CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: milanhawkin

Kusimpul Mati

 Close [Copy link]
Post time 7-3-2007 09:07 AM | Show all posts

Reply #259 yamapi's post

uuuuwwwaaa sha_jehan...tgk diaorg nehh raging aku..... dah lah aku xleh jmp najjah,ngan mirul pun aku xleh jmp.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2007 10:20 AM | Show all posts

Reply #261 thah's post

sabau ler thah.. tak lari gonong dikejar
tu ler aku dah ckp ngan ko
jgn asik nangis aja
kan dah kena ragging
huahahhahahha

tuk milan,
jangan janji tinggal janji
sabtu ptg aku tunggu
lepas kol 2 dah kira ptg kan????
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 03:35 PM | Show all posts
sambung jgn tak smbung tau.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 04:05 PM | Show all posts
....bila nk sambungnya...................tk sabarnya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 08:57 AM | Show all posts
milan...

igtkan dah post sambungan, rupanyer tinggalkan pesan jek...
nampak gayanyer mgu depan baru leh baca...
janji tau, jgn lupa sambung.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 11:01 AM | Show all posts
smbung cpt en milan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2007 12:07 PM | Show all posts
en milan jgn lupa nk smbung tau.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2007 12:29 PM | Show all posts
milan..cpt la sambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2007 01:19 PM | Show all posts
milan....
im waiting......
soda petang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2007 02:50 PM | Show all posts
dah ptg amat dah nie milan oooooooiiiiiii
huahahhah
cian kt ko
asik kena saiko je
kay.. aku dah tak leh nak jenguk  dah
anak2 dah bising dah..so maybe mlm nie baru aku jenguk balik..
kay

thah...
ko kemana?hihihihiihhi
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2007 06:01 PM | Show all posts
milaaannn..kata hari sabtu..sob sob sob
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2007 06:18 PM | Show all posts
sat2... sat....
aku nak edit sat...
jap ekk... lambat sampai cc nih... penat tau...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2007 06:23 PM | Show all posts
bkn nama mak si amirul tu mariam ker?
pn soraya tu kan ke mak sha

bila nk samb nie..best le citer nie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2007 06:32 PM | Show all posts
Bab 28

"Hi sayang..." sapa Dani, penuh romantis. Mila sekadar tertawa kecil. Walaupun kadang kala dia rimas dengan panggilan itu, dia tak pernah menyuarakannya pada lelaki itu.

"Emm... napa call ni? Saya dah nak balik ni. Mama call saya tadi suruh balik awal" tanpa ditanya, Mila mengkhabarkan.

"Iye? Napa? Ada hal penting ke?" Dani mula ingin tahu. Selalunya Mila akan pulang agak lewat dari pejabat. Dan biasanya mereka akan dinner bersama2 sebelum Dani menghantar gadis pujaannya pulang.

"Entahlah. Tapi semua orang balik hari ni. Agaknya mama nak buat kenduri sikit kot" jawab Mila bersahaja.

"Hmm... napa mama awak tak ajak saya pun?"

"Kenapa pulak mama saya kena ajak awak?" Mila mengusik. Sememangnya hubungannya dengan Dani sekadar teman. Malah Dani tak pernah menghantarkannya sampai ke dalam rumah, sekadar di luar pintu saja. Nasibnya baik kerana ibu mertuanya tak pernah bertanya tentang siapa yang selalu menghantarnya pulang. Atau mungkin dia ingin tahu tapi tak pernah bertanya. Hmmm...

"Ye la, saya kan tengah nak pikat awak..."

Mila terdiam. Dani juga diam. Nampaknya dia sendiri seperti telah terlepas cakap.

"Mila..." Dani seperti mahu menyatakan sesuatu tetapi ianya seakan tersekat di kerongkongnya saja.

"Dani, awak ni suka bergurau macam tu" dalih Mila sambil ketawa, cuba menenangkan badai yang melanda pantai hatinya. Tak mungkin Dani bersungguh2 tentang hal ini.

"Actually, saya tak bergurau pun. Rasanya ini masa yg sesuai untuk saya luahkan perasaan saya kat awak" suara Dani kedengaran gementar. Hati Mila lebih lagi. Dia tak sepatutnya mendengar ini semua. Dia masih isteri orang. Sungguh dia rasa berdosa.

"Eh, tak boleh! Er... maksud saya... saya nak balik dah ni. Lain kali la saya cakap ngan awak yer" Mila cuba melarikan diri. Tangannya terus meletakkan gagang telefon ke tempat asalnya.

Fikirannya bercelaru sepanjang perjalanan pulangnya. Ah, kenapa dia tidak menyedari tingkah Dani selama ini? Bukan, bukannya dia tak sedar, tapi dia terlalu takut untuk mengakuinya. Sudahnya dia hanya menganggap segala kata2 mesra dari lelaki itu sebagai gurauan. Mungkin itulah yang sebenarnya. Lagi pula, dia masih bergelar 'isteri'.

Sudah agak lama dia tak menyebut perkataan itu. Patutnya ia memberi makna yang mendalam pada setiap wanita. Perkataan itu memberi kesan bahagia yang berpanjangan, dan kekal. Tetapi perkataan itu hanya memberi igauan ngeri padanya. Memberi harapan palsu yang sudah lama hilang makna sucinya.

Selama ini dia menunggu masa untuk bergerak ke depan. Menunggu kepulangan Amirul dan menyelesaikan segalanya. Ya, dia mahu bebas. Bebas dari Amirul, bebas dari ikatan perkahwinan ini. Demi hajatnya yg satu itu, dia sanggup bersusah payah menaiki pengangkutan awam. Dia lebih rela naik bas dan teksi untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerjanya. Duitnya dijadikan simpanan untuk membeli sebuah rumah kecil.

Bukan bapa mertuanya tidak pernah menyuarakan hasratnya untuk membeli sebuah kereta untuknya. Tetapi dia yang berdegil. Dia tak mahu menyusahkan sesiapa, malah tak mahu terhutang budi. Cukuplah dengan budi yang ditabur oleh mereka selama ini. Yang lainnya, biarlah dia putuskan sendiri. Biarlah dia yang membuat keputusan sendiri. Semuanya telah dirancang. Hanya menunggu masa saja untuk dijalankan. Dia telah nekad.

Namun bila terkenangkan Dani, hatinya berkocak lagi. Ah, kenapalah lelaki itu mahu mengkucar-kacirkan perasaannya saat ini. Bukan ini yang dipinta. Bukan ini yang dia mahu dari lelaki itu. Tidak bolehkah mereka sekadar berkawan? Dia hanya menumpang buat sementara, meluahkan apa yang dirasakannya. Tidak lebih dari itu. Tidak pernah.

Teksi yang dinaikinya itu berhenti di luar pintu pagar. Rumah itu kelihatan terang benderang, agak meriah dari kebiasaannya. Kepulangannya disambut oleh Alia yang girang bertemunya.

"Kak Mila... rindunya..lama tak jumpa akak" Alia segera memeluknya. Mila tersenyum meleret.

"Apa la Lia ni, bukannya bertahun tak jumpa. Semua orang ada kat dalam ke?" soalnya. Tangannya ditarik Alia agar mengikutinya masuk ke dalam rumah.

"Semua ada, akak" Alia tersenyum penuh makna. Belum pun sampai ke ruang tamu, dua orang budak lelaki yang comel meluru ke arah Mila sambil menjerit2.

"Auntie Mi, auntie Mi..." serentak itu kakinya dipeluk erat oleh dua tubuh kecil. Mila segera mendakap erat tubuh Shahin dan Syazmi sambil melepaskan ciuman2 kecil ke pipi anak2 kecil itu. Terhibur hatinya bila mereka turut sama membalas ciumannya.

"Lamanya auntie tak jumpa buah hati auntie ni. You guys miss auntie tak?"

"We miss you sooooo much, auntie. Auntie Mi, bila lagi auntie nak ajak Shah ke taman. Shah nak main buaian tu" rengek Shahin sambil memeluk leher Mila.

"Syaz nak ikut jugak" Syazmi ikut sama memeluk Mila, tak mahu kalah pada abangnya. Sudahnya kedua2 mereka balas memeluk batang lehernya hingga Mila kelemasan.

"Weekend ni boleh tak sayang? Auntie kerja. Mummy ngan daddy mana?"

"Diaorang kat dalam, akak. Semua tengah tunggu akak, nak makan malam sekali" Alia pula yg menjawab. Kemudiannya dia menghilang ke bilik makan.

"Auntie, Uncle Mirul pun ada tau" tiba2 si Shahin bersuara riang. Kemudiannya dia menarik adiknya untuk sama2 berlari masuk ke dapur, mengikut Alia.

Huh? Uncle...Mirul? Biar benar! Jantungnya berdegup kencang. Tiba2 saja dia terasa ada mata yang memerhatikannya. Segera dia berpaling dan matanya bertatapan dengan sepasang mata yang begitu dikenalinya. Perlahan2 tubuhnya terasa longlai. Hatinya berdegup kencang. Andai saja dia mampu berdiri saat ini, dia akan pantas berlari keluar. Dia masih tak bersedia untuk menghadapi lelaki nan satu ini. Inikah kejutan yang mahu diberikan oleh ibu mertuanya hingga sanggup menyuruhnya pulang awal dari biasa?

Matanya memerhatikan tubuh yang berdiri di kaki tangga. Amirul sudah agak berubah. Rambutnya sudah semakin panjang, mencapai lehernya. Tubuhnya juga sudah agak kurus walaupun berotot. Nampaknya dia banyak bersenam. Kulitnya bertambah warna, tidak secerah dulu. Dia kelihatan banyak terdedah pada cuaca panas. Dia ni bercuti kat Hawaii ke?, telah Mila sendiri.

