CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Syd

Awie vs Rozana, #251 Awie Harap Dapat Hak Jaga Anak Sulung

[Copy link]
Post time 16-8-2016 07:37 PM | Show all posts
shania88 replied at 16-8-2016 10:57 AM
eX NORISH adalah seorang lelaki yg bijak

iols stuju dgn uols..

Jangan dilupakan..ACkiok....kalau ada kes2 sebegini timbul...senyap aja dia....
Esok kalau dah tua...jangan la harap anak2 yg terabai tu nak ambik tahu hal si bapa yang derhaka kepada amanah ALLAH
Jangan masuk paper, masuk FB, masuk Twitter meroyan anak tak kisah akan diri dia seorang bapa......
Ingat You Reap what you sow.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2016 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak awie masa duduk dgn awie ni mmg skolah private. Bila rozana amik tak pasti pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
serinegara replied at 16-8-2016 11:14 AM
Kadang kadang, si ibu yang enggan beri bapa bawa anak anak keluar jalan jalan walaupun ada perintah  ...

U pernah bercerai? U ade pengalaman handle situation mcm nie?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
addamnor replied at 10-5-2016 11:46 AM
actually sewa rumah dan kereta itu tidak perlu ex husband bagi kerana siapa yang berebut anak haru ...

Itulah kn..pelik jugak..dah xmampu gigih nk juga bela anak..pastu siap minta maid lagi..wah3...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 04:14 AM | Show all posts
10% pun rasa mengarut ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 07:09 AM | Show all posts
Mengarut dia kata? Berkira dengan anak.. dia ingat ratus2 cukup ke? Belanja sekolah anak aku sebulan kat sekolah rendah je dah nak dekat RM200 sebulan ok.. takkan ko nak suruh anak ko makan roti krim gardenia yang 70 sen tu hari2 kat kantin? Bawak bekal? Ko ingat cukup ke? Budak-budak tengah membesar, kuat makan.. ndak ndak peer pressure.. tu belum lagi kes kengkawan paw bekal..  belum campur duit tuisyen, yuran sekolah agama, yuran ustazah ajar mengaji, duit bas sekolah (kalau ada), yuran transit/nursery lagi...

geram pulak aku dengan Awie ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-8-2016 07:25 AM | Show all posts
duquesne replied at 17-8-2016 07:09 AM
Mengarut dia kata? Berkira dengan anak.. dia ingat ratus2 cukup ke? Belanja sekolah anak aku sebulan ...

dia actually sakit hati sangat ngan rozana tuhhh

tu yang dia semedang geram jahhh

awie neh kalu pasal anak, dia sanggup apa saje

yang lebihnya, berbulu dia kat rozana tuhh tak abes lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 04:41 PM | Show all posts
Syd replied at 17-8-2016 07:25 AM
dia actually sakit hati sangat ngan rozana tuhhh

tu yang dia semedang geram jahhh

Kok iye pun geram dengan Rozana.. marah hari tu tak habis lagi.. jangankan anak jadi mangsa... boleh je kot agree.. but make sure ada expense log.. kalau Rozana buat hal. .Awie ada proof.. .


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2016 12:12 PM | Show all posts
kalau saya, mmg setiap sen akan dicatu lah. semua kena ada proof bills and everything, beli baju utk anak2 pon rozana harus tunjukkan bills. no bills no claim.  saya beli kereta murah satu viva ke axia ke, higher driver utk ambil dan hantar anak ke sekolah, rozana jgn nak berangan pegang pintu pon kereta tersebut. dont touch!

kalau boleh beras garam gula ikan kembung semua asing. jgn kau nak menumpang sepinggan iya. kau nak sangat jaga anak kan. kalau tak mampu nak ada masa buat semua itu, bagi aku jaga.. gitu!
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by midori_katana at 20-8-2016 05:33 PM

Anggaran perbelanjaan sebulan seorang anak yg bersekolah kerajaan; andaian ex wife bekerja dan boleh bayar kos lain  

Makan         600  ( rm 20 sehari x30 hari)
Multi vit         30
Kumon        160
Kafa               30
Guru quran    30
Buku latihan  20 ( rm 5  x 4 buah buku)
Buku cerita    20
Lain2            210  (baju/alat tulis/doktor)
Jumlah rm 1000      
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
xAthenax replied at 20-8-2016 07:07 PM
-insuran pendidikan
-medical kad
-aktiviti sampingan

Akak bagi aggaran yg minimum ja ... hakikatnya mmg ada banyakkk lagi kos... kalau tak bercerai.. kongsi sama2 tak terasa sgt sbb jarang kira...hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
fifie_olin replied at 10-5-2016 09:11 AM
rozana ni kje ke x...

Kalau islam, bapak kena bagi nafkah. Bukan maknya.

Tapi melayu, bapak memang goyang telur. Mak merempat carik duit utk nafkah anak.

