CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sya_sugar_sugar

Misteri Pantang Larang Keturunan (Ikan TAPAH etc..)

[Copy link]
Post time 17-1-2013 08:46 PM | Show all posts


Tidak berapa lama menyabung,maka ayam Penghulu kampong  telah memenangi pertandingan itu dan orang kampong riuh dengan tepuk dan sorak mereka diatas kemenangan ayam Penghulu kampong itu.Pak Kaduk juga tida ketinggalan dengan tempik dan soraknya yang tidak terhingga kerana menyangkakan ayam Penghulu yang menang itu adalah ayamnya.Pada masa itu Pak Kaduk sudah terlupa bahawa dia telah menukarkan ayamnya dengan ayam Penghulu kampong.

Tidak lama selepas itu barulah ia sedar akan kedudukan sebenar.Dengan linangan air mata,sedih,hiba dan pilu yang tidak terkata ia meninggalkan gelanggang sabung ayam dengan menyedari bahawa dirinya telah ditipu oleh Penghulu kampong menuju ke DANGAU diladangnya.Kesemua harta kampong halaman termasuk Anak dan Isteri sudah tergadai kepada Penghulu Desa itu.

Tinggallah Pak Kaduk selama beberapa hari di Dangaunya dengan tidak tentu makan dan minum.Pak Kaduk asik termenung mengenangkan nasibnya yang akan datang.Pada suatu hari sedang Pak Kaduk berbaring di Dangaunya maka datanglah TOMPOK seekor kucing peliharaanya dengan menggesel gesel kan badan nya kepada Pak Kaduk sambil mengiau giau lalu menuju kepintu Dangau beberapa kali seolah olah untuk mengajak tuanya mengikutinya.Gelagat si TOMPOK tidak dipedulikan oleh Pak Kaduk,malahan beberapa kali si TOMPOK telah ditepis oleh Pak Kaduk sambil menengking " Pisyyy...apa yang kamu mau lagi,nak makan hah...aku pun dah beberapa hari tak makan...apa barang pun tiada lagi pada aku ".Si Tompok tidak mempedulikan kata kata dari tuanya itu.
Akhirnya terfikir difikiran Pak Kaduk mungkin si Tompok ini ingin mengajak aku keluar dari Dangau ini lalu Pak Kaduk bangun lalu berkata kepada kucingnya "MOH" lalu Pak Kaduk mengikuti kucingnya dari belakang.Beberapa langkah berjalan si Tompok menoleh kebelakang seolah olah ditakuti tuanya tidak mengekorinya.

Setelah beberapa lama berjalan akhirnya mereka pun sampai ketepi sungai dan alangkah terperanjatnya Pak Kaduk apabila melihat seekor IKAN TAPAH sebesar manusia telah terdampar diatas pasir.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2013 08:51 PM | Show all posts
Keadaan IKAN TAPAH yang terlalu besar dengan perutnya yang buncit Pak Kaduk pun menerkam kearah ikan itu sambil mengosok gosok kebadan ikan itu.Dalam pada itu Pak Kaduk memikirkan bagaimana hendak membelah ikan ini kerana semua hartanya sudah tiada sehinggakan sekecil kecil pisau pun tiada lagi.Selepas berfikir sebentar Pak Kaduk pun bangun dan berlari menuju ke Dangaunya untuk mencari apa apa barang yang boleh digunakan untuk melapah Ikan itu.Dengan takdir Allah terpandanglah olehnya akan sebentuk TUAI PADI yang telah berkarat matanya terselit pada bahagian atap Dangaunya.



anpa membuang masa lagi Pak Kaduk pun mencapai TUAI PADI itu lalu berlari menuju ketempat ikan itu tadi lalu dilapahnya ikan itu dengan MATA TUAI yang diambilnya dari dangaunya tadi.Setelah dibelahnya perut ikan yang membuncit itu alangkah terperanjatnya Pak Kaduk apabila melihat EMAS URAI didalam perut ikan itu lebih kurang SECUPAK banyaknya.Pak Kaduk bershukur kehadrat Allah Taala yang telah mengurniakanya emas yang sebanyak itu.

Pak Kaduk pun tersangat bersuka cita dan didalam hatinya berkata akan tertebuslah kampong halaman,harta benda dan Anak Isterinya dengan emas kurniaan Allah ini.Ia pun segera keladangnya untuk mencari BATANG BEMBAN lalu di SELIATnya menjadi tali kemudian dibawanya kembali ketempat ikan itu tadi.


Dengan menggunakan tali daripada BATANG BEMBAN ini Pak Kaduk telah menjahir kembali perut ikan dan melepaskan ikan Tapah yang besar itu kembali kesungai seraya melafazkan SUMPAH " Oleh kerana kamu telah menolong aku dengan emas yang sebanyak ini,maka aku BERSUMPAH mulai dari hari ini anak,cucu,cicit,piat,piut aku hempas hempas daun tidak boleh memakan kamu buat selama lamanya.Maka ikan itu pun berledak ledak didalam air lalu meninggalkan  pantai pasir sehingga hilang dari pandangan Pak Kaduk.
Dengan ini maka pulanglah Pak Kaduk lalu berjumpa dengan Penghulu Desa untuk menebus segala harta benda termasuk Anak dan Isterinya yang telah tergadai dan hiduplah Pak Kaduk bersama Anak dan Isterinya dirumah mereka sendiri.Pak Kaduk telah sedar dan bertaubat dari melakukan kerja kerja maksiatnya iaitu Bersabung Ayam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 08:56 PM | Show all posts
Adapun mengenai emas tadi selepas daripada digunakan untuk menebus segala hartanya yang tergadai,selebihnya digunakan untuk sara hidup dan sebahagian lagi digunakan untuk dibuatkan perhiasan.

Pada suatu hari Pak Kaduk telah belayar ke SIAK yang mana Siak adalah tempat asal beliau.Di Siak beliau telah menempah sepasang ANTING ANTING,sebentuk cincin dan tiga keping KANCING EMAS yang berbentuk empat segi,selebar dua inci dengan bepermatakan batu delima daripada emas yang didapatinya dari perut ikan Tapah itu.


KANCING EMAS


Kancing Emas ini digunakan sebagai penawar kepada anak cucu yang terkena sakit SUMPAH IKAN TAPAH.Emas yang lain itu digunakan untuk perhiasan sahaja.Ada pun mengikut keterangan daripada Hj Sulaiman bin Pandak Logam,penyimpan emas ikan Tapah yang ada masa ini seperti Subang ada disimpan oleh keluarganya di Siak dan sementara cincin ada disimpan oleh keluarganya di Kuala Depang Perak.

SIAPAKAH YANG TERLIBAT DENGAN SUMPAHAN IKAN TAPAH INI...?

Adapun yang terlibat dengan Sumpahan ikan Tapah ini adalah mereka yang ada pertalian dengan SALASILAH DIATAS,hubungan melalui PERKAHWINAN dan ANAK ANAK ANGKAT.

Sumpahan ikan tapah ini boleh terkena seperti Memakanya,mencium baunya,memengangnya atau memijak air lelehan dari ikan Tapah ianya akan menyebabkan kulit badan GATAL BERAIR SEHINGGA KETULANG dan penyakit ini dinamakan SAKIT TAPAH.Penawar kepada sakit ini ialah dengan AIR KANCING EMAS yang kini telah disimpan oleh anak Hj Sulaiman iaitu Cikgu Tarmizi bin Hj Sulaiman.

Adapun kuasa pemengang Kancing Emas ini pada peringkat mulanya adalah dipegang oleh pihak Lambor Kiri.Oleh kerana beberapa hal yang tidak dapat dielakan,maka tanggung jawab ini telah diamanahkan kepada pihak Lambor Kanan yang mana sekarang ini telah dipegang oleh Tarmizi bin Hj Sulaiman bin Pandak Logam.Beliau adalah orang yang kesepuluh memengang Kancing Emas ini.Jika mengikut Salasilah yang disusun oleh Hj Muhammad Shaharudin bin Ngah Mansor ini adalah Tarmizi bin Hj Sulaiman adalah keturunan yang kelapan.

Ini bermakna KISAH PAK KADUK ini berlaku dalam lingkungan KURUN KE 17,iaitu dizaman pemerintahan Sultan Mahmud Iskandar Shah Al Marhum Aulia Allah Geronggong Perak.Adapun anak cucu Pak Kaduk yang paling banyak adalah di Lambor Kiri dan Lambor Kanan,selain dari itu berada di KAMPONG PULAU TIGA dan di Bota.Konon ceritanya Pak Kaduk telah berkahwin lagi dinegeri asalnya iaitu di Siak dan disana  pun ada juga anak cucunya.
Wallahualam.

sumber:Salasilah Pak Kaduk
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 09:04 PM | Show all posts
cik momod...boley tak pecahkan benang ni menjadi citer salasilah keturunan pak kaduk shj tak campur dengan misteri yg lain2 tu, tq

Last edited by catalina on 17-1-2013 09:26 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 09:25 PM | Show all posts


Ulasan 1 : Sesetengah cerita mengatakan Tok Kadok adalah anak Raja Siak dan penyabungan ayam tersebut dengan Raja dizaman itu dan nama beliau adalah Tok Kadok bin Kojak - Sultan Khoja Ahmad (sultan siak Inderapura). Sehingga kini belum ada bukti kaitan tentangnya dan pihak waris-waris serta anak cucunya sedang berusaha untuk mengesan salasilah keturunan dari Tok Kadok ini.Dikhabarkan makam Tok Kadok berada di perkarangan Istana DiRaja Siak Inderapura. Wallahualam.

Ulasan 2: Pada kami yang dibesarkan dengan kisah "Tok Kaduk" dan Sumpahan Ikan Tapah, fenomena kesan melanggar sumpah ini bukan sesuatu yang dirasakan aneh atau pelik. Kami sudah menganggapnya sebagai biasa dan kini menjadi satu peringatan supaya tidak lupa kepada asal-usul. Secara amnya, fenomena ini dapat disimpulkan secara berikut:

1. Keturunan "Tok Kaduk" mungkin secara genetiknya mempunyai alahan terhadap Ikan Tapah dengan kesan alahan tersebut dimanifestasikan melalui simtom gatal di kulit. Namun begitu belum ada kajian terperinci berkenaan kemungkinan alahan ini dilakukan oleh mana-mana pihak.

2. "Sumpah" atau "ikrar" dalam Islam bukan tahyul, mistik atau bidaah kerana diterimapakai dalam Undang-undang Syariah, terutamanya bagi kes pembubaran perkahwinan (Li'an - rujuk ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992 - 3/1992).


3. Kesan sumpahan tidak bersifat psikologi kerana ada di kalangan yang kembali ke kampung untuk mengubati simtom gatal tidak tahu-menahu tentang kisah Pak Kaduk. Dengan kudrat Allah, penyakit gatal tersebut hilang setelah "ditawar" dengan air rendaman kancing emas Ikan Tapah.

Catatan ini dipetik dari sebuah laman web Kg Tua bt 16 (kalau tak silap penulis) tetapi laman tersebut telah ditutup.



Last edited by catalina on 17-1-2013 09:30 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 09:37 PM | Show all posts
Ini satu versi lagi citer berkaitan kes sabung ayam dn sejarahnya

Si Kaduk anak Raja Siak Inderapura

Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (Menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya

Ayam Biring Si Kunani

Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani. Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam

Penyabungan Ayam

Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah: Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata . Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya

Dan di pihak Sultan pula:

Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam Sultan kalah.
Tanpa berfikir panjang Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam.

Kekalahan

Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Kaduk yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat baru lah Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan.

Maka dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.

Kaduk pun berundur ke sebuah pulau (Pulau adalah satu tempat di tepi tebing Sungai Perak dimana orang menanam padi Huma) bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetap juga begitu.

Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar, Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan

Sumpah

Maka Kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan tali dari batang bemban lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Semasa inilah Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi:


"Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya."

Ikan Tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air.


Tebus

Kaduk pun pergilah mengadap Sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera sahaja.

Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan, mengkhianat secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut. Adalah difahamkan bahawa ada keturunan Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan Tapah. Setelah segala nya selesai Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara luar biasa

Diantaranya Sultan Perak melantik Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis.


Pemegang Amanah Emas Kancing Ikan Tapah

Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada, ianya berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai Keronsang baju wanita. Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan ini lah digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Kaduk jika terkena bisa Ikan tapah.

Sekarang Emas Kerongsang(emas kancing) Ikan Tapah di jaga oleh salah seorang keturunan Tok Kaduk yang bernama Hajah Hasmah Binti Pandak Logam atau waris-waris terdekat.


Mengikut salah seorang keturunan Tok Kaduk ini terdapat salasilah keturunannya yang masih disimpan oleh para waris tersebut iaitu salasilah yang dipanggil Moyang Empat Datuk Lapan.

sumber :Siapa Pak Kaduk?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2013 09:40 PM | Show all posts


INFO IKAN TAPAH
Ikan Tapah ialah spesies ikan air tawar dalam famili Siluridae yang terdapat di bahagian selatan Asia dari Pakistan ke Vietnam, Malaysia, dan Indonesia. Ada orang cakap ikan ini juga terdapat di Afghanistan (tu pun kalau tak habis kena bom dengan US).

Ikan Tapah hidup di sungai dan tasik yang beso, dengan dasar sungai yang berlumpur dan air yang mengalir dengan perlahan. Ikan ini ada malas sikit dan biasa suka menyorok kat lubang-lubang yang terdapat di tebing sungai atau memerap kat dasar sungai untuk menyambar mangsa.

Ikan ni adalah pemangsa yang kuat makan. Makanan ikan dewasa termasuk ikan yang lebih kecil, krustasia, dan moluska (Ikan ni juga pernah dilihat memyambar monyet yang sedang bercinta kat dahan pokok yang terjulur kat sungai), Anak ikan ni pulak suka makan serangga. Oleh itu, ikan ini adalah ikan perosak, khususnya terhadap ikan-ikan lain yang lebih bernilai... bukan teman yang cakap, tapi pakar ikan yang cakap kuii kuii kuiiiii... Ikan Tapah membiak pada musim panas sebelum musim hujan. Oleh itu, banyak ikan ni boleh ditemukan pada musim panas.

Badan Ikan Tapah panjang dan amat padat isi dia best tu,... Ikan ini boleh membesar sehingga 2.4 meter (8 kaki) panjang. Kepalanya lebar, dengan mulut yang besar dan melekuk. Sudut-sudut mulutnya menjangkau ke belakang matanya. Gigi ikan ini amat tajam dan boleh menggigit manusia. Matanya kecil aja. Ikan Tapah mempunyai dua pasang duri, dengan sirip dorsal yang kecil dan sirip belakang yang amat panjang. Ada beberapa jenis ikan seiras ikan ni iaitu ikan gerahak dan lais.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 09:43 PM | Show all posts


Ikan tapah satu-satunya spesis ikan yang amat sensitif bagi kebanyakan orang Lambor. Sebut sahaja Lambor, mesti terkait dengan Ikan Tapah. Warga Lambor dikatakan tidak boleh memakan ikan ini. Tidak jelas berapa keturunan Pak Kaduk yang tidak boleh makan ikan ini. Ada pendapat mengatakan tujuh keturunan Pak Kaduk tak boleh makan ikan tapah ini. Persoalannya ialah apakah generasi hari ini sudah melampaui edah yang disebutkan itu?

Oleh kerana rumpun keluarga Yeop Majlis ini berasal dari Lambor Kanan, tentunya kita juga terkait sebagai sebahagian daripada keturunan Pak Kaduk yang tidak boleh memakan ikan tapah. Benarkah keturunan Yeop Majlis hari ini masih terbelengu dengan sumpahan Pak Kaduk itu?

Jika merujuk kenyataan anaknya Salihun Yeop Majlis (Foto) di dalam facebooknya, beliau sudah pun termakan pekasam Ikan Tapah ini di Kuala Kangsar, namun sehingga sekarang tidak terdapat apa-apa kesan yang memudaratkan dirinya.

Begitu juga dengan seorang lagi anaknya Jamaluddin Yeop Majlis , beliau tidak mengalami kemudaratan setelah memakan ikan itu beberapa kali. Jika mengambil kira dua kenyataan daripada kedua-dua anak Yeop Majlis itu, maka terbukti generasi ketujuh Pak Kaduk yang terlarang memakannya kini sudah lama berakhir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2013 09:53 PM | Show all posts
FB Keturunan Pak Kadok

[B]SUBANG EMAS PUSAKA



Perbandingan Subang Emas dengan handphone


Kelihatan batu delima merah


Sebelah kiri (permuka) dan kanan (membelakang)

Pengenalan.

