|
Originally posted by Mentos at 6-9-2006 11:54 AM
dah beli tiket nak ke kuching this sat .. tp tak jadi nak pegi. so the tix kira burn je lah kot sbb beli airasia, tak blh tukar nama... takde rezeki nak ke kuching tahun ni..
:pmuka:Hi Mentos:pmuka:
Nape tak jadi datang? Kesian engko..... Rugi lah.....
Eric |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by EricSHYap at 2-9-2006 11:03 AM
:pmuka:Hi Cenggitu:pmuka:
Bila nak datang? Kalo pasal hotel kat Kuching, basically Harbour View Hotel is recommendable. Rate ok but most important is location. Tanya yang pernah stay kat san ...
bilik kat hotel tu biase jek. harga ok la. boleh internet booking. tp betulla. lokasi dia mmg strategik. mmg tgh2 bandar pastu walking distance jek dgn tpt2 yg selalu pelancong pegi. ngan bazar, dkt jek. dekat hotel tu ada tpt makan mi jawa sedap. jgn lupa makan ngan sate dia sekali. nak beli tikar pon, sebelah hotel tu dah berlambak tpt beli tikar. dan mmg murah. tp kat batu 7 lagi murahla. |
|
|
|
|
|
|
|
ummy pon nak g kuching next 17 Sept ni, tak tau mana nak check in. RHarbour View tu ok tak bilik dia. Selain dari HV, mane lagik tmpt yg terletak ditgh2 bandar Kuching, so senang nak g jln2 kat bandar.. .
Cam ne nak gi Tebedu dari Kuching? Ambek bas kat bas stand mane? Takot nak ambek taxi la . . pompuan 2 org ni . |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ummy43 at 11-9-2006 08:03 PM
ummy pon nak g kuching next 17 Sept ni, tak tau mana nak check in. RHarbour View tu ok tak bilik dia. Selain dari HV, mane lagik tmpt yg terletak ditgh2 bandar Kuching, so senang nak g jln2 kat ba ...
:pmuka:Hi ummy43:pmuka:
Wah! Nak datang ye!! Eric ucapkan Selamat Datang dulu ye. Hehehehe
Hotel Harbour View...... Bilik tu mungkin I rasa sederhana atau ok je. Maklumlah, hotel 3 bintang. Takde gym & swimming pool. Tapi seperti yang mana Eric dan ada yang setuju yang hotel ni betul2 di tengah bandaraya....... Very, very convenient. Depan hotel, lintas je jalan, ha!, dah sampai waterfront. Sebelah kiri pulak, Main Bazaar, tempat shopping souvenirs. Naik sampan ke seberang sungai Sarawak di waktu malam, berlambak gerai makan 'halal'. Fuyoo! Naik sampan pi makan malam..... Seronok kan!! Hehehehe Jalan naik bukit sebelah kanan hotel..... u boleh jumpa 'Top Spot Food Court' gerai-gerai makanan laut 'halal'.
Ada hotel 3 bintang seperti Kuching Park Hotel atau Kingwood Inn Hotel, akan tetapi semua tu agak terkeluar sikit dari tengah bandaraya. So kalau nak keluar malam, tak lah convenient sangat. Terpaksa pakai cab. Waktu malam selepas pukul 7mlm pun dah agak sunyi sikit kat sana.
Grand Continental (3 bintang) ok je. Tapi lebih dekat dengan tengah bandaraya kalau dibanding dgn Kuching Park & Kingwood Inn.
4 bintang pula......... Surprisingly, only Holiday Inn Kuching di bandaraya ni. By d way, dengar cerita, tak lama lagi dia tu dah ada competition...... 1 hotel baru bertaraf 4 bintang under construction..... Yahoo! Heheheheh
5 bintang pula......... Ada Hilton Hotel, Crowne Plaza Riverside Hotel & Merdeka Palace Hotel.
TEBEDU????
