akhirnya kandungan tu selamat dan Oeyo lahirkan anak lelaki yg diberi nama Kunimatsu (bila dah besar akan dikenali sebagai Tadanaga)...
selepas kelahiran Kunimatsu, Oeyo semakin tak pedulikan Takechiyo...Takechiyo yg dah agak besar mula belajar macam2 perkara dengan guru peribadinya...pada satu hari, Takechiyo (Kenta Suga) telah disuruh mengadap Shogun Hidetada dan isterinya, jadi guru peribadi Takechiyo ajar dia cara mengadap dan ucap selamat...pada hari Takechiyo mengadap Shogun Hidetada dan Oeyo, dia nampak Oeyo pegang tangan Kunimatsu dengan erat, jadi dia tergagap2 masa beri ucap selamat...mulai saat tu, Oeyo anggap Takechiyo lembab dan tak secerdik Kunimatsu...
pada satu hari, Takechiyo jalan2 dengan Ofuku kat taman...masa tu Oeyo tengah perhatikan Kunimatsu main pedang...Takechiyo rasa sedih bila nampak Oeyo pegang tangan Kunimatsu...Oeyo dapat rasa kesedihan Takechiyo, jadi dia pegang tangan Takechiyo...masa tu Kunimatsu ternampak ikan dalam kolam dan nak tangkap ikan tu tapi Oeyo halang sebab takut Kunimatsu basah...lepas lap tangan Kunimatsu, Oeyo tertinggal sapu tangan kat tepi kolam...Takechiyo yg kutip sapu tangan tu...
teringatkan maknya Oeyo dan sapu tangan tu, Takechiyo mula melukis ikan yg sama macam yg dia nampak dalam kolam...Ofuku puji lukisan dia cantik, malah guru peribadi dia pun cakap Takechiyo berbakat...Ofuku sedar yg Takechiyo ada kelebihan dalam membuat pemerhatian, jadi dia nasihatkan Takechiyo pergunakan kebolehan dia dengan sebaiknya...masa tu Kunimatsu tiba2 berlari ke kediaman Takechiyo...bila Kunimatsu nampak abang dia tengah guna berus lukisan, dia terus nak berus yg sama...Kunimatsu cuba rampas berus lukisan tu tapi Takechiyo naik marah dan tolak Kunimatsu...Kunimatsu dah menangis bila Oeyo tiba2 datang...Oeyo marahkan Takechiyo dan cakap walaupun Takechiyo tu abang tapi tak boleh buat Kunimatsu macam tu...Ofuku cuba jelaskan bagi pihak Takechiyo tapi Oeyo marahkan Ofuku tak pandai jadi pengasuh...masa Oeyo bawak Kunimatsu pergi, Oeyo pijak lukisan Takechiyo...Takechiyo makin rasa jauh hati dari maknya...
disebabkan hal tu, ramai yg dulunya menyokong Takechiyo jadi waris Shogun tiba2 je menyokong Oeyo dan Kunimatsu...apatah lagi Oeyo sibuk beritahu seluruh Istana Edo yg Kunimatsu akan jadi waris Shogun...kebetulan pulak masa tu, bekas suami Ofuku datang nak jumpa Shogun...Shogun Hidetada naikkan pangkat Inaba dan jadikan anak kandung Ofuku, Senkuma, sebagai pengiring Takechiyo...tulah kali pertama Ofuku jumpa Senkuma yg sekarang dikenali sebagai Masakatsu lepas Ofuku tinggalkan anak2 dia beberapa tahun yg lalu...tapi Ofuku tak bagi Masakatsu panggil dia mak, Masakatsu kena panggil dia Pn Ofuku macam org lain...
Oeyo mula cari jalan nak jatuhkan Ofuku...dia suruh orang bawahan dia korek rahsia kenapa Ofuku berpisah dengan suami dia dari Masakatsu, tapi Masakatsu cakap Ofuku buat macam tu sebab nak berkhidmat dengan Shogun...tapi lepas tu, orang bawahan Oeyo dapat tau hal sebenar dari orang kampung Ofuku...dalam satu majlis, Oeyo sengaja umpan Ofuku dan beritahu semua orang yg Ofuku dah bunuh penyamun dan sorang gundik suami dia, tapi Ofuku dah nafikan...sejak hari tu, semua orang kat Istana Edo menjauhi Ofuku...
