ok.. kaka..kaka... semua untuk tengahari punya.. ganti dua hari no new entry...
******************************************************************
Auna Aulia terkejut. Tak pernah dia mimpi pun nak bawak kereta besar macam ni melainkan mimpikan nak bawak motor besar. Boleh. Hahhahaaa.. tetiba terdengar dengar bunyi kecheng..kecheng.. hahahaaa.. jahat. Buruk perangai. “Nanti apapula kata orang. Baru kawin dah dapat macam-macam. Tak mau lah itu harta abang..” jawab Auna Aulia. Hakikatnya dia memang segan.
“Pedulikan apa orang nak cakap. Harta abang.. harta sayang juga. Dah lah tak nak cakaplagi pasal ni. Tak gemar telinga abang mendengar. Lepas ni nak kemana-mana guna kereta ni. Ini kereta sayang.” PutusKhaleel Zachry.
Auna Aulia hanya mendiamkan diri. Tengoklah nanti macam mana susah-susah dia belisaja kereta yang biasa-biasa saja kalau Khaleel Zachry tak suka dia bawak motor. Bukan dia tak mampu setakat Ford Fiesta tu mampu dia nak bayar bulan-bulan. Bukan prinsip dia nak mengikis harta orang.
Khaleel Zachry membelok ke masuk ke satu simpang dan berhenti di hadapan sebuah pintu pagar tinggi. Dia melambai tangan ke arah pengawal keselamatan di hadapan rumahitu. Auna Aulia pelik rumah siapa ni? Siap dengan security guard. Gila kaya orang ni. Mesti orang penting yang suaminya hendak jumpa. Bila pintu pagar dibuka hambik kau tersegam indah sebuah rumah yang sangat cantik. Ni bukan rumah tapi istana dah rasanya. Cantik gila.
“Rumahsiapa ni abang?” tanya Auna Aulia.
Khaleel Zachry berpaling mengadap Auna Aulia yang kelihatan cuak. “rumah parent abanglah..” terang Khaleel Zachry. Auna Aulia menelan air liur. Siapa sebenar suami dia ni. Kayanya dia. Tiba-tiba dia rasa rendah diri sangat-sangat. Dia ingatkan Datuk Megat tu biasa-biasa.Walaupun dia tahu bapa mentuanya mempunyai beberapa cawangan syarikat itupun dengar dari orang yang suka bercakap. Nak ambik tahu bukan Auna Aulia. Bagi Auna Aulia harta orang tetap harta orang tak sama dengan harta sendiri walaupun hanya sebatang pen tetap kita punya. Macam sekarang ni yang kaya Khaleel Zachry dan dia tetap Auna Aulia. Ya ALLAH. Dia rasa canggung.Macam manalah dia nak sesuaikan diri.
Tangan Auna Aulia di raih dan di kucup lembut oleh Khaleel Zachry. Dia rasa boleh menganggak apa yang ada dalam kepala isterinya. “Yang kaya parent abang okey,abang hanya biasa sahaja. Baru nak mulakan hidup.Masih bertatih dalam berniaga.” Terang Khaleel Zachry. Dia tahu Auna Aulia bukan jenis mata duitan. Dia amat kagum dengan prinsip hidup Auna Aulia. Berdiri atas apa yang di milikiia itu kepunyan diri sendiri tanpa ambil kesempatan pada orang lain dalam mencari keberkatan. Apa yang Auna Aulia miliki dah cukup mewah. Tak perlu ada yang memberi. Dengan gaji Auna Aulia sendiri dia mampu untuk bersenang lenang.Tapi yang dia suka Auna Aulia seorang yang bersedahana. Seperti keluarga isterinya sedangkan abahnya dan mama bukan calang-calang begitu jugak adik beradik yang lain. Bahkan status sebagai anak tunggal perempuan dia lebih diberi perhatian.
Kelihatanbonda dan walid keluar menyambut mereka.
“Assalamualaikum bonda..” ucap Auna Aulia dia bersalam dan mencium tangan Sharifah Adawiyah.Lalu tubuh Auna Aulia di dakap erat. Kedua belah pipinya dikucup. Datin Sharifah Adawiyah melakukan perkara yang sama pada Khaleel Zachry.
Pada bapa mentuanya dia bersalam tidak seperti Khaleel Zachry mencium kedua-duabelah pipi walidnya.
Bonda menarik tangan Auna Aulia masuk kedalam. Melangkah masuk kedalam rumah terasa seperti masuk ke tempat lain. Sungguh cantik hiasan dalamannya. Ada sedikit pengaruh arab. Sangat menarik. Simple but nice.
“sungguh cantik kamu Ya Auna..” Puji Datin Adawiyah lebih tepat lagi Datin HajjahAdawiyah.
Auna tertunduk malu. “Bonda, ni ada sedikit kuih dari rumah..” Auna Aulia menghulurkan bakul rotan yang bertutup.
Datin Hajjah Adawiyah menyambut huluran Auna Aulia. Dia membuka kain berwarna merah bercorak kotak-kotak yang menutup bakul rotan empat segi itu. Dilihatnya ada kain berwarna merah berpetak putih dijadikan alas. Bersamanya ada Muffin dan 2 botol jem.
“Syukran Ya Auna. Kenapa perlu susahkan diri. Kehadiran kamu sudah cukup menggembirakan hati kami, Auna.”
“Tak ada apa bonda. Muffin tu saya buat pagi tadi senang saja. Memang hajat nak beripada bonda rasa. Jem strawberry dan rambutan tu saya buat sendiri. Baru-baru belajar. Tak tahulah apa rasanya.Maaflah kalau tak kena pada selera.” Kata Auna merendah diri.
“Pasti sedap sayang. Apa saja yang dibuat dengan kasih sayang pasti akan sedap dan ada keberkatannya. Kerana di buat dari hati dari jiwa.” terang Datin Hajjah Adawiyah. Sejuk hatinya dengan pilihan si anak. Dia bersyukur sangat-sangat. Melihat tutur cara menantunya dia tahu Auna Aulia seorang yang terdidik peribadinya.
“bonda jangan puji sangat isteri saya. Nanti meletup pulak dia..” usik Khaleel Zachry.
“ishh kamu ni.. itu lah tak reti nak ambil hati isteri.. usah di layan anak bertuah ini Auna. Mari ikut bonda ke atas.” Kata nya sambil menarik tangan Auna Aulia.
“EhhYa zaujah, jangan lah dibawa sekali kuih tu..” tegur Megat Khaled
Datin Hajjah Adawiyah ketawa sendiri. Terlupa. Seronok menantu datang sehingga dia terlupa. Datin Hajjah Adawiyah memanggil pembantunya dan memberi bakul itu. Dimintanya supaya pembantunya menyediakan makan tengah hari
Tangan Auna Aulia di tarik naik ke tingkat dua. Besar sungguh rumah ini. Siap ada swimming pool tertutup. Hajjah Adawiyah menunjukkan setiap bilik dan kegunaannya.Ada bilik home theater, untuk santai-santai bersama keluarga. Ada ruang rehat dan macam-macam lagi. Di tingkat tiga adalah bilik anak-anak kata bonda.Tingkat dua ini juga di tempatkan tiga bilik tetamu. Datin Hajjah Adawiyah membuka pintu di salah satu bilik di tingkat dua. Auna Aulia tercengang. Ini bilik ke hotel. Macam bilik hotel saja rupanya. Dia hanya mampu melihat. Tak pernah dia mimpi untuk menjejaki tempat macam ni.
Tangan Auna Aulia di tarik kearah set sofa. Siap ada TV lagi. Datin Hajjah Adawiyah mengambil sesuatu dari dalam laci. Kotak empat segi berbaldu. Dihulurkan kepadaAuna Aulia.
AunaAulia mengambilnya dengan hati yang berat. Apatah lagi membukanya. Tertanya-tanya apa ada dalam kotak ni. Alangkah terkejutnya melihat isi kotak tersebut. Terlalu mahal harganya. “Cantik bonda,untuk siapa” Tanya Auna Aulia.
Datin Hajjah Adawiyah tersenyum memandang wajah menantu perempuan tunggalnya. “UntukAuna lah. Untuk siapa lagi..” terang Datin Hajjah Adawiyah.
Auna Aulia terkejut. Mahal sangat set barang kemas ni. Tak tergamak hendak dia ambil.“Bonda, Auna minta maaf bukan tak nak terima, bonda jangan salah sangka ya..barang ni terlalu mahal untuk Auna terima. Lagi pun nak kemana dengan pakai macam ni. Takut lah” Auna Aulia memulangkan kembali set barangan kemas berlian.Entah berapa harganya tidak lah dia tahu.
