CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sakurakuri

Taufiq buat Hidayah

  [Copy link]
Post time 9-10-2011 09:12 PM | Show all posts
hehehe...best2....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2011 09:30 AM | Show all posts
Best best best sempoiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2011 05:25 PM | Show all posts
assalamualaikum semua....

sori lama tak bagi n3...ok, petang2 gini jom kita sambung sikit...
Thanks semua yang sudi baca. Selamat membaca dengan seronok!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2011 05:30 PM | Show all posts
“Jomlah. Apa tunggu lagi.”Hidayah mencapai mencapai bag duitnya. Taufiq masih lagi santai menonton TV. Pulak dah...

“Eh, dah siap eh.”Taufiq tersengih-sengih. Hari ni mood dia baik atas beberapa sebab. Yang pertama; Dapat kenakan Dayah kaw-kaw tadi. Yang kedua dan paling best; dapat peluk Dayah tadi. Bestnya....rasa nak lagi

Bila sampai di pintu baru Taufiq perasan sesuatu. “Dayah, bila keluar pakailah tudung ya. Saya tunggu kat sini.” Hidayah kaku. Rasanya ok je kalau macam ni. Esok-esok saya pakailah. “Awak, boleh tak awak jangan paksa saya pakai tudung? Saya akan buat bila saya sudah terbuka hati untuk pakai tudung.” Hilang mood Dayah nak keluar. Taufiq memang suka potong mood orang!

“Dayah, saya betulkan saja. Tak salah malah memang patut saya tegur kamu. Sekarang pakailah tudung. Takkan kamu mahu orang lain melihat aurat kamu yang cantik tu.”Taufiq berkata tenang.

“Awak, saya memang tak suka ada orang lain yang campur hal peribadi saya. Saya akan akan pakai tudung bila hati saya terbuka nak pakai tudung. Dan bukannya atas sebab desakan awak, ianya kerana sebab keikhlasan saya.” Taufiq senyum. Hidayah memang mulut yang bercakap tidak berfikir. Dan dia rasa biarlah dia yang jadi otak Hidayah.

“Saya cukup tak suka buat sesuatu sebab terpaksa. Kalau saya nak bertudung pun biarlah ianya datang dari hati yang ikhlas. Buat sesuatu yang baik kalau tak ikhlas tak guna juga!”  Wahh...bijak kamu. Tidak ikhlas ya.

“Menutup aurat tu wajib Nur Hidayah Solehah.... Kalau mahu tunggu ‘ikhlas’ tu datang sampai bila-bila pun tak kan datang. Kalau sudah wajib, suka atau tidak, ikhlas atau tidak ikhlas wajib buat.” Taufiq membalas lembut.

Hidayah mula mencerlung. Matanya tajam melihat Taufiq yang asyik tersengih macam kerang busuk. “Ikhlas tu akan datang bila kamu sudah biasa, nak biasakan diri tu maknanya kamu mesti buat dahulu. Lama-lama nanti bila sudah biasa tentu ikhlas  tu datang sendirinya dalam hati kamu.” Taufiq pandang Hidayah. Wajahnya garang. Tapi dahinya berkerut kerana matanya sudah mula merah. Mesti hatinya sakit lagi. Rambut Hidayah yang terjuntai di dahi itu dibetulkan, kepalanya Taufiq usap-usap lembut. Sori ya. Tapi sori tu tak terkeluar pula.

Taufiq nampak ada air mata bila Hidayah berlalu ke bilik tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2011 05:47 PM | Show all posts
Taufiq tertelek-telek. Makaii...lamanya bertudung. Janggut aku beruban pun tak keluar lagi agaknya ni.

Taufiq mengetuk pintu bilik. Hidayah keluar dari bilik dengan berselendang biru. Selendang yang Taufiq bagi hari tu. Itu sahaja tudung yang dia ada. Anak tudung pun cuma untuk dia gunakan semasa solat saja.

“Cantik. Cantik  sangat Dayah. Kalau kamu pakai anak tudung, tentu lebih sempurna.” Taufiq tolong betul-betulkan selendang Hidayah. Walaupun tdak sempurna, tapi sekurang-kurangnya dia buat.

“Saya tak ada anak tudung. Satu je, tu pun untuk solat.” Hidayah rasa sedih pula. Tiba-tiba dia rasa sayu je.

“Tak apa, hari ni hari percubaan. Lain kali kena betulkan apa yang tersilap dalam percubaan yang pertama ni okey?” Taufiq betulkan selendangnya lagi. Dia juga yag silap sebab beli selendang yang jarang ni.
       
