CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariellin

~ Harum Subur Di Hati (BPR) ~ T.A.M.A.T ~

 Close [Copy link]
Post time 13-8-2010 12:48 PM | Show all posts
wlpn selekeh tp naim romantik
fadwan klau lmbt bertindak abis la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2010 09:42 AM | Show all posts
morning ariel...masih menunggu n3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2010 10:30 AM | Show all posts
morning ariel...masih menunggu n3
asnita Post at 14-8-2010 08:42



  morning....lum smpat g...bz kemas umah....idea pun lum mari
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 11:07 AM | Show all posts
budak-budak sekolah mmg kalau bab bercinta....fuhhhh sakan ..tingkatan lima dah nak kahwin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2010 12:37 PM | Show all posts
budak-budak sekolah mmg kalau bab bercinta....fuhhhh sakan ..tingkatan lima dah nak kahwin
cmf_blingblings Post at 14-8-2010 10:07



   

merenyam kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2010 12:02 AM | Show all posts
ariel,
nak naim lg
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-8-2010 12:49 AM | Show all posts
ariel,
nak naim lg
mijot Post at 14-8-2010 23:02



  mijot...aku ngah ngadap pc ni...tp x tau mau starting dr mana   wa manyakkkk pinin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2010 01:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by ariellin at 15-8-2010 03:00

Kereta Pakcik Johan, papa Marshila tiba-tiba berhenti.  Aku pandang Marshila.  Dia angkat bahu tanda tak tahu.  Pakcik Johan keluar dari kereta.  Aku yang duduk di seat belakang menjengah ke luar.  Oh, ada kereta block rupanya.  Chup..macam kenal je kereta tu..!!

"Shila, tu bukan kereta..",

"Mamat Abang tu kan?",

Jantung aku berdegup laju.  

"Pelik lah, macam mana dia tau kita last day arini? Dia ada spy ke?", aii...dia tanya aku pulak?  Mana aku nak tau..

"Aku rasa tak best lah..",

"Aku pun...",

"Motif kau pun rasa tak best?",

"Ya lah..rasa tak best lah..nanti kau kawin, aku dah tak ada kawan..",

"Hampeh !! Aku serius ni..", Marshila yang di depan menoleh.  Ambil berat juga dia dengan aku..

Nampak Pakcik Johan menuju semula ke kereta.  Dari cermin pandang belakang, aku nampak Pakcik Johan tersenyum.  Memang pelik !!

"Pakcik, tadi tu siapa?", aku cuba berbahasa.  Pakcik Johan masih senyum.  Amboi Pakcik...

"A'ah lah Papa, tadi tu siapa?  Papa kenal ke dengan orang tadi?",  Marshila bertanya.  Masih memandang Pakcik Johan.

"Emm...dia nak datang rumah kita.  Malam ni.  Kawan Papa.  Kamu berdua jangan ke mana-mana", erk....datang rumah !!  Biar lah betul !!

Mendengar penjelasan Pakcik Johan, membuatkan peluh aku memercik.