Maaf ye ummy43!! Eric tak galakan ummy43 pi kat Tebedu ye. Tebedu sekarang tak seperti Tebedu dulu, ummy43. Semua orang sekarang pi kat Serikin, ummy43.
Tebedu..... Sebenarnya tempat yang nak buat shopping tu namanya bukan Tebedu. Tebedu tu masih kawasan Sarawak. Ada pagar sempadan kat sana. Sebelah pagar tu lah tempat shopping tu, original name is ENTIKONG. Dulu convenient sebab gerai-gerai tu sebelah pagar je. Sekarang lain dah. Semua gerai tu dah dipindah masuk ke dalam sikit. Which mean, u kena jalan kaki kira2 15 minit dari pagar sempadan tu sebelum sampai tempat shopping tu. Kereta kita tak boleh masuk ye. Tapi kat barang-barang Entikong memang no comment lah. Memang banyak.
Serikin...... Adalah sebuah kampung bidayuh yang masih kawasan Sarawak. Sejak Gerai kat entikong di pindah masuk, Serikin mula menjadi tumpuan pelancong atau orang-orang tempatan. Di buka hari Sabtu & Ahad je. Makin lama, makin banyak gerai kat sana. Kadang-kadang banyak juga tentera-tentera, polis & pegawai kastam Malaysia meronda kat sana. So....... u boleh shopping dengan selesa. Sekarang makin banyak barang di jual kat sana..... Tikar-tikar, langsir, batik, sarung, dom, udang kering, sotong kering, dan lain2 lagi.
Ok lah.
That's all dari Eric ye!!
Ada soalan, tembak je! Hahahahahah
:hatdown:Selamat Bercuti.:hatdown: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
eric, nape tak galak kan umy nak g tebedu, dah tak leh masuk ke, bahaya ke cam ne?
kalau nak pergi sarikin tu cam ne ade bas ke tak? jauh ek. bole balik on the same day ke atau
kene bermalam kat sane. Umy g kuching mmg nak shoping that y nak g tebedu, pontianak atau
sarikin tu. Dgr curtain kat sane murah gilerrrrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ummy43 at 12-9-2006 08:37 PM
eric, nape tak galak kan umy nak g tebedu, dah tak leh masuk ke, bahaya ke cam ne?
kalau nak pergi sarikin tu cam ne ade bas ke tak? jauh ek. bole balik on the same day ke atau
kene bermalam kat ...
:pmuka:Hi ummy43:pmuka:
Eric tak berani bagi komen lah. Eric akan check kat member Eric d most convenient way to Serikin ok. Maaf ye. Kalau ada apa-apa masa kat Kuching, ummy43 boleh call eric ye........
Selamat bercuti ummy43.
:nerd:Eric:nerd: |
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
HI mamakcute
Wah! Wah! Wah! U nie memang pro juga tangkap photo ye. Ada skill beb! Hehehehehe Cuma satu je Eric nak tanya.... Apasal engko buat gambar bangunan Hotel Crowne Plaza Riverside ie Parkson Grand tu nampak macam nak meletup je?? Heheheheheh
Anyway, those r really beautiful photos....
Eric |
|
|
|
|
|
|
|
:pmuka:Hello Sume:pmuka:
Apa khabar sume? Harap sihat-sihat selalu ok. Eric cuma nak ambil peluang ni nak ucapkan selamat berpuasa buat sume di sini. Eric kat sini masih lagi tengah spy info baru di Kuching untuk di update kat sini. So...... Tunggu........!
Anyway, take care.
Salam dari Kuching,
:hatdown:Eric:hatdown: |
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|
Taman Negara Niah
Oleh Muhd Yusuf Abu Bakar
Selain terkenal dengan fauna dan flora,, Gua Niah menyimpan nilai sejarah ketamadunan manusia Pulau Borneo
TAMAN Negara Niah di utara Sarawak bukan saja terkenal kerana fauna dan floranya malah keistimewaan guanya yang mempunyai nilai sejarah ketamadunan manusia zaman lampau yang menghuni Pulau Borneo.
Penemuan rangka manusia (homo sapien) dipercayai berumur 40,000 tahun di kawasan pintu Gua Niah pada 1957 dan penemuan lukisan purba di Gua Kain Hitam membolehkan ia diwartakan sebagai Monumen Sejarah Negara pada 1958.
Pada 1974, kawasan itu diwartakan menjadi Taman Negara Niah membabitkan kawasan hutan hujan tropika dan bukit batu kapur yang membentuk gua seluas 3,100 hektar.
Bagi mereka yang meminati kegiatan penerokaan gua, Taman Negara Niah adalah antara pilihan tepat kerana mempunyai bentuk fizikal yang menakjubkan, selain kegiatan penduduk Iban mengambil sarang burung layang-layang dalam Gua Niah.
Gua Niah terletak kira-kira tiga kilometer dari Pejabat Taman Negara Niah yang dihubungkan dengan jalan kayu selepas menyeberangi Sungai Niah.
Jalan pelantar kayu yang dibina itu memudahkan pengunjung melalui kawasan berkenaan dan sebelum masuk ke pintu gua terdapat laluan ke rumah panjang Chang yang didiami suku Iban yang sebahagiannya bekerja mengutip sarang burung, manakala kumpulan kecil penduduk berniaga kraftangan dan air kepada pengunjung.
Perjalanan memasuki kawasan Gua Pedagang membolehkan pengunjung melihat keunikan bentuk batu dan kesan warna pada dinding gua hasil pancaran cahaya matahari dari bukit di luar gua.
Di kawasan inilah pada suatu waktu dulu kegiatan membeli sarang burung dan baja tahi kelawar dilakukan dan kesan tapak penginapan dengan adanya kayu belian masih memenuhi ruang gua berkenaan.
Gua Niah yang mempunyai bentuk unik amat menarik dengan ketinggian muka gua sehingga 60 meter dengan 250 meter lebar.
Kawasan bersejarah turut berada di dalam gua ini yang kini dipagar bagi mengelakkan khazanahnya diganggu pihak tidak bertanggungjawab. Pengkaji sebelum ini menemui pelbagai barangan kuno kegunaan manusia yang mendiami gua itu pada zaman paleolithic.
Selain rangka manusia, peralatan memasak dan perhiasan yang diperbuat dari tulang, batu dan tanah liat turut ditemui.
Dengan meneroka lebih jauh melalui laluan yang disediakan, pengunjung perlu membawa lampu suluh. Mereka sesekali akan ternampak cahaya dalam gelap milik pengutip sarang burung di bucu atas gua pada ketinggian lebih 50 meter, selain bunyi kelawar yang mendiami kawasan itu.
Perjalanan ke Gua Kain Hitam membolehkan pengunjung melihat lukisan pada dinding yang lebih berbentuk perahu selain keranda berbentuk kapal yang menunjukkan penduduk pada zaman itu dikebumikan di gua berkenaan.
Bagi peminat teroka gua, Gua Niah adalah antara yang terbaik kerana bukan saja kegiatan ekonomi penduduk dapat dilihat iaitu memungut sarang burung, malah keindahan struktur gua dan kesan tinggalan sejarah silam turut dapat dipelajari secara serentak.
FAKTA MENARIK:
* Gua Niah di Sarawak adalah sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah dan ia juga antara gua batu kapur yang terbesar di dunia.
* Muka Gua Niah di bahagian barat terkenal sebagai kawasan arkeologi Sarawak kerana penemuan peninggalan kegiatan manusia pra sejarah.
* Kajian di Gua Niah dilakukan oleh Tom Harrison sejak 1954 dan beliau menemui tengkorak budak lelaki berusia 15 tahun yang dianggarkan berusia 40,000 tahun dahulu.
* Tengkorak manusia yang ditemui di Gua Niah termasuk jenis homo sapiens.
* Seramik terawal yang dijumpai dan digali adalah daripada bahagian barat mulut Gua Niah dan kebanyakkan bekas seramik ini ada kaitan dengan upacara pengebumian Neolitik iaitu sebagai bekas untuk pembakaran mayat ataupun sebagai cenderamata pengebumian.