"Mila"

Bergetar hatinya saat namanya diseru lembut oleh Amirul. Sudah sekian lama, Amirul masih mempunyai kesan sebegitu padanya.

"Ah, awak rupanya. Bila sampai?" tegur Mila, cuba berlagak biasa setelah agak lama mendiamkan diri. Dia berdebar2 ketika melihat Amirul melangkah mendekatinya. Segera dia bangun, mengadap Amirul walaupun matanya lebih tertarik pada karpet bercorak kotak di ruang tamu itu.

"Lama tak jumpa. Mila apa khabar?" Nadanya lebih lembut dari yang selalu diterima dari lelaki itu.

"Saya sihat" suaranya masih kedengaran gugup. Cis, tak guna betul suara aku ni.

"Masuklah dulu. Sejuk kat luar ni. Nanti selsema" Matanya hampir terbelalak mendengar kata2 itu keluar dari mulut Amirul. Nak ketawa pun ada.

Sejak bila pulak kau nak ambil peduli tentang aku?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2007 06:33 PM | Show all posts

Reply #273 natashadania123's post

uiks... ye ker? sowi... tak pasan ler... nampaknya kena go thru balik nih.... camna ekk?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2007 06:43 PM | Show all posts
Bab 29

Kepulangan Amirul sememangnya mengundang kegusaran dalam hati Mila. Separuh dari dirinya terasa begitu lega dengan kepulangan Amirul. Sekurang2nya satu beban di bahunya sudah diangkat. Dia tak perlu lagi risaukan ibubapa mertuanya. Lebih2 lagi dengan kesihatan En Zulfakar yang sudah agak terganggu. Selebihnya, dia merasa kurang selesa.

Usai solat Isyak, Mila berteleku di sejadahnya. Berzikir untuk menenangkan hatinya. Dalam diam, dia mengumpul kekuatan untuk berhadapan dengan Amirul. Dia perlu selesaikan semuanya dengan Amirul. Jika tidak hari ini, sebolehnya dalam masa yang terdekat. Dia jadi tak sabar untuk menyelesaikan segalanya.

Amirul melangkah masuk ke dalam bilik tidur dengan berhati-hati, seakan risau mengejutkan Mila. Bila dilihatnya Mila masih duduk di atas sejadah, dia tersenyum sendirian. Gadis itu masih tak berubah. Dia terasa bangga. Dia jadi gugup kemudiannya bila Mila berpaling memandangnya. Mata mereka bertentangan, namun hanya untuk seketika waktu bila Mila melarikan anak matanya.

"Awak nak mandi dulu ke?" soal Mila, cuba memecahkan keheningan antara mereka. Amirul pantas mengangguk.

"Mandilah dulu. Awak belum solat lagi kan?" Sekali lagi Amirul mengangguk. Lidahnya seakan kelu untuk berkata2, entah kenapa.

Dia merenung Mila dengan agak lama melihatkan gadis itu sedang melipat telekung. Sejadah dibiarkan di situ. Sengaja disediakan untuk suaminya.

"Lama tak jumpa Mila. Tak sangka Mila masih ada kat sini" ucapnya. Mila hanya mengerling sekilas padanya.

'Habis, kau ingat aku ke mana? Lari macam kau jugak?' desis hati Mila.

"Awak mandilah dulu. Kemudian solat. Saya nak sediakan minuman untuk awak" Mila seakan mahu lari darinya. Mungkin malas mahu berborak dengannya. Amirul mengeluh perlahan, mencapai tuala yang telah disediakan oleh isterinya dan mengorak langkah ke bilik air.

Bila Mila kembali dengan segelas air, dilihat Amirul sudahpun berbaring di katil dengan pyjamanya. Tampak relaks dan selesa sekali. Sejadah juga sudah terlipat kemas di tempatnya. Dia meletakkan minuman ke meja kecil di sebelah katil dan bergerak untuk menyediakan tempat tidurnya pula. Tentu saja di bawah sana.

"Mila..." panggil Amirul, perlahan. Mila berpaling.

"Err... Nak mintak tolong sket. Tolong urutkan abang. Penatla seharian duduk dalam plane tadi. Boleh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2007 06:46 PM | Show all posts
OK, takat ini dulu yer. Bila natashadania123 dah mention pasal pertukaran nama tuh, milan pun pasan memang dah salah. So, milan nak edit balik ler...   malu betul hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2007 09:03 PM | Show all posts
laaaaaaaaa takyah laa milan.. bantai jek laaa... huuuuu asalkan jalan citernyer selamat disampaikan.... uhuk2....

milan.. jgn setop plisss
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2007 09:15 PM | Show all posts
aik..milan majuk ke dania tego td tu...
sori ler....dania ni cpt sgt perasan kalu ade benda yg tak kena.



sambung le lagi milan..plssssssssssssssssssss..ngah best bace nie..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2007 10:54 PM | Show all posts
tq milan...sambung cepat2 ek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:12 AM GMT+8 , Processed in 1.059259 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list