|
|
Assalamualaikum semua acik por
Selamat bersahur dan Selamat hari raya semua |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedikit pesanan semasa beraya
Sunat2 & Adab Menyambut Hari Raya
Antaranya ialah :
1. Bertakbir, bertahlil & memuji Allah
Sabda Nabi s.a.w.;
زَيِّنُوْا الْعَيْدَيْنِ بِالتَّهْلِيْلِ وَالتَّكْبِيْرِ وَالتَّحْمِيْدِ وَالتَّقْدِيْسِ
artinya :
"Kamu sekelian hiasilah dua hari raya dengan ucapan tahlil, takbir, tahmid dan taqdis”. ( Riwayat Abu Na’im )
Ada pun takbir, masuk waktunya dari maghrib malam hari raya sehingga selesai dikerjakan solat hari raya. Sunat bertakbir di rumah, pasar, pejabat, masjid dan dimana sahaja samada sedang duduk atau berada di atas kenderaan.
2. Mandi Sunat Hari Raya
Disunatkan mandi hari raya kepada semua orang samada mahu menunaikan solat hari raya atau tidak dan lelaki seta wanita kerana hari raya adalah hari berhias dan bercantik-cantik.
Imam Malik meriwayatkan dari Nafi’ yang menkhabarkan;
أَنّ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ كَاْنَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ
“Sesungguhnya Ibnu Umar r.a. mandi ia pada hari raya fitrah sebelum dia keluar pada pagi hari raya”.
(Riwayat Imam Malik)
Menurut Imam Ibnu Rusyd, hukum sunat mandi pada hari raya adalah ijma’ ulamak.
( Bidayatul-Mujtahid ).
Masuknya waktu disunatkan mandi hari raya ialah apabila tiba waktu tengah malam.
Berkata Imam al-Muzani artinya “Aku menyukai supaya mandi hari raya itu dilakukan selepas terbit fajar”
Cara mandinya adalah sama dengan mandi2 yang lain yaitu ratakan air sekelian badan dengan niat mandi sunat hari raya.
3. Memakai baju raya dan minyak wangi
Dari Hasan bin Ali r.a. Menceritakan yg artinya “Rasulullah s.a.w. menyuruh kami pada dua hari raya itu supaya memakai pakaian paling elok yang kami ada, memakai wangian-wangian paling harum yang kami ada dan supaya kami menyembelih korban dengan binatang paling gemuk yang kami miliki (jika raya korban)”.
(RiwayatThabrani).
Mencakupi kelebihan berpakaian pada hari raya itu samada pakaian mahal atau murah atau pakaian sunnah atau bukan namun berpakaian sunnah lebih adfhal terutama yang berwarna putih.
Amatlah besar pahalanya jika kita bersedekah pakaian kepada orang2 yang tidak mampu agar mereka dapat turut bergembira pada hari raya.
Bagi barangsiapa yang tidak mempunyai pakaian baru atau pakaian cantik maka hendaklah dibersihkan pakaiannya yang dia ada itu.
4. Keluar beramai2 ke tempat solat hari raya
Disunatkan pada hari raya umat Islam keluar beramai-ramai ke tempat solat hari raya termasuk kaum wanita samada yang bujang atau sudah bersuami atau janda dan samada yang suci mahu pun yang sedