|
setakat yg aku tahu...ferarri model lama mudah overheating...
tapi yg model California baru...ok
Speed Shifting
Ferrari has always made a big deal about how quickly its F1 gearbox could shift from one gear to another, and the number of nanoseconds have shrunk each year until there's now almost no difference between a street Ferrari gearbox and that of a Formula 1 racing car. By the same measurements, the new dual-clutch setup takes no time to shift.
How is this possible? Well, Ferrari defines a shift as the torque interruption that occurs as one gear changes to the next. But with the dual-clutch there is no torque interruption. You feel only a smooth outpouring of acceleration accompanied by the slightest jolt from the driveline. To your ears, there's a brief, low-register "brrip" as you thwack the upshift paddle on the steering column.
The new dual-clutch transmission defaults to fully automatic mode with each restart of the engine. This will be useful to those who plan to drive this everyday Ferrari in everyday traffic jams. It shifts smoothly (where the F1's auto shifts are forever turning the car's occupants into unwitting head-bangers) but it is eager to shift up in automatic mode and improve your fuel economy. We left it in manual mode almost exclusively; squeezing the shift paddles is no great hardship, even in traffic.
2009 Ferrari California Picture |
|
|
|
|
|
|
|
ambok; ferrari california ni memang mantap...sebab apa aku cakap mantap? sebab gearbox kereta ni memang gearbox ferrari yang response paling pantas....maknanya kalu tukar gear tu delay sekejap je. Tapi slack skit la, kete ni front engine...kalu mid engine lagi syok sebab takdela rasa oversteer sangat nanti. Ferrari ni kecik je sesuai untuk orang malaysia...sebab jalan & parking kat malaysia pun kecik2 je.. jadi siapa yang nak beli ferrari ni aku memang syorkan sangat la. Yang paling hebat tu meter dia...fuhh memang cantik "futuristic". Tapi 5spoke rim die aku tak suka la, batang rim halus2...Harga RM1.7mil "kalu aku tak silap la". Handling aku tak pasti lagi sebab tak pernah test, tapi orang kata mantap juga tapi tak boleh lawan ferrari F430, 599, 612 laa.... |
|
|
|
|
|
|
|
sepupu aku pernah drive ferarri model lama dia kata cepat overheat dalam traffic jam...betul ka ? |
|
|
|
|
|
|
|
aku prefer merc, audi daripada ferarri atau lain2 sports car...pasal aku pentingkan comfort, bukannya speading dan handling...pasal aku banyak drive dalam town...tak perlu laju-laju...janji comfort |
|
|
|
|
|
|
|
ambok; errr...so far aku dok bawak tak pernah overheat lagi....clutch berasap pernah ler...heehe.
merc, audi, bmw, VW, tu walopun sport tapi still comfort dan kalu orang yang selalu city driving mungkin prefer kereta yang aku cakap tu. Kalu cam aku plak aku angkat ferrari tu sebab bunyi die, speed die "aku slalu travel atas highway jadi nak cepat sampai", dan handling die...hehe. Antara sebab aku angkat ferrari tu...kalu tak memang nak angkat bmw z4 m tu... |
|
|
|
|
|
|
|
ferarri ni nampak prestige...dan class...kalau mampu beli pun,tang maintenance cam tak sanggup bazirkan duit macam tu aje...
macam sani tauke bas cakap...sekali dia servis abis RM30k |
|
|
|
|
|
|
|
ambok; haha..yup nak maintain kete ni mahal. Uiihh...service bas pun 30K...perghh. |
|
|
|
|
|
|
|
267# kero
maksud aku....sani tauke bas...dia ada sebijik ferarri...dia servis ferarri dia RM30k sekali servis...
nanti aku cari artikel tu jap.. |
|
|
|
|
|
|
|
ini artikelnya...
RM 500,000 deposit Ferrari
TENTU ramai anak muda yang cemburu kepada Sani kerana dapat memiliki si merah garang inikan?
BUKAN semua orang mampu mengimpikan sebuah kereta mewah, tambahan pulamobil import berjenama terkenal seperti Ferrari, Lamborghini atauPorsche.
Namun mimpi tersebut kadang-kadang boleh menjadi kenyataan dan salahseorang yang beruntung itu ialah Sani Salleh, yang kini merupakan KetuaPegawai Eksekutif Sani United Sdn. Bhd. (SUSB).
Bagi jejaka berusia 32 tahun yang merupakan bekas anggota kumpulanImpression ini, impian memiliki sebuah kereta Ferrari menjadi kenyataanapabila membeli F 360 Modena sebelum Aidilfitri kira-kira tiga bulanlalu.
Harganya bukan murah, tetapi bagi yang berkemampuan seperti Sani,impian boleh ditukar menjadi kenyataan dengan syarat berupaya membayarRM1.2 juta untuk kereta dua tempat duduk itu.
