|
woddy posted on 9-6-2014 11:37 AM
nak lagi...
TT kalo sy nak simpan citer TT ni boleh x??
boleh jer..
* citer ni mungkin akan di 'compiled' dalam satu buku dgn citer misteri dan seram yang lain..
|
|
|
|
|
|
|
|
PULANG dari restoran berjumpa Kudin tadi, Ana Dahlia segera ke balai polis. Dia perlu maklumkan pada Detektif Razif tentang kehilangan Detektif Jailani. Berita yang diterima dari Kudin tadi cukup membuatnya merasa gundah. Segala persoalan bermain di benaknya. Jailani hilang ke alam bunian dan yang lebih tidak sangka, Senah juga ada sekali di alam itu. Apa yang menjadi masalah padanya adalah, apakah yang harus diberitahu pada Detektif Razif jika lelaki itu bertanyakan hal Jailani nanti. Apa alasan yang harus diberikan??
"Hmm..termenung panjang nampak? Sampai saya dah tercongok kat depan ni awak tak sedar?" Detektif Razif senyum melihat Ana Dahlia dari tadi menopang dagu sambil mata menapat skrin komputer. Entah apa yang ditenung pada skrin kosong itu.
"Oh tuan!" Pantas saja Ana Dahlia bingkas bangun dan memberi tabik hormat.
"Ada masalah ke?" Sekali lagi Detektif Razif bertanya.
"Err...jadi ke operasi esok?" Ana Dahlia mengalih topik.
"Kalau cukup team, kita boleh mula esok."
"Maksud tuan..Detektif Jailani kena ada sekali?" Ana Dahlia sudah menggelabah.
"Ya! Dia akan mengetuai operasi ini. Saya akan ikut sekali. Kenapa?"
Ana Dahlia semakin resah. Jailani masih tidak ditemui dan kalau benar Jailani hilang di perkampungan orang bunian, bermakna operasi yang akan bermula esok mungkin diteruskan tanpa lelaki itu.
"Ehem!"
Ana Dahlia mendongak. Rupanya dia sempat mengelamun sebentar tadi. Detektif Razif dilihat sudah tersengih di depannya. Dia cuba beriak selamba.
"Awak ni..macam ada masalah. Ada yang tak kena ke? Atau awak belum bersedia memikul tanggungjawab ni?" Detektif Razif pandang Ana Dahlia yang sudah kelihatan gelisah.
"Bukan macam tu tuan tapi kalau tanpa Detektif Jailani, kita pun boleh teruskan operasi ni kan?" Ana Dahlia cuba mencari alasan yang logik pada fikiran akalnya agar tidak ketara pada pandangan Detektif Razif.
"Boleh tu memanglah boleh tapi saya sudah arahkan Detektif Jailani untuk menilai awak semasa operasi itu nanti. Hanya dia saja yang layak untuk tugas itu. Sambil tu operasi itu tetap akan diteruskan." Jelas Detektif Razif. Muka Ana Dahlia dilihat sudah berkerut.
"Err...sebenarnya..Detektif Jailani sudah tiga hari hilang tuan. Saya pun tidak tahu dia pergi ke mana. Saya sudah tanya kawan-kawan dia dan juga keluarga dia tapi mereka pun kata tidak tahu." Ana Dahlia terpaksa juga berterus terang.
"Hilang??" Kali ini Detektif Razif pula tercengang.
"Ya tuan!"
"Macam mana boleh hilang? Takkan dia MIA? Dia bukan tak tahu, esok adalah operasi penting. Sindiket haram yang diketuai Tokey Chong itu adalah dikira agak besar. Pihak Bukit Aman juga sudah maklumkan hal ini pada saya. Apa dia ingat benda ni main-main??" Suara Detektif Razif sudah tinggi.
Ana Dahlia menelan liur. Begitu tegas Detektif Razif berkata-kata. Dia sendiri tidak berani menjawab sembarangan. Wajah lelaki itu dilihat sudah berubah riak. Serius!
"Dia bukan sengaja tuan! Sebelum dia hilang, dia sudah maklumkan pada saya dan mengingatkan saya tentang hal ni. Jadi, tidak masuk akal kalau dia sengaja mengelak dari operasi ni. Saya rasa dia dalam kesusahan." Ana Dahlia cuba pertahankan Detektif Jailani.
Detektif Razif diam seketika. Dia mengusap dagu. Sesekali dia melihat riak Ana Dahlia yang masih berdiri di depannya.
"Hmm...kesusahan macam mana maksud awak?"
"Kudin yang beritahu saya tiga hari lepas, dia dan Detektif Jailani pergi ke sebuah hutan kecil berdekatan sebatang sungai mencari Senah dan Anum yang dilaporkan hilang dulu dan dipercayai mereka melarikan diri dari tempat kurungan itu." Jelas Ana Dahlia setelah melihat Detektif Razif sudah mula bertanya tentang hal itu.
"Macam mana dia tahu Senah dan Anum tu berada di situ?" Detektif Razif merenung tajam ke arah Ana Dahlia.
"Saya pun tidak pasti tuan. Itu yang diberitahu Kudin pada saya tadi. Dia rasa Detektif Jailani sudah masuk ke alam bunian." Terpaksa juga Ana Dahlia bercerita hal mistik itu.
"Apa? Alam bunian? Mengarut!!" Detektif Razif sedikit tergelak.
Ana Dahlia terdiam. Dia sudah mengagak yang Detektif Razif tidak akan percaya pada benda itu semua. Sia-sia saja dia beritahu hal itu tadi.
"Tak apa. Kita tunggu sampai esok. Kalau Detektif Jailani tidak muncul juga, kita teruskan operasi ni. Saya akan mengetuai operasi ni nanti." Detektif Razif mula berlalun pergi dengan senyuman sinis.
