Post time 2-8-2021 07:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by timohnotecah at 2-8-2021 08:57 PM
likilu replied at 2-8-2021 07:32 PM
Tak suruh kau ubah fahaman kau, cuma minta respek fahaman orang lain sama.
Ini tiba tiba timbu ...
Haaa...ada aku suruh korang ikut pahaman aku? Tak kan? Ko pergi suggest kat kementrian pendidikan nun, ubah cara pengajaran agama di sekolah. Jangan duk ngafal jah....ajar students pahamkan maksud ayat yang dibaca. Supaya iman tak senang goyang. Supaya bila berdebat dengan orang yang bukan Islam, tak lah tergagap gagap. Ni bila tak boleh argue, asyik nak kafirkan orang, merendahkan orang. Orang macam aku ni ada guna nya. Kalau tak takkan tersipu sipu malu sorang church planter yang cuba burukkan Islam depan aku dulu. Aku lawan tuduhan dengan fakta. Dia ingat aku jahil sangat. So ko, kalu tak suka komen aku, jangan baca....buat ko stress jah.....
Post time 2-8-2021 07:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
timohnotecah replied at 2-8-2021 07:44 PM
Haaa...ada aku suruh korang ikut pahaman aku? Tak kan? Ko pergi suggest kat kementrian pendidikan ...
Oh begitu pula, belajar untuk berdebat
I ok je belajar untuk diri sendiri semata mata
Bila jumpa Cristian yahudi ke kalau boleh bread a bread sama sama kenapa nak berargue pula
Maaf tak sikit pun nak kafirkan rendahkan sesiapa, kirakan aja berapa replies on your post. Kalau tujuan comment pertama tu nak timbulkan perdebatan, tahniah anda bijak untuk itu.
Post time 2-8-2021 08:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by timohnotecah at 2-8-2021 08:41 PM
likilu replied at 2-8-2021 07:53 PM
Oh begitu pula, belajar untuk berdebat
I ok je belajar untuk diri sendiri semata mata
Ko tak payah nak sindir sindir aku.....aku selalu jumpa orang macam ko, suka sindir dalam menghadapi lawan. Aku bukan jumpa dia semata mata untuk berdebat, suka suka nak berdebat...dia rendah dan hina agama aku depan orang, ko nak suruh aku sengih sengih je ke? Ko punya style camtu?. Tapi debat aku tak perlu jerkah jerkah, takbir takbir, jatuhkan ugama orang or kapir kapir kan orang. Berdebat cara ilmiah. Ko boleh bezakan antara debat yang emosi dengan debat cara ilmiah?.......huhu.... kosser tul berbalas mesej ngan chuols chuols semua ni. Sampai kain aku pun tak bersidai lagi tuh. Kita jumpa lagi dibenang lain....adios
Post time 2-8-2021 08:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
amansihat replied at 2-8-2021 07:03 PM
tante shamsinar kafir masa beranakkan si mualap.lepas tu mualap masuk islam.sampai la ni masih pegan ...
Kalau emak EL indon, ayahnya Chinese...maknanya EL ni tak ada darah melayu malaysia lah ye? Mungkin tak ada extended family di Malaysia...itu yg banyak orang tak tahu hal dia...maksudnya tak ada cousins, uncles etc yg boleh verify cerita dia tentang sama ada born muslim atau mualaf
Post time 2-8-2021 08:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
vokay replied at 2-8-2021 08:34 PM
Kalau emak EL indon, ayahnya Chinese...maknanya EL ni tak ada darah melayu malaysia lah ye? Mungki ...
Yg dia bawak masuk paper every cny tu bukan cousin uncle semua? Tapi ye la Fe one side of the family je, belah ibu takde sini. Walaupun keturunan cina mak bapak cucu muka melayu
Dia sekolah melayu, classmate xde yg come forward atau dulu panggil ewan, dah tua tukar identity jadi ebit jadi tak kenal pula.
Isteri dia ada siapa kenal? Dia putih, wife putih, anak warna nusantara?
tuele siapa boleh berify si mualap ni islam ke idak masa lahir?takde ke jpn sini boleh berify lahir kat ne?ic dia nombor apa?boleh cek lahir kat ne.hospital mana.surat nikah mak dia.surat masuk islam ayah dia bila?yelah nak sangat ketelusan kan.meh telus kan diri identity tu.lahir hospital mana.mak tu islam ke tidak.ayah tu islam masa bila.dah kata mualaf sangat kan
Post time 2-8-2021 09:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
likilu replied at 2-8-2021 08:55 PM
Yg dia bawak masuk paper every cny tu bukan cousin uncle semua? Tapi ye la Fe one side of the fami ...
Maksud I yang belah arwah mak dia..belah yg Islam. Arwah ayah dia memang chinese, jadi mungkin family yg non muslim tak peka tentang bila istilah mualaf EL tu. Ataupun tak ambil kisah sebab bila bukan mereka yg bukan Islam mungkin tak faham
Post time 2-8-2021 09:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
amansihat replied at 2-8-2021 05:07 PM
kalau betul mualaf mungkin dia sunat lepas masuk islam kot.sebab setau saya mualaf ni selalu orang s ...
Terbukak otak aku lepas baca posting panjang lebar Kak Amansihat!
Gigih pulak aku gugel biodata EL.
Ada 2 website ajer yang bagitau profail dia.
Masuk Islam umo 12 taun.
Ayah dia Ibrahim Lew.
Calling for rakan skolah rendah dia SK BUKIT RIDAN for clarification.
Kalau aku yg salah paham, let him, bro BB buat statement yg lebih jelas sepertimana ko buat
PAHALA TIDAK BOLEH TRANSFER. ..let him say this.
Bro, aku rasa ko yang salah faham....ko baca betul2 apa dia tulis dari mula sampai habis. Jangan tepek sekerat sekerat..maksud dah jadi lain. Especially ayat dia yang tulis refer no 1. Dan dia cakap mula2 tu no 1 dan nombor 2 mesti dibuat semasa hayat. Dan ko baca juga ayat dia yang kata 'no no' tu. ....BB tu dari mula sependapat dengan aku yang pahala tak boleh di transfer. Cam nilah bro, aku hormat pendapat ko....tapi aku ada pendapat aku.
Ko quote bro Blackbird tapi tak jawab soalan aku ttg apakah manfaat itu kalo bukan pahala.
No1 dan No2...simple, well understood.
No.3 berkenaan anak yg soleh.
tak semestinya anak sesiapa pon boleh, doa org yg soleh ni lebih dimakbulkan allah.
dan yg terakhir setiap amalan bermanfaat & amal jariah yg dilakukan anak yg soleh
juga automatik ibu bapanya (sekiranya islam) akan dpt manfaat juga kerana hasil
dari didikan ibu bapa (refer no 1) selepas mati tanpa perlu mention secara specific dlm press.
Doa is doa, aku bukan bercakap pasal DOA anak soleh.
Apakah MANFAAT itu ??
Amal jariah yg dilakukan oleh anak yg soleh, automatik ibubapa akan dapat manfaat.
Amal jariah BUKANNYA doa dan apakah balasan nya utk amal jariah, bukankah balasannya PAHALA.
So soalan aku apakah manfaat yg berterusan yg disebut diatas oleh bro BB
kalau bukan PAHALA yg berterusan kpd simati disebabkan perbuatan amal jariah anak yg Soleh tadi.?
Masih tak nampak lagi ??
Dalam soal agama, bukannya pendapat peribadi kita diambik kira, we're nothing.
Ini bukan pendapat aku, ini Hadith Nabi SAW dan pendapat majority ulamak.
Aku belom habis berhujah lagi...relaxs laa.