Subang Emas ini adalah dipusakai dari turun termurun iaitu sezaman dengan Emas Kancing Ikan Tapah di Kampong Tua Lambor Kanan. Masa dahulu subang emas ini di percayai berperanan sebagai penawar berbagai penyakit dengan air rendaman emas ini dimandi atau diminum oleh mana-mana anak cucu dari keturunannya atau pun bukan dari keturunannya untuk berubat bagi menyembuhkan pelbagai penyakit.Tidak seperti emas kerongsang tapah, ianya dikhaskan untuk sesiapa dari keturunnya yang telah melanggar atau termakan gulai ikan tapah tapi bagi Subang Emas ini pula tidak tertakluk kepada sesuatu penyakit, boleh digunakan mengikut hemat dan firasat para penjaganya. Tiada sebarang data asal usul subang emas tersebut dicatatkan dari dahulu lagi dan hanya bertukar waris sahaja yang diketahui, itu pun setakat Moyang Ngah Pidup sahaja.Pada masa kini tiada lagi kegiatan perubatan dilaksanakan oleh air rendaman emas subang berkenaan kerana kebanyakan masyarakat kita sekarang beralih kepada perubatan moden yang banyak terdapat disekeliling kita..Subang Emas tersebut dibawah jagaan Encik Abdul Karim bin Hamid serta isteri beliau Puan Jamaliah bt Lamon di Kampong Telok Bakong Batu 14 1/2 Lambor Kanan Perak.


Encik Abdul Karim dan isteri Puan Jamaliah bt Lamon
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 09:58 PM | Show all posts
Tatacara Perubatan

Subang Emas.
Subang emas ini hendaklah direndam kedalam air (sebagaimana contoh di gambar lampiran) serta dalam jangka masa 15 minit, dan penjaga berdoa dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan memohon kepada Allah supaya menyembuhkan semua penyakit yang dihidapi oleh pesakit atau pewaris. Selepas itu bolehlah air berkenaan di jirus (mandi di dalam bilik air dan dijirus oleh muhrimnya serta bukan penjaga Subang Emas berkenaan jika perempuan) keatas pesakit untuk dimandikan.Selain itu juga air rendaman Subang Emas ini juga adakalanya disediakan untuk diminum, ianya mengikut penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Dahulu tiada sebarang upah (hadiah) atau pengkerasnya hanya ucapan terima kasih sahaja diperlukan atau datang lima balik pun lima (bersalam sahaja dengan lima jari).





Peristiwa Kehilangan Permata Di Bahagian Tengah Subang Emas
.
Semasa zaman Kulop Ali bin Ngah Pidup, Subang Emas ini telah dipinjam oleh salah seorang dari keturunan sebelah Andak Bayu dengan alasan untuk berubat. Orang berkenaan telah cuba mengadaikan emas berkenaan di kedai Pajak Gadai tetapi pihak kedai pajak gadai menolak. Jadi dengan mecungkil permata berkenaan dan menjualnya berasingan taukeh pajak gadai pun menerimanya. Tidak diketahui berapa harga yang digadaikan dan belum pun sempat orang tersebut sampai kerumah, kedua-dua mata orang yang mencungkil dan menjual permata berkenaan telah pun buta. Salah seorang lagi waris Andak Bayu memulangkan kembali Subang Emas tersebut kepada penjaganya tanpa permata ditengahnya dan kekal lah sedemikian sehingga kehari ini. Diberitakan subang emas ini akan bergetar didalam simpanan jika sesuatu perkara seperti kedatangan orang jauh dan beberapa perkara lagi yang dirahsiakan kepada penulis.

Emas Perhiasan.
Bila kita bercakap mengenai emas perhiasan maka kita tak dapat lari dari kaum hawa kerana kaum ini lah yang selalu memakai barangan perhisan sebagaimana kelihatan di gambar :-



Puan Hajjah Halijjah dengan emas kancing baju
(Moyang En Abdul Karim)

Maklumat tambahan :-

1) Tok Kelempayan dan isterinya Seri Bunian adalah pemilik asal Subang Emas ini, ianya  dipesan dan diberitahu melalui mulut ke mulut antara jenarasi ke jenarasi. Apakah kaitan dengan Tok Kadok ? persoalan ini belum dapat diuraikan oleh anak cucu keturunan Tok Kadok sehingga kini.


