|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
Ya ustaz pun ada dengar begitu juga, tapi bukan bawah LTH. Hanya pakej yang betul2 mahal sahaja dapat khemah yang dekat dgn jamrah. InsyaAllah pada musim tahun ini, jemaah Pakej mungkin dapat tinggal di apartment baru. Apartment lebih selesa, tak payah beratur nak guna toilet dan boleh mandi!
terima kasih jadree sebut pasal spray. Ustaz hampir terlupa.
Mengambil wudu' guna spray, caranya:
1) Niat & spray ke muka dan sapu rata sekali.
2) Spray tangan kanan dan sapu rata sekali, sama dgn kiri
3) Spray ditapak tangan dan sapu umbun sekali
4) Spray kaki kanan dan sapu rata sekali, sama dgn kiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #69 ustaz\ catat
Terima kasih ustaz kerana membuka thread haji ini yang banyak memberi maklumat terkini tentang situasi di Makkah di sampaing ilmu-ilmu yang sangat berguna terutama bagi mereka yang dalam persediaan untuk mengerjakan haji dan umrah. Dulu ustaz naasiha kerap juga memberi panduan dan mencurahkan ilmunya di sini, tetapi sering tenggelam timbul kerana beliau sibuk dengan tugasnya. Harap ustaz sentiasa berada di sini untuk membimbing dan mencurahkan ilmu untuk kami semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #65 ustaz's post
Terima kasih ustaz...kadang-kadang takut kalau terlebih mewah...takut kalau ditarikNya nikmat yang lain.
Nak tanya: mengenai wuduk guna spray tu ...itu saja-kah cara dan tertibnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #71 IDB's post
Ya, spray ini dunakan untuk menyenangkan kita apabila dalam keadaan yang susah untuk kita berwuduk seperti di dalam kapalterbang, semasa di Arafah/Muzdalifah/Mina sekiranya tempat wuduk penuh dengan orang.
Hanya sekali sapuan pada anggota tertendu sudah memadai tapi sapuan airnya mestilah rata. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #65 ustaz's post
Bagi saya pergi umrah ni..Pakej yg sederhana sahaja ..Alhamdulillah.
Bukan nak duduk bilik sangat....coz hati ni asyik ingatkan masjid aje.
Terbayang dok masjid tu melambai lambai aje kita...
Beratus ratus ribu pahala yg menanti di masjid..
dan berapa rahmat Allah yang menanti...
Balik bilik tu cuma utk tidur n makan n basuh baju...Yang lain lain tu aktiviti di masjid.
Siap beli kerusi kecil lagi utk duduk di masjid..
Alhamdulillah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #69 ustaz's post
Saya pun difahamkan hanya pakej yg betul2 mahal dapat khemah dekat sgt dgn jamrah(rasanya boleh nampak tpt melontar drp khemah).
Khemah Pakej Mina Khas yang dinyatakan pada post 68, masih tinggal di area Mina Jamrah walaupun tak nampak tpt melontar drp khemah. Hanya perlu tambah RM1K + (kurang rm 2k) walaupun hanya ambil pakej ekonomi-kurang rm15k. Saya rasa, pada musim 1428H tak ramai travel agent offer pakej Mina khas ini krn laluan utk ke tempat melontar telah dijadikan one way. Walaupun khemah dekat dgn tempat jamrah, jemaah mungkin kena jalan jauh untuk U-turn ke arah tempat melontar. Kalau kebetulan dapat khemah dekat dgn tempat u-turn, memang rezekilah.
Pada mulanya bila dengar taklimat LUTH/travel agent yg maklumkan jemaah kena berjalan kaki jauh, terasa macam mampukah nak jalan ni. Sebabtulah cikgu2 agama selalu ingatkan jemaah supaya banyakkan berdoa semoga dipermudahkan urusan. Berjalan beramai2 ke tempat melontar dalam cuaca sejuk smbil bertakbir raya, saya rasa saat menggembirakan dan kurang terasa penat melampau walaupun adalah kadang2 nafas tercungap kepenatan.
