CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mnm77

Soal Jawab bersama Isyroqiyyin dan sirrikhafi

[Copy link]
 Author| Post time 9-2-2012 02:58 PM | Show all posts
Sudah tentu dhamir tersebut merujuk kepada baginda yang terlupa.

Tiada orang lain lagi yang boleh di kaitkan dengan ayat tersebut.

bak kata anda sendiri: Susah sangat nak berfikir kah?

sirrikhafi Post at 9-2-2012 14:07


Salam...

Kalau senang sangat, cuba anda bawakan terjemahan ayat tu. Kita lihat satu per satu.

Datangkanlah bukti jika mereka termasuk orang-orang yang benar.


Buktinya pun ada dalam thread ni sebagai contoh pasal anda mempromosikan SOLAT = KOMITMEN.

Kononnya ghandi pernah berkata: 'The pursuit of truth is invalueble for me. I trust it wil be the same for you.'


Saya tak berpegang kepada kata-kata Ghandi. Kalau Ghandi tahu kebenaran Islam, tentunya dia dah masuk Islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2012 06:19 PM | Show all posts

Kalau senang sangat, cuba anda bawakan terjemahan ayat tu. Kita lihat satu per satu.


Anda buktikan dahulu bahawa dhamir tersebut bukan merujuk kpd baginda


Buktinya pun ada dalam thread ni sebagai contoh pasal anda mempromosikan SOLAT = KOMITMEN.


Solat itu suatu komitmen bagi orang-orang yang percaya


Saya tak berpegang kepada kata-kata Ghandi. Kalau Ghandi tahu kebenaran Islam, tentunya dia dah masuk Islam.


Kononnya ghandi sangat menghormati Quran, adakah dia belum cukup islam bagi anda?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 08:52 PM | Show all posts
WAAKAKAKAKAKAKAKAKA

SIRRIKHAFI = DEBMEY

KORANG ADA PERASAN X PERSAMAAN INI?

AKU DA LAMA NAMPAK DA..... SEJAK DIA BUANG "UNDERSCORE" DIA TU.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 07:02 AM | Show all posts
Reply 263# serban_tebal

Maksud Tuan, Dembey yang kaki  kutukan dewata ugama Islam di  Keagamaan, Kerohanian & Kepercayaan ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2012 08:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 10-2-2012 08:26
Anda buktikan dahulu bahawa dhamir tersebut bukan merujuk kpd baginda
sirrikhafi Post at 9-2-2012 18:19


Aittt... anda yang kata dari tafsiran tu Nabi lupa, anda suruh saya buktikan pula sebaliknya?

Nampak sangat anda tak dapat buktikan, tapi buat posting kononnya senang sangat tafsir ayat tu!

Solat itu suatu komitmen bagi orang-orang yang percaya


Alahai... suatu komitmen tu bukan mesti SOLAT = KOMITMEN seperti terjemahan anda.

Merompak pun suatu komitmen bagi perompak

Kononnya ghandi sangat menghormati Quran, adakah dia belum cukup islam bagi anda?


Siapa yang hormat Quran tu sudah cukup Islam? Tu saja syarat nak jadi Islam? Tak perlu beriman kepada Allah?

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 10:48 AM | Show all posts
Reply 264# Al-Patih


   YE.. MEMANG DEBMEY YANG TU...

TAPI JANGAN SALAH SANGKA YE...


BUKAN BAB MENGUTUK AGAMA ISLAM INI...


TAPI CARA MENJAWAB SOALAN...


ALLAH DI SANJUNG! (KEMANA LA PERGINYA... DA ILANG...)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2012 03:41 PM | Show all posts

Nampak sangat anda tak dapat buktikan, tapi buat posting kononnya senang sangat tafsir ayat tu!


Buktinya ada dalam dhamir ayat tersebut


Merompak pun suatu komitmen bagi perompak


Merompak bukan komitmen tapi dosa


Siapa yang hormat Quran tu sudah cukup Islam? Tu saja syarat nak jadi Islam? Tak perlu beriman kepada Allah?