"Pakcik, aircond tak cukup kuat lah..Ju panas", Marshila menoleh ke arah aku.  Tunjuk muka sedih dia.  Macam dia pulak yang nak dipinang.  Adoiii...........

~~~~~~

Selesai kami sedekahkan Yassin ke atas arwah emak dan ayah, Pakcik Johan membacakan doa.  Meminta Allah swt mengampunkan dosa-dosa kedua orang tua aku.  Berdoa agar roh mereka di cucuri rahmat.  Lepas tu, kami cabut rumput yang meliar.  

"Ju, Pakcik dan Shila tunggu Ju di kereta ya", aku angguk perlahan.  

Aku pegang batu nisan itu.  Aku kais tanah merah itu.  Ya Allah...berilah aku kekuatan.  Sabar lah hati..

"Emak..ayah..." ku tahan air mata.  Nafas ku tarik perlahan. Keluhan ku lepaskan.  

"Ju sihat...Ju..Ju dah habis exam...tapi..",

Diam.

"Ju tinggal dengan famili Shila.  Pakcik, Makcik..semua baik dengan Ju...ada masa nanti, Ju balik...tengok rumah kita...",

Diam lagi.

"Ju rindu sangat....rindu..dengan emak..dengan ayah...", dan air mata aku jatuh juga.  Aku sapu dengan telapak tangan tapi ia tetap mengalir laju.

Dan ada tapak kaki yang menghampiri aku.  Semakin dekat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2010 02:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by ariellin at 15-8-2010 01:16

Dan orang itu mengambil tempat di sebelah aku.  Siapa ya? aku pandang kasutnya.  Lelaki ! Aku angkat muka.  Erkk...dia sedang memegang Yassin.  Khusyuk..

Aku bangun.  Dia masih meneruskan bacaannya.  Namun dalam hati aku, terselit rasa syukur, sekurang-kurangnya ada juga orang lain yang menghadiahkan Yassin untuk kedua-dua orang tuaku.

Dia masih di pusara arwah emak dan ayah ketika aku, Shila dan Pakcik Johan berteduh di bawah pohon di tepi kawasan kubur itu.  Ya lah, takkan aku nak biarkan dia selepas dia buat amal jariah untuk arwah emak dengan ayah. At least, aku masih waras lagi buat masa ni.  Kalau terjumpa dia kat tempat lain, harus aku bagi penumbuk kat muka dia tu.  Sudahlah tak handsome.  Selebet..ishh...Dian Juwita, mulut tu jaga sikit..

Tak lama, dia menghampiri kami.  

"Maaf, tunggu lama.  Pakcik...", dia tunduk menyalami Pakcik Johan.

"Tak apa, anak ni, kawan anak pakcik ye?", pertanyaan Pakcik Johan membuatkan dia mengalihkan semula pandangan.  Padan muka!! aku jelir lidah.

"A'ah..dan saya nak mintak izin", dia pandang semula pada aku.  Marshila tarik lengan baju aku.  Ishh...rimas nyer budak dua ekor ni.  

"Mintak izin untuk apa?", Pakcik Johan pandang aku pulak.  Kenapa mesti semuanya aku? Rimas lah !!

"Saya nak 'pinjam' Dian Juwita.  Itupun kalau boleh..", matanya tak lepas memandang aku.  Pakcik Johan senyum..

"Oh, Pakcik ingatkan apalah tadi.  Boleh.  Tapi kena 'pulangkan' semula anak Pakcik tu awal ye.  Malam ni ada majlis di rumah. Jemput datang sekali", mata aku membulat memandang Pakcik Johan.  Aku tak ada hak nak bersuara ke?  Marshila, help me !!

"Papa, boleh Shila ikut tak?", Fuh ...kau lah my BFF Shila..i lap u lah, dear..terasa ingin ku peluk-peluk aje budak ni.  Tau je dia yang aku perlukan khidmat busy body dia tu..

"Tak boleh.  Kita ada banyak urusan", Marshila hentak kaki perlahan.  Pakcik Johan buat tak endah.  Alah....

"Okey, kalau ada apa-apa, Ju call Pakcik ye.  Ingat ye..siapa nama anak tadi?",

"Oh..maaf.  Saya Naim Najman Naufal, Pakcik.  Panggil Naim aje.  Apa pun, terima kasih Pakcik", dan kami pun berpisah di sini.  

"Wei..sabar lah..kau ikut je dia.  May be ni last time kau jumpa dia", Marshila memujuk aku.  Dia tepuk belakang aku perlahan.

