|
patt_sue posted on 16-5-2013 01:38 PM
hishammudin dah start camwhoring.....
hishammuddin letak profile twitter dgn zahid hamidi, pastu gambar belakang tu abg2 askar tgh berkawat , excited la tu dapat jawatan menteri gagah perkasa,
|
|
|
|
|
|
|
|
Bell posted on 16-5-2013 12:54 PM
Dia ex-pengerusi MARA. Mcm tak fit. I WANT SAIFFUDIN SAIFUDDIN SAIFUDDINNNNN!!!!!!!!!!!
tu la..kalo saifuddin ni aku rs dia leh tekel budak2 higher learning skit..jgn datuk deris bersilat lombu dogo ngan budak uni udah ler yekk...deris ni pandangan aku sesuai menteri pertanian ka...kemeterian luar bandar ka...hehe...sbb rupa tak urban sgt...
|
|
|
|
|
|
|
|
peYno posted on 16-5-2013 04:47 AM
ramaiiinyeee kristian jadi menteri dlm kabinet tu???? eiii takutyeeee
Pairin tak dipilih jadi T ...
tukang telek poton mai dahh..
|
|
|
|
|
|
|
|
cak! posted on 16-5-2013 01:10 PM
kementerian azalina dulu la yg bli skru harga ratus2
tu kementerian beliau...beliau wanita yg gagah perkasa,... rugi je stkt jadi ahli parlimen biasa
|
|
|
|
|
|
|
|
tebuanharimau posted on 16-5-2013 01:57 PM
tu kementerian beliau...beliau wanita yg gagah perkasa,... rugi je stkt jadi ahli parlimen biasa : ...
dia harus bertanggung jawablah..dia ada kaitan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah kepada menteri dan timabalan menteri yang dilantik..jlnkan tugas anda dgn adil dan saksama..
Bersama2 ke arah Malaysia maju..hapuskan rasuah dan politik kotor...mandat yg diberikan oleh rakyat
sila jalankan dgn amanah....gunakan kuasa dgn penuh rasa tanggungjawab... |
|
|
|
|
|
|
|
umno agen kristian!
Semalam, Datuk Seri Najib Razak selesai membentuk kabinetnya walaupun tidak berapa lengkap. Salah seorang yang dipilih menyertai kabinet beliau adalah Datuk Mary Ya Kain Ching, Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia. Perlantikan Mary sebagai timbalan menteri menimbulkan persoalan kerana dalam masa yang sama Pakatan yang dituduh mahu menukarkan masjid ke gereja, Kristian akan menjadi agama rasmi dan sebagainya. Sekarang boleh ke orang ramai menuduh Najib mahu mengkristiankan sekolah-sekolah di Malaysia?. Tentu tidak lojik tetapi ia satu yang wajar diperkatakan.
BACA & HADAM!!
Di kampung masjid jadi gereja, tetapi dalam kabinet...
MENJELANG pilihan raya umum lalu, seorang penceramah agama berdoa, "Ya Allah ya Tuhanku, menangkanlah BN dalam pilihan raya ini. HambaMu ini bimbang ya Allah, kalau-kalau surau kami ini bertukar menjadi gereja jika Pakatan menang."
Doa ini dibacakan oleh seorang bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah di negeri Terengganu yang bergelar datuk, bukan calang-calang guru agama Umno.
Ia dibacakan sebaik sahaja dia selesai memberikan kuliah bulanan di surau yang asalnya masjid itu di bawah parlimen Marang.
Namun memandangkan Marang adalah kubu kuat PAS dan politik bandar mempengaruhinya, sentimen tidak betul ini ditolak oleh masyarakatnya.
Calon BN kalah di peringkat DUN dan juga Parlimennya. Namun, menggunakan sentimen masjid akan bertukar gereja jika Pakatan menang, PAS jadi tunggangan DAP dan nasib orang Melayu akan tergadai di bawah Pakatan, Terengganu tidak berjaya berubah sepenuhnya.
Sentimen yang sama juga berjaya menambahkan bilangan anggota Parlimen Umno dan mengekang kerajaan Pusat dari jatuh ke tengan Pakatan Rakyat.
Sentimen yang sama juga berjaya menghalang orang Melayu di kebanyakan kawasan di Johor masih mengundi BN walaupun semua rakan-rakan Cina mereka sudah beralih kepada Pakatan Rakyat.
Semuanya kerana orang Melayu khasnya yang tidak terdedah kepada maklumat mengundi dengan sentimen sedangkan orang Cina mengundi dengan fakta.
Semalam, Datuk Seri Najib Razak selesai membentuk kabinetnya walaupun tidak berapa lengkap. Salah seorang yang dipilih menyertai kabinet beliau adalah Datuk Mary Ya Kain Ching, Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia. Perlantikan Mary sebagai timbalan menteri menimbulkan persoalan kerana dalam masa yang sama Pakatan yang dituduh mahu menukarkan masjid ke gereja, Kristian akan menjadi agama rasmi dan sebagainya. Sekarang boleh ke orang ramai menuduh Najib mahu mengkristiankan sekolah-sekolah di Malaysia?. Tentu tidak lojik tetapi ia satu yang wajar diperkatakan.
Mary dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dalam kabinet yang diumumkan oleh Najib semalam. Menteri Pelajaran adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin manakala Menteri Pelajaran II adalah Datuk Seri Idris Jusoh yang ditolak untuk menjadi Menteri Besar Terengganu oleh istana.
Perlantikan Mary dibuat ketika Najib mengumumkan berlakunya 'tsunami Cina' dalam pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini.
Akhbar Umno, Utusan Malaysia pula menyiarkan kenyataan agen Umno yang mengajak "Bersatulah Melayu". Sebelum itu, Utusan jugalah yang menyiarkan berita di muka depannya, "Apa lagi yang Cina mahu".
Inilah hipokritnya politik BN. Di bawah, jentera penerangan dan kempennya berkempen Kristian akan menjadi agama rasmi jika Pakatan menang.
Surau dan masjid pula akan jadi gereja jika Pakatan menang. Mereka yang tidak cukup maklumat dan hanya membaca Utusan dan menonton TV3 termakan dengan kempen ini. Ia kerana kempen ini menggunakan sentimen bukannya fakta.
Sampai bila sebenarnya Umno mahu bergantung dengan kempen sebegini? Rakyat Malaysia semakin bermaklumat. Semakin hari semakin ramai rakyat yang akan akses kepada maklumat melalui internet.
Kita berharap, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru faham sentimen ini. Janganlah menipu rakyat dan percayalah jika hendak ditipupun, hanya sekali orang akan percaya. Tetapi selepas dua atau tiga kali kena tipu, percayalah rakyat akan humban kamu ke tong sampah zaman. -HD
|
|
|
|
|
|
|
|
Ahmad Fadhli bin Shaari
Kabinet Najib Bukti Akidah dan Bangsa Bukan Agenda Utama UMNO
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyifatkan pembentukan kabinet baharu yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai bukti bahawa perjuangan akidah dan bangsa bukanlah merupakan agenda utama UMNO dan Barisan Nasional. Ini terbukti apabila berisan kabinet tersebut tidak banyak mengetengahkan individu-individu yang dilihat vokal dalam isu akidah dan bangsa Melayu.
Dari sudut akidah sebagai contoh, Datuk Seri Najib jelas mengambil risiko dengan melantik Datuk Mary Yap Kain Ching sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi. Beliau yang merupakan Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia ( Federation of Councils of Christian Mission Schools Malaysia) adalah merupakan antara tokoh yang memperjuangan status sekolah mubaligh agar disamakan dengan sekolah kebangsaan. Hasil perjuangan beliau juga, sebayak RM100 juta diagihkan kepada sekolah mubaligh di bawah Bajet 2013.
DPPNK ingin mempersoalkan apakah agenda Datuk Seri Najib membawa masuk individu sebegini di dalam Kementeria Pelajaran jika tidak untuk memperkasakan lagi sekolah-sekolah mubaligh dan dalam masa yang sama tiada tokoh yang akan memperjuangkan sekolah agama rakyat? Tidakkah ini juga merupakan tindakan berisiko untuk silibus pengajian murid-murid di sekolah kebangsaan yang pastinya akan turut menerima kesan ialah anak-anak kita semua?
