Filem bergenre romantik muzikal yang dibintangi Lady Gaga dan Bradley Cooper ini dicalonkan dalam lima kategori termasuk pelakon dan lagu asal terbaik. Foto: AP
FILEM ‘A Star Is Born’ yang berjaya catat kutipan box office dijangka menang besar dalam anugerah berprestij Golden Globe ke-76.
Filem bergenre romantik muzikal yang dibintangi Lady Gaga dan Bradley Cooper ini dicalonkan dalam lima kategori termasuk pelakon dan lagu asal terbaik.
Memetik laporan AFP, pengkritik filem, Paul Dergarabedian berpendapat A Star is Born mempunyai segala ciri yang dipertaruhkan untuk merangkul kesemua anugerah termasuk kutipan 'box office' tertinggi dan kejayaan luar biasa.
“Pencalonan tahun ini dalam semua kategori disifatkan sebagai hebat dan layak terima anugerah, bagaimanapun apa-apa boleh terjadi pada malam anugerah itu nanti,” katanya kepada AFP.
Selepas ditayangkan Oktober, 2018, filem arahan Bradley Cooper yang juga teraju utama filem tersebut berjaya catat kutipan global berjumlah RM 1,602.14 juta.
Walaupun filem ini tidak mempunyai pencalonan terbanyak seperti filem biopik ‘Vice’ arahan Dick Cheney yang tercalon dalam enam kategori, ia tetap dijangka membolot kesemua kategori yang dicalonkan.
Golden Globe akan bersiaran secara langsung pada jam 5.00 petang Ahad (6.00 pagi waktu Malaysia) dan merupakan anugerah pembuka tirai bagi semua anugerah filem berprestij.
Anugerah itu akan dihoskan oleh pelakon Sandra Oh dan pelakon komedi, Andy Samberg.
best actress comedy mungkin an easy win utk olivia colman unless rmi support emily blunts kali ni.
kalau emily blunts menang, so ade potensi dia merebut calon ke-5 best actress Oscar sbb dia kalahkan olivia colman dlm kategori ni.
Author|Post time 7-1-2019 05:57 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by dauswq at 7-1-2019 05:59 AM
Green books mmg lawak, patutlah menang people choice aritu. Scene aku plg suka time dia paksa negro tu makan juga ayam kepsi sbb mamat negro tu bajet high class tak makan makanan rkyt marhaen.
Byk dpt dipelajari dr cerita ni. Bagaimana org deep south america begitu hipokrit puja negro yg hebat2 dan talented, tp jadi bodoh bila nak bagi ruang berkongsi utk gunakan tandas atau restoren. Sblm tu lagi, diorg dah peluk cium tangan negro tu. Last2 tak kasi masuk sbb nak kekalkan tradisi panjang berzaman. Read jim crow law.
Dr segi acting maybe mahersala ali boleh pukul utk supporting category.