Takechiyo tanya Ofuku hal sebenar di sebalik kejadian tu...Ofuku cakap setiap orang buat sesuatu mesti bersebab, tapi bagi Ofuku, dia akan sentiasa melindungi Takechiyo hingga Takechiyo jadi Shogun...Ofuku cakap dia sanggup jadi syaitan demi Takechiyo...Takechiyo akhirnya senyum balik dan mula nak makan...sebelum tu masa Ofuku nak bagi dia makan tapi dia tak nak...
Oeyo sibuk pujuk Shogun Hidetada supaya jadikan Kunimatsu waris...sebelum tu pun dah beberapa kali dia suruh Hidetada buat macam tu...Hidetada pun macam dah consider nak bagi Takechiyo jadi waris dia...Oeyo personally pergi jumpa Takechiyo dan mintak dia 'lepaskan' dari jadi waris Shogun, tapi masa tu Takechiyo teringat kata2 Ofuku bahawa dia akan melindungi dan menyokong Takechiyo hingga dia jadi Shogun...jadi, Takechiyo beritahu Oeyo yg dia tak dapat buat macam tu...Oeyo naik marah dan cakap yg dia menyesal lahirkan Takechiyo...Takechiyo rasa sedih sangat bila Oeyo cakap macam tu...
satu hari, masa Ofuku tengah cari Takechiyo, dia nampak Takechiyo tengah pegang pisau dan nak hunuskan ke perut dia, tapi Ofuku sempat halang...Takechiyo beritahu Ofuku pasal Oeyo nyesal lahirkan dia sambil menangis2...Ofuku cakap kalau Takechiyo mati pun Oeyo takkan sedih...Takechiyo cakap kejam Ofuku cakap macam tu kat dia, tapi Ofuku cakap realiti memang kejam...sambil menangis, Ofuku cakap dia akan sentiasa berada di sisi Takechiyo bila Takechiyo kesunyian...Takechiyo akhirnya dah terima nasibnya dan peluk Ofuku...
Ofuku dengan beberapa perngikutnya buat keputusan nak ke Shunbu untuk berdoa bagi pihak Takechiyo...tapi sebenarnya, Ofuku ada niat lain ke Shunbu...Ofuku nak jumpa Tokugawa Ieyasu dan beritahu Ieyasu tentang masalah Takechiyo...Ofuku tahu cuma Ieyasu yg mampu halang Oeyo... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by munna at 26-2-2006 01:29 PM
tida dyg tua kat dapur tu kelakarlah......
dahlah kuat makan.....
mulut pun mcm tempayan...........
tiga dayang tu dari muda sampai ke tua asyik makan sambil bergosip je kerjanye .... :lol
agaknye dorang ni kerja sebagai 'tester' makanan kot ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by whitedove at 23-2-2006 08:10 PM
ff:
ko beli One Litre of Tears? bagus2, best giler citer tu, tapi sedih giler huhu...jauh lagi sedih dari kebanyakan citer Korea la...
ff:
best la citer ni...bkn setakat 1 liter ayor mata keluar...satu gelen ooo |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kayla at 27-2-2006 12:16 AM
tiga dayang tu dari muda sampai ke tua asyik makan sambil bergosip je kerjanye .... :lol
agaknye dorang ni kerja sebagai 'tester' makanan kot .....
hehe...sekali kena jerkah ngan pn ofuku...berterabur makanan...diorang kan ckp...pn ofuku dah cukup menakutkan tp pn oeyo lg mengerikan.... |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya akhirnya tuan muda jadi pewaris shogun.
padan muka dengan mak dia tu, anak dia pun sama..
rancangan okku memang berkena. |
|
|
|
|
|
|
|
Ruper Orang Jepun ader 2 nama lah nama maser kecil lain nama dah dewasa lain... aku ingatkan namer ni digunakan oleh pelakon Kabuki (Japanese Opera) jer...
Tokugawa Takechiyo = Tokugawa Lemitsu
best lah aku tengok Tokugawa Lemitsu Di tabalkan menjadi Shogun ketiga... hebat siap bagi amaran kat Daimyo lain kalau tak puas hati boleh beperang dengan dier... dan mengistiharkan sebagai Shogun Semula Jadi tapi tetap Hormat kat Pn Ofuku.. bengang Pn Oeyo dan Tokugawa Tanada (Kunimatsu)
[ Last edited by HangPC2 at 27-2-2006 10:18 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnye Takechiyo jadi shogun.he.he..sape pelakon yg dah jadi shogun tu yek..hensem ye...memang kelakar yg 3 org tu asyik makan n suka gossip je kejenye. |
|
|
|
|
|
|
|
Info Keluarga Tokugawa
Tokugawa Ieyasu
(1542-1616)
He opened Edo shogunate, peace of 265 years established age.