2) Pemilik atau pewaris sebelah lagi Subang Emas Pusaka adalah Chu Melawi atau Chu Mat Lawi bin Kulop Mamat dan anak-anaknya seperti berikut :-


a) Jabariah bt Chu Mat Lawi
b) Mensiah bt Chu Mat Lawi
c) Tamam bin Chu Mat Lawi
d) Mat Shah bin Chu Mat Lawi.

SUMBER :
Last edited by catalina on 17-1-2013 10:00 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 10:09 PM | Show all posts
..Betul kerPak Kaduk Kalah Sabung Ayam Kampung Tergadai??

to be cont....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 09:34 AM | Show all posts
keturunan sebelah suami saya pula x blh makan ikan pari, nti gatal2 seluruh badan..
fmily suami sy menetap di pahang, tp berasal dr kelantan...
maaf, kalaw lari tajuk..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 12:37 PM | Show all posts
catalina posted on 17-1-2013 08:34 PM
yer masih ada lagi emas tu simpan pd satu makcik tua di kg pulau 3 Bota Kiri Perak
keturunan makc ...

yes

betul

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2013 03:38 PM | Show all posts
mcm keturunan family sblh abah, xbole mkn ikan yu yg hidung @ mulut yg melintang...kalo mkn mata jadi merah menyala...seolah2 buta...
asal usul ye...ikan tu yg tolong nenek moyang dulu2 belayar...jadi utk menjaga & membalas jasa maka sumpahan tu dicipta...sampai skrg pantang larang tu kena ikut...pernah gak yg mencuba...mmg sekelip mata kena sakit mata..bw jumpa doktor pun tak guna sbb penawar dia ade org tentu yg bole sembuhkan ye.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2013 04:12 PM | Show all posts
zuerinaBP posted on 21-1-2013 03:38 PM
mcm keturunan family sblh abah, xbole mkn ikan yu yg hidung @ mulut yg melintang...kalo mkn mata jad ...



ikan jaws mulut melintang camni ke ?

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2013 04:16 PM | Show all posts
punkerzoe posted on 21-1-2013 04:12 PM
ikan jaws mulut melintang camni ke ?

yup...
yu tukul kalo xsilap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2014 12:02 AM | Show all posts
Mohon maaf kalau naikkan balik thread lama ni...

Sy nak kongsi sikit je apa yg sy tau tentang keturunan Tok Kadok...

Memang benar mereka tak boleh makan ikan tapah tapi tidak benar ada cerita kononnya keturunan ini yg terkena gatal2 kulit sehingga ada membawa maut.  Tidak pernah lagi terjadi sekronik itu.

Fyi, sy pernah membelek dan memegang sendiri emas yg dimaksudkan... Dan sy paling kagum dgn sebentuk cincin emas 'bertahtakan' replica ayam sabong... sgt raw dan unique sekali rekabentuk nya.  Memang ancient dan sgt exquisite.  

Sedihnya, pemegang amanah terakhir iaitu Hajah Asmah telah meninggal dunia, akhir tahun lepas kalau sy tak silap dan sy difahamkan, rumah waris Tok Kadok dimana emas itu disimpan, dibiar kosong tidak berpenghuni.  

Kalau mengikut sumpahan, katanya 7 keturunan.  Ikut salasilah yg benar, dah sampai pun ke keturunan yg ketujuh, wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 07:57 AM | Show all posts
arwah nenek saya makan ikan tapah... kat buku lali naik hitam2... gatal xtau lak.. katanyer sebb dia mkn ikan tapah...x tau la tu alergic ke sumpahan?? wallahualam.. tapi arwah nenek saya bukan org perak.. arwah nenek saya org singapura...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 11:56 AM | Show all posts
narvmarishka posted on 9-10-2006 09:38 AM
kita teringat cite sultan mahmud mangkat dijulang yg ditikam dgn lembing oleh laksamana bentan keran ...

i penah dgr.. bkn tk kasi msk johor.. tp jgn lepas lintas satu jambatan kt johor... i tk sure la.. sbb ms kecik2 dulu ade org cite.. mase tu i first time p johor..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 11:24 AM | Show all posts
allergic dkt ikan air tawar / air masin kot...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.095379 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list