Sukar dipercayai ghandi menghormati sesuatu yang beliau kafiri
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 06:32 PM | Show all posts
Grammar sana- grammar sini,  Dhamir sana, dhamir sini  
.... tapi diri sendiri tak tahu, hanya tahu kata "salah"

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2012 06:44 PM | Show all posts
Solat itu suatu komitmen bagi orang-orang yang percaya
sirrikhafi Post at 9-2-2012 18:19


Heh... dulu kata Solat = komitmen (sekarang masih juga kot)

Samalah seperti ko kata " Lembu itu sejenis binatang    -    binatang = lembu"
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 02:12 AM | Show all posts
pengakhiran mencari kebenaran guna akal sama saja pattern dia di serata dunia = pluralims, kemudia agnostic, kemudian ....entahlah tp lebih kurang sewaktu dgnnya lah...

sebenarnya, sirri kahfi patut pick up satu perkara nie, yakni, kita berharap keintelektualan akan membawa kepada kebenaran....

tp rupa-rupanya, kita langsung tak boleh nafi, dlm keintelektualan pun ada talbis iblis....

sesiapa yg mencari kebenaran utk mengejar nirvana (godlike).....ending dia sama....

sy rasa ini lah talbis iblis dlm dunia keintelektualan....

tak sangka bila kita anggap kita tahu ladunni, kita jugak tidak terlepas dr ujian....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2012 09:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 14-2-2012 10:27
Buktinya ada dalam dhamir ayat tersebut

sirrikhafi Post at 10-2-2012 15:41


Tunjukkan dhamir itu merujuk kepada Nabi Muhammad jika anda seorang yang benar

Merompak bukan komitmen tapi dosa

Ada komitmen baik ada komitmen buruk. Perompak melakukan komitmen buruk yang berdosa.

Maka Solat tidak boleh diterjemahkan secara umum sebagai komitmen (baik atau buruk) kerana solat itu hanya merujuk kepada perbuatan yang baik (perintah Allah).

Sukar dipercayai ghandi menghormati sesuatu yang beliau kafiri


Tak sukar.... anda menghormati Al-Quran, tetapi anda juga kata Al-Quran dah tak ada yang asli. Anda kata ada kesalahan grammar dalam Al-Quran. Ini seolah-olah kafir terhadap ayat Allah yang anda kata dah salah tu!
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 02:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 24-2-2012 02:24

Tunjukkan dhamir itu merujuk kepada Nabi Muhammad jika anda seorang yang benar


تَ


Maka Solat tidak boleh diterjemahkan secara umum sebagai komitmen (baik atau buruk) kerana solat itu hanya merujuk kepada perbuatan yang baik (perintah Allah).


Mengapa tidak boleh pula? sudah tentulah boleh kerana solah itu adalah suatu komitmen bagi orang-orang yang telah percaya


Anda kata ada kesalahan grammar dalam Al-Quran. Ini seolah-olah kafir terhadap ayat Allah yang anda kata dah salah tu!


Membetulkan kesalahan grammar bacaan bukan suatu kekafiran tetapi adalah suatu keimanan 2:121

Dengan penemuan kesalahan & kesilapan grammar & tulisan di dalam Quran, ianya telah membuktikan yang nabi muhammad tidak menulisnya dengan tangan kanannya & sebagai bukti bahawa nabi muhammad & kaum arab itu memang buta huruf semula jadi yang tak pernah menulis kitab sebelum di turunkan Quran.

Maha suci Allah yang telah menemukan kesilapan & kesalahan grammar & tulisan di dalam Quran sebagai bukti yang nabi muhammad itu seorang ummi yang tidak mengada-adakan AlQuran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2012 02:46 PM | Show all posts
تَ


Hanya dengan 'ta' saja anda kata merujuk kepada Nabi Muhammad itu lupa? Hebat sungguh takwilan ini!

Mengapa tidak boleh pula? sudah tentulah boleh kerana solah itu adalah suatu komitmen bagi orang-orang yang telah percaya

Komitmen bukan untuk solat saja, tak faham kah? Bila perompak memberi komitmen dalam rompakan mereka, boleh kata perompak bersolat dalam rompakan mereka?

Berapa kali mau ulang daaa..... takkan dah lupa kot!

Membetulkan kesalahan grammar bacaan bukan suatu kekafiran tetapi adalah suatu keimanan 2:12


Adakah Al-Quran perintah supaya kita membetulkan kesalahan dalam Al-Quran itu sendiri? Sungguh tak logik!
Menyatakan Al-Quran itu mengandungi kesalahan menjurus kepada mendustakan ayat Allah.

Peringatan!
وَأَغۡرَقۡنَا ٱلَّذِينَ ڪَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَآ‌ۚ إِنَّہُمۡ ڪَانُواْ قَوۡمًا عَمِينَ
..dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (Al-A'raf, 64)


WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 03:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 14-2-2012 15:26

Hanya dengan 'ta' saja anda kata merujuk kepada Nabi Muhammad itu lupa? Hebat sungguh takwilan ini!


Saya tidak takwil kerana ayat tersebut adalah ayat muhkamat.

Apakata anda bawakan bukti bahawa dhamir tersebut tidak merujuk kepada baginda


Komitmen bukan untuk solat saja, tak faham kah? Bila perompak memberi komitmen dalam rompakan mereka, boleh kata perompak bersolat dalam rompakan mereka?


Merompak bukan komitmen tapi dosa

Sila rujuk 8:35


Adakah Al-Quran perintah supaya kita membetulkan kesalahan dalam Al-Quran itu sendiri? Sungguh tak logik!
Menyatakan Al-Quran itu mengandungi kesalahan menjurus kepada mendustakan ayat Allah.


Sebenarnya ia adalah lojik kerana AlQuran itu di tulis oleh kaum yang ummi. Anda dah luper ker? Sebab itu terdapat kesalahan di dalam cara bacaan setelah grammar arab beserta tulisannya berevolusi seperti yang anda dakwa sebelum ini...

Oleh itu, Kesalahan grammar bukanlah bererti mendustakan ayat-ayat Tuhan

Kesalahan grammar& tulisan di dalam Quran itu adalah sebagai bukti bahawa nabi muhammad & kaumnya adalah kaum yang ummi yang tidak tahu menulis


Peringatan!
وَأَغۡرَقۡنَا ٱلَّذِينَ ڪَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَآ‌ۚ إِنَّہُمۡ ڪَانُواْ قَوۡمًا عَمِينَ
..dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (Al-A'raf, 64)


Buta di dalam ayat tersebut bukanlah buta huruf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2012 08:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 15-2-2012 09:17
Apakata anda bawakan bukti bahawa dhamir tersebut tidak merujuk kepada baginda
sirrikhafi Post at 14-2-2012 15:03


Kenapa susah sangat nak buktikan? Anda yang kata Nabi lupa, anda buktikan lah.

Saya tak kata pun dhamir tu tidak merujuk kepada Nabi, juga saya tak kata dhamir tu merujuk langsung kepada Nabi. Saya tak buat takwilan seperti anda buat takwilan bahawa Nabi lupa. Kenapa saya yang kena buktikan pula bila anda tak dapat nak buktikan takwilan anda tu?

Takkan bila tak dapat nak buktikan anda suruh saya buktikan apa yang saya tak kata?

Merompak bukan komitmen tapi dosa

Sila rujuk 8:35


Nampaknya anda ni tak faham langsung istilah Komitmen. TIADA KALIMAH KOMITMEN dalam Al-Quran.

Komitmen tu bahasa asalnya apa? Cuba jelaskan. Cuba jawab posting sudara Nazrul #252

Buta di dalam ayat tersebut bukanlah buta huruf

Saya tak kata pun anda buta huruf! Maksud ayat tu jelas, orang yang mendustakan ayat Allah 'buta' kebenaran.

Adakah anda mendustakan ayat Allah dengan menyatakan ada kesalahan grammar?

Sebenarnya ia adalah lojik kerana AlQuran itu di tulis oleh kaum yang ummi. Anda dah luper ker? Sebab itu terdapat kesalahan di dalam cara bacaan setelah grammar arab beserta tulisannya berevolusi seperti yang anda dakwa sebelum ini...


Bila masa saya kata Al-Quran itu ditulis oleh kaum yang ummi? Itu anda yang kata, tuduh saya kata & lupa pulak.

Bahasa dan grammar berevolusi tu tak mengubah Kalimah Allah pun. Bila anda guna grammar yang dah berevolusi (sekarang) tanpa memahami maksud sebenar maka boleh timbul salah faham. Bila salah faham, anda ingat grammar anda yang betul (guna grammar sekarang yang dah berevolusi), Al-Quran pula yang salah. Itu masalahnya!

Kesalahan grammar& tulisan di dalam Quran itu adalah sebagai bukti bahawa nabi muhammad & kaumnya adalah kaum yang ummi yang tidak tahu menulis


Modal anda nak buktikan Nabi Muhammad tidak pandai tulis, maka kena ada kesalahan grammar dalam Al-Quran baru terbukti? Anda ada masalah kronik dalam berdalil!

Sekalipun begitu, adakah anda kini bertukar pula percaya Nabi Muhammad tidak pandai menulis?

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 01:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 15-2-2012 13:13

Kenapa susah sangat nak buktikan?


Telah saya buktikan dalam post yang lepas yaitu dhamir tersebut merujuk kpd baginda & kalau anda tak setuju, kenapa susah sangat anda nak buktikan dhamir tersebut tidak merujuk kpd baginda? dan kalau anda bersetuju dhamir tersebut merujuk kepada baginda, saya anggap perkara ini telah pun selesai & tak perlu di perpanjangkan lagi perbicaraan akan hal ini.


Komitmen tu bahasa asalnya apa? Cuba jelaskan. Cuba jawab posting sudara Nazrul #252


التزام = Determination

انتماء = Relationship/Membership

ملح = Salt, Rujuk 25:53 & 35:12

تمسك = Berpegang teguh

تعهد = Take care, to promise, to pledge, to pay attention


Cuba anda tanya dia, kamus mana yang dia rujuk sampai 'garam' pun dia tibai jadi komitmen?


Adakah anda mendustakan ayat Allah dengan menyatakan ada kesalahan grammar?


Kesalahan grammar bukanlah mendustakan ayat-ayat Tuhan


Bila masa saya kata Al-Quran itu ditulis oleh kaum yang ummi? Itu anda yang kata, tuduh saya kata & lupa pulak.


Adakah anda sedang menafikan Nabi & kaumnya itu ialah kaum yang ummi? Kaum yang buta huruf? Kaum yang tidak pandai menulis?


Bahasa dan grammar berevolusi tu tak mengubah Kalimah Allah pun.


Mengapa pula tiada perubahan? ini buktinya:


Quran Versi Usmani: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا 49:6

Versi Hamzah & Al-Kisaa'i : فتثبتوا / Fatathabbatuu


Quran Versi Usmani:  قَالَ رَبِّي يَعْلَمُ الْقَوْلَ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ 21:4

Quran Versi Warsh: قل 21:4 / Qul
http://www.scribd.com/doc/10883768/01b-


Modal anda nak buktikan Nabi Muhammad tidak pandai tulis, maka kena ada kesalahan grammar dalam Al-Quran baru terbukti? Anda ada masalah kronik dalam berdalil!


Setelah penemuan bukti kesalahan grammar & tulisan di dalam Quran, terbuktilah yang nabi & kaumnya iti ialah kaum yang ummi, kaum yang buta huruf, kaum yang tidak pandai menulis.

Adakah anda sedang cuba menafikan keummian Nabi & kaum nya itu?


Sekalipun begitu, adakah anda kini bertukar pula percaya Nabi Muhammad tidak pandai menulis?


Sekarang saya percaya nabi & kaumnya itu ialah kaum yang ummiyiin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2012 04:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 15-2-2012 16:48
TTelah saya buktikan dalam post yang lepas yaitu dhamir tersebut merujuk kpd baginda & kalau anda tak setuju, kenapa susah sangat anda nak buktikan dhamir tersebut tidak merujuk kpd baginda? dan kalau anda bersetuju dhamir tersebut merujuk kepada baginda, saya anggap perkara ini telah pun selesai & tak perlu di perpanjangkan lagi perbicaraan akan hal ini.
sirrikhafi Post at 15-2-2012 13:10


Post yang mana tu? Setakat ni anda hanya buat takwilan saja.