"Ye..harap-harap ini last", luah aku.  Dalam hati lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2010 02:36 AM | Show all posts
Dia berpatah semula mendapatkan aku yang masih tercegat di bawah pokok tadi.  Padan muka!  Tapi muka dia tetap cool.  

"Dian Juwita..." dia panggil nama aku perlahan.  Aku buat tak endah.  Buat-buat tak dengar.  Pura-pura tak nampak dia.  Pura-pura tak ada dia.  

"Dian Juwita, awak ni mintak didukung, ye?", dan aku dengan automatiknya memandang dia.  Tepat!  Tak ada corner-corner.  Dan dia, tetap cool dari tadi.  Eh bukan...dari first time aku jumpa dia..eh bukan jugak...dari first time dia jumpa aku.  Atau dia buat-buat macam aku terjumpa dia.. Alah..lebih kurang lah tu..

"Dian Juwita, betul ni awak nak saya dukung awak?", hah!! dia ni gila ke apa?  Sawan babun ke tiba-tiba nak dukung anak orang?  Dia semakin dekat dengan aku..aku jauhkan jarak.  Takut eksiden..

"Ya lah, aku ikut kau.  Tapi kau jangan cuba nak buat yang bukan-bukan kat aku..kalau tak..", aku tunjuk penumbuk yang tak berapa nak hebat tu tepat pada muka dia.  Ketawa dia terletus..Apa?  ingat kelakar ke?  Aku serius lah..aku ni tak ada masa nak bergurau dengan orang yang tak berapa nak handsome macam kau, tau?  Kalau Fazdwan tu...lain cerita..

Dan sedar-sedar, dia tarik tangan aku.  Terperanjat !! Tapi, yang aku pelik, tak ada pulak aku nak buat aksi meronta-ronta mintak dilepaskan masa ni. Aku ikut je dia.  Dia masih pegang tangan aku masa dia buka pintu kereta dia. Dia arahkan aku masuk dalam kereta, aku masuk juga.  Aku tak lari pun padahal ada peluang untuk aku lari.  Aku ni dah kena pukau ke?  Ishh tak logik ni..

Kereta dia besar.  Bukan kereta wira.  Kereta waja pun bukan.  Bukan van, lah.  Tapi yang aku tau, ni kereta import.  Dari mana, aku tak tau.  

"Hei, kau nak bawak aku pergi mana?", dia cuma diam.  Lepas tu senyum macam biasa.  Baru perasan, dia ada lesung pipit.  Sama macam Fazdwan.  Tapi Fazdwan tu chinese look.  Dia ni.....aku ambil peluang perhatikan muka dia dari sisi.  Bibir dia merah.  Hidung dia mancung, terletak cantik.   Mata dia redup.  Bulu mata, hitam lebat.   Kening pun sama.  Rambut dia, rock sebab pacak-pacak.  Ha..rambut sama macam Fazdwan.  Aku pandang tangan dia yang sedang pegang stereng.  Bulu roma dia jelas kelihatan.  Jari dia pulak panjang-panjang. Putih.  Aku tengok baju dia...selebet yang amat-amat...tak sama dengan Fazdwan!!

"Dah puas belek muka saya?", aku terus buat-buat pandang ke arah luar.  Ishh...dia ni kan..buat malu aku je!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2010 03:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by ariellin at 15-8-2010 13:23

Kaki aku dah kebas.  Dah dekat satu jam setengah dia bawak aku tawaf KLCC yang besar ni.  Dari parking, lepas tu ronda pulak ke first floor.  Lepas tu, dia bawak aku pergi ke third floor.  Dah tak jumpa benda yang dia cari agaknya, dia pun bawak aku ke second floor.  Masalahnya, aku tak tahu dia cari apa.  

Aku nampak bangku coklat tu kosong.  Cepat-cepat aku jejakkan punggung di situ. Penat gila.  Tekak ni dahaga.  Perut pulak lapar mintak diisi.  Orang yang lalu lalang aku tak endahkan.

Kemudian aku nampak dia kembali dapatkan aku.  Ambil tempat di sebelah aku dan aku buat tak tahu dengan dia.  Aku malas nak tanya.  Malas nak bukak mulut. Malas nak bertekak dengan dia dekat sini.  Nanti boleh menjatuhkan saham aku secara free of charge.  Tak nak lah aku..