Utk makluman, Mina terbahagi kpd 3 kawasan iaitu Mina Jamrah, Mina Muassin(lalu terowong ke jamrah) dan Mina Muhassir(Sebahagian Muzdalifah jika bukan musim haji). Saya difahamkan, Petempatan kawasan mina adalah mengikut giliran negara. Mungkin ustaz boleh tolong ulas sikit berkenaan jarak kawasan Mina ke tempat melontar ini sebagai panduan kepada bakal jemaah.
tk.
p/s-Mohon maaf kalau ada kesilapan info ker. Tapi begitulah setakat ingatan saya.
[ Last edited by jadree00 at 3-5-2008 08:58 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya bila dah sampai di Mina, suasana berjalan ke Jamrah tak terasa jauhnya. Memang seronok, jalan beramai2 sambil bertakbir raya. Seolah2 kita ramai berjalan untuk pergi berperang dan berjuang! Berperang dengan syaitan dan senjata kita adalah batu2.
Pada ustaz, jangan risaukan sangat tentang jarak, kerana untuk beribadah, setiap langkah ditambah satu ganjaran dan dihapuskan satu dosa. Di Mina, untuk mereka2 yang sudah uzur dan berkerusi roda, Kerajaan Saudi tidak menggalakkan untuk pergi melontar. Namun, hendaklah diwakilkannya. Contoh: Jika ibu/bapa anda tidak larat untuk pergi melontar, kita wakilkan untuk mereka. Kita lontar untuk diri kita dahulu, lepas tu niat lontar untuk mereka.
Ini jarak dari khemah Muasassah & Pakej TH di Mina (Our Mina Camp) hingga ke kompleks Jamrah (Jamrah Complex) ikut garisan kuning. Jarak dalam lingkungan 3.5km sahaja. (Gambar ihsan satelit NASA)
[ Last edited by ustaz at 5-5-2008 06:45 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #75 ustaz's post
Betul ustaz,bila dah jalan ramai2, tak terasa jauhnya. Kaki memang tak terasa lenguh langsung. Inilah nikmat yg Allah beri pada tetamunya, sejauh manapun berjalan, kaki tidak terasa penat langsung. Walaupun aktiviti di Mina ni byk berjalan, ada yg berulang dari Mekah ke Mina berjalan kaki, tapi tiada perkataan penat yg keluar. |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar diambil jam 7.45 pm, 7/12/2007... kurang jelas, guna h/p je...
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #192 aily's post
Pihak LUTH ada maklumkan masa ceramah, mulai tahun 2007, kamera dan hp berkamera dibenarkan bawa masuk ke dalam Masjidil Haram. So masa saya pergi tu walau diperiksa memang tidak ditahan bawa hp berkamera. Memang ramai yg bawa, dan buat rakaman video. |
|
|
|
|
|
|
|
Mari kita menceritakan pengalaman masing2 di Mina agar semua dpt gambaran yang lebih jelas mengenainya. |
|
|
|
|
|
|
|
ehmm dok tumpang lalu je selama ni..kali ni nak share pengalaman saya lak.saya dapat pi sana dulu pun alhamdulillah hadiah dari ayah. pegi la dengan ayah, opah n tok wan. tok wan masa mula2 nak pi sana ok je. tapi bila sampai madinah, sakit dia datang semula, lelah n asma.. so ayah belikan wheel chair.tukang tolaknya saya..alhamdulillah segalanya dipermudahkan..
masa kat madinah, saya diuji dgn peristiwa yang ntah la..memang nak uji kesabaran saya kot. opah saya selama ni ok..gi sana dia jadi nyanyuk..ya Allah memang rasa teruji betul..masa tu subuh..saya lepas smayang tu nak baca quran..tiba2 opah ajak pi tandas, saya kata opah gi la sendiri..saya nak baca quran..lagipun masa tu toilet bukannya jauh..betul2 tangganya sebelah pintu yang saya bawa opah masuk tu..so pegi la opah saya sorang2. saya tunggu punya tunggu dah hampir sejam opah tak sampai..masa tu rasa teruknya diri ni..opah yang dah tua saya biarkan mcm tu je..saya pusing semua tempat tak jumpa opah..lepas tu saya berserah je..minta ampun dan istighfar banyak2..alhamdulillah saya pusing ke belakang nampak opah ditemani oleh sorang remaja la..pun dr Malaysia..dia kata nampak opah saya terpusing2 cari saya tapi tak jumpa2 so dia tunggu opah saya kat situ dengan harapan saya akan cari..ehmm alhamdulillah jumpa gak..
then lepas dah kat madinah tu..gi lak ke mekah..sampai sana pagi. lepas solat semua nak bergerak balik ke hotel.ayah tak sampai2 lagi ngan tok wan..ayah ni suka pakai jubah putih ngan serban merah berlilit kat bahu n kopiah..so sorang makcik dalam kumnpulan saya tu suruh la saya pegi cari ayah..saya pun jawab, alah mudah je ayahkan pakai mcm tu, tok wan lak atas wheel chair jadi senang nak cari..sekali saya turun ke kawasan baitullah tu..nampak semua orang pakai mcm ayah saya n tgh tolak org tua atas wheel chair..ehmm kan ke susah nak cari tu..
masa gi balik kat makcik tu dia cakap kat saya, jumpa tak..saya kata tak? then dia ckp tu la lain kali jgn ckp gitu.hehe..lepas 2 peristiwa ni memang saya hati2 la...cepat je Allah nak balas tu..
tapi apa yang paling manis setiap kali masuk masjidilharam, alhamdulillah saya dapat cium hajarul aswad.walaupun masa tu belah2 sana cuti sekolalh, ramai gak la..cuma tak seramai musim haji n ramadhan, dapat jugak cium..semuanya terbuka mudah je..alhamdulillah..dapat bawa opah cium sekali..
nantilah citer pasal ni..nak balik dah..adioss kengkawan..ssape2 nak ke sana, doakanlah saya dapat anak..warghh sedihnya |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon nak share dengan u all gak..
masa bujang dan usia muda, aku dapat ke Mekah untuk bertugas dan menunaikan haji sekali,,
aku pergi 1st flight dr malaysia, dan balik dengan flight antara yang terakhir...
terlalu lama,,,
banyak benda2 yang manis dan pahit aku temui,,yang boleh jadiikan pengalaman bersama..
kalau aku ada masa, aku akan ceritakan sikit2..
aku bersama2 dengan jemaah yang bergolongan agak agak elit dan berpelajaran,,,
Tapi, sampai sana, sungguh aneh kelakuan mereka,,
lepak kat dining dengan memakai seluar pendek yang boleh disaksikan oleh jemaah perempuan..
very jelaous antara satu sama lain..suka komplen sana sini, macam2,,
Pernah aku dapat surat aduan yang ditangani oleh mereka yang tak berpuas hati..
ceritanya simple je..
Pihak hotel ada 1 kotak lebihan epal, satu kotak orange,,
so, aku buat adil, bagi 1 kotak pada mereka tingkat atas, 1 kotak ting bawah..
tapi yang ting atas, tak berpuas hati pasal dapat apple, instead of orange..
lps, tu, mereka buat aduan bertulis kepada Tabung Haji, mengatakan aku pilih kasih kepada mereka...
aneh kan? perangai macam budak2..Kami baca surat tu, kat belakang, nak tergelak pon ada..
satu ketika,,,di hotel sebelah kawan aku facing prob jugak..
ketika mereka makan (kami import tukang masak dari malaysia,,mereka makan hidangan buffet ,bukan dalam kotak..packing..}
ada sorang pakcik tu menjerit, dia kata makanan yang dihidangkan sesuai dimakan oleh anjing,,kawan aku yang berjanggut masa tu, dikatanya rupa macam anjing jugak..
besoknya,,,gempar,,,pakcik tu dimasukkan ke hospital..nanti aku sambung kenapa..terlalu banyak pengajaran aku dapat, mesa melontar kepala aku kena batu lah..macam2...