Ana Dahlia menghela nafas lega. Riak Detektif Razif tadi seperti menyindirnya tentang hal mistik itu.Ah! Dia belum lagi jumpa dan tengok dengan mata kepalanya sendiri. Memanglah tak akan percaya semua ni! Hati Ana Dahlia membentak. Dia kembali duduk semula. Petang nanti, dia akan berjumpa Kudin sekali lagi. Dia jeling telefon bimbitnya yang sudah berdering. Nama Kudin di skrin telefon bimbitnya. Dia senyum. Lantas dia menjawab panggilan itu. Sesekali dia berkerut kening. Talian diputuskan.
"Hmm...orang yang boleh membantu tu tak dapat datang pulak. Takkan nak tunggu esok?" Ana Dahlia garu kepala yang tidak gatal.
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:36 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
KUDIN sandar di kerusi empuknya. Rancangannya untuk ke tempat sungai itu semula terpaksa dibatalkan. Tok Imam Ngah tidak dapat hadir. Ada kenduri tahlil di kampung. Kebetulan ada kematian semalam. Tok Imam Ngah hanya dapat datang esok saja. Dia memandang siling pejabatnya sekali lagi. Otaknya ligat berfikir tentang kehilangan sahabat sekampungnya ke alam bunian itu.
"Hmm...sudah tiga hari Jo dan Jai berada di sana. Mungkin mereka sudah jumpa Anum dan Senah." Teka Kudin sendiri. Mungkin mereka berempat itu sedang berusaha mencari jalan keluar.
"Jangan mereka terpikat dengan puteri bunian sudahlah!" Kudin sengih. Dia banyak dengar cerita yang manusia berkahwin dengan orang bunian dan tidak pulang semula ke alam nyata. Malah sudah beranak pinak di alam sana. Tidak mustahil semua itu boleh berlaku.
"Takkan Senah dan Anum terpikat dengan jejaka bunian jugak?" Kudin mula teringat kehilangan Senah dan Anum yang sudah masuk dua minggu di alam itu.
Telefonnya berdering kuat. Kudin jenguk skrin. Panggilan dari Karim dijawab seketika. Habis saja berbual, dia segera capai kunci kereta dan tergesa-gesa keluar dari pejabat. Sempat dia berpesan pada Sofea tentang apa-apa hal di pejabatnya dan semua mesyuarat untuk hari itu dibatalkan. Kudin bergegas ke tempat letak kereta. Keretanya dipecut laju menuju ke rumah yang dimaksudkan oleh Karim.
Sebaik tiba di laman rumah setelah hampir setengah jam memandu, Kudin keluar dari perut kereta. Dari situ, dia melihat Karim sedang tercegat di muka pintu rumah itu dengan wajah pucat dan cemas.
"Kudin! Cepat!" Laung Karim mengarahkan Kudin segera masuk ke dalam rumah.
Kudin terus melangkah laju ke rumah itu. Itulah pertama kali dia menjejakkan kaki ke rumah itu yang agak jauh dari rumah penduduk yang lain. Sekitar laman pula agak menyeramkan dengan rumput dan lalang tinggi dan pokok menjalar sudah memanjat dinding rumah yang berlumut. Dia mengekori Karim yang sudah masuk ke satu bilik. Rumah setingkat itu mempunyai dua bilik saja.
"Ada apa Karim?" Kudin tolak daun pintu yang tertutup tadi. Sebaik menjenguk ke bilik itu, terbeliak dia melihat Chad terlentang berlumuran darah. Muka Chad sudah pucat, bagai tiada lagi darah merah mengalir dalam tubuhnya.
"Chad! Tadi aku ke rumah ni." Karim mendekati Chad yang masih terlentang di situ.
Kudin turut menghampiri Chad dan meletakkan jari telunjuknya di hidung Chad. "Dia masih hidup! Cepat kita bawa dia ke hospital!"
Kudin dan Karim mula mengusung tubuh Chad yang sudah lembik itu memasuki kereta Kudin dan menderum laju menuju ke hospital berdekata. Sebaik tiba di hospital di bahagian kecemasan, Chad segera diberikan bantuan kecemasan dan disorong masuk ke bilik kecemasan dan Chad diberi bantuan oksigen. Kudin dan Karim hanya menunggu di luar.
"Macam mana dia boleh jadi macam tu?" Kudin mula bertanya Karim. Tadi dia tidak sempat bertanya apa-apa pada lelaki itu.
"Entah...mungkin dia cuba bunuh diri." Karim teragak-agak menjawab. Dia tahu Chad mungkin bertarung dengan seseorang semasa memuja foto Puan Karina di bilik itu. Masa dia mula masuk ke bilik itu tadi, jelas dia melihat foto Puan Karina dan patung diletakkan dalam bekas kemenyan yang telah diasapkan.
"Tak mungkin. Aku kenal Chad. Dia bukan lelaki macam tu. Tentu ada sesuatu yang tidak kena. Tadi aku perasan, ada bekas kemenyan, seolah tempat pemujaan..patung kecil tu.." Kudin pandang Karim tidak berkelip. Dia syak, Karim menyembunyikan sesuatu darinya. Karim mungkin mengetahui sesuatu tentang Chad yang tidak diketahuinya selama ini.
Karim terpaksa membongkar rahsia Chad walaupun dia pernah cuba beritahu Kudin tentang siapa Chad sebenarnya. Segala apa yang berlaku bermula dari foto Puan Karina yang dicuri Chad sehinggalah pada malam Chad memuja dan membaca jampi mentera di bilik itu. Masih segar di ingatannya, kerana terlalu ingin tahu, dia mengekori Chad ke rumah itu dan sanggup bersengkang mata semata-mata untuk melihat sendiri apa yang Chad cuba lakukan dengan foto Puan Karina itu. Ternyata apa yang dilihatnya pada malam itu sungguh menakutkan dan lebih mengerikan, Chad menikam dadanya sendiri dengan sebilah keris lama yang telah diasapkan dan dibaca mentera. Dari celah tingkap yang pecah sedikit, jelas dia melihat Chad berlawan dengan sesuatu sehingga terpelanting beberapa kali ke dinding. Namun ilmu Chad sungguh kuat, dia dapat menepis pihak lawan dengan hanya menyembur abu dari satu bekas yang pernah diberitahu oleh Chad dulu, abu itu adalah abu dari babi hutan yang disembelih dan darah babi itu dikeringkan dan disapu pada patung.
"Ya Allah..sampai begitu sekali Chad buat kerja syirik tu?" Kudin mengucap beberapa kali. Beristighfar berkali-kali.
Karim mengangguk. " Ya..dan selepas aku melihat ada jelmaan perempuan yang pakai baju kebaya merah muncul di situ, aku terus terdiam. Terkencing aku di situ. Apa lagi bila aku tengok Chad capai keris dan menikam dadanya sendiri selepas itu. Aku apa lagi, aku terus cabut dari situ! Tak sangka, Chad dah rebah dan pengsan macam ni. Tadi, aku tergerak hati nak jenguk Chad kat rumah tu."
"Maksud kau..gadis kebaya merah?" Kudin membuntang.
"Ya..kenapa?" Karim pula tercengang melihat Kudin sudah terkejut begitu.
"Jadi...jelmaan itu sudah membalas perbuatan Chad padanya..." Kudin berkata perlahan.
"Kau kenal dia?" Karim pula mula pucat.
"Ya...dia dibunuh dengan kejam dengan cara sihir. Badannya ditoreh-toreh dan dicakar sehingga berdarah dan mayatnya dihumban ke dalam kolam kumbahan di kampung Pinang Patah." Kudin menjelas perkara sebenar.
Karim semakin pucat. "Jadi maksud kau...Chad yang sihirkan gadis tu?"
Kudin mengangguk.
"Aku tak salahkan Chad dalam hal ni. Dia hanya nak balas dendam atas apa yang mereka telah buat pada mak Chad. Kalau aku berada di tempat Chad pun, aku akan marah. Kau bayangkan, mak Chad diberi suntikan dadah yang boleh merosakkan otak dan saraf. Sebab itulah mak Chad jadi gila. Ubat tu disuntik setiap hari. Macam penagih dadah tu! Dan Chad juga cerita kat aku yang Hanimlah yang buat kerja tu semua atas arahan Puan Karina. Hanim dan Puan Karina, dua-dua gila duit! Memang patut mereka jadi mangsa dendam Chad. Sekarang ni aku tak tahu nasib Puan Karina. Malam tu Chad puja foto Puan Karina." Jelas Karim lagi.
Kudin terdiam. Bermakna malam Puan Karina dirasuk itu adalah semuanya kerja Chad! Dan segala apa yang diceritakan oleh Karim tadi ke atas Hanim, perkara sama juga berlaku pada Puan Karina. Dari apa yang diperhatikan pada malam itu, Tok Imam Ngah berpeluh-peluh melawan ilmu orang yang cuba menyihir Puan Karina. Bermakna ilmu Chad juga adalah tinggi dalam sihir ini.
"Tak sangka kau Chad. Kenapa kau pilih jalan hitam macam ni?" Kudin meraup muka. Kini dia mula sedar betapa dendam kesumat boleh membawa kepada perlakuan syirik jika tidak kuat iman. Apa yang berlaku pada Chad juga adalah disebabkan Chad sendiri sejak dulu kurang didikan agama. Mak dan ayah Chad bercerai ketika Chad berusia sepuluh tahun. Selepas tamat SPM, Chad melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti di ibu kota. Selepas Chad mendapat kerja, Chad bawa ibunya sekali ke sana. Apa yang paling dia tidak sangka, ibu Chad bertemu jodoh dengan arwah ayah, tengku Muzafar.
"Maaf..siapa Kudin?"
Kudin dan Karim serentak berpaling. Seorang jururawat sudah tercegat di depan mereka dengan uniform putih.
"Saya. Kenapa nurse?" Kudin bingkas bangun.
"Pesakit yang encik Kudin bawa tadi kekurangan banyak darah. Kebetulan darahnya jenis darah A. Bekalan darah di hospital ni sudah habis, jenis O dan A. Kalau encik boleh membantu, kami boleh check jenis darah encik berdua. Kalau tidak ditambah darah, kawan encik mungkin tidak dapat hidup lama kerana dia sudah banyak kehilangan darah yang banyak." Terang jururawat itu.
"Oh..darah saya jenis O. Bolehkan saya menderma?" Kudin pandang jururawat itu tidak berkelip.
"Boleh..ikut saya." Jururawat itu mengajak Kudin ke satu bilik.
Di situ, darah Kudin dipindahkan ke badan Chad. Karim pula hanya melihat kerana darahnya adalah dari jenis B. Dia tidak boleh menderma. Selesai menderma, Kudin dan Karim mula beredar dari hospital. Esok, dia perlu melawat Chad. Dia perlu tahu dari mulut Chad sendiri tentang apa yang telah berlaku.
