|
x suka ngan pompuan yg guna taktik kotor nak pikat lelaki......
|
|
|
|
|
|
|
|
smbg lg..makin best |
|
|
|
|
|
|
|
Wahai Sally...sepandai2 tupai melompat..akhirnya jatuh kedebuk gak...tunggula harinya...waaaa jahat gilerla pempuan ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Fareez tidak menyangka yang Sally akan sanggup memerangkapnya hingga tahap begini. Walaupun baru dua minggu dia bertugas di syarikat milik ayahnya, dia tahu tidak ada sesiapa pun yang mengetahui identitinya. Tetapi apakah motif Sally memerangkapnya?. Pening dia memikirkannya.
Sementara itu di bilik Sally, dia menekan butang favourite di Blackberrynya. Sebentar kemudian dia mendengar suara di sebelah sana menjawab.
‘Yeah Sally, macam mana? Settle?’
‘Settled Dato’ Idris.’
‘Ok, petang ni cek your account. I transfer 10ribu immediately’
Sally tersenyum girang. Hanya berlakon 10 minit, dia sudah mendapat 10 ribu. Mudahnya tugasnya dengan Dato’ Idris yang dikenalinya semasa menguruskan pemasaran untuk projek kilang Nexus di utara tanah air itu.
Sally dan Dato’ Idris sudah bagaikan suami isteri. Bezanya mereka tiada hubungan. Mulai dengan perkenalanya semasa menguruskan pemasaran sistem integrasi dengan syarikat Nexus, Dato’ Idris sudah terpikat dengannya. Dato’ Idris jika di hadapan isterinya Datin Ros, pijak semut pun tidak mati. Sally tahu perbuatannya bergelumang dengan dosa, tapi dia tidak dapat menahan nafsu terhadap duit. Padanya tidak salah melakukan perkara tersebut, hakikatnya perkara itu adalah satu dosa besar. Kali ini dia sudah terlajur, ketika dia mengira-ngira tarikh kedatangan bulan, memang sudah terlepas beberapa minggu. Sally sengaja membeli strip penguji mengandung, dia menunggu agar hanya satu line sahaja yang muncul, tetapi tidak. Pada masa yang sama juga dia segera menelefon Dato’ Idris di utara tanah air. Jawapannya hampa. Dato’ sanggup membayarnya 10 ribu jika dia berjaya menjadikan anak Dato’ Shukor sebagai suaminya. Hanya pada saat itu, barulah dia tahu yang Fareez lah anak Dato’ Shukor yang berada di Beijing, China beberapa tahun lalu. Apalagi, bagai pucuk dicita, ulam mendatang lah.
Tanpa berlengah lagi, dia mengatur rancangan yang begitu terperinci.
Sally mengangkat gaggang telefon lalu mendail nombor meja Fareez. ‘Minggu depan juga you mesti jumpa dengan my parents!’
‘Opsss.. Excuse me...’ Fareez menjawab.
‘Yes, saya Sally. You mesti bertanggung jawap pada apa yang you dah buat dengan I tadi’
‘Apa yang I dah buat? I tak de buat apa-apa pun. You yang sengaja perangkap I’
‘Semua orang yang diluar tu sudah dengar apa yang berlaku di dalam bilik mesyuarat. You takkan boleh tutup mulut diorang. You kan anak Dato’ Shukor. You nak semua orang tahu ke, anak Dato’ Shukor tu suka permain-mainkan perempuan. Habis manis sepah di buang?’ Sally menekan lagi.