"Kenapa ni, penat ye?", dia tanya penuh sopan santun.  Dan dia memang bersopan dan berhemah bila bercakap dengan aku, selalunya.  Aku je, mulut tak ada insurans.  Tapi orang macam dia ni, memang tak payah nak protokol.  

"Tak lah, tak penat pun.  Saja nak duduk.  Cuci-cuci mata",

"Oh..saya ingat cuci baju", bongok !! sekali aku lempang, harus bisu mamat ni.  

"Jom..", dia bangun dan tarik tangan aku.

Sekali lagi, aku macam orang bodoh.  Sudah lah bodoh, dipukau pulak tu.  Kasihannya nasib aku ni.  Aku tak berguling-guling macam cerita hindustan pulak mintak dia lepaskan tangan aku.

"Buat apa kau bertudung semua kalau kau bagi dia pegang tangan kau.  Hukumnya tetap haram", suara itu dekat di telinga aku.

"Lepas lah, sakit", dan mujur kami tak eksiden bila dia tiba-tiba brek mengejut.  Fuh...selamat, kalau tidak..

Aku ikut semula jejak dia bila dia dah lepaskan tangan aku.  Melecet siot !!

Dan dia masuk ke kedai menjual teddy bear.  Ha ha ha, mamat ni anak emak rupanya.  Aku pegang satu persatu teddy bear yang ada di situ bila aku tengok dia tengah berbual dengan sales girl.

Macam-macam bentuk ada.  Macam-macam saiz.  Dari sebesar ibu jari tangan aku sampai sebesar aku.  Bermacam-macam jenis kaler dan bulu.  Pokoknya, semuanya ada di sini.  Aku tengok price tag teddy bear pink itu.  Mak oi...nak terjojol biji mata aku bila tengok harganya mencecah beratus-ratus ringgit.  Sangat membazir !!

"Dian Juwita, awak pilih bear mana yang awak suka.  Yang boleh ingatkan awak pada saya..", hah??  amoi tu senyum pandang aku.  Aku senyum kelat pada dia.  Aku garu kepala.  

Nak aje aku sumpah budak ni.  Kenapa mesti bear?  Kenapa bukan kedaii emas?  Kedai kereta?  Kenapa..??

"Ishh tak nak lah...", dia pegang lengan baju aku bila kaki aku nak melangkah keluar dari situ.

"Please sayang..", hah !! aku salah dengar ke?

Tapi sebelum dia buat perangai dekat sini...

"Okey, aku nak yang paling mahal.. Harap-harap berbaloi..", padan muka.  Alang-alang je kan..

Dia berbicara dengan amoi itu.  Dan kami mengikut amoi itu ke sudut kiri kedai itu.  Dia hulurkan bear kaler biru itu.  Ada reben kaler merah dekat lehernya.  Bulunya lembut sekali.  Aku jatuh cinta..

"Suka..??", dia tanya aku.  Senyum.  Aku angguk berkali-kali.  Mana boleh tak suka.  Dengan perlahan, aku tengok price tag bear yang sedang aku peluk ni.  Mak datuk....!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2010 03:59 AM | Show all posts
Malu gila! Rasa macam nak pakai mask je.  Pakai mask spiderman pun tak apa.  Janji orang tak nampak muka aku.  Tak pandang aku.  Tak senyum sinis dengan aku.  Ni semua Naim Najman punya pasal.  

Aku terpaksa pikul bear yang besar ni.  Bear tu lebih besar daripada aku.  Dan dia, rileks jek.  Macam tak ada perasaan.  Aku suruh dia bawak, dia kata tu bear aku.  Bencinya...nak nangis pun dah tak berguna.  Sesen pun tak ada nilai.  Aku jalan sambil hentak kaki.  Geram !!

Masuk saja kereta, aku campak bear tu di seat depan.  Aku ambil seat di belakang.  Peduli apa aku.  Sakit tau kat dalam ni!!

Entah bila kami dah berada di highway, aku tak perasan.  Mungkin sebab marah sangat, jadi aku buat tak endah aje dengan dia.  

"Dian Juwita, saya tau awak tak suka saya.  Saya tak kisah.. tapi saya tau yang awak akan suka saya one day", konfiden je mamat ni.  Menyampah !!

"Dian Juwita..", dia pandang aku dari cermin pandang belakang.  Aku pura-pura tak nampak.  Aku pejam mata.

Dian Juwita..", dia panggil nama aku lagi.  Ishh...

"Nak apa?", kasar bunyinya.

"Nak awak..", dan aku dengar dia ketawa.