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:37 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
makin tersingkap segala misteri..
|
|
|
|
|
|
|
|
Cik_Andak posted on 9-6-2014 12:25 PM
Ipo......
bila mau sambung lagi??
soon..sabar ya..
ipo kena habiskan citer ni sebelum puasa
nanti nak berehat dan tumpukan pada penerbitan novel yg akan keluar nanti..
so, lepas ni..kalau ipo MIA lama tu..faham2 la ya..
|
|
|
|
|
|
|
|
nallepooh posted on 10-6-2014 02:17 AM
makin tersingkap segala misteri..
terima kasih kerana mengikuti citer ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo...best gilerrr..... |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 23
ESOKNYA, Kudin kembali ke hospital. Chad sudah ditempatkan di wad di tingkat dua. Kudin melihat Chad masih lemah di atas katil tapi keadaan Chad sudah ada sedikit perubahan berbanding dengan semalam. Tangan Chad disentuh seketika. Chad dilihat masih lena. Kudin duduk di kerusi yang disediakan untuk pelawat. Dia masih memerhati ke arah Chad yang kelihatan berbalut di bahagian dadanya. Menurut doktor yang merawat Chad semalam, luka akibat tikaman itu hampir-hampir mengenai jantung Chad sendiri.
"Bila aku boleh bercakap dengan Chad ni?" Kudin masih pandang Chad yang mula menggerak-gerakkan jemarinya.
"Chad..Chad..aku ni Kudin. Alhamdulillah kau dah sedar.." Kudin pegang tangan Chad. Pipi Chad ditepuk sikit.
Perlahan Chad buka mata. Pandangannya masih kabur. Apa yang dilihat di sekitar masih samar. Matanya beralih pada satu susuk tubuh di sebelah katilnya. Lama dia melihat susuk tubuh itu.
"Aarrghh..." Chad cuba bangun tapi kesakitan di bahagian dadanya masih terasa. Pantas saja tangannya menekan dada yang sudah berbalut.
"Chad..kau kena berehat." Kudin tolak badan Chad supaya Chad baring semula.
"Aku..aku kat mana ni?" Chad pegang pula kepalanya.
"Kau kat hospital." Kudin cuba menenangkan Chad yang masih terpinga-pinga. Chad dilihat seperti ingin menepis sesuatu.
"Pergi kau!!" jerit Chad dengan tidak semena-mena.
Kudin cuba menenangkan Chad yang mula meracau. Dia capai gelas di atas meja di sebelah katil Chad dan dituang air kosong. Air itu dibaca al fatihah dan surah Al Ikhlas sebanyak tiga kali. Air yang sudah dibaca itu kemudian disapu pada dahi dan ubun-ubun Chad. Seketika itu juga, Chad meraung menggelupur. Keadaan menjadi kecoh seketika. Jururawat yang bertugas segera mendapatkan Chad dan cuba menenangkan Chad yang masih meraung dan menjerit-jerit. Kudin tidak hiraukan raungan Chad, air itu terus disapu dan direnjis seluruh muka Chad dan juga di kaki. Kali ini Chad mula lemah.
"Nurse, tak apa. Dia bukan meraung sakit dada. Biar saya yang handle. tengok tu, dia dah tenang." Kudin senyum melihat jururawat itu sudah panik tadi. Sempat jururawat itu memanggil dua orang lagi rakannya untuk mententeramkan Chad.
"Oh..terkejut saya tadi. Pesakit ni macam dirasuk. Awak ni pandai juga rawat ya? Awak ni pengamal perubatan tradisional ke?" Jururawat itu senyum melihat Kudin yang bertindak merenjis air ke muka pesakit tadi.
"Tak adalah..saya biasa je. Itu yang saya sempat belajar dari tok guru.." Kudin sengih. Jururawat itu dilihat tersenyum-senyum. Dia melihat sekilas nama yang tertera di tag nama di poket baju putih yang dipakai jururawat itu, Aishah.
"Tapi hebat. Saya ingat pesakit ni dah tak boleh dikawal. Maklumlah sebelum ni, ada juga kes macam ni. Macam kena rasuk..alih-alih..pihak hospital terpaksa panggil ustaz. Hmm..awak ni muda-muda lagi dah jadi perawat." Jururawat Aishah itu memuji Kudin.
Kudin hanya melemparkan senyuman kelat. Jururawat itu dilihat sudah beredar dari situ setelah menyelimutkan pesakit tadi. Dia pandang pula Chad yang sudah baring semula.
"Chad..kau kena berubat ni." Kudin pandang Chad yang masih diam. Mata Chad masih memandang ke arah siling.
Chad mengalihkan pandangannya kepada Kudin. Wajah bersih kawan sekampungnya itu ditatap seketika. Dia mula melemparkan senyuman.
"Kudin, terima kasih kerana hantar aku ke hospital tapi macam mana kau tahu rumah aku?" Chad bersusah payah menutur kata.
"Karim yang hubungi aku. Dia yang jumpa kau terbaring berdarah di dalam bilik. Aku dan Karim segera bawa kau ke hospital. kau kehilangan banyak darah." Kudin senyum.
"Oh...begitu rupanya." Chad kembali menatap siling. Fikirannya melayang pada kejadian malam itu. Roh gadis kebaya merah itu masih jelas di matanya. Gadis itu ternyata ingin membalas dendam padanya.
"Chad..aku nak tanya kau sikit. Betul ke kau amalkan ilmu hitam tu?" Kudin beranikan diri bertanya. Kalau Chad bertindak, dia sudah bersedia dengan ilmu yang ada walaupun masih terbatas. Dulu masa dia bekerja sebagai pengawal peribadi, sempat dia belajar dari seorang guru pondok yang kebetulan mempunyai seorang anak yang berjaya dan berpangkat datuk. Sebagai pengawal peribadi, dia sering berjumpa ayah kepada datuk itu. Dari situlah dia sempat menuntut sedikit ilmu pendinding diri dan juga ilmu kebal. Sampai hari ini, ilmu kebal tidak pernah digunakan. Bimbang jika ia disalahgunakan akan bertukar menjadi riak.
Chad diam seketika. Dia masih memandang siling. Kemudian dia berpaling ke arah Kudin. Mukanya berkerut. "Kenapa?"