Demikian juga tindakan Datuk Seri Najib membawa masuk Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P. Waythamoorthy ke dalam kabinet sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan mengenepikan suara-suara badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan bangsa Melayu turut dianggap sebagai umpan untuk menarik kembai undi bukan Melayu kepada Barisan Nasional. Dalam hal ini, DPPNK ingin sekali mengetahui sikap badan-badan bukan kerajaan seperti PERKASA dan JATI yang jelas hanya dibakulsampahkan dalam pembentukan kabinet ini.
Selain itu, kegagalan Datuk Seri Najib untuk membawa masuk lebih ramai tokoh agama ke dalam kabinet membayangkan slogan UMNO selama ini sebagai pejuang agama Islam hanyalah retorik semata-mata. Jika sebelum ini sekurang-kurangnya kabinet Malaysia mempunyai Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Dr Masyitah Ibrahim, kini hanya tinggal satu nama iaitu Jamil sebagai tokoh yang berlatarbelakangkan agama dalam kabinet baharu ini. Di mana suara para ulama yang sebelum ini kuat membela UMNO/Barisan Nasional dalam isu kalimah Allah dan sebagainya? Adakah sudah menjadi kukur kelapa yang digunakan ketika kenduri dan disandar di hujung dapur apabila musim kenduri sudah habis?
Bagaimanapun dalam konteks Kelantan, DPPNK mengharapkan agar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang dilantik untuk penggal seterusnya dapat memainkan peranan yang lebih aktif membantu membawa pembangunan ke Kelantan. Ini ditambah pula dengan kejayaan besar beliau memenangi DUN Ayer Lanas dengan majoriti 47 undi membolehkan beliau untuk menajdi jambatan penghubung di antara kerajaan Kelantan dan kerajaan Pusat.
Apapun, bagi pihak DPPNK, tiada yang mengejutkan dalam kabinet baharu Datuk Seri Najib ini, transformasi yang dilaungkan hanyalah transformasi label dan pembungkus sahaja sedangkan isi dalamannya masih sama bahkan lebih tidak mustahil lebih teruk daripada yang sebelumnya.
Sekian.
AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)
Bertarikh : 16 Mei 2013 |
|
|
|
|
|
|
|
Aku berdoa semoga malaysia terus bersinar dan maju dan dilindungi Tuhan walaupun negara diterajui oleh para.........seriously..agak2lah jugak korang ni kalau nak menyokong...bukak sikit hati yg dah kelam tu...nak memuji memuja pun biar ada landasan...aku harap ada 1 keajaiban berlaku.... |
|
|
|
|
|
|
|
bdkminangn9 posted on 15-5-2013 11:07 PM
apa sukan yg malaysia ada potential dapat 1st gold?
mcm takda je
harapkan cycle dr Azizul..next olympic si Hoy tu dah tkde..hopefully azizul will be more prepared.lg pun klu no bcoz of the horror accident b4..azizul could've grabbed at leat silver in Londen
|
|
|
|
|
|
|
|
bile org mcm presiden hindraf n pengerusi sekolah kristian dlm kabinet, lg mudah utk najib pantau dan kawal kegiatan diorg.
i think that's his game plan. diorg dh angkat sumpah n are binded to their responsibility towards msian govt. |
|
|
|
|
|
|
|
creep_bite posted on 16-5-2013 01:13 PM
Imam Besar HINDRAF, P Waythamoorthy dilantik sebagai Ahli Kabinet
Aku tambah lagi senarai provokasi:
IMAM BESAR MUBALIGH KRISTIAN DILANTIK JADI BILAL KEMENTERIAN PELAJARANTAKBIR!!!!
SEMOGA SEKOLAH AGAMA RAKYAT AKAN TERUS DIBELA...