Hidayah angguk saja. Dia rasa dia lemah. Dia rasa dia banyak sangat tak tahu. “Tapi saya cuma ada selendang ni saja.” Hidayah pandang Taufiq. Matanya berair. “MM...sekejap lagi kita cari yang lain. Yang lebih elok .” Taufiq pinpim tangan Dayah keluar.

Lega.

“Terima kasih ya.” Taufiq pandang Dayah.

Dayah senyum. Taufiq terpegun.

Indah. Macam pelangi.

Cantik sangat Dayah dalam selendang biru.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2011 05:54 PM | Show all posts
kalu free letak lagi erkkk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-10-2011 06:18 PM | Show all posts
Reply 266# shahrinas

insyaallah...tak sabar nak tamatkan cerita ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2011 09:14 PM | Show all posts
“Kita nak makan kat mana ni?” Taufiq bertanya. Wajah Dayah di sebelah dipandang sekilas.
       
Dayah angkat bahu.  “Tak tahu.”
       
“Tak tahu?” Taufiq ulang semula dengan soalan.
       
“Kalau saya nak makan kcf boleh?” Dayah pandang Taufiq. Taufiq diam sahaja.
       
“Oklah kalau tak boleh.” Dayah terasa lagi. Aisehh...asyik terasa dengan Taufiq saje hari ni.  
       
“Laa..kenapa pulak lain ni?” Taufiq perasan yang suara Dayah sudah lain. Dia senyum. Dagu Hidayah dicuitnya. Kemudian dielus-elus perlahan.
       
“Kita makan kfc ok? Lama abang tak makan kat situ.” Taufiq berkata lembut. Dayah yang disebelah tu sudah senym sampai ke telinga. Amboi...bukan main lagi ya Dayah.
       
Sampai sahaja di tempat dituju Taufiq segera mengarahkan Dayah mencari meja yang sesuai.

“Cari tempat yang tersorok-sorok sikit eh.” Eeuuw..gatal tau! Tapi Dayah malas nak membalas. Suka la tu kan Dayah
       
“Wahh...betul-betul strtegiklah tempat ni. Tersorok, terlindung dan malap sikit.Thanks sayang.”Dagu Dayah dicuit lagi.

“Sori sikit ya. Tempat lain dah penuh, sini aja yang ada.”Taufiq ni memang perasan lebih.

“Yeke ni...sana ada lagi kosong.” Jarinya menunjukkan ke meje ditepi tingkap yang sudah kosong. Ya, tadi semua tempat penuh, termasuk meja tepi tingkap itu. Tapi Dayah cuma menjawab dalam hati saja.
       
Hari ini moodnya lemah dan longlai..jadi perasaan dia jadi malas nak bergaduh atau bertekak dengan Taufiq.

Tak faham dengan Taufiq, kadang-kadang dia jahat, mulut celupar, suka kenakan dia, tapi kadang-kadang dia baik, memahami dan....mmm bijak. Ya bijak kot. Dayah suka tang bijak Taufiq tu.
       
“Alah, gurau pun nak tarik muka masam. Sakit perut abang. Tadi elok dah senyum...sejukkkkk je abang tengok.” Mulutnya ikut sekali muncung bila perkataan sejukkkk tu disebutnya. Comellah konon.

“Ha...kan dah senyum. Macam tulah.” Taufiq tahu, Dayah bukan boleh tahan kalau dia buat joke. Sejak ada Dayah ni, dia belajar nak bercakap dengan ekspresi muka sekali. Kalau sedih, buat muka sedih, kalau geram buat muka geram kalau keliru buat muka keliru. Yang penting Taufiq pandai buat ekspresi terlebih lagi ter ‘over’.
       
Taufiq merenung wajah Dayah yang duduk di hadapannya itu. Bila Dayah perasan akan pandangan mata yang menusuk itu dia mengakat wajah. Taufiq senyum bila mata mereka beradu.

“Cantik kamu senyum.” Taufiq berkata perlahan. Dagu Dayah dicuit lagi. Entah kenapa malu pula berhadapan dengan Taufiq yang jahat itu. Jahatnya!

