CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kikuri

AKU CINTA KAMU {U}

[Copy link]
Post time 14-2-2013 01:14 PM | Show all posts
bila nak sambung lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2013 11:22 AM | Show all posts
best r citer ni kikuri. mesti datuk n tu bpak muaz kan.. nak lagi. suke tngok bunga2 cinta helle n dahlia
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
yahoo..dh ada n3 bru..kikuri,cite mu ni mmg da best lah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Berusaha lg dahlia n haidar
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 12:29 AM | Show all posts
Salam kikuri, takde smbungan ke utk citer ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 02:12 AM | Show all posts
best...next entry bila nak sambung..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2013 01:12 PM | Show all posts
Hu hu hu jenuh  merempit baca cerita ni.....
jln cerita yg menarik lain dari cerita yg pernah saya baca......
awak ada bakat blh je htr mana publisher untuk dinilaikan....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 01:36 PM | Show all posts
lamanya tunggu sambungan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2013 12:40 PM | Show all posts
sorry uols...lama tak sambung....bz skang neh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2013 12:41 PM | Show all posts
BAB 57

        PUAN Kalsom memeluk Dahlia erat. Bagaikan sudah lama tidak berjumpa. Dahlia merasa sayu.

“Mama sihat?” tanya Dahlia. Mereka berpimpinan menuju keruang tamu. Haidar terasa dipinggirkan.

“Sihat sayang. Bertambah sihat lepas dapat jumpa Dahlia.” kaki Puan Kalsom jatuh kearah pergelangan kaki Dahlia yang berbalut.

“kaki tu kenapa?”

“Jatuh dekat site mama. Tak ada apa – apa. Terseliuh sikit je.”

“Lain kali hati – hati. Mama tak mahu anak – anak mama sakit. Susah hati mama.”

“Bila Sampai?” tegur satu suara. Suara Encik Kamal. Dia baru selesai solat asar. Mendengar ruang tamu yang agak riuh menyebabkan dia turun untuk melihat siapa yang datang. Melihatkan wajah Dahlia menyebabkan dia berasa riang.

“Baru je papa.” Dahlia bangun dan menyalami bapa mertuanya.

“Kamu kenapa diam aje?” tegur Encik Kamal bila melihat wajah keruh Haidar.

“Papa dengan mama asal nampak menantu je, anak sendiri pun dilupakan.” Haidar buat – buat merajuk. Meluat pula Dahlia melihat perangai  mengada – ngada Haidar itu.       

“Tak payah nak mengada – ngada. Kamu pun sebelum ni pun tak ada pula nak ambil kisah pasal keluarga.” Bidas Encik Kamal. Makin masam muka Haidar.

“Sudahlah tu. Menantu ke anak ke, semua mama sayang. Tadi Haidar telefon mama cakap Dahlia nak belajar masak asam pedas. Terus mama suruh papa pergi beli pari dengan bahan – bahan lain.”

Mendengar kata – kata Puan Kalsom membuatkan Dahlia rasa seperti tercekik. Dia menjegilkan mata kearah Haidar. Tetapi Haidar buat tidak reti sahaja.

        “Haah mama. Dahlia teringin sangat nak belajar buat asam pedas yang sedap.” Dahlia mengiakan sahaja.

“Jomlah kita ke dapur. Pari tadi mama dah suruh bibik siang dan bersihkan. Bahan – bahan semua dah ada. Dahlia Cuma tengok dan belajar sahaja.”

Puan Kalsom sudah menarik tangan Dahlia. Dahlia bangun dan mengikuti Puan Kalsom. Apa salahnya belajar masak. Tak rugi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2013 12:42 PM | Show all posts
Haidar sudah bersedia dimeja makan. Bibik sedang menghidangkan makanan. Mama sibuk didapur. Papa pula sedang menonton televisyen. Manakala Dahlia sedang solat maghrib.

“Mana Dahlia. Tak selesai solat lagi?” tanya Puan Kalsom bila melihat menantu kesayangannya tiada di meja makan. Haidar pula enak – enak sahaja makan epal.

“Entah. Wirid panjang kot.” Selamba sahaja jawapan Haidar.

“Pergi tengok. Takut tertidur pulak. Mama tengok tadi Dahlia pun macam penat je. Pergi panggil dia makan.”

Haidar bangun dengan malas menuju kebilik tetamu. Baru sahaja mahu membuka pintu, Dahlai terlebih dahulu sudah terjengul.

“Kenapa?” tanya Dahlia.

“Mama panggil makan.”

“Okey.” Dahlia sudah terbayang – bayang asam pedas ibunya. Tengah hari asam pedas, malam pun asam pedas. Tak kisahlah janji sedap.

Doa dibaca Encik Kamal dan mereka menikmati makan malam dengan selera.

“Sedap Dahlia?” tanya Puan Kalsom.

Dahlia menaikkan ibu jarinya. Tanda sedap.

Puan kalsom tersenyum senang.

“Lepas ni makin gemuklah orang tu. Tengah hari nasi, malam nasi.” Sindir Haidar. Dahlia hanya mencebik. Biarlah badan dia, bukan badan Haidar.

“Biarlah gemuk asalkan sihat.” Bela Puan Kalsom.

“Mana ada sihat. Banyak penyakit adalah. Kencing manis, darah tinggi, sakit jantung.” Bebel Haidar.

“Depan rezeki, jangan bertekak.” Tegur Encik Kamal.

Semua terdiam. Dahlia senyum mengejek kearah Haidar.

Tiba – tiba....

“Bila Dahlia nak bagi mama cucu.”

Dahlia terbatuk.

Haidar tersembur nasinya.

Puan Kalsom tercengang.

Encik Kamal meneruskan suapannya. Selamba.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2013 12:42 PM | Show all posts
BAB 58

        MALAM terasa panas. Dia tidak berbaju hanya berseluar jeans sahaja. Seraut wajah bermain – main dimatanya. Dia memejamkan mata. Membayangkan sesuatu yang indah dan ghairah bersama bayangan wanita idamannya. Dia tersenyum. Sekilas, senyumannya mati. Dia bangun dari katil.

Laci dibuka kasar. Mencari – cari sesuatu. Sekeping gambar diambil. Wajah seorang wanita yang difoto secara curi – curi.

Wajah itu diusap – usap. Air matanya menitis. Semakin lama semakin lebat air matanya. Terhinggut – hinggut bahunya. Foto itu diramas. Dendamnnya membara. Dia melemparkan gambar itu kedinding. Seketika dia berlari pula kearah foto yang telah digumpalkan itu. Foto itu diambil. Dia membuka kembali gumpalan foto itu. wajah itu kembali dibelai. Dia mendengus kasar.

“Aku akan dapatkan kau, walau apa cara sekalipun. Kalau aku tak dapat secara baik, aku akan dapatkan secara kasar. Kau takkan terlepas dari aku Dahlia.” Suaranya parau. Uratnya menengang. Marahnya memuncak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2013 12:43 PM | Show all posts
QISTINA melanggang masuk kebutik Haidar. Qistina tersenyum sinis. Semarah – marah Haidar terhadapnya, pasti dia akan dicari juga oleh Haidar. Seminggu lalu dia ditawarkan menjadi model untuk mempamerkan rekaan terbaru Haidar. Tawarannya agak lumayan.

“Nana, Haidar mana. Cakap dekat dia I dah sampai.” Kasar sahaja nada suaranya. Nana mencebik meluat. Tanpa kata dia berlalu menuju ke belakang.

“Haidar, adik tiri kau ada dekat depan.”

Haidar mengerutkan dahinya. Adik tiri. Sejak bila papanya berkahwin lain.

“Siapa?”

“Si Qistina tulah. Dia kan adik tiri kau.”

“Suka hati je kau.” Haidar bangun dan menuju kedepan. Dia melihat Qistina sedang mundar mandir di hadapan kaunter.

“Awal You sampai.” Tegur Haidar.

“I ada kerja lain petang ni. So You nak I buat apa?” tanya Qistina. Baju yang bergantungan dibelek. Cantik.

“I nak You jadi model untuk photoshoot majalah Fesyen. Kalau You setuju I nak confirm tarikh dengan lokasi.”

“I okey je. Asalkan kena dengan jadual I. Jadual I sekarang ni padat. You pun tahukan I baru aje berjinak – jinak dalam lakonan.” Nada suara Qistina angkuh.

Haidar mencebik. Baru je jadi pelakon tambahan dah berlagak pulak.

“Okey. Photoshoot tu rabu minggu depan. Jam sembilan. I ambil You dekat rumah. Sebab diaorang nak ambil gambar dekat janda baik.”

“Okey. Rabu minggu depan I free. Bayaran I macam mana?”

“Seperti yang I tawarkan pada You.”

“I nak 10% pendahuluan.”

“No. I dah serik. Nanti buatnya You tak muncul tak pasal – pasal duit I hangus.”

Qistina berang.

“Ala bukan banyak pun 10% tu, dalam dua ribu lebih je. Takkan tak boleh. I nak guna duit ni.”
Qistina benar – benar terdesak. Kad kredit pemberian Datuk N sudah mencapai limit. Wang ditangan juga sudah tidak banyak. Bayaran berlakon juga masih belum diperolehi. Lagipula Datuk N sudah lama tidak menghubunginya.

“I dah serik Qis. Dulu duit pendahuluan I hangus macam tu aje. Bukan seratus dua tapi beribu. I taknak jadi macam dulu. You settlekan photoshoot, duit You, I bayar lump sum.”

Qistina menjadi marah. Tetapi dia cuba menyabarkan dirinya. Silap haribulan Haidar membatalkan pula photoshoot itu.

“Eh, kenapa You tak suruh bini You yang cantik tu jadi model?” tanya Qistina.

“Dia tak minat.”