Saya tak kata setuju, atau saya tak kata saya tak setuju. Saya nak tahu macamana anda buat kesimpulan ke arah itu hanya berdasarkan dari ayat tersebut yang TIDAK MENYEBUT NAMA BAGINDA MUHAMMAD SAW.
   
Cuba anda tanya dia, kamus mana yang dia rujuk sampai 'garam' pun dia tibai jadi komitmen?


Kalau dia tersilap, mungkin dia akan mengaku. Cuba anda pula bawakan rujukan kamus mana yang kata Solat = Komitmen. Setakat ni rujukan anda tu hanyalah dari cilijeruk yang majhul tu.

Setelah penemuan bukti kesalahan grammar & tulisan di dalam Quran, terbuktilah yang nabi & kaumnya iti ialah kaum yang ummi, kaum yang buta huruf, kaum yang tidak pandai menulis.

Adakah anda sedang cuba menafikan keummian Nabi & kaum nya itu?


Bukankah sebelum ni anda bersungguh-sungguh kata Nabi pandai menulis?

Ketika anda kata ada kesalahan dalam Al-Quran, tiba-tiba Nabi jadi tak pandai menulis.... masalah kronik dalil anda ni!

Saya layan anda ni nak tengok sejauh mana kebenaran hujjah anda... semua orang boleh baca hujjah anda ni.... cuba anda baca balik hujjah-hujjah anda yang lepas..... dah melencong jauh sangat kepercayaan anda ni berbolak balik banyak sangat macam orang dalam kekeliruan tapi anda masih dengan ego anda..... tuduh ada kesalahan dalam Al-Quran....

Sekarang saya percaya nabi & kaumnya itu ialah kaum yang ummiyiin


Nampaknya anda dah mengaku pun kepercayaan anda yang anda gembar-gembur selama ni rupanya dah terpatah dengan penemuan terbaru anda, iaitu kesalahan dalam Al-Quran menjadikan Nabi tak pandai menulis.

Lihat sajalah, anda sendiri pun tahu dan sedar yang kepercayaan anda dah silap sebelum ni! Sekarang anda membuat kesilapan yang lebih besar, iaitu kata Nabi tak pandai tulis hanya dengan sebab anda kata ada kesalahan dalam Al-Quran!
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 07:15 PM | Show all posts

Saya nak tahu macamana anda buat kesimpulan ke arah itu hanya berdasarkan dari ayat tersebut yang TIDAK MENYEBUT NAMA BAGINDA MUHAMMAD SAW.


Kerana ayat tersebut telah menyebutkan dhamirnya yang merujuk kepada baginda


Kalau dia tersilap, mungkin dia akan mengaku. Cuba anda pula bawakan rujukan kamus mana yang kata Solat = Komitmen. Setakat ni rujukan anda tu hanyalah dari cilijeruk yang majhul tu.


Kalau cilijeruk itu majhul di sisi anda, kan saya juga seorang yang majhul, jadi kenapa anda meminta rujukan saya, seorang yang majhul?


Bukankah sebelum ni anda bersungguh-sungguh kata Nabi pandai menulis?

Ketika anda kata ada kesalahan dalam Al-Quran, tiba-tiba Nabi jadi tak pandai menulis.... masalah kronik dalil anda ni!

Saya layan anda ni nak tengok sejauh mana kebenaran hujjah anda... semua orang boleh baca hujjah anda ni.... cuba anda baca balik hujjah-hujjah anda yang lepas..... dah melencong jauh sangat kepercayaan anda ni berbolak balik banyak sangat macam orang dalam kekeliruan tapi anda masih dengan ego anda..... tuduh ada kesalahan dalam Al-Quran....


Masaalah kronik tu masaalah apa ye menurut ilmu perubatan?

Lagi satu, saya tak mahu alasan tapi bukti


Nampaknya anda dah mengaku pun kepercayaan anda yang anda gembar-gembur selama ni rupanya dah terpatah dengan penemuan terbaru anda, iaitu kesalahan dalam Al-Quran menjadikan Nabi tak pandai menulis.