Datin Hajjah Adawiyah ketawa mendengar jawapanAuna Aulia. “Auna sayang, ini adalah hadiah dari kami. Dari bonda, kakak dan adik, Puteri Sharifah Zahra Maisara dan Puteri Sharifah Fatimah Al Zahra.Terimalah tanda kasih kami pada kamu.”
Auna Aulia termenung. Memikirkan untuk menerima atau tidak. Kalau setakat rantai biasa-biasaboleh dia gagahkan tangan nak ambil walaupun muka tebal sepuluh inci yang ini, entahberapa kosnya. Dia tak terkejut jika ia mencecah pulahan ribu. Auna Aulia menghebuskan nafas. “Bonda tapi ia terlalu mahal bonda..” Auna Aulia masih berat hati untuk menerima.Baru sehari menjadi menantu sudah macam-macam dia terima. Dia tak mahu di salah anggap.
Datin Hajjah Adawiyah mengenggam tangan Auna Aulia.“ Auna, hadiah ini hadiah dari kami. Kami mahu yang terbaik untuk kamu. Cinta hati Megat Khaleel Zachry. Auna, sudah puas kami menanti detik ini sayang.Menanti Megat Khaleel membawa seorang isteri di dalam rumah ini. Terlalu lama.Dan kini kami melihat bahagia dimatanya.”
Auna Aulia menunduk. Dia tak tahu nak cakap apa. Kematian kata-kata.
Datin Hajjah Addawiyah menggenggam tangan Auna Aulia. Wajah putih bersih itu ditatapnya. “Puas disuruh, puas di pujuk supaya mencari peneman tapi Megat Khaleel Zachry tidakmahu. Katanya selagi tidak melihat kakak dan adiknya berkahwin dia tak akan berkahwin. Sedangkan kami tahu akan isi hatinya walaupun dia tidak meluahkan. Dari pandangan matanya jelas menerangkan segalanya. Dia menjadi perindu sepi. Memandang dari jauh walaupun hakikatnya ia dekat. Kadang-kala bonda melihat dia seperti termenung jauh. Sebulan sudah selepas perkahwinan Puteri Sharifah Fatimah Al Zahra dia baru berkias-kias pada kami. Itupun tak dinyatakan terang-terang. Megat Khaleel Zachry walaupun luarnya nampak keras dan tegas jika berkaitan dengan perasaan seperti anak-anak kecil saja tingkahnya. Tidak diberitahu kemana harus pinangan itu dituju cuma suatu hari dia pulang ke rumah dia datang terus kepada bonda. Baring diriba. Anak yang sangat manja dan lembut hatinya. Jangan di usik barang kesayangan akan terbalik rumah pun boleh dengan amukkannya. Di khabarkan puteri idaman telah ada yang merisik khabar. Sayunya hati bonda ketika itu. Bonda katakan padanya doakan lah yang terbaik. Hanya baru merisik belum pasti iya jawapannya. Bonda tanyakan perlukah rombongan bonda menyusul pula? Dia menjawab tidak apa lah bonda. Hati seorang ibu dapat merasakan hatinya kecewa. Tapi pada hari yang sama di tengah malam Megat Khaleel Zachry datang lagi mengadap bonda dan walid. Dia menyuruh bonda merisik puteri idaman. Dia tidak mahu lagi berlengah kerana risikan yang pertama telah di tolak oleh si gadis. Maka pertemuan antara walid dan bonda bersama keluarga Auna di adakan. Selepas di maklumkan persetujuaan kamu, bonda melihat sinar gembira yang lain sangat dari matanya. Terima kasih sayang kerana membawa sinar itu di pada putera bonda.”
Auna Aulia tertunduk. Dia menangis. Terharu. Rasanya tidak layak sebenarnya. Dia mengakui kini dia tak salah mengikut kata keluarga.
“Terima kasih bonda sebab menerima saya yang serba kurang ini. Didiklah saya,bimbinglah saya supaya saya dapat menjadi seperti bonda. Untuk mendampingi putera bonda..” itu saja yang mampu Auna Aulia luahkan.
********************************************************************
enjoy yaa.. kalau sempat nanti update lagi entry baru..
Last edited by mrsT on 14-7-2013 11:48 AM
|