"Aku tak main-main lah ! Kau nak apa?", masih pejam mata.

"Nak awak..saya pun tak main-main", geramnya..

"Kau ni tak faham bahasa ke?", aku tegakkan badan.  Tak puas hati tak tengok muka dia tu !

"Saya pulak tak faham hati saya ni..", kalau mencekik sampai mati tu bukan satu jenayah berat, harus aku lakukan sekarang jugak. Aku tengok dia ni kecik aje kat mata aku sekarang.

"Malas aku nak layan..", aku menyandar semula.  Pejam mata kembali.  Aduh..lambat lagi ke nak sampai ni?

"Eh..kau tau tak jalan ke rumah Marshila?", tiba-tiba aku tanya dia.  Ya lah, confirm dia tak tahu lokasi rumah Marshila. Aku pun silap jugak, dari tadi tak tanya dia..

"Tau..", pelik tu.

"Macam mana kau tau?", aku tanya dia. Dia senyum lagi.

"Tau lah", dia jawab acuh tak acuh..

"Kau ni ada spy ke?", dia geleng kepala. Diam.

"Habis tu, macam mana kau tau?", tak puas hati ni.

"Nak seribu daya, Dian Juwita..",

Dan dia teruskan pemanduannya.  Sekali-sekali dia pandang aku melalui cermin pandang belakang.  Dia ingat aku tak nampak agaknya..tapi bila aku tenung muka dia tu, nampak manis jugak dia ni..amboi !!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2010 09:51 AM | Show all posts
amboi panjang berjela2 n3 nya.time kasih ariellin. nanti smbg lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2010 10:57 AM | Show all posts
amboi panjang berjela2 n3 nya.time kasih ariellin. nanti smbg lagi...
bb_75 Post at 15-8-2010 08:51



ngh rajin..pastu mata x leh tido...  welkam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2010 10:58 AM | Show all posts
morning ariel...masih menunggu n3
asnita Post at 14-8-2010 08:42


dah tepek...sila2
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2010 01:22 PM | Show all posts
aduyai sweet nyer si naim tu....
si dian juwita telah kena rasuk dek naim
xsabar nak tahu reaksi ju bila naim dtg meminang....

ariel,tima kasih...
kenyang dgn n3 yg byk gitu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2010 02:28 PM | Show all posts
aduyai sweet nyer si naim tu....
si dian juwita telah kena rasuk dek naim
xsabar nak tahu re ...
mijot Post at 15-8-2010 12:22



sama2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2010 02:52 PM | Show all posts
Naim berhentikan kereta di depan rumah Marshila.  Terang benderang rumah Marshila malam ini.  Aku harap, keluarga engku-engku tu tak jadi datang.  Tak datang langsung pun tak apa.  Entah kenapa, tiba-tiba aku rasa kurang enak.  Sebelum ni, aku tak ambil serius pun tentang niat Mak Engku tu.  Tapi malam ni...aduh...

Aku keluar dari kereta.  Aku hempas kuat-kuat pintu kereta Naim.  Kalau tertanggal pun, aku suka.  Biar padan dengan muka dia.  Dan Naim turut sama keluar.

"Eh..tak payah hantar aku sampai depan pintu rumah.  Aku tau jalan sendiri", aku teragak-agak bila aku tengok dia menghampiri aku.  

Naim bukak pintu hadapan, ambil teddy bear kaler biru itu.  Dia hulurkan pada aku.  Senyum manis menampakkan lesung pipinya.  Aduh..manisnya dia..hati tiba-tiba jadi nakal.

"Ingat saya, ye. Rindukan saya pun tak apa", dia bersuara perlahan dekat dengan telinga aku.  

"Yuck..geli lah wei...kau jangan nak berjiwang-jiwang jual bunga dekat sini, boleh tak?", aku jauhkan jarak dari dia sambil pegang teddy bear yang besar gedabak ini.  Menyusahkan betullah.

Dia ni memang pandai ambil kesempatan.  Rasanya kalau jadi dekat Shakira, harus Shakira yang ajak mamat ni kawin lari.  Budak Shakira tu kan boleh tahan merenyam..ampun Kira...