Walau aku bukan orang alim tapi aku rajin jugak ler ikuti ceramah pendakwah dalam dan luar negara yang pada aku ada kredibiliti di utube nun. So tau lah sikit sikit benda benda cenggini....dah jumpa hadith yang ko janjikan tu, ko alert aku balik. Kat mesia ni ustaz ustazah ramei....kadang sesama derang pun bercanggah....
Takde salahnya bertukar pandangan, perbetulkan mana yg silap.
Aku sambong esok...semua soalan2 ko akan aku jawab...dont worry.
Hahaha...itu ler kadang2 pelik, aku respek dan takde apa2 against Dr.Maza, ya lah mentang2 la dia
ada title Dr dan seorang Mufti. Orang semua nak quote Dr Maza,
macam la takde bijak pandai agamawan dinusantara ni.
Dr Maza pon sependapat dlm isu ini.
Ex Mufti Dr Zulkifli pon ada bicara tentang hal ini.
Aku dengar semua ceramah termasuk yg penceramah luar negara.
Sepatutnya dgr apa yg orang nak sampaikan, kalo tak takkan la dia jadik Ustaz.
Selepas dengar then selidik dulu sebelum percaya, kan ?
Rileks la bro, jangan gaduh2. Small matter sebab perkara pahala terus mengalir dari anak yg soleh
ni kpd kedua orgtua setelah meninggal, TIDAK ADA KHILAF, Empat2 mazhab semua sepakat.
Apa yg sis Timah tidak faham yg menjadi khilaf dikalangan Ulamak
adalah sedekah pahala contohnya bacaan Al Quran atau sedekah Al Fatihah utk
simati yg TIADA HUBUNGAN pertalian darah dgn kita.
Ini yg Khilaf samada sampai pahala atau tidak dan bukannya isu ttg Anak yg Soleh.
Besok aku terangkan dan buat kesimpulan dgn Fakta2 Hadith sekali. Relaxs.
Post time 3-8-2021 12:29 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by timohnotecah at 3-8-2021 02:14 AM
Redskin replied at 2-8-2021 11:13 PM
Kalau aku yg salah paham, let him, bro BB buat statement yg lebih jelas sepertimana ko buat[/back ...
Cam ni lah bro, aku rasa aku dah explain panjang lebar pasal pemahaman aku, ko baca jerlah komen aku di 246#...aku malas nak repeat....ko dan yang seangkatan dengannya tak kan boleh convince aku or buat aku setuju dengan konsep pahala ko tu.. percaya lah cakap aku....sebab kita berdua melihat topik ini dari sudut dan asas yang berbeza. Dari mula lagi aku dah bagi ayat Quran tu dan explain. Ramai yang panas nampaknya, lepas sorang sorang balas komen aku. Nasib aku dah jadi macam porumer ladycarefree ...ada yang takut pandangan aku menjejaskan akidah ummah....kelako tul....ko pernah terpikir tak bro kenapa ramai ummah yang imannya senipis kulit bawang walau didedah dengan ilmu ugama sejak kecik? Sebab mereka itu cuma tahu ikut ikutan. Takut nak berfikir, takut nak berbeza pendapat, takut nak menyoal. Semua benda ikut majoriti. Takut dituduh sesat....sampai nak keluar whatsApp group pun nak kena tanya pendapat ustaz....lol...Aku pulak, adalah manusia yang tidak takut untuk menentang arus.... punyalah ramai pendakwah kat mesia ni, kenapa hanya beberapa ketul saja kaum bukan melayu yang tertarik nak masuk Islam berbanding kristian? Ummah pula, belajar ugama dari tadika sampai uni tapi korupsi makin berleluasa dan macam macam lagi kelemahan. Ko tak rasa ke ini semua ada kaitan dengan cara kita memahami agama? cara kita berdakwah? cara kita melaksanakan pendidikan ugama di sekolah? Ko kata nak jawab semua persoalan persoalan aku kan? Silakan. Tapi aku takkan balas dah. Bab pahala ni terutama nya, aku tetap dengan pendirian aku. Dan ini adalah komen aku yang terakhir. Korang nak menyumpah pun go ahead. Untuk pengetahuan ko juga, aku suka quote dr maza sebab kat mesia ni pada aku dialah satu satu nya mufti yang berani berpikir di luar kotak....bukan typical traditionalists or pseudo intellectuals yang ummah puja puja diluar sana...dr maza berani berbeza pendapat dalam banyak perkara hingga dituduh wahabi. Ada dia kesah? Dia adalah antara idola aku. Jadi, ada aku kesah korang setuju dengan pendapat aku ke tidak? Jawapannya, tidak sama sekali.....adios
Ayat Quran yang ko tepek tu untuk dosa saja. Jelas kan dosa pun tak boleh transfer.