So... Nak tanya... Awie ni islam ke melayu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm paper hari ni, Awie bgtahu court kata Roxana panas baran, tak pandai jaga anak2 etc

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
wanitajelita replied at 16-8-2016 07:09 PM
Eh setahu aku perbelanjaan tempat tinggal tak termasuk dlm kos yg boleh dituntut pada bapa klu custo ...

Tempat tinggal part of nafkah. Nafkah bukan makan dan minum je ye.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa mabuk bercinta dengan rozana, awie dok buruk2 kan arni. Kesian arni time tu kena hina tak pandai jaga anak etc , tak masak. Sekarang turn rozana la plak. Sama je rozana & awie. Arni gak yg hidup bahagia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2016 08:12 AM | Show all posts
Awie Harap Dapat Hak Jaga Anak Sulung

Diterbitkan: Isnin, 22 Ogos 2016 2:54 PM
Oleh: KEMALIA OTHMAN
[email protected]

Awie harap keputusan mahkamah kelak berpihak kepadanya.

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Wings Awie berharap keputusan mahkamah berkaitan hak penjagaan anak sulung mereka, Putera Ahmad Merrah, 9, akan berpihak kepadanya.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 48, juga berharap apa sahaja yang diusahakan selama ini daripada awal terutama berkaitan anak-anaknya membuahkan hasil.

"Saya harap sesuatu yang baik berpihak kepada saya selepas apa yang saya usahakan dan perjuangkan selama ini bersama peguam saya. Saya juga berharap saya tidak lagi teraniaya.

"Saya berpuas hati dengan keputusan hari ini, apa yang saya cakap semua relevan dan sah tapi sering dipertikaikan pihak sebelah sana (Rozana)," ujarnya kepada mStar Online.

Awie selaku responden hadir bersama peguam syarie, Mohd Syafiq Norizan.

Terdahulu Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada Isnin menggantung keputusan kes tunjuk sebab berhubung kegagalan penyanyi itu mematuhi arahan mahkamah membabitkan hak penjagaan sementara anak sulungnya yang sepatutnya berada bawah jagaan bekas isteri, Rozana Misbun serta pembayaran kos mahkamah masing-masing berjumlah RM900 dan RM5,000.

Keputusan kes tersebut akan diputuskan selepas selesai semakan di Mahkamah Rayuan Syariah pada Oktober 2016.

Keputusan dibaca oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Nur'Azura Jamaluddin di dalam bilik pendaftar.

Rozana, 38, hadir bersama peguam yang mewakilinya, Nor Azmi Mohd Arif.

Sementara itu, peguam mewakili Rozana Nor Azmi Arif berkata, pihaknya menunggu keputusan tentang tiga perintah yang dilanggar oleh penyanyi itu pada Oktober depan.

"Kes hari ini ditangguhkan pada 22 Oktober untuk semakan berkaitan pihak kami kemukakan. Setakat ini kena tunggu dalam tempoh dua bulan itu. Tentang keyakinan untuk menang itu saya tidak boleh komen kerana ia terpulang kepada mahkamah yang putuskan berdasarkan fakta-fakta kes, biarlah mahkamah putuskan," ujarnya.

Pada 2 Disember 2015, Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan membenarkan permohonan Rozana Misbun bagi mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap penyanyi rock Awie atau Ahmad Azhar Othman atas keingkarannya berhubung perintah hak penjagaan anak sulung mereka, Putera Ahmad Merrah, 8, yang diberikan kepada Rozana.

Dalam permohonan itu Awie, berdepan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 sekiranya gagal memberikan tunjuk sebab mengapa dia tidak boleh dikenakan hukuman berkenaan kerana ingkar perintah mahkamah.

Sementara itu mahkamah turut memerintahkan penyanyi itu memberikan tunjuk sebab bagi menjelaskan kegagalannya membayar dua kos mahkamah berjumlah RM5,900 kepada Rozana.

Dua lagi anak hasil perkahwinan Awie dan Rozana iaitu Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Putri Qaseh Antasha, 6, kini berada bawah penjagaan Rozana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2016 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni belom masuk hanging out hujung2 minggu kat mall..masuk restoren mahal..4 org makan almst rm200..setiap minggu keluar...mati lah nkk..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
ACC106 replied at 20-8-2016 09:44 PM
Dlm paper hari ni, Awie bgtahu court kata Roxana panas baran, tak pandai jaga anak2 etc

Adoi..dia tu lg teruk.belasah bini.tu nk kata apa?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 08:35 AM | Show all posts
mommymonster82 replied at 17-8-2016 02:04 AM
Itulah kn..pelik jugak..dah xmampu gigih nk juga bela anak..pastu siap minta maid lagi..wah3...

u agaknya tak tahu kot
xseemstinya tidak mampu dari segi kewangan rozana tak boleh jaga anak
sebab hak beri nafkah mmg awie kena bagi jugak


Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 08:39 AM | Show all posts
yang tidak pernah mengalami situasi ini mmg akan ckp macam2 kan
seorang ibu...
biar susah hati xde duit
dari susah hati anak xde depan mata...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.239366 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list