CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U) - SAMBUNGAN ( SUDAH TAMAT)

   Close [Copy link]
Post time 23-7-2010 05:27 PM | Show all posts
wah... bestnya Ju'a & qimi buat rombongan WR ke KK
banyak bersopping?
sang_arjuna Post at 23-7-2010 15:07



    juna....supping tak seberapa...tp yg the best part akak ngan kak qimi
kena mendaki lbh kurang 300m sblm sampai ke canopy walk.....
semput teman......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2010 05:30 PM | Show all posts
salam....

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 05:34 PM | Show all posts
Reply  cmf_blingblings

dak tu pun selingan je blings
kena sergah sekali dia lari balik kam ...
sang_arjuna Post at 23-7-2010 15:52



    juna....janji selingan je tau...
tak mo lah ada lagi konflik yem ngan lala......
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 06:01 PM | Show all posts
wah..ada n3 bru/
thanks
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 06:02 PM | Show all posts
harap2lah izlyn sofia tu x jd pngacau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2010 06:21 PM | Show all posts
sebab ramai "peminat" pucuk muda ittew
akak panjangkan waktu selingan
hehehe... evil nya aku

tp jangan takut... tetap happy ending
................................................................................

Adham menggaru kepala yang tidak gatal. Kebanyakkan staf perempuan tidak ada di tempat mereka. Biasalah, selagi jam tak menunjukkan pukul dua mereka akan menghabiskan masa menganyam ketupat di kafe. Kalau Najlah atau Tasha ada boleh juga aku suruh mereka tolong “ sekolahkan” Izlyn Sofia. Sekarang Cuma ada Mrs Chin yang membaca majalah di mejanya sambil menghirup teh Jasmine, minuman wajibnya.  

“ Yes, Adham what do you want?” dengus Mrs Chin. Marah betul kalau orang menganggu waktu senggangnya. Wanita yang menjadi “ isteri kedua” Datuk Badri tak boleh bertolak ansur langsung. Lagi lagi kalau arahan datang dai orang bawahan.

“ Er.. er.. Mrs Chin boleh tolong? Budak perempuan yang buat praktikal tu. Izlyn Sofia kunci diri dalam toilet. She refuses to come out. Can you do something?”

“ Haiyaa… that girl aaa….. big problem lah. I don’t understand why Datuk wants her to work here. What do you want me to do?” Bebel Mrs Chin.

“ Mrs Chin tolong pujuk dia suruh keluar. Dah dekat sejam dia di dalam. Dia tak makan lagi. Nanti kalau dia pengsan kita juga kena bambu dengan Datuk” luah Shahrul.  

“ Huh..okay.”  Lega rasa mereka bila Mrs Chin setuju. Tentu dia juga peka tentang pertalian Izlyn Sofia dan Pak Mamat dengan Datuk Badri.


Mereka berdua mengekori Mrs Chin dan menunggu di luar tandas perempuan. Haru biru sungguh! Tak pernah lagi terjadi dalam sejarah Akitek Karyabina ada orang kunci diri dalam toilet sebab kena marah. Kalau putus cinta atau hilang dara  berbaloi juga lah buat drama swasta.

Selepas sepuluh minit barulah Mrs Chin keluar sambil memimpin Izlyn Sofia. Mata gadis itu bengkak dan mukanya sembab. Anak rambutnya terkeluar dari tudung yang senget. Dia cuba merapikan diri bila ternampak Adham dan Shahrul. Hidungnya yang berair di tekap dengan tisu. Adham di jentik rasa kasihan. Bagaimana kalau ini terjadi pada anak aku nanti, hatinya berbisik.

“ Izlyn, awak dah makan?” Izlyn menggeleng lemah. Matanya terpaku pada lantai. Malu bercampur bahagia bersarang dalam hatinya bila mendengar suara Adham. Akhirnya hero aku datang menyelamatkan aku.

“ Kalau macam tu ikut saya ke cafeteria. Kita makan dulu” Perutnya masih kenyang tapi aku kena guna psychology untuk menangani budak tak betul ni. Masih ada beberapa hari lagi sebelum Datuk Badri balik bercuti. Aku tak mahu bertanggungjawab kalau minah ni kena nervous breakdown.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2010 06:23 PM | Show all posts
Reply 266# sang_arjuna


smiley, nk lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2010 06:24 PM | Show all posts
Dua pinggan nasi goreng kampung  terhidang di depan mereka. Suasana gamat di kafe sudah reda sebaik waktu lunch berakhir. Cuma tiga meja yang ada penghuni. Mereka berdua dan selainnya pekerja kafe sendiri. Amat privasi. Tak ada yang nak jeling atau pun speku.

“ Makanlah Izlyn. Nasi goreng di sini sedap” Adham menyuap sesudu ke mulutnya.

“ Saya minta maaf, Encik Adham”  Izlyn Sofia menelan airliur. Suaranya sebak.

Takkan nak menangis lagi se round kot. Aku benci betul dengan spesis seniwati airmata. “ Apa masaalah awak sebenarnya? Teruk sangatkah kerja di sini?” Adham cuba melunakkan suaranya.