Sebenarnya bukan dosa saja, pahala pun sama ....since ko mungkin lupa nak share,
meh aku tolong share kan...here Quran chapter 53, surah najm verses 38-41..'..
man can have nothing but what he striving for'....
Boleh..actually ayat Al Quran tu ko pon dah bagi, tapi ko tak paham apa yg ko baca.
QS An-Najm:39
Sahih International And that there is not for man except that [good] for which he strives
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
Apa yg diusahakan oleh simati ?? Selama ini ko ingat ayat diatas cuma utk SATU orang sahaja kann??
Ini pemahaman ko tentang ayat ini kann??
Apa yg ko tak sedar, bukan kah anak2 kita itu sesuatu yg diusahakan bersama oleh mak ayah ?
Dari awal lagi sejak parents bernikah, mereka bersama kemudian baru adanya KITA.
Dari kecil lagi menjaga anak, mendidik, hantar sekolah dan belajar agama atau
mungkin anak itu sendiri yg belajar agama. Ini semua adalah hasil usaha mak dan ayah.
Sebab itula ditekankan didik Anak yg Soleh itu supaya menjadi ASET utk
kita kelak setelah mati kerana Doa anak yg soleh lebih mujarab dari doa orglain.
Ini DOA, adalah doa berbeza pula dgn ganjaran pahala bagi kebajikan amal jariah yg dilakukan oleh anak2 kita pula.
Two different things.
Segala kebajikan dan amal jariah, menolong orang2 susah, membaca Al Quran dan banyak lagi
yg dilakukan oleh anak kita tadi akan mendapat PAHALA, sedikit sebanyak tersalur (transfer) juga dapat pahala yg berterusan kpd kedua orgtua yg telah meninggal.
Lebih2 lagi kalo sedekah Anak tadi dgn NIAT ATAS NAMA MAK AYAH ,
direct pahalanya akan sampai kpd kedua orgtua yg telah meninggal dunia.
Sebuah kisah yang diceritakan dalam sebuah hadits. Seorang pemuda datang ke hadapan Syeikh Ibnu Utsaimin
untuk bertanya tentang apakah ia boleh bersedekah dengan mengatas namakan ayah atau ibunya yang sudah
lama meninggal dunia. Selain itu, pemuda tersebut juga menanyakan apakah boleh pahala dari
sedekah tersebut akan sampai kepada ayah dan ibunya.
Kemudian Syeikh Ibnu Utsaimin pun menjawab "Boleh, seseorang boleh bersedekah mengatas namakan ayah atau ibunya yang telah meninggal dunia dan pahalanya akan sampai kepada orang yang diatas namakan."
Datanglah seorang pemuda kehadapan Rasulullah SAW kemudian ia mengatakan "Ibuku telah meninggal dunia, seandainya ia masih hidup mungkin ia akan mengatakan bahwa
ia akan menyedekahkan Seluruh Hartanya di Jalan Allah. Wahai Rasulullah SAW bolehkah aku
bersedekah atas namanya?" Kemudian Rasulullah SAW pun menjawab "Boleh"
(H.R. Al-Bukhari dalam al-Jana'iz 1388 dan Muslim dalam al-Washiyah 1004).