"Aku dengar kau ada menuntut ilmu hitam tu..dan..jelmaan gadis kebaya merah yang kita nampak di kampung dulu tu..kau yang bunuh dan sihir dia kan?" Kudin cub amendapat kepastian dari mulut Chad sendiri.
"Ya..aku mengaku. Aku sudah tak dapat menahan perasaan marah aku atas apa yang dia orang telah buat pada mak aku. Mak aku jadi gila. Mak aku menderita seorang diri. Puan Karina patut terima balasannya." Chad bersuara agak keras sambil menahan sakit akibat luka tikaman itu. Roh gadis itu telah merasuk ke tubuhnya malam itu dan sengaja menggunakan keris itu untuk menikam dada.
"Chad..aku faham perasaan kau tapi bukan ini caranya. Kita ada agama dan agama kita melarang kita dari membalas dendam apa lagi dengan cara yang jelas salah dan terpesong ni. Bertaubatlah Chad. Ada masa lagi untuk kau kembali ke jalan yang benar." Pujuk Kudin berhati-hati. Dia tahu dari riak Chad, lelaki itu masih menyimpan dendam pada musuhnya.
"Puan Karina sudah terima balasannya. Dia sekarang sedang sakit. Aku pasti itu kerja kau kan?" Kudin menambah.
Chad ketawa. Dia kemudian pandang Kudin yang masih memadang ke arahnya. Ketawanya masih panjang.
"Sakit? Aku ingat sudah mampus!" Chad ketawa lagi.
Kudin menggeleng. Begitu keras hati Chad. Langsung tidak menunjukkan tanda-tanda hendak berubah. Dalam keadaan sakit macam itu pun, Chad masih keras dengan sikapnya.
"Chad..kau kena ingat. Semua manusia akan mati termasuk kau. Dan kematian itu membawa kita ke arah yang berbeza destinasi yang sememangnya ada yang bahagia dan ada yang derita. Cukuplah kau menderita di dunia ni, jangan kau tambah derita kau di sana nanti. Allah maha pengampun. Belum terlambat untuk kau kembali padaNya dengan putihkan kembali jalan hidup kau yang hitam tu Chad." Kudin berkata sugul. Sejak sekolah rendah, dia dan Chad bersahabat. Tidak sanggup dia membiarkan Chad sesat selamanya.
Chad diam saja. Dia melepaskan keluhan kecil. Nafasnya ditarik perlahan dan dihembus perlahan juga. Dia pandang lagi Kudin.
"Kudin..aku begitu kagum dengan kau. Kau masih sabahat aku. Biarpun aku sudah banyak buat dosa dan tersasar dari landasan tapi kau tetap nak bawa aku ke landasan lurus sedangkan kau tahu landasan aku selama ini bengkang bengkok. Apa kau tak jemu?" Chad cuba mencari reaksi sahabat sekampungnya yang kelihatan sugul.
"Tak..aku tak akan pernah jemu sehingga aku dapat membawa kau ke jalan yang benar walaupun aku tahu aku juga bukanlah seorang yang alim tapi menjadi tanggungjawab aku untuk membawa kau kembali kepada Allah." Kudin berkata dengan yakin. Chad dilihat sudah sugul. Ada titis jernih mengalir di tepi kelopak mata lelaki itu.
"Aku sendiri yang pilih jalan ni. Bukan salah kau, bukan salah sesiapa. Untuk aku berubah mungkin payah. Aku telah sebati dengan semua kerja hitam ni. Tok guru aku pernah beritahu aku dulu, jika aku ingin berpatah balik dari ilmu yang aku pelajari ni, aku kena berkorban banyak benda." Chad mengeluh.
"Maksud kau?" Kudin berkerut kening.
"Kau tak akan faham Kudin." Chad berkata lemah.
"Chad..kau kena ingat. Itu adalah perjanjian syaitan. Itu syarat-syarat yang syaitan nak. Ilmu Allah mengatasi segalanya. Allah maha berkuasa. Syaitan juga hamba Allah yang telah berpaling tadah semata-mata kerana tidak mahu tunduk pada Adam. Itu menunjukkan Adam atau manusia ini adalah lebih tinggi ilmunya dari syaitan dan Allah muliakan manusia. Syaitan sebenarnya takut dengan manusia bukan sebaliknya. Kau kena sedar hakikat itu Chad! Kau kena lawan! jangan terpedaya dengan tipu daya syaitan lagi. Syaitan yang takutkan manusia yang dimuliakan Allah dan syaitan juga berjanji sejak dia dihumban dari syurga lagi. Syaitan akan menyesatkan keturunan Adam dan mengheret sama masuk ke dalam neraka. Kau nak biarkan syaitan menang??" Kudin mula meninggikan suara.
Chad terdiam. Suara tinggi dari Kudin tadi memecah kuat ke gegendang telinganya. Dia mula bangun dari baringnya dengan susah payah. Tubuh Kudin dipeluk seketika. Kali ini dia tidak dapat menahan sebak. Kata-kata Kudin tadi telah menyedarkannnya yang selama ini dia memang mengikut telunjuk syaitan dan memberi kemenangan kepada syaitan.
Kudin kaget bila tiba-tiba dipeluk Chad. Terasa panas bahunya dengan air mata yang menitis. Dia biarkan saja Chad melepaskan perasaannya.
"Chad..alhamdulillah. Kau telah sedar.." Kudin turut menyapu air matanya.
"Kudin...bantu aku. Aku sedia tinggalkan semua tu dan kembali pada Allah. Adakah Allah masih terima manusia jahat dan telah syirik ini?" Chad mula tergaka-agak.