‘Ooo ok ok.. kita bincang malam. I ll call you back’ Fareez meletakkan telefon. Tidak tahu bagaimana Sally boleh mengetahui tentang kedudukan dia di syarikat tersebut. Bagaimana Sally boleh tahu yang dia adalah anak Dato’ Shukor. Setahu Fareez di syarikat ini tiada seorang pun yang mengetahui kedudukannya, kecuali rakan-rakan perniagaan ayahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Ohhh Fareez jgnla terpedaya ngan tipu helah betina jahat tuh...cari bukti dulu...cc tv...takkan office besar tak de kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya... kesian si Fareez... baru nak syok2 bercinta ngan intan, intan lak dilamar, fareez lak kena kawin paksa |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi liya.... x cukup laaa |
|
|
|
|
|
|
|
Fareez U belajar tinggi jgn terpengaruh
bawa sally jumpa doctor buat apa saja pemeriksaan
tapi pastikan bukan doc yg sally blh tapau dgn $$$.... |
|
|
|
|
|
|
|
cctv ada, tapi x tunjuk tang sofa tu.. cctv kat luar je, tu pun tunjukkan depa duorang je yang masuk bilik mesy tu... haaa.... camna nih.. kesian kat Fareez... tu la korang suka sangat kat Fareez... dah la muka cam Fahrin terpinga pinga ... |
|
|
|
|
|
|
|
Fareez U belajar tinggi jgn terpengaruh
bawa sally jumpa doctor buat apa saja pemeriksaan
tapi p ...
qimi08 Post at 6-7-2010 16:20
Sgt setuju....sbb liya kata kat dlm meeting room tu tak de cctv...so mmg fareez wajib bawak sally siut tu jumpa doktor...bwk jumpa dr. Firdaus...biar di malu...:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Check doc je sbb klu baru bersama tu masih .......
klu dah regular guna tu tau tau je lekan ada perbezaan... |
|
|
|
|
|
|
|
ni dah tahap kritikal dah nih... dah kena risik dah intan, fareez lak wat hal, dah la dato kat obersea |
|
|
|
|
|
|
|
Pagi tadi aku sudah bersiap makan ubat darah tinggi dan kencing manis yang dibekalkan Dr Firdaus.
intan sakit ke???
nampaknya :
intan + lukman
fareez + sally
nanti diorg berpisah dan jumpa kemvali...
buleh tak begitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
pura ....akak pun nak joinnnnnnn {:1_152 ...
Ju'a Post at 6-7-2010 15:44
Kena jon baru dpt byk n3 nti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Angin di sana, gelora di sini.
Tanpa lengah lagi, malam usai solat Isya’ Fareez menelefon Sally. Dia perlu mempertahankan dirinya dari difitnah. Sally tentu ada agenda lain.
‘Sally, I jemput you kat rumah. Rumah you kat mana?’
‘Rumah I dekat condo Cyberia, belakang jalan menuju ke MMU, dah sampai dekat guard nanti I tunggu depan lobi blok B1’ jelas Sally. Sally tinggal di condo Cyberia tersebut sejak bekerja dengan syarikat Dato’ Shukor. Di situ dia bebas keluar masuk membawa sesiapapun yang dia suka. En Zainal Arief puas mengajaknya tinggal bersama di Kota Damansara, namun pelbagai alasan yang diberi Sally, jauh, sesak dan sunyi dirumah.
Tiba di lobi, kelihatan Sally mengenakan maxi hitam bertali nipis di bahagian dada.
‘Isk, macam tak de baju lain dah..’ sakit mata Fareez melihat kelibat Sally.
Masuk sahaja kedalam BMW Fareez, terus Fareez mengambil kot yang tersedia dibelakang tempat duduknya dan menyuakan pada Sally.
‘Nah ni pakai, tak sejuk ke malam-malam. Kan ada banyak nyamuk’ gumam Fareez.
‘Sayang juga you kat I ye, Fareez’ Tersenyum simpul Sally mengambil kot hitam dan memakainya sambil mencium kot tersebut.
‘Hmmm... bau masculine..’ ucap Sally.
‘Sekarang, you belum makan kan? I nak bawa you makan, dan you boleh cerita apa masalah you sebenarnya, sampai hati memerangkap I. Kalau ada orang yang upah you, I boleh double upah orang tu’ ujar Fareez.