* Ada 23 spesies kelawar, enam tupai, tujuh primat direkodkan di Niah.
* Lebih 200 spesies burung di kawasan hutan Taman Negara Niah.
* Cicak Gua Niah (Cyrtodactylus cavernicolusthis) hanya mendiami dalam gua.
* Selain Gua Niah, gua lain dalam kompleks Taman Negara Niah ialah Lobang Angus, Lobang Tulang, Gan Kira dan Kain Hitam.
CARA KE SANA:
* Menaiki bas atau teksi dari Bintulu sejauh 131 kilometer atau Miri (109 km).
* Pekan Batu Niah ke Pejabat Taman Negara Niah - tiga kilometer, gunakan bas atau teksi.
* Kemudahan penginapan: chalet, rumah rehat dan asrama.
* Maklumat lanjut boleh hubungi Sarawak Forestry, Lot 452, Jalan Melayu, 98000 Miri. Tel: 085-434184. |
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|
Muzik warisan moyang sepi
Oleh Micheal Sering
Jabatan Muzium Sarawak pelopori usaha hidupkan kembali permainan alat tradisional seperti sape, gong, gendang kepada generasi muda
KUCHING: Masyarakat pribumi Sarawak mempunyai pelbagai alat muzik tradisional yang unik dan menarik, namun kini tidak ramai generasi muda mengetahui peralatan yang pernah popular dan diwarisi nenek moyang mereka sendiri.
Kini gong, sape, engkeramong dan gendang semakin dilupakan malah menjadi perhiasan atau bahan sejarah selepas kebanyakan penduduk negeri ini mengamalkan cara hidup moden.
Generasi muda yang tinggal di kawasan bandar kini hanya mendengar muzik moden yang berasal dari Barat dan tidak lagi memainkan muzik tradisional warisan nenek moyang mereka sendiri.
Bagi mempromosikan dan mendedahkan kepada masyarakat umum terutama generasi muda mengenai khazanah budaya muzik tradisional, Jabatan Muzium Sarawak h mengadakan persembahan Muzik Alternatif Tradisional di Taman Muzium, di sini, baru-baru ini.
Persembahan yang diadakan sempena ulang tahun ke-120 tahun Muzium Sarawak itu diadakan di pentas yang dibina sejak zaman pada zaman penjajahan di tengah taman itu.
Pengunjung dihiburkan dengan persembahan muzik tradisional Orang Ulu `Sape' oleh pemain Sape terkemuka, Jerry Kamit dan muzik Gamelan menggunakan peralatan muzik tradisional Jawa seperti penerus, saron, gambang dan demong oleh kumpulan Gema Bakti masyarakat Jawa Batu 12, Jalan Kuching -Serian.
Penolong Pengarah Bahagian Ethnologi dan Pengurusan Koleksi, Jabatan Muzium Sarawak, Tazudin Mokhtar, berkata persembahan itu diadakan bagi memenuhi tanggungjawab mengumpul, memperkaya dan mempromosi muzik tradisional rakyat Sarawak.
"Masih kurang golongan muda masa kini yang mengetahui mengenai muzik tradisional tempatan dan kita akan cuba memperkenalkan peralatan ini kepada mereka," katanya.
Beliau berkata, muzik Sape dan Gamelan dipilih untuk dipersembahkan sebagai permulaan dan pada masa depan akan membuat persembahan peralatan muzik tradisional suku kaum Melayu,Iban, Bidayuh dan kemudian masyarakat lain negeri ini.
Tazudin berkata, pihak muzium juga berusaha menghidupkan kembali pentas bersejarah itu sebagai tempat hiburan umum seperti di zaman British dahulu dan pentas itu juga pernah digunakan pasukan pencaragam polis untuk bermain muzik sekitar 70-an.