"Wei, lain kali, kalau nak belanja aku, carik lah benda lain.  Emas ke..baju ke...ini bear..bukan berguna pun..", sempat aku perkecilkan hadiah dia.  Memang tak guna pun.  Dah lah aku ni menumpang bilik orang, lepas tu, bear yang besar gajah ni lagi nak disumbatkan kat mana lagi?  

Dia senyum lagi.  Aduh...kalau mengadap muka dia hari-hari macam ni, harus aku cair..eee tak boleh...dia tak menepati standard piawaian aku..aku geleng kepala perlahan..

"Saya rasa awak tengah peluk saya sekarang ni", sambil matanya memandang bear yang aku peluk ni.  Hah !!

"Eeee tak kuasa nya aku...please lah...",

"Dah lah, thank you.  Balik lah..jumpa lagi tahun-tahun depan..", bunyi macam aku halau dia.  Tapi memang aku halau pun.  Tak nak lah berlama-lama dengan dia.  Lemas.

Tapi dia tetap Naim Najman yang cool.  Aku benci lah sikap dia ni.  Asyik cool je.

Dan entah bila, tiba-tiba saja Pakcik Johan datang menghampiri kami.

"Maaf Pakcik, saya terlewat..", Naim salam Pakcik Johan.

Pakcik Johan pandang aku.  Kemudian dia pandang bear yang aku peluk.  Tersenyum dia.

"Ju masuk, mandi.  Siap ye.  Sekejab lagi tetamu sampai..", aku anggukkan kepala.  Meninggalkan Naim Najman dengan Pakcik Johan.  

Dari muka pintu, aku nampak Pakcik Johan dan Naim Najman masih berbicara.  Muka masing-masing serius.  Ah..abaikan aje lah..

Masuk saja dalam rumah, bau sambal udang petai menusuk hidung.  Sedapnya.  Perut aku ni memang dah nazak mintak diisi.  Tadi Naim Najman ajak aku singgah makan, tapi aku jual mahal.  Sekarang, padan muka aku ! Mata meliar mencari kelibat Marshila.  Tak ada.  Aku cari Makcik Ros, mama Marshila, juga tiada.

Aku ni menumpang di rumah orang.  Haruslah berbudi bahasa.  Tapi aku bersyukur, sebab papa dan mama Marshila baik-baik belaka.  Marshila pulak hanya dua beradik.  Dia ada seorang kakak, Marshanda yang berada di Jepun melanjutkan pengajian di sana.  Rasanya, lagi dua tahun sesi pengajian Kak Shanda kat sana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2010 03:15 PM | Show all posts
"Makcik, maaf, Ju lewat", aku dapatkan Makcik Ros di dapur.  Dia terus peluk aku erat.  Aku jadi sedih dengan tiba-tiba.  Emak..

"Tak apa, Ju dah makan?", aku geleng kepala.  Makcik Ros sapu air mata aku.

"Sudah, jangan menangis.  Ju mandi, solat, lepas bersiap cantik-cantik, makan..malam ni, ada orang nak datang tengok Ju..",  aku angguk perlahan.  Serasa macam detik waktu telah terhenti.  Begini ker nasib aku?

"Dan mulai sekarang, Ju panggil makcik, mama ye?", aku peluk Makcik Ros kembali.   Terima kasih ya Allah...

"Sudah, pergi bersiap", dia lepaskan pelukan aku.  Aku ambil semula bear tadi.  Aku peluk erat-erat menuju ke bilik.

Ku kuak pintu bilik.  Marshila yang sedang mencalet wajahnya kaget.  Matanya membulat. Mulutnya menganga luas.  Nak gosip lah tu...

Aku baling bear tu di tepi dinding.  Aku henyak pungguk di katil bujang Marshila.  Penat.

"Wei, kau pergi mana?", dia datang dekat dengan aku. Aku tengok beg baju aku di hujung katil sana.  Malasnya nak kemas..

"Budak sengal tu bawak aku pergi KLCC.  Kebas siot kaki aku..",

"Bear tu? Ko merengek-rengek mintak ke?", Marshila ketawa mengekek.  

"Ouchh...sakit lah", dia garu kepalanya.  Padan muka.  

"Kau lah, sedap mulut aje kalau bercakap..", aku bangun ambil tuala.  Nak bersihkan diri.  Nak solat.  

"Aku tanya aje.  Baju kau, mama dah siapkan.  Dalam almari tu", dia kembali mengadap cermin.

"Dah cantik lah Shila.  Kau tepek berapa kilo foundation kat muka kau tu?", selamba aku membahasakan dia.  Dia mencebik bibirnya.