Tokoh Guru dilantik timbalan menteri pelajaran
Tokoh Guru Sabah 2011 dan Tokoh Guru Kebangsaan 2012 Datuk Mary Yap Kain Ching, 62, bekas pengetua cemerlang, merupakan tokoh pendidikan yang bukan sahaja dikenali di Sabah, tetapi juga di seluruh negara.
Timbalan menteri pelajaran I itu, yang juga merupakan Tokoh Maulidul Rasul Kebangsaan 2007, memulakan kerjayanya dalam pendidikan sebagai pensyarah Maktab Perguruan Sandakan pada 1975.
Pada 1976, beliau berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau sebagai guru bahasa Inggeris, dan pada 1983, berpindah ke SM Holy Trinity sebelum dilantik Ketua Jemaah Nazir Sekolah Zon Tawau pada 1989.
Pada 1993, Mary Yap dilantik Pengetua SM St Patrick sebelum ke SMK Jalan Apas, Tawau (1996), SM Vokasional Tawau (1996), SM Teknik Tawau (2003) dan kemudian menjadi Pengetua Cemerlang.
Pada tahun yang sama, Mary Yap menjadi Pengarah Maktab Perguruan Sandakan, dan setahun kemudian menyandang jawatan Pengarah Maktab Perguruan Tawau sehingga 2005.
Penerima Anugerah Wanita Cemerlang Sabah Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) bagi tahun 2004, Mary Yap kembali ke SM Teknik Tawau pada 2005 dan dilantik Pengetua Super berjawatan JUSA C.
Selepas bersara, pemilik ijazah sarjana dalam bidang pendidikan dari Universiti Leeds, United Kingdom itu menjadi perunding kanan Institut Aminuddin Baki selama dua tahun dan beliau merupakan panel penasihat kepada Menteri Pelajaran untuk sekolah kluster.
Mary Yap, yang pertama kali bertanding pada pilihan raya umum tahun ini, memenangi kerusi Parlimen Tawau dengan majoriti 4,979 undi dalam pertandingan empat penjuru.
Anak seorang kerani, dilahirkan di Kota Kinabalu dan dibesarkan di Tawau itu turut memiliki Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Inggeris Dengan Kepujian dan Diploma Pendidikan pada 1974, serta memperoleh Sijil Trainer of Trainers melalui kursus pendek di Universiti Manchester pada 1997.
Mary Yap terus menyumbang baktinya kepada masyarakat dengan menyertai MPWS sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan selepas bersara.
Sejak 2009 hingga kini, beliau merupakan Ahli Pemegang Amanah Yayasan PINTAR di Kuala Lumpur dan Penasihat kepada Sekolah Klaster Cemerlang di Kementerian Pelajaran selain menjadi Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia.
- Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Danisk posted on 16-5-2013 02:16 PM
Dulu ok jer lobai Pas duk kutuk Nuwar. Siap masuk Harakah lagi.
Sekarang dah jadi rakan sebantal. ...
Dulu.. (diulang: Dulu) Tidak pernah terfikir PAS akan bekerjasama dengan DAP.. atau orang Cina akan undi PAS.. atau orang India kibar bendera PAS.
Siapa yang satukan kedua-dua parti langit dan bumi ni?
Ko nampak tak karisma manusia yang bernama Anwar Ibrahim?
|
|
|
|
|
|
|
|
sitihawa posted on 16-5-2013 01:26 PM
semua orang2 yang umno kutuks dolu2, semua dah jadi baik dan insaf
Dah lantik ulama mubaligh Kristian.. nak tengok apa pulak sandiwara Umno pasal kalimah Allah |
|
|
|
|
|
|
|
mana PAK BERAHIM, ZUL NORDIN, PERKASA, PAKIDA, HASAN ALI, nak ckp apa Last edited by TUKANGKEBUN on 16-5-2013 02:43 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
NURMIMIE posted on 16-5-2013 08:40 AM
syukur menteri amaran dalam negeri dah beralih kerusi ke pertahanan..
idak lah asyik jaga sembero ...
semberong tu apa???
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapalh dibawa masuk shahidan kasim. & yg clean punya menteri kerjaraya dia buang plak shaziman mansor |
|
|
|
|
|
|
| |
|