[ Last edited by kirawang at 5-5-2008 09:56 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Diharapkan haji2 & hajjah2 dapat menceritakan pengalaman masing2 melontar di Jamrah untuk dikongsikan bersama. |
|
|
|
|
|
|
|
Suasana di Mina pada penghujung tahun adalah tersangat sejuk.
Jadinya dinasihatkan bakal jemaah agar membawa 'sleeping bag'.
Di Mina adalah seperti camping... ehh.. memang camping pun...
pasal tinggal dalam khemah! |
|
|
|
|
|
|
|
wawin,
Cantik gambar tu... macam painting guna water colour... |
|
|
|
|
|
|
|
Perjalanan dari Mina ke Mekah.
Setelah berada di bumi mina selama 4 hari. Semua jemaah akan kembali ke Mekah dengan bas yang disediakan oleh pihak Muasassah. Bas akan ikut jalan yang jauh dan perjalanan boleh makan masa hingga 4 atau 5 jam kerana jalan sesak. Sebenarnya ada jalan yang lebih dekat dan jarak perjalanan dari Kompleks Jamrah adalah dalam 7km sahaja. Sila perhatikan peta sebagai panduan.
[ Last edited by ustaz at 7-5-2008 10:07 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Kita melencong sikit dari topic haji sekejap.
Ustaz terjumpa blog yang telah menarik perhatian ustaz.
Dan ustaz bersetuju dengan pandangan penulis tentang kota suci Mekah yang kita menjadi lebih seakan kota percutian dari kota ibadah. Apabila kita bercuti dan membeli belah, kita akan leka seketika dan lebihkan kepada duniawi, dunia material. Hanya beberapa ratus meter dari Masjidilharam & Masjid Nabawi terdapat Starbucks. Bukan ke Starbucks ini milik yahudi dan telah menyalurkan sumber kewangan/makanan untuk peperangan di Iraq? Sila baca dan beri pendapat anda.
http://studions.wordpress.com/20 ... usat-membeli-belah/ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #83 ustaz's post
Saya dah baca tulisan di blog tersebut ustaz. memang amat menyedihkan.
Sebenarnya saya telah dapat rasakan kesedihan ketika mengerjakan umrah Ramadan lalu ketika berada di dalam Masjidill Haram terutama di waktu malam di mana pemandangan persekitaran dari dalam Masjidil Haram penuh dengan kerja-kerja pembinaan bangunan yang tinggi-tigggi belaka. dalam hati saya berkata, kalau dulu saya boleh melihat langit yang terbentang luas yang dihiasi dengan bintang-bintang, ditambah lagi apabila ada ketika kena pada masanya dapat melihat bulan mengambang malam dan juga di waktu subuh yang mana pemandangannya yang sangat indah dan amat mendamaikan jiwa. Tapi kini apa yang dapat dilihat hanyalah bangunan-bangunan yang mencakar langit yang telahpun dihuni dan yang masih dalam kerja-kerja pembinaan.
Sedih juga membaca tapak rumah tempat Nabi SAW dilahirkan, diratakan untuk tujuan membina kompleks bilik mandi. Peredaran masa telah banyak mengubah suasana dan menelan bersama tapak-tapak tinggalan sejarah agong yang tak akan dapat dilihat lagi oleh anak cucu dan keturunan kita yang akan datang.
Apakah rupa atau landskap kota suci Makkah 10 atau 20 tahun akan datang? Apakah diri ini masih dipanjangkan umur oleh Allah SWT dan diizinkan atau berpeluang menyaksikan perubahan kota suci ini? Wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #84 Rosputih's post
Inilah yang kawan saya beritahu apabila pulang dari Haji....belliau amat sedih dan rasa sayu kerana rumah ibadat terasa semakin terancam dan terhimpit dek pembangunan sekeliliing. |
|
|
|
|
|
|
| |
|