~~~~~~~~~

Usai solat maghrib, aku menadahkan tangan memanjat doa untuk kesejahteraan keluarga baru aku.  Untuk kerahmatan arwah insan-insan yang aku sayangi.  Memanjat doa untuk kebahagiaan dan kejayaan diri sendiri.  Semoga perjalanan aku yang sebatang kara ini dipermudahkan olehhNya.

Aku bukak kain telekung.  Aku lipat sejadah.  Kemudian aku bukak almari baju.  Di depan mata aku, ada baju kurung sutera kaler pink dilatari dengan taburan bunga ros kaler merah hati.  Aku ambil baju itu.  Cantik.

"Dah siap ke?  Tetamu dah sampai", terjojol Marshila di muka pintu.  Aku urut dada.  Dia ni kan...nak aku pendek umur ke?

Aku dengar suara-suara di luar sana.  Aduh...peluh memercik tiba-tiba.  Nak buat apa ni..

"Kau okey tak..??", aku geleng kepala bila Marshila datang menghampiri aku.  Memang aku tak okey.  Rasa tak best.  Rasa macam-macam.  Cacamarba ni.  Kepala otak kacau bilau.

"Kalau tolak, boleh kan..?? Aku bukan kenal pun tengkujuh tu", tangan Marshila aku pegang kuat.  Erat.  

"Kau siap je dulu.  Pakai cantik-cantik.  Nanti aku skodeng siapa tengkujuh kau tu, ye.  Kang aku repot kat kau", dan Marshila keluar dari bilik.  Tinggal aku terkulat-kulat.

Aku pandang bear biru itu.  Aku capai dia.  Aku peluk dia erat-erat.  Terasa selesa sedikit hati di dalam.

"Blue Bear-Bear..aku sedih..", luah aku pada Blue Bear-Bear.  Aku pandang mata Blue Bear-Bear.  Aku senyum sendiri.  

"Bagus tu.  Aku panggil kau Blue Bear-Bear start arini", aku cium-cium Blue Bear-Bear yang besar tu.

'Baik, ayuh Dian Juwita, pakai cantik-cantik malam ni..", semangat serikandi aku tiba-tiba menunjukkan auranya.  Ya..betul !  berjuanglah hingga ke titisan darah yang terakhir untuk kebahagiaan diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2010 07:12 PM | Show all posts
thanks tuan tanah 4 de n3
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.069829 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list