Hadith yang turut diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma, katanya:
Maksudnya: Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah SAW dan berkata: “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, namun dia tidak sempat menunaikan haji sehinggalah dia meninggal dunia. Apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?” Jawab Baginda : “Ya, tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”. Jawabnya : “Ya”. Sabda Baginda : “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan.
Riwayat Sahih Al-Bukhari (1754)
Drp Abdillah bin Buraidah, daripada bapanya R.A, katanya:
Maksudnya: Ketika kami duduk di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba ada seorang wanita datang dan berkata: “Saya telah sedekahkan hamba untuk ibuku yang telah meninggal.” Baginda bersabda: “Engkau mendapat pahala dan dikembalikan kepada engkau mirathnya.” Dia kemudian bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia ada (tanggungan) puasa sebulan, apakah saya perlu tunaikan puasa untuknya?” Beliau menjawab: “Tunaikanlah puasa untuknya.” Dia bertanya lagi: “Sesungguhnya beliau belum pernah melaksanakan haji sama sekali. Apakah perlu saya hajikan untuknya?” Baginda menjawab: “Laksanakanlah haji untuknya.”
Riwayat Sahih Muslim (1149)
Dlm isu amal jariah Anak yg Soleh, pahala sampai kpd mak ayah yg sudah lama meninggal dunia,
bukan pendapat aku atau pandangan ko atau siapa2 pong...semuanya takde nilai.
TIDAK ADA KHILAF dalam mana2 mazhab, semua sama pendapat sebab JELAS ini adalah Hadith Sahih Nabi SAW.
Cth sis anak soleh, mintak Allah ampunkan dosa mak pak sis. Insya'Allah dengan izin Allah dosa mereka dikurangkan
atau dihapuskan. Tapi itu tidak bermakna pahala sis sudah ditransfer kepada mak pak sis.
Ya betul, doa is doa bukannya pahala, ini semua orang tahu. Kita bukan bercakap pasal doa.
Sesiapa pon boleh berdoa, infact digalakkan berdoa sesama muslim. Bukan kah semasa Solat Jenazah kita beramai2 solat mendoakan keampunan utk simati ??
Kalau sis budak baik, banyak buat jariah, mak pak sis dapat pahala yang mengalir
SEBAB TELAH MENDIDIK sis menjadi manusia berguna SEMASA HAYAT mereka. Bukan nya bila sis bersedekah kepada anak yatim (selepas mak pak sis meninggal dunia),
Silap pemahaman ini, akan dapat pahala semasa mak ayah masih Hidup dan setelah Mati
ie. pahala berterusan setelah mak ayah meninggal selagi anak itu membuat amal jariah, dll.
so pahala sedekah tu boleh di transfer kepada mereka. Itu tak tepat. Nampak tak beza disitu?
Pemahaman ko yg silap ttg ini.
Yaaaa...pahala sedekah akan terus mengalir (Transfer) kpd mereka lebih2 lagi kalo si ANAK tadi MENYEBUT DAN BERNIAT ATAS NAMA MAK AYAH nya yg sedekah tadi adalah untuk bagi pihak mereka.
Membuat kebajikan, amal jariah, membaca Al Quran, walaupon sepatah ayat semuanya mendapat PAHALA.
Mendapat pahala ini sgt senang bagi orang2 Islam kerana Allah SWT itu Maha Penyayang.
Ko berjalan kaki ke masjid, setiap langkah ada pahala, ko bekerja ikhlas keranaNYA dapat pahala,
Suri rumah yg ikhlas memasak, membasuh pakaian utk keluarga semua dapat pahala.
Even sedekah SENYUMAN IKHLAS pon dapat pahala.
