Pearly-Thinaah akhiri kempen 'kumpulan maut' di tangga tercorot
[size=14.399999618530273px]Pearly-Thinaah tewas kepada gandingan nombor satu dunia pada aksi terakhir kumpulan Jelajah Dunia Akhir BWF hari ini.
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah mengakhiri cabaran Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China di kedudukan tercorot Kumpulan A yang dianggap 'kumpulan maut' selepas tewas buat kali ketiga, sebentar tadi. Selepas tewas dalam dua perlawanan awal sebelum ini, pasangan nombor enam dunia itu terpaksa akur dengan kehebatan gandingan nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning apabila tewas dalam pertarungan tiga set dalam tempoh 76 minit. Pada aksi di Gimnasium Olimpik Hangzhou itu, Pearly-Thinaah tewas set 9-21 sebelum bangkit memenangi set kedua 21-18 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan. Juara Terbuka Hong Kong itu memberi tentangan sengit di set ketiga tetapi Sheng Shu-Tan Ning lebih unggul untuk menoktahkan kemenangan 21-18. Dalam dua perlawanan awal kumpulan, Pearly Tan-M Thinaah tewas di tangan gandingan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida diikuti kekalahan mengejut kepada Treesa Jolly-Gayathri Gopichand dari India. Sheng Shu-Tan Ning melangkah ke separuh akhir selaku juara Kumpulan A manakala Matsuyama-Shida naib juara.
https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2024/12/1336485/pearly-thinaah-akhiri-kempen-kumpulan-maut-di-tangga-tercorot
|