"Bertaubat nasuha. Keampunan itu hanya Allah yang tahu. Apa yang penting sekarang ni, kau jangan ulangi lagi semua kerja gila tu. Bertaubat bersungguh-sungguh." Kudin menepuk bahu Chad.
Chad angguk.
"Untuk perubahan pertama, aku nak dengar kau mengucap." Kudin pandang Chad dengan senyuman gembira.
Chad mula mengucapkan dua kalimah syahadah itu dengan juraian air mata. Ternyata dia masih mampu mengunngkap kalimah mulia itu dengan baik.
"Alhamdulillah..sekarang aku nak kau baca al fatihah dan istighfar sebanyak mungkin. Lepas kau sembuh nanti, aku nak kau tinggal dengan aku." Kudin mula merasa lega. Chad dilihat sudah ingin berubah.
Tanpa sedar air matanya turut menitis sebaik mendengar Chad mengalunkan ayat-ayat Allah itu dan beristighfar. Mereka berdua berpelukan seketika. Kudin mula minta diri untuk pulang.
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:37 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah kalau chad dh insaf... tp... betul ke dh insaf... mcm ada yg tak kena je... Ipo... sambung lg... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa jadi kat senah,Anum,Jo ngn Jai???
|
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar tak tau kisah selanjutnya pasal depa bertiga tu... |
|
|
|
|
|
|
|
anum dgn kudin
jai dgn senah
ana dah lia dgn jo....
3 org naik pelamin serentak.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tau jgk apa yg bakal jadi pada famili diorang yg tunggang langgang ni... kusha... kuyah... chad & kudin... what will happen to them... very complicated situation.... |
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 10-6-2014 05:22 PM
nak tau jgk apa yg bakal jadi pada famili diorang yg tunggang langgang ni... kusha... kuyah... chad ...
kuyah kahwin dgn chad...
|
|
|
|
|
|
|
|
KUDIN pulang ke rumah dengan hati yang sungguh lega. Chad sudah mula berubah dan ingin kembali ke pangkal jalan. Dia berharap Chad akan benar-benar berubah dan tidak lagi mengulangi kerja syaitan itu. Bila memikirkan tentang Chad, dia mula teringat Puan Karina, Kuyah dan Kusha di rumah nenek. Mungkin mereka sedang menjalani kehidupan yang baik-baik belaka. Semalam, dia terima panggilan dari Kusha mengatakan Puan Karina sudah semakin sembuh tetapi masih perlukan perhatian dan rawatan. Nampaknya keadaan Puan Karina tidak begitu teruk kerana Chad tidak sempat menghantar sihir yang lebih kuat. Tiba-tiba jelmaan gadis kebaya merah itu mengganggu pemujaan Chad.
"Aku harap Chad tabah menempuh dugaan dan Puan Karina juga tabah menghadapi penyakitnya." Kudin senyum lega.
Dia melangkah malas ke tingkat atas di rumah yang diwarisi dari wasiat arwah ayahnya itu. Rumah itu hanya dihuni olehnya seorang saja. Mungkin selepas Chad sihat nanti, dia akan tinggal bersama Chad di rumah dua tingkat itu. Kudin menapak perlahan ke biliknya dan mula membersihkan diri. Usai solat asar, dia mula menatap skrin komputer riba. Kerja pejabat terpaksa dibawa pulang ke rumah. Esok ada mesyuarat penting. Segala dokumen perlu diperiksa dan dikemaskini.
Kudin senyum melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya yang mula berdering. Panggilan dari Ana Dahlia memang sentiasa dinantikan olehnya. Walau dia tahu, gadis itu seperti hambar dengannya setiap kali menyentuh soal hati. Panggilan dari gadis itu dijawab dengan penuh ceria.
"Ada masalah apa dia nak jumpa?" Kudin pandang jam di atas meja. Jam lapan setengah malam nanti, Ana Dahlia ingin berjumpanya.
Dia segera menyiapkan kerja pejabat yang semakin menimbun. Panggilan dari Ana Dahlia tadi, jelas gadis itu risaukan kehilangan Jai.
"Hmm...nampak sangat dia suka pada Jai." Kudin melepaskan keluhan.
JAM LAPAN malam, Kudin sudah bergegas menaiki motorsikal Kawasaki dengan memakai jaket hitam. Motorsikalnya dipecut laju ke sebuah restoran di KL Sentral. Sebaik tiba di situ, dia segera menapak ke sebuah restoran. Dari jauh dia melihat Ana Dahlia sudah menunggunya di situ. Gadis itu kelihatan resah. Kudin terus melabuhkan punggung di kerusi.
"Ada apa awak nak jumpa ni? Rindukan saya ke?" Kudin mengusik.
"Tak ada maknanya nak rindu awak." Ana Dahlia senyum.
Kudin hanya membalas dengan senyuman hambar. Dia sudah tahu, itu yang akan dijawab gadis itu setiap kali soalan itu diajukan. Helmetnya diletakkan atas kerusi sebelah bila pelayan restoran membawa makanan yang sudah siap dipesan oleh Ana Dahlia.
"Wah! Cepatnya makana sampai. Belum panas lagi punggung saya ni duduk." Kudin melihat nasi ayam yang terhidang bersama dengan pencuci mulut sekali.
"Saya belanja. " Ana Dahlia sengih.
"Hmm...kita ni asyik dating je kan? Bila nak serius?" usik Kudin lagi. Muka Ana Dahlia sudah merona merah.
"Makanlah..sambil tu kita sembang." Ana Dahlia mula menyuap nasi ke mulut.
Kudin turut menikmati nasi ayam di depan matanya. Sesekali dia pandang Ana Dahlia yang begitu berselera makan di depannya, tidak pandang sedikit pun padanya. Macam sehari tak makan!
"Kan dah tercekik?" Kudin hulur segelas jus bila melihat Ana Dahlia terbatuk-batuk.