Ko cuma NIAT nak buat baik tapi tak buat lagi pong dapat pahala.
Semudah itu Allah SWT memberi pahala2 kpd kita kerana hendakkan kita semua masuk ke SyurgaNYA.
Kesimpulannya Pahala dari perbuatan amal jariah, dll dari Anak yg Soleh akan dapat kpd kedua orgtuanya setelah mati. Lebih2 lagi bila di NIATKAN atas keatas nama2 mereka.
Kalu tak puas hati juga, tanya ugamawan yang terpelajar cam dr maza.
Jangan rujuk ustaz atau ustazah yang baru habih belajar atau ustaz selebriti....
sekian......
Untuk tidak mengecewakan ko, aku bagi apa kata Ugamawan yg educated
seperti yg ko kata Dr Maza.
Perkara yg JELAS ada Hadith Sahih, tiada Khilaf nak beza pendapat cemano,Tanya semua Ustaz pong sama jawapan nya.
Cam ni lah bro, aku rasa aku dah explain panjang lebar pasal pemahaman aku, ko baca jerlah komen aku di 246#...
aku malas nak repeat....ko dan yang seangkatan dengannya tak kan boleh convince aku or buat aku setuju dengan
konsep pahala ko tu.. percaya lah cakap aku....sebab kita berdua melihat topik ini dari sudut dan asas yang berbeza. Dari mula lagi aku dah bagi ayat Quran tu dan explain.
Ya, ko ada bagi ayat Surah An-Najm :38-41 tapi mana ada ko explain.?
Ramai yang panas nampaknya, lepas sorang sorang balas komen aku.
Nasib aku dah jadi macam porumer ladycarefree ...ada yang takut pandangan aku menjejaskan akidah ummah....
Takde siapa yg panas, orang menegur sebab pemahaman ko salah.
Aku menulis BUKAN utk ko shj, aku menulis explain utk educate forumners lain,
yg muda2 mungkin tak tahu.
Ko dah tanya ladycarefree, hahaha..dia Islam kaa, guru agama kaa, lobainita kaa?
Aku bukan newbie kat porem Cari ni, aku kenal mana yg menyamar Islam,
mana yg bertanya betul2 tak tahu, mana yg sengaja nak mempersendakan Hukum Islam...Boleh kenal.
Ko kata nak jawab semua persoalan persoalan aku kan?
Silakan. Tapi aku takkan balas dah. Bab pahala ni terutama nya, aku tetap dengan pendirian aku.
Baca sahaja, tak payah balas.
Tetap pendirian ko nak ikut pemahaman ko yg tak betul tu kaa atau
ko nak ikut apa kata Hadith Nabi SAW dan huraian ulamak
sepakat sependapat dalam isu ini ??
Dan ini adalah komen aku yang terakhir. Korang nak menyumpah pun go ahead. Untuk pengetahuan ko juga,
aku suka quote dr maza sebab kat mesia ni pada aku dialah satu satu nya mufti yang berani berpikir di
luar kotak....bukan typical traditionalists or pseudo intellectuals yang ummah puja puja diluar sana...
dr maza berani berbeza pendapat dalam banyak perkara hingga dituduh wahabi.
Okay, as i said before Dr Maza pon sependapat dgn aku dan mana2 Ustaz lain mengenai perkara pahala
transfer kpd simati dari anak yg soleh. TIADA KHILAF maksudnya tiada perbezaan pendapat, tanyala
mana Ustaz pasti akan memberi jawapan yg sama.
Ada dia kesah?
Dia adalah antara idola aku. Jadi, ada aku kesah korang setuju dengan pendapat aku ke tidak?
Jawapannya, tidak sama sekali.....adios
kalu wujud hadith tu, aku pun nak belajar...post #240/pg 12
Dulu kata nak belajar, kemudian tak kesah pula.
Turunkan ego tu, semua orang membuat kesilapan, perkara biasa
and stop being in denial.