“Oh.” Itu sahaja jawapan Qistina.

“I gerak dululah. I ada kerja lain.” Qistina meminta diri. Sangkanya Haidar akan memberikan wang pendahuluan. Jika dia tahu begini, tak perlu lah bersusah payah dia datang. Sekadar telefon aja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2013 12:43 PM | Show all posts
BAB 59

HAIDAR menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Kata – kata Dahlia membuatkan dia gelabah.

“Bila diaorang nak datang?” tanya Haidar.

“Esok.”

Bila Konvo?”

“Lusa.”

Haidar menggaru leher pula.

“Macam mana?” tanya Dahlia. Rimas dia melihat Haidar yang tergaru – garu itu.

“Suruh tidur rumah papa boleh?”

“Mana boleh. Nanti paklong peliklah. Kita ada rumah tapi kena tidur rumah papa pula.” Protes Dahlia.

Ya tak ya jugak.

Rumah Haidar mempunyai empat bilik. Satu biliknya, satu bilik tetamu, satu bilik bacaan dan studio kerjanya dan satu bilik stor.

Takkan nak suruh Pak Samad tidur diruang tamu pula.

“Macam nilah, kita terpaksa sebilik sampai Paklong balik. Awak ambil barang – barang awak bawak masuk bilik saya supaya Paklong tak syak sangat.” Haidar membuat keputusan. Terpaksa. Dia tiada pilihan.

“Tapi..”

“Tapi apa lagi. Awak nak Paklong tahu kita tak sebilik?”

Dahlia memuncungkan bibirnya.

“Eh, awak nak konvo tapi kenapa tak bagitahu saya?”

“Saya ada bagitahu. Awak lupalah tu.”

Haidar cuba mengingatkan sesuatu.

“Tak adalah.”

“Adalah.” Dahlia nak menang juga. Dia pun sudah lupa sama ada dia memberitahu Haidar atau tidak.

“Nak hadiah apa?” Haidar malas memanjangkan cerita.

“Tak nak apa – apalah. Cuma saya harap awak sudi datang konvo saya nanti.”

“Tengoklah. Kalau saya sibuk saya hantar awak je kat sana.”

“Hmmm...”

“Cepatlah pindahkan kain baju awak masuk bilik saya. Esok takut kelam kabut pulak. Pukul berapa paklong sampai. Boleh saya pergi jemput.”

“Petang kut. Kalau sempat kita pergi sama – sama je.”

Haidar mengangguk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2013 12:44 PM | Show all posts
MELOPONG mulut Dahlia melihat bilik Haidar. Kemas sungguh. Susunan biliknya sangat kemas. Pertama kali Dahlia menjejakkan kaki ke bilik Haidar setelah empat bulan mereka tinggal bersama.

Katil Haidar mempunyai empat tiang dimana tiang tersebut disaluti kain. Almari Haidar juga sangat besar dengan rekaan inggeris. Begitu juga meja solek. Semuanya berwarna putih. Kemudian Dahlia tersenyum melihat corak cadar Haidar. Corak kesan lipstik. Berwarna – warni.

Dahlia menghempaskan badan keatas katil Haidar yang bersaiz ‘king’. Dia membuat kuak lentang. Selesa sungguh.

“Hei..hei...siapa suruh awak berguling – guling atas katil saya.” Melengking suara Haidar. Dia mencekak pinggang. Geram melihat telatah Dahlia seperti keanak – anakkan itu.

Dahlia tersengih lalu bingkas duduk dibirai katil.

“Cantiknya bilik awak.” Puji Dahlia.

“Bilik kenalah kemas. Sebab tempat untuk kita berehat, tidur. Kalau bilik kemas dan cantik, otak kita pun tak serabut. Ini kalau kain baju bersepah sana sini, macam mana nak tidur dengan selesa.” Bebel Haidar.

Dahlia mencebik. Tu sindir akulah tu.

“Dah pergi masukkan baju awak dalam almari tu.”

Dahlia mengambil beberapa pasang bajunya dan meletakkan kedalam almari. Dia hanya mengambil baju yang penting sahaja. Pandailah nanti kalau Paklong bertanya kenapa barangnya ada dibilik sebelah.

“Susun elok – elok. Saya nak keluar kejap. Ada orang nak jumpa. Nak makan masak sendiri tak payah tunggu saya.” Haidar meninggalkan Dahlia terkebil – kebil seorang diri.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 12:48 PM | Show all posts
sambung lagi x puas.........
yg dendam kat dahlia tu mamat tunang x jadi dahlia kan?????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2013 01:39 PM | Show all posts
tq kikuri....x sabar nk tunggu next episod...makin menarik dan mencabar....jgn lupe updateeee yee..........nah munge
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 09:59 AM | Show all posts
terima kasih
nanti sambung panjang2 lg yea
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 07:23 AM | Show all posts
jatuh cinta betul dgn cite ni..best!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 12:51 PM | Show all posts
TT bz ke???? lama x ada n3.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.058848 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list