"Kita cuba untuk menghidupkan kembali pentas itu untuk hiburan umum serta tempat mempromosi peralatan muzik tradisional bagi menarik lebih ramai lagi pengunjung ke taman," katanya.
Seorang pengunjung, Sarkawi Soleh, 48, memuji persembahan itu kerana usaha itu akan memastikan muzik tradisional penduduk pribumi tidak pupus ditelan zaman.
"Bagus lagi jika ia dapat diadakan setiap bulan kerana muzik tradisional yang dimainkan secara konsep alternatif memang menghiburkan dan jarang sekali penduduk bandar raya dapat menikmati muzik secara langsung seperti ini," katanya.
Katanya, muzik alternatif mendapat tempat di kalangan golongan muda masa kini dan usaha mengadakan persembahan musik tradisional secara langsung seperti itu pasti akan dapat memperkenalkan lagi muzik itu kepada golongan muda.
"Muzik tradisional mempunyai irama yang tidak terlalu berat dan golongan tua dan muda akan dapat menghayati muzik itu," katanya.
Bagi Normaizura Rusli, 22, dari Negeri Sembilan, persembahan seperti itu memerlukan lebih banyak promosi kerana dia dan rakan-rakannya yang berkunjung ke taman itu tidak menjangkakan acara berlangsung.
"Kalau boleh biarlah acara itu dipromosikan dulu dalam radio untuk memberitahu lebih peminat musik mengenai acara ini, selain diadakan di tempat yang lebih luas serta terbuka seperti Panggung Udara," katanya.
Beliau berkata, persembahan seperti itu memang menghiburkan bagi golongan muda sepertinya kerana peluang mendengar muzik tradisional penduduk negeri ini secara langsung adalah peluang yang jarang dapat perolehi pada masa kini.
Jacquline Gelau, 22 , dari Sibu pula berkata lebih banyak lagi peralatan tradisional penduduk pribumi dipersembahkan kepada pengunjung ke taman itu kerana ia satu keseronokan bagi mendengar dan melihat sendiri cara alatan musik itu dipersembahkan. |
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|
Short Break/Best of Sarawak: Short Stay In A Longhouse
Heidi Munan
One house, many families. HEIDI MUNAN finds out what it抯 like to be living together in such close proximity.
SAY 慡arawak |
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|
Taman Negara Mulu berdepan risiko dipulau
KUCHING: Taman Negara Mulu dan pelbagai destinasi pelancongan menarik di Sarawak bakal berdepan risiko dipulaukan pengusaha pelancongan antarabangsa jika masalah penerbangan di negeri ini tidak diatasi segera.
Menteri Pelancongan dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh, berkata jangkaan itu berikutan kegagalan syarikat penerbangan, Flying Asian Xpress (FAX) membaiki mutu perkhidmatannya di negeri ini.
"Sejak FAX mengambilalih perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di Sarawak dari Penerbangan Malaysia (MAS), 1 Ogos lalu, operasi mereka tidak menentu, malah banyak penerbangan tidak mengikut jadual, ditunda dan dibatalkan.
"Ini termasuklah penerbangan ke Taman Negara Mulu, yang dikatakan berpunca dari masalah teknikal, selain cuaca. Ini menimbulkan banyak masalah kepada pelancong hingga mengundang rasa tidak puas hati di kalangan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian sijil pemandu pelancong di Kompleks Pelancongan Sarawak (STC), di sini, kelmarin.
Wong berkata, kementeriannya sudah meminta pihak pengurusan FAX, terutama Ketua Pegawai Eksekutifnya, Raja Mohd Azmi Raja Razali supaya memberikan perhatian serius terhadap masalah itu dan mencari jalan penyelesaian.
"Namun, sampai sekarang keadaan tidak berubah. Ini tidak boleh dibiarkan dan sekali lagi saya ingatkan mereka (FAX) supaya segera menangani masalah ini kerana ia boleh membunuh sektor pelancongan kita.