BMW nya meluncur lembut menuju ke Presint Diplomatik. Tujuan Fareez adalah Restoran AsShareema, sebuah restoran arab kegemarannya. Tiba di Restoran tersebut, terlihat sebuah keluarga arab sedang menikmati hidangan nasi mandi kambing dan nasi mandi ayam bersama humus. Fareez sengaja mencari tempat di suatu sudut hujung yang agak terpencil dari orang ramai. Ternyata tidak ramai pelanggan malam ini. Malam hari bekerja dan belum gaji pula.
‘Cuba bagi tahu kenapa you buat I macam ni?’
Sally diam membisu. Sepanjang waktu Sally mengelak dari menjawab. Dia hanya menemankan Fareez makan.
‘Oklah, kalau you tak nak berterus terang, I terpaksa buat sesuatu’ Fareez cuba mengancam.
Selesai makan, Fareez sengaja memandu berhampiran Alamanda. Dia lalu memarkir betul-betul disebelah klinik Mediviron.
‘Kalau you tak mahu keluar dan buat pemeriksaan, I akan paksa you’ ancam Fareez.
Sally membatukan diri. Fareez menarik tangan Sally lalu menekan kekunci lock pada keretanya. Sally tersepit. Fareez menuju ke kaunter dan sengaja memberitahu jururawat dihadapannya kecemasan. Jururawat betugas dengan tergesa-gesa masuk ke bilik doktor. Tidak beberapa minit, Fareez dan Sally di arahkan masuk ke bilik doktor.
‘Assalamualaikum’ sambil membuka pintu bilik, Fareez memberi salam. Tangannya kejap memegang lengan Sally. Kelihatan muka Sally berubah.
‘Eh, Suraya, selamat berjumpa kembali..’ Dr Firdaus bangkit dari tempat duduk nya lalu memegang lengan Sally.
‘Ada kecemasan apa ni Suraya?, encik?’ tanya Dr Firdaus pada Sally dan Fareez. Sally tidak sanggup lagi memandang muka Dr. Firdaus yang telah menyelamatkan nyawanya dua tahun dahulu. Dia bingkas bangun lalu berlari keluar dari bilik doktor. Keluar dari klinik. Tanpa menoleh ke kiri dan kekanan lagi, dia perlu lari dari semua ini..
‘Dummmm.......’ bunyi kuat hentakan. Sally terkulai layu di sebelah kereta wira merah yang kebetulan mengejar lampu merah di hadapan klinik Mediviron.
Masing-masing di dalam klinik bergegas keluar untuk melihat bunyi dentuman tadi. Keadaan menjadi kucar-kacir. Fareez yang tadi nya baru sampai di pintu klinik tidak jauh dari Sally menyaksikan kejadian Sally dilambung wira merah lalu tertiarap di pinggir jalan. Tapi Sally masih bergerak-gerak perlahan. Dia berlari menuju ke arah Sally. Darah mengalir di celahan kakinya Pemandu wira merah tersebut seorang pemuda dalam lingkungan 20an terketar-ketar menuju ke tempat Sally tertiarap.
‘Tolong!Tolong!Tolong panggilkan Doktor cepat!’ jerit Fareez.
Doktor Firdaus berlari keluar bersama alat bantuan kecemasan.
‘Kita mesti panggil ambulans cepat’ Dr Firdaus dengan tenang mengarahkan jururawat menghubungi Hospital Serdang. Kebetulan pula Dr Firdaus membuat part time di Klinik Mediviron, dan Suraya pula bekas pesakitnya. |
|
|
|
|
|
|
|
pompuan gedik mcm ni selalu mata pandang $$$$:@:@
sure fareez ada jalan penyelesaian..... |
|
|
|
|
|
|
|
Suka..suka..Fareez bwk sally jumpa dr. Firdaus...
Dan yg paling best...tupai dah tergolek dok kena langgar wira...hehehe..padan muka... |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka
dh baca dkt blog, saja nk memeriahkan suasana ptg dkt sini. |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka...hah rasakan...nak aniaya org yg tak berdosa...kan dah kena.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|