"Hmm..dah lega sayang?" Kudin mengusik lagi.
Ana Dahlia sedikti tergamam tetapi cepat-cepat dia bersikap selamba.
"So, apa hal penting nak bincang?" Kudin mula kembali pada topik yang dibualkan di telefon siang tadi.
"Saya sudah beritahu kawan Jai tentang kehilangan Jai tapi dia gelakkan saya bila saya kata Jai disorok orang bunian. jadi, sekarang ni dia ingat saya ni yang reka cerita. Macam mana nak cari Jai? Awak dah contact orang yang pandai hal alam bunian ni?" Ana Dahlia mula bertanya Kudin tentang hal semalam.
"Ada masalah sikit. Tok Imam Ngah tu sibuk pulak sekarang ni. Jadi, nak tak nak, kita sendiri kena cari jalan lain macam mana nak ke sana. Saya ada seorang lagi kenalan yang juga pandai dalam hal ni tapi dah lama lost contact." Kudin teringat tok guru pondok, ayah kepada seorang datuk yang dia bekerja dulu.
Ana Dahlia mengangguk-angguk. Dia menghabiskan nasi di dalam pinggan. Jus tembikai diteguk perlahan. Dia kemudian pandang pada Kudin yang masih menikmati makanan.
"Tok guru pondok tu tinggal kat mana?" Ana Dahlia mula berminat dengan cerita Kudin.
"Dulu dia kat pasir Tumboh Kelantan. Sekolah pondok kat sana. Sekarang ni entahlah dia masih kat situ lagi ke tak.."Kudin menegsat mulutnya dengan tisu.
"Hmm..jauh tu. Mana sempat kita nak cari Jai tu." Ana Dahlia sudah mula gelisah. Kalau Jai tidak ditemui sampai esok pagi, bermakna operasi itu akan diteruskan tanpa Jai. Bermakna juga dia akan dinilai oleh Detektif Razif sendiri yang sememangnya tegas dan garang. Kecut perut kalau lelaki menjerit marah.
"Hmm..awak nampak gelisah? Ada masalah ke kalau Jai tak ditemui?" Kudin mula menjerat soalan. Dia lihat riak Ana Dahlia sudah lain.
"Err...tak..." Teragak-agak Ana Dahlia menjawab.
"Awak kerja apa ek?" Kudin mula mengorek rahsia Ana Dahlia.
"Kenapa? kan dulu saya dah beritahu awak, saya jadi kerani di sebuah syarikat terkemuka selepas saya berhenti kerja di TM Holdings dulu tu." Ana Dahlia pandang Kudin yang sudah berubah riak.
"Betul?" Kudin menjeling seketika. keningnya terangkat sedikit.
"Betullah! Kenapa awak tanya macam menyiasat je ni?" Ana Dahlia cuba bersikap selamba.
"Saja nak tahu.." Kudin sengih tapi dalam hati dia masih sangsi dengan gadis itu yang dirasakan ada sesuatu yang disembunyikan. Gadis itu sering bertanyakan Jai dan cuba mengelak bila dia ingin menghantar sampai ke rumah. Malah semasa di balai polis dulu pun, Ana dahlia dilihat agak mesra dengan pegawai polis lain.
"So, back to rancangan kita, bila kita nak cari mereka yang sudah hilang tu?" Sekali lagi Ana Dahlia bertanya. Dia ingin sangat Jai dijumpai semula.
"Awak rindukan Jai ke?" Kudin cuba meneka hati gadis itu.
"Mana ada..." Ana Dahlia cuba mengelak.
"Habis tu, beria awak nak Jai dijumpai?"
"Habis, awak tak nak mereka dijumpai semula? Anum dan Senah pun hilang kat sana jugak kan?" Ana Dahlia pulangkan semula soalan yang sama pada Kudin.
Kudin diam seketika. Tidak mungkin Ana Dahlia cemburu.
"Saya dengar awak suka pada Anum tu?" Kali ini giliran Ana Dahlia pula mengorek rahsia hati Kudin.
"Itu cerita lama. Sekarang saya sudah buka cerita baru yang tak ada kesudahan. Tak ada penamat." Kudin menjawab lemah. Dia mula menikmati pencuci mulut pula, puding karamel yang ditambah coklat cair di atasnya.
Ana Dahlia terdiam. Dia faham kata-kata Kudin tadi. Kudin mungkin kecewa dengannya yang masih tidak memberi jawapan untuk soalan yang diajukan dulu.
"Bila kita boleh cari mereka tu?" Ana Dahlia cepat-cepat ubah topik perbualan.
"Lusa pun boleh. Kalau awak nak join, saya akan ambil awak kat rumah. Saya akan cuba tanya Tok Imam Ngah sekali lagi. Kalau dia kata boleh, esok saya balik kampung dan bawa dia ke sini. Macam mana?" Kudin pandang Ana Dahlia yang sudah kelihatan resah.
Err...lusa?" Ana Dahlia sudah gelisah. Esok dia ada operasi bersama Detektif Razif.
"Kenapa?"
"Err...lusa saya ada hal penting." Ana Dahlia cuba berdalih.
"Hal apa?" Kudin pandang tepat ke mata Ana Dahlia.
"Err..."
Telefon bimbit Ana Dahlia mula berdering. Ana Dahlia mula minta diri menjawab jauh dari Kudin. Kudin hanya memerhati dari situ. Sikap dan tingkah Ana Dahlia dirasakan ada sesuatu yang cuba disorokkan darinya.
"Ok boleh!" Ana Dahlia kembali ke meja. Senyumannya sudah lebar.
"Tadi kata tak boleh?" Kudin berkerut kening.
"Tadi..kawan saya call. Dia kata hal tu ditunda ke minggu depan." Ana Dahlia terpaksa berbohong. Tadi panggilan dari Detektif Razif. Operasi membenteras sindiket haram itu ditunda ke minggu depan. Lelaki itu tidak pula menyatakan sebab kenapa dibatalkan dan dia pula tidak bertanya banyak.
"Oh..ok. Kalau macam tu, lusa kita mulakan pencarian kita." Kudin senyum. Ana Dahlia dilihat sudah berubah riak. Ada riak ceria di wajah gadis itu. Mungkin tidak sabar untuk berjumpa dengan Jai.
Mereka menghabiskan jus masing-masing dan mula beredar dari situ. Seperti biasa, Ana Dahlia menolak pelawaan Kudin untuk menghantarnya ke rumah. Dia lebih suka menaiki LRT saja.
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:38 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 10-6-2014 11:47 AM
alhamdulillah kalau chad dh insaf... tp... betul ke dh insaf... mcm ada yg tak kena je... Ipo... sam ...
chad dah sedar tu..dah beria menangis di bahu Kudin..
|
|
|
|
|
|
|
|
nallepooh posted on 10-6-2014 04:04 PM
anum dgn kudin
jai dgn senah
ana dah lia dgn jo....
heheh..speku bagus tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 24
KUDIN lega. Tok Imam Ngah sudi membantu mencari Jo, Jai, Senah dan Anum di perkampungan bunian itu. Tadi, sebaik sampai ke KL dari kampun Pinang patah, dia mengajak Tok Imam Ngah bermalam di rumahnya. Esok, akan bermula pencarian kawan-kawannya yang hilang itu. Ana Dahlia sudah diberitahu tentang hal itu. Esok, jam sembilan pagi, mereka bertiga akan ke tempat hutan di tepi sungai itu semula.
Tok Imam Ngah berehat di ruang tamu. Tadi dia baharu selesai menjamu selera makan malam bersama Kudin. Pandai juga anak muda itu masak. Lauk gulai ayam dan sambal belacan bersama dengan ulam pegaga, cukup kena denagn tekaknya. Dia senyum meleret. Sesekali dia melihat keadaan rumah Kudin yang kelihatan kemas. Perabut rumah itu semuanya diperbuat daripada rotan.
"Tok..minum dulu.." Kudin hulur secawan kopi panas dan roti bakar yang sudah disapu mentega.
"Terima kasih..kamu tinggal sorang je ke?" Tok Imam Ngah hirup perlahan kopi panas yang dihulur Kudin tadi.
"Ya tok tapi minggu depan, Chad akan tinggal bersama saya." Kudin melemparkan senyuman. Dia turut menghirup kopi pekat yang dibancuh tadi.
"Chad? Anak Zaidah tu?" Tok Imam Ngah agak terkejut.
"Ya. Chad sekarang ni terlantar kat hospital..minggu depan dia dibenarkan pulang.." Terang Kudin.
Lama Tok Imam Ngah termenung mendengar kata-kata Kudin. Dia dapat rasa orang yang berlawan dengannya pada malam itu semasa merawat Puan Karina, orang itu adalah Chad. Dari bayangan yang muncul malam itu, jelas dia melihat rupa paras bayangan itu. Ada iras Chad.
"Kenapa tok?" Kudin pula dapat mengagak yang Tok Imam Ngah sudah mengesyaki Chad.
"Hmm...tok harap dia segera bertaubat. Dosa syirik ni tidak terampunkan kerana telah menduakan Allah. Berdoalah semoga dia dibukakan pintu hati untuk kembali ke jalan Allah." Tok Imam Ngah menggeleng.
Kudin diam seketika. Memang tepat telahannya tadi. Tok Imam Ngah sudah tahu yang Chad adalah penyihir Puan Karina pada malam itu. Dia tunduk. malu pada Tok Imam Ngah yang menjadi orang lama di kampung Pinang Patah. Tok Imam Ngah banyak mengajar anak -anak muda tentang hal agama termasuklah dia, Jai, Jo dan Chad dulu.
"Kenapa Chad tu jadi macam tu?"
Kudin mendongak. Tiba-tiba Tok Imam Ngah bertanyakan soal Chad. Dia serba salah untuk menjawab kerana Tok Imam Ngah memang kenal dengan mak Chad, Zaidah. Zaidah itu sudah dianggap seperti anaknya sendiri.
"Sebenarnya tok..Chad berdendam kerana mak dia jadi gila akibat buatan orang dan orang yang menganiayai mak Chad tu adalah Puan Karina.." Terpaksa Kudin berterus terang hal sebenar.
"Maksud kamu, Zaidah jadi gila?" Tok Imam Ngah terkejut.
Kudin mengangguk.
"Ya Allah...apa nak jadi dunia sekarang ni.." Tok Imam Ngah menggeleng.
"Tapi alhamdulillah, nampaknya Chad dan Puan Karina pun dah berubah baik." Kudin senyum lebar.
"Alhamdulillah..Allah berkehendakan siapa saja hambanya untuk menerima hidayah..walau sudah tersesat jauh. Allah maha mengetahui segala sesuatu. Kita ni, bila senitiasa hidup di atas landasan yang benar, insyaAllah kita tidak akan mudah tergelincir walau dugaan berat sekalipun." Tok Imam Ngah menambah.
Sekali lagi Kudin mengangguk-angguk mendengar tazkirah Tok Imam Ngah. Sejak dulu dia sangat hormat pada orang tua itu yang banyak ilmu. Mereka berdua berbual sambil bertukar pandangan. Usai solat isyak berjemaah, Kudin dan Tok Imam Ngah mula berehat dan tidur di bilik masing-masing. Esok, jam sembilan pagi selepas sarapan, dia akan jemput Ana dahlia dahulu sebelum ke hutan itu semula.
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:39 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|