“Manis.” Taufiq berkata lagi. Amboi nyah...bukan main lagi menanam tebu dipinggir bibir kau nyah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2011 09:31 PM | Show all posts
Nk lagi!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2011 09:39 PM | Show all posts
tq de n3....best2...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2011 09:50 PM | Show all posts
nak lagi{:1_152:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2011 10:07 PM | Show all posts
thanks kawan-kawan....

semangat nak menyambung tadi berkobar-kobar...tiba-tiba mod ku pula yang terpotong hurmm....sabar ya kawan2..nanti akan ada n3.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 07:53 AM | Show all posts
Nak lagi, nak lagi. makin seronok citer ni....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 09:36 AM | Show all posts
amboi dayah,....heheh romantik gile topiq ni tau..
tgoda ai..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 12:34 PM | Show all posts
Wah wah wah....
Bagus Dayah nak gak ikut ckp taufik walaupun xberapa nak ikhlas
mesti comelkan bila pakai tudung.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 04:56 PM | Show all posts
ala....lagi la.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2011 08:58 PM | Show all posts
Gemgaman tangan Taufiq Dayah rasa erat sangat. Macam nak patah jari-jari Dayah diramasnya.

Sejuk saja jari-jari Taufiq Dayah rasa. Bila Dayah cuba menarik jari-jarinya dari gemgaman, Taufiq akan makin kejapkan pegangan itu.

“Boleh tak kalau awak pegang, jangan ramas-ramaslah, perah-perahlah...ingat tangan saya ni kelapa nak perah-perah!” Taufiq dijelingnya. Taufiq diam saja. Yang pasti senyumannya makin mengembang itu tidak lepas dari bibirnya.

Jari-jarinya digemgam dengan kedua-dua tangannya pula. Jari-jari Dayah dipatah-patahkannya. Berketak-ketuk bunyinya.
       
“Aduh, sakitlah!”
       
“Tahanlah sikit...abang nak keluarkan angin dari jari-jari kamu ni.”
       
“Eee...mengarut tak habis-habis.”Dayah rasa jarinya mahu tercabut bila Taufiq patah-patahkan begitu.
       
“ Ha, dengar tu. Bukan main kuat lagi.”
       
“Kalau buat macma ni, saya pun boleh buat sendiri. Tak de lah sakit macam awak buat.”
       
“Amboi...dah mula sombong dah ya...” Jari Dayah masih dimain-main lagi. Taufiq tersengih lagi. “Tau tak kenapa bunyi kuat bila buat macam ni?”

“ Sori ya., saya betul-betul tak berminat nak tahu. Boleh kita jalan cepat sikit?” Dayah biarkan saja jarinya jadi mangsa Taufiq lagi.        
       
“Alah, tak tahu cakap je lah surrender. Tak seporting langsung!”
       
“Masalahnya teka-teki awak memang tak seronok langsung. Saya malas nak susahkan otak saya berkerja.” Dayah buat muka bosan. Emm...bosannya layan teka-teki Taufiq yang macam  budak-budak tu.
       
“Hello, ini bukan teka-teki ok. Ini pengetahuan am!” Taufiq dah mula buat gaya mak nyah. Dayah menyimpul senyum.  Dia dah mula nak  jadi badut. Oh, no!
       
“Tak kisahlah apa pun sebab saya memang malas nak fikir.”
       
“Jadi terbuktilah.” Taufiq serius pula. Cuma tengok riaksi Dayah dari ekor mata sahaja.
       
“Apa yang terbukti?”
       
“Terbukti yang awak ni malas dan jarang buat kerja. Hahaha.” Taufiq ketawa suka hati. akhirnya masuk juga perangkap budak Hidayah ni.
       
“Aku dah agak dah. Makin di layan makin menjadi merapunya.” Dayah mengomel sendirian.
       
“Sebab itulah jari kamu tu banyak angin. Ha dengar ni, berketak-ketuk bunyinya.” Taufiq meramas-ramas lagi jari Dayah.
       
“Tak ada kaitan langsung!” Dayah sentak tangannya dari gengaman Taufiq.
       
“Yang kemas rumah, sapu sampah, lap tingkap, mop lantai, sarungkan cadar, buang sampah, susun kain baju awak, seluar dalam awak, siapa? Hantu?” Dayah jalan laju-laju. Tinggalkan Taufiq di belakang.
       
Taufiq tercengang.
       
Aisehman!
       
Selalu saja perangai nakalnya itu buat potong mood Dayah. Bila Dayah dah mula nampak jinak, dia sendiri yang cari pasal lagi.
       
Aduh! Taufiq tepuk dahi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 09:26 PM | Show all posts
ala ciputnye.....but tq....nak lg ye....hehehe tamak la plk....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2011 01:47 AM | Show all posts
bestttt
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2011 02:36 AM | Show all posts
nk lagiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.120331 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list