Mengimbau kembali saat membuat keputusan untuk memiliki sebuah keretaberjenama terkenal buatan Itali ini, Sani berkata, pada satu malam diabermimpi tentang kereta tersebut. Mimpi memandu dan memegang sterengFerarri membuatkan dia menjadi tidak keruan lagi.
Apabila terbangun daripada lena, beliau terus membuat keputusanmengunjungi premis jualan kereta itu di Kuala Lumpur pada sebelahpaginya.
Dengan deposit RM500,000, kereta berwarna merah darah dengan janaan kuasa enjin V8 itu menjadi haknya tanpa ragu-ragu lagi.
Bagi Sani, jika mampu apa salahnya mengeluarkan wang saku sebanyakRM14,000 sebagai bayaran bulanan asalkan kepuasan memandu keretaberkuasa tinggi.
"Minyak isi penuh RM200, sekadar boleh memandu di bandar KualaTerengganu untuk dua hingga tiga hari. Jika menuju ke Kuala Lumpurmemerlukan kira-kira RM250," katanya.
Pada saat hari pertama kereta itu menjadi miliknya, beliau terpaksamenghabiskan masa seharian bagi mempelajari teknik yang betul untukmemandu kenderaan tersebut.
Kekok, berdebar, teruja, takut dan keliru menjadi mainan perasaan ketika kali pertama memegang stereng.
"Bukan mudah, jika kebiasaan hanya menggunakan sistem pemanduan kereta biasa berbanding dengan kereta Ferrari.
"Sistem gear F1 electrohydraulic shift itu kali pertama saya tahu dansudah cukup membuatkan saya gementar. Itu belum masuk pekara-perkaralain perlu dipelajari ketika pemanduan semasa membelok, naik bukit,memecut dan membrek.
"Pendek kata jika mahu bawa Ferrari maka perlu belajar dari orang berkelayakan dan bukan belajar dengan buku.
"Mahu tidak mahu, kereta sudah beli, minyak sudah isi, angin tayarsudah mencukupi, enjin sudah dihidupkan. Jawabnya pegang stereng tekanminyak dan jalan perlahan-lahan," gelaknya sambil membayangkan kalipertama memandu.
Bila bercakap tentang kos selenggara kereta merahnya itu, cara palingmudah membuat kiraan ialah bagi setiap 1,000 kilometer perjalanan Saniperlu membelanjakan antara RM1,300 hingga RM1,500.
"Bagi setiap 30,000 kilometer (servis utama), saya perlu membayar sebanyak RM30,000.
"Bila dikira tambah, tolak, bahagi dan darab kesemuanya memerlukanwang, namun bila sudah membuat keputusan beli kenalah tanggung," akuiSani.
Malah, kos setiap kali mencuci kereta mencecah RM18 dan ia bukandilakukan di kedai biasa tetapi di kedai yang memiliki kemahiran khasdi Kuala Lumpur.
Bercakap mengenai nombor plat pendaftaran WQL 1 yang tertera dikeretanya, Sani perlu membayar sehingga RM80,000 semata-mata untukmemiliki nombor berkenaan.
Wah! Penulis dan jurugambar terkaku sekejap apabila menghitung secara senyap kesemua kos untuk memiliki sebuah kereta sports.
Lantas, hasrat untuk memiliki kereta seumpama itu dipadamkan dari kotakmemori memandangkan hanya mereka yang benar-benar berpoket cukup tebalmampu memandu kenderaan seumpama itu.
Antara kereta dan kekasih
Jika diberi pilihan antara kekasih dan kereta, yang mana satu jadi pilihan?
Sani cuma ketawa apabila diajukan soalan tersebut sebelum menjawab,beliau pasti akan memilih kereta berbanding gadis idaman. Oho.. makatidak hairanlah kenapa di usia sekarang, Sani masih membujang.
Namun, mungkin kerana ingin menjaga hati si dia yang akan menatap danmembaca ruangan ini, Sani mengakui cinta terhadap kereta berlainandengan cinta kepada kekasih.
"Kereta cinta dan kasih kerana memikirkan wang ringgit yang perludibelanjakan. Cinta kepada kekasih ialah cinta perasaan dan bukan bolehdibeli dengan wang dan cinta itu cinta berkekalan sehingga mati.
"Tetapi di usia muda sudah pasti cinta kepada kereta lagi pentingkerana bila sudah tua mana ada orang pandang jika baru mahu beli keretamahal-mahal.
"Masa muda ini kita perlu memikirkan apa yang kita nak buat dan perkarayang diidamkan selama ini, bila sudah meningkat dewasa baru hendak buatmungkin sudah terlewat," katanya.
Bercakap mengenai sayangnya terhadap kereta baru itu, penyanyi yangpernah bernaung di bawah syarikat Sony Music itu memberitahu, palinglama beliau boleh berpisah dengan kereta selama empat hari.
Jika dalam tempoh itu, tidak memandu si merah kesayangan beliau mula tak senang duduk.