Mengapa pula? apa salahnya dengan penemuan terbaru? kan imam syafi'e juga punya qaul qadim & jadid? kan dulu masyarakat saintis berpegang dengan konsep graviti newton lalu setelah einstein muncul dengan teori relativitinya mereka pun turut mengubah pandangan, keyakinan & pegangan mereka di dalam sains, setelah itu muncul pula fizik kuantum, teori string, teori segalanya, etc, maka keyakinan mereka itu terhadap alam & kebenaran akan sentiasa berubah & berevolusi apabila terdapat penemuan & bukti terbaru.

Kalau anda percaya grammar boleh berubah, tentu saja anda patut mempercayai pandangan manusia akan turut berubah setelah munculnya penemuan-penemuan terbaru


Sekarang anda membuat kesilapan yang lebih besar, iaitu kata Nabi tak pandai tulis hanya dengan sebab anda kata ada kesalahan dalam Al-Quran!


Hakikatnya, AlQuran itu dari seorang yang ummi yang di tulis oleh kaum yang ummi

Adakah anda menafikan hakikat ini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2012 08:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 16-2-2012 09:01
Kerana ayat tersebut telah menyebutkan dhamirnya yang merujuk kepada baginda

sirrikhafi Post at 15-2-2012 19:15


Takat itulah jawapan anda. Maka bolehlah dibuat kesimpulan anda membuat takwilan dhamir itu merujuk baginda, tanpa bukti yang nyata.

Kalau cilijeruk itu majhul di sisi anda, kan saya juga seorang yang majhul, jadi kenapa anda meminta rujukan saya, seorang yang majhul?


Betul, tepat sekali. Saya minta rujukan supaya saya boleh periksa kebenarannya.

Kalau setakat cilijeruk & sirrikhafi saja (dua-dua majhul!) yang kata solat = komitmen, tiada rujukan lain, saya tak boleh percaya bulat-bulat tanpa buat cross examination/checking dengan sumber lain yang dipercayai.

Masaalah kronik tu masaalah apa ye menurut ilmu perubatan?

Lagi satu, saya tak mahu alasan tapi bukti


Dalam ilmu perubatan masalah kronik tu masalah berpanjangan. Maka maksud saya kaedah berdalil anda tu ada masalah yang berpanjangan. Saya bukan beri alasan, saya beri penjelasan bagaimana anda menggunakan dalil tu menimbulkan masalah pada diri anda sendiri, dan juga kepada orang lain jika mereka percaya kepada dalil anda tu.

Mengapa pula? apa salahnya dengan penemuan terbaru? kan imam syafi'e juga punya qaul qadim & jadid?


Imam Syafi'i tidak berubah dalam aqidah. Perubahan itu dalam usul fiqh setelah dalil yang lebih kuat ditemui. Anda pula berubah-ubah kepercayan (aqidah anda) dari percaya Al-Quran & Hadith, kepada percaya Al-Quran, kepada percaya ada kesalahan dalam Al-Quran. Kronik nih!

Hakikatnya, AlQuran itu dari seorang yang ummi yang di tulis oleh kaum yang ummi

Adakah anda menafikan hakikat ini?


Al-Quran bukan dari seorang yang Ummi, tetapi disampaikan dari seorang yang Ummi. Juga diajarkan kepada kaum yang sebahagian besarnya Ummi.

'yang di tulis oleh kaum yang ummi' tu maknanya apa ya?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 01:14 PM | Show all posts

Takat itulah jawapan anda. Maka bolehlah dibuat kesimpulan anda membuat takwilan dhamir itu merujuk baginda, tanpa bukti yang nyata.


Saya tidak membuat takwilan kerana ayat tersebut adalah ayat muhkamat.

Kalau anda tidak setuju, sila bawa bukti bahawa dalil tersebut tidak merujuk kepada
baginda


saya tak boleh percaya bulat-bulat tanpa buat cross examination/checking dengan sumber lain yang dipercayai.


Kalau anda tidak percaya, anda boleh checking semua perkataan solat di dalam Quran


kepada percaya Al-Quran, kepada percaya ada kesalahan dalam Al-Quran.


Kan saya telah beri bukti seperti dalam ayat 11;99, 27:21, 66:12, 80:15


'yang di tulis oleh kaum yang ummi' tu maknanya apa ya?


Di tulis oleh kaum yang buta huruf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.120392 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list