bnmbnm Post at 2-9-2010 08:44 AM [/quote]
salam....walau pun terlewat.....bnm nak juga paste kan satu puisi merdeka kat sini...
Tajuk: Merdekakah Kita?
Kata orang aku beruntung
Kata orang tanah air ku aman damai
Kata orang negara ku negara bebas
Kata orang tempat ku maju
Tetapi beruntungkah aku
Seandainya tanah air ku tiada sunyi dari mat rempit
Saban Hari Hilangnya Nyawa bak seekor katak
Apa erti bebas jika saban hari
Terpampang luas di dada akhbar
Bayi suci kaku dalam tong sampah
Di mana semangat juang
Di mana perginya insaf
Di mana hilangnya nilai kemanusiaan
Kelam diri di kambus nafsu durjana
Cucuran air mata bonda
Anak yang dibelai di kendung
Terkadas dek najis dadah
Bapa dan ibu tidak kau kenal
Pisau dihunus andai gianmu tak di penuhi
Sahabat, sedarkah kita
Tanah ini memerlukan wira
Wira yang tinggi nilai kendiri
Tahu apa itu maruah
Tahu apa itu simpati
Siapakah wira itu..?
Tiada siapa-siapa...
Selagi kita tidak bangkit
Jadilah wira pada bangsa
Wira pada tanah air
Wira pada kemanusian
Hapuskan yang songsang
Tegakkan yang benar Merdekakan negara dalam istilah kemerdekaan yang sebenar
w/salam bn TQ
Berakhirnya satu penantian
1 persoalan?:re: Adakah remaja2 skrg kenal erti Kemerdekaan yg sebenarnya?
|