"Kalau balik saya gosok-gosok dengan kain supaya bersih, bagai cintapandang pertama dan ini memberi kepuasan bila melihat gemerlapanwarnanya.
"Kadang-kadang memang hantar kedai untuk dicuci tetapi bila ada masa pasti saya buat semuanya sendiri," katanya.
Siapa tidak teruja apabila melihat sahaja kereta mewah, adatlah jikaada yang menegur sebaik pemiliknya keluar dari kereta dan ini diakuiSani.
Sejak memandu kereta itu ramai gadis yang berani menegur dan ingin berkenalan dengannya.
"Selalu juga bila berada di sebelah kereta, ada wanita yang tegur dan bertanyakan perkara-perkara berkaitan kereta.
"Kadang-kadang hendak ketawa juga bila difikirkan apa yang berlaku, tetapi wanita zaman sekarang bukan macam dahulu.
"Sekarang siapa mula dulu sudah tidak penting, siapa cepat dia dapatdan jika sekadar tegur-tegur biasa itu lazim terjadi," ujarnya.
Kerana perasaan cinta kepada kereta, Sani akui jika terdapat sedikitsahaja kesan calar sudah cukup untuk membuatkan beliau gementar.
"Tiga bulan guna kereta, tiba-tiba ada orang langgar dan bercalar.Mula-mula rasa nak marah dan minta ganti, tetapi bila memikirkankeadaan orang yang langgar jadi kasihan pula.
"Calar pun calarlah, apa boleh buat sebab ada perkara kita boleh bertegas dan ada yang kita terpaksa berlembut," luahnya.
Bagaimanapun, ketika penulis beranggapan Sani sudah menemui keretaidamannya, bagi lelaki sepertinya masih ada kereta lain yang terusmenggoda perasaan. Sani bercadang untuk memiliki sebuah kereta jenisLamborghini selewat-lewatnya pada tahun depan.
Harganya berapa pula? Jangan terkejut kalau tahun depan andamenyaksikan jejaka ini muncul lagi dalam ruangan Mobilku dengan keretabaru yang harganya mencecah RM2 juta itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Aduh...sanggup dia tunjuk number plate kereta..ish2
360..hebat kereta ni..dasyat die ni. Bukak bisnes bas boleh untung sampai boleh beli Merc, Ferrari. Tabik aku!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Mak oii..RM500000 deposit? Kenapa F430, 360CS, Gallardo ayah aku bayar deposit tak sampai 100K? Die bayar extra kot..... |
|
|
|
|
|
|
|
Dier bagi 500k tapi [astu dier mintak duit baki 350K balik |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by AHMADVW at 5-12-2009 11:55
Mak oii..RM500000 deposit? Kenapa F430, 360CS, Gallardo ayah aku bayar deposit tak sampai 100K? Die bayar extra kot.....
kero Post at 5-12-2009 09:33
dia nye kete version underwater not ap cam henpon kekdahnya |
|
|
|
|
|
|
|
AHMADVW;
Kakmole; |
|
|
|
|
|
|
|
kero,
ferrari ngan lamborgini mn sdap bwk lg...maintenance mcm mn? |
|
|
|
|
|
|
|
perantau_79; aku lebih suka bawak ferrari tapi ayah aku suka bawak lambo. Aku tak suka bawak lambo sebab kalu high speed cornering jadi oversteer...ferrari ok. Dan ferrari F430 tu ada F1 launcher...jadi sedap la nak drag race. Dan enjin ferrari lagi sedap dari Lambo.
Service untuk lambo lagi mahal dari ferrari...tapi lambo tu jarang gi service sebab tak selalu guna. Lagipun lambo tu dah void warrantynye sebab gi service tak ikut schedule... |
|
|
|
|
|
|
|
Kero....ayah kite tuh tak minat ke nak membeli kete american muscle? mustang kaa....baru ler nampak ganas sket ayah kite tuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
278# kero
Nampak cam kat Lamborghini KL jek.... ...kalo tak silap aku ada byk bijik dah skrg mustang kat malaysia nih..yg kaler biru stripe putih tuh...mungkin yg pertama la....hari tuh aku ada ternampak sebijik Shelby Mustang GT500 kat area bkt bintang...rakus tul aku tgk kete tuh...ganas tak hengat...weh tanye ayah kite tuh camne dia setup bisnes dulu yg boleh jadik gemilang camnih...cakap kat dia menantu kesayangan dia nak tau... |
|
|
|
|
|
|
|
279# tossee
Memandangkan ko dah tau tempat tu kat ne takpe la..tapi yang tak tau lagi tu kene gi cari snirik laye. Err...camne die setup bisnes yang boleh untung? Kene pandai cari orang nak beli la...hihi dan kene pandai cari bisnes yang sesuai..jangan cari bisnes yang belum tentu lagi boleh untung |
|
|
|
|
|
|
| |
|