“ Saya.. saya tak reti apa yang Encik Shahrul suruh saya buat. Bahasa Inggeris saya lemah. Saya orang kampung, jarang cakap orang putih” Oh itu masaalahnya.

“ Oh… kenapa tak suruh dia terangkan dalam Bahasa Melayu. Encik Shahrul orang Melayu kan?”

“ Saya malu” Suaranya seakan berbisik.Dia tunduk dan menekapkan tisu yang bergumpal ke sudut mata.

“ Izlyn, awak kena sedar. Bila bekerja awak tak boleh ada perasaan malu, takut, rendah diri. Kalau tak , awak tak akan ke mana. Tengok macam kes tadi. Tak pasal pasal awak kena marah. Alam pekerjaan tak sama dengan sekolah atau universiti. Di university awak cuma perlu belajar, lulus periksa dan buat assignment. Bila bekerja , kita kena pandai menyesuaikan diri , pandai cari peluang untuk tonjolkan kebolehan kita. Kita kena berani. Bila tak faham, tanya. Jangan buat pandai sendiri. Bila orang tegur , kita kena terima sebab itu saja cara untuk kita perbaiki diri kita. Sebab itu universiti hantar pelajar untuk buat praktikal. Supaya awak boleh gunakan pengetahuan yang awak dah belajar dan dapat belajar apa yang tak ada dalam buku teks.” Cewah… macam Dr Fazilah Kamsah pula aku ni.

Izlyn terkedu mendengar kata kata Adham. Sungguh hebat! Lebih hebat dari mana mana pensyarah yang pernah mengajarnya. Senyum simpul kembali menghias wajah. Dia menguis nguis nasi goreng di pinggan.

“ Terimakasih Encik Adham. Saya suka cara Encik Adham bagi nasihat. Encik Adham patut jadi pakar motivasi” Pujian Izlyn tidak di endahkan.

“Sekarang makan cepat. Lepas makan saya nak awak tolong Shahrul cari backup file yang awak delete tadi”

“ Er…..Encik Adham tinggal di mana?”

Adham mengangkat kening. Tak padan dengan kememeh. “ Kenapa?”

“ Saya tak berapa tahu jalan di KL. Boleh tak Encik Adham hantar saya balik?  Datuk Badri janji dengan bapa saya kalau saya kerja disini dia suruh orang hantar dan ambil saya. Tapi Datuk cuti jadi saya tak tahu macam mana nak balik”

Lagi satu bala. Banyak lemak betul minah ni. Mengalahkan boss.

“ Pagi tadi macam mana awak datang?”

“ Saya tumpang  kakak saya. Tapi dia kerja cikgu jadi dia balik awal.”

“ Awak tinggal di mana?” Hari pertama saja aku bagi chance.

“ Kampung Kerinchi.” Muka Izlyn berseri seri. Please... please ...please... tiba tiba otaknya pandai berbahasa inggeris.

“ Hari ini saya hantar awak pulang. Besok awak belajar naik LRT. Itu cara paling senang dari Kampung Kerinchi ke sini. Keldai pun tak akan sesat”

Izlyn tergelak kecil tanpa menyedari dia di perli. Bestnya dapat pulang dengan kereta Encik Adham. Dia menghabiskan nasi gorengnya hingga licin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2010 06:26 PM | Show all posts
juna,
buat la scene LALA plak yg jeles kt YEM...
asyik YEM yg jeleskan dr normiang...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 06:29 PM | Show all posts
eiii gediknya minah ni:@
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 06:47 PM | Show all posts
gatainya!!!! aku pulas peha baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 07:15 PM | Show all posts
Reply 258# mikoodette

silakan..
aku bg greenlight ni, red light & traffic light skali pon blh..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 07:16 PM | Show all posts
Reply 260# cmf_blingblings

aku soh lesing izlyn tu...
org lain kalo.. ko tanggung sendiri la...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 07:55 PM | Show all posts
Dr Normiang = Cahaya Miang.


Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 08:04 PM | Show all posts
sambung lagi plzzz
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 08:06 PM | Show all posts
memang gedik betul pempuan tu...
baru kenal donia sebenar, camtu lah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2010 08:09 PM | Show all posts
memang gedik betul pempuan tu...
baru kenal donia sebenar, camtu lah..
mijot Post at 23-7-2010 20:06



   mijot budak baru nk up.. mcm tu la..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 08:27 PM | Show all posts
Reply  mikoodette

silakan..
aku bg greenlight ni, red light & traffic light skali pon blh..
midar Post at 23-7-2010 19:15


bagus.. kejao lg aku nak pegi tempeleng minah gediks tu.. sekali dgn yem... :@
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 08:59 PM | Show all posts
Reply 278# mikoodette

yem tu cuma menolong sesama ummah...
izlyn tu yg ko patut tembak dgn senapang gajah...
amik kesempatan!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 09:03 PM | Show all posts
Reply  mikoodette

yem tu cuma menolong sesama ummah...
izlyn tu yg ko patut tembak dgn senapang ...
midar Post at 23-7-2010 20:59


mmg pong aku nak tembak si pompuan gediks tu... nyemak alam jek laaa... heiii.... serabut2....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.901462 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list