"Jika FAX tidak berupaya membaiki mutu perkhidmatan mereka, kita terpaksa mengambil tindakan drastik bagi menyelamatkan Mulu dan sektor pelancongan negeri ini," katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan bentuk tindakan itu, namun tidak menolak kemungkinan Hornbill Skyways, syarikat penerbangan yang dimiliki kerajaan negeri, mengadakan penerbangan ke taman negara itu.
"Itu satu kemungkinan saja, tetapi seperti saya katakan tadi, tindakan drastik mungkin terpaksa diambil jika masalah penerbangan ini berlarutan," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak, Gracie Geikie, berkata pengusaha pelancongan antarabangsa mula memulaukan Sarawak, menyebabkan sektor pelancongan negeri kerugian RM13 juta tahun ini.
"Jika masalah ini terus berlanjutan, kerugian yang dialami pasti meningkat dengan kemerosotan jumlah kunjungan pelancong. Ini juga dikhuatiri menjejaskan kempen Tahun Melawat Malaysia tahun depan.
"Pengusaha pelancongan asing tidak mahu menawarkan pakej pelancongan ke negeri ini dan memberitahu mereka tidak akan bekerjasama mempromosikan Mulu dan Sarawak jika masalah penerbangan ini tidak diperbaiki," katanya. |
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|
Pemandu pelancong terlatih kurang
Oleh Micheal Sering
KUCHING: Sarawak menghadapi masalah kekurangan pemandu pelancong terlatih yang kritikal bagi keperluan sektor pelancongannya disebabkan kesukaran melepasi kelulusan yang ditetapkan Kementerian Pelancongan.
Menteri Pelancongan dan Perancangan Bandar Negeri, Datuk Seri Wong Soon Koh, berkata ramai yang berminat dengan kerjaya itu, namun mereka gagal melepasi ujian sukatan mata pelajaran yang diwajibkan kementerian berkenaan.
"Ia disebabkan oleh sukatan mata pelajaran itu, yang didapati lebih bertumpu kepada sektor pelancongan di Semenanjung dan tempat lain yang asing bagi pemandu pelancong tempatan.
"Malah, ramai juga pemandu pelancong kita yang terlatih dan berpengalaman gagal mendapatkan pengiktirafan kementerian disebabkan masalah itu," katanya kepada pemberita, di sini semalam.
Katanya, tidak sukar melatih pemandu pelancong tempatan, namun Kementerian Pelancongan sebagai satu-satunya pihak yang menyediakan kursus berkenaan perlu peka terhadap masalah itu.
"Kementerian Pelancongan sepatutnya menyediakan sukatan pelajaran yang meliputi sektor pelancongan di seluruh bagi memastikan tidak sukar untuk pemandu pelancong kita melepasi semua ujian ditetapkan," katanya.
Wong berkata, beliau dimaklumkan bahawa pada 2003, seramai 60 pemandu pelancong berpengalaman menduduki kursus berkenaan dan semuanya gagal kerana soalan ujian yang terlalu sukar.
"Justeru, kita akan berbincang dengan Kementerian Pelancongan untuk mewujudkan mata pelajaran yang khusus untuk sektor pelancongan negeri ini saja pada masa depan," katanya.
Katanya, sukatan mata pelajaran berkenaan akan lebih menjurus kepada negeri ini dari segi sejarah, tempat pelancongan dan pengetahuan mengenai soal keselamatan dan kebersihan.
"Mereka yang lulus mata pelajaran itu akan diiktiraf sebagai pemandu pelancong oleh kementerian, namun hanya bagi negeri ini dan tidak bagi tempat lain.
"Kita berharap permohonan kursus pemandu pelancong tempatan ini diluluskan bagi melatih lebih ramai menjadi pemandu pelancong profesional dan persediaan menyambut tahun Melawat Malaysia 2007," katanya.
Beliau berkata, Sarawak dengan keluasan tanah sehingga 120,000 kilometer persegi, selain dikunjungi purata dua juta pelancong setahun memerlukan lebih ramai pemandu pelancong bertauliah. |
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
| |
|