In this picture him of old age, the scene which takes the field in the last war in Osaka is drawn.
Tokugawa Ieyasu, yang mendirikan Shogunate Tokugawa, merupakan pengikut setia Nobunaga. Hideyoshi yang dibesarkan oleh petani tidak dikenali menjadi salah seorang jeneral utama di bawah Nobunaga dan Ieyasu yang pernag berkongsi zaman kanak-kanak dengan Nobunaga. Hideyoshi menumpaskan Mitsuhide dalam tempoh sebulan dan dengan itu dianggap sebagai pengganti yang sah kerana berjaya membalas dendam keatas pengkhianatan Mitsuhide.
Kedua-dua mereka mendapat keuntungan dari kejayaan Nobunaga yang sebelumnya telah meletakkan asas untuk membentuk Jepun yang bersatu. Dengan itu terhasilah pepatah: "enyatuan adalah kuih beras; Oda membuatnya. Hashiba membentuknya. Dan akhirnya, hanya Ieyasu merasainya." (Hashiba adalah nama keluarga yang digunakan oleh Toyotomi Hideyoshi semasa ia merupakan pengikut Nobunaga.)
Toyotomi Hideyoshi, yang menjadi menteri utama ( grand minister ) pada tahun 1586, dia sendiri berasal dari kalangan keluarga petani miskin, mencipta undang-undang yang menetapkan bahawa kasta samurai dimantapkan sebagai kekal dan diwarisi, dan mereka yang bukan dari golongan-samurai dilarang untuk membawa senjata.
Sangat penting bagi menyedari bahawa perbezaan antara golongan samurai dan bukan-samurai amat tipis sehinggakan pada abad ke 16, kebanyakan lelaki dewasa dalam kelas masyarakat (walaupun petani kecil) tergolong kepada sekurang-kurangnya satu organisasi tentera tersendiri dan berkhidmat dalam perperangan sebelum dan selepas pemerintahan Hideyoshi. Ianya boleh dikatakan bahawa keadaan "semua menentang semua" berkekalan selama satu abad.
Keluarga samurai yang disahkan selepas abad ke 17 merupakan mereka yang memilih untuk menurut Nobunaga, Hideyoshi dan Ieyasu dan mencapai kemenangan. Pertempuran besar-besaran yang meletus antara tempoh pertukaran regim, dan samurai yang kalah akan terhapus atau diserap kekalangan penduduk awam.
Tokugawa Iemitsu
(1604-1651)
He is third General of Edo shogunate.
He assisted in erection of Yasaki Inari shrine and Asakusa Sanjyu-Sangendo.
Tokugawa @ Shogun Terakhir
Tokugawa Yoshinobu (Shichiroma)
(1837-1913)
Shogun Tokugawa Yoshinobu terakhir mengembalikan kuasa pemerintahan kepada maharaja untuk mengelakkan perperangan. Sesetengahnya masih menolak, mempercayai bahawa ini adalah coup d'etat oleh Choshu dan Satsuma dan kuasa kerajaan adalah sepatutnya ditangan mereka. Kumpulan samurai Tohoku menubuhkan penentangan bersenjata dan mereka akhirnya dihapuskan.
Emperor Meiji menghapuskan hak samurai untuk menjadi pasukan bersenjata tunggal digantikan dengan tentera kerahan cara barat yang moden. Samurai menjadi Shizoku (士族) yang mengekalkan gaji mereka tetapi hak mengenakan katana di jalan akhirnya dimansuhkan.
[ Last edited by HangPC2 at 28-2-2006 02:01 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HangPC2 at 27-2-2006 10:14 AM
Ruper Orang Jepun ader 2 nama lah nama maser kecil lain nama dah dewasa lain... aku ingatkan namer ni digunakan oleh pelakon Kabuki (Japanese Opera) jer...
Tokugawa Takechiyo = Tokugawa Lemitsu
...
mmg kena tukar nama lain bila dah besar yea .... patutlah anak ofuku yg bongsu tu pun tukar nama gak ...
tapi ngape yek...? tak ke meng'confuse'kan org je ....? atau family samurai n shogun je main2 tukar nama ni....
thank you for the history lesson ..... |
|
|
|
|
|
|
|
citer pasal oshizu tu habis macam tu je ke ....? |
|
|
|
|
|
|
neo2504 This user has been deleted
|
ada tak sesaper leh terangkan...kenapa pn oeyo benci sgt kt takechiyo padahal dia tu pun anak pn oeyo gak?sy x tgk dr mula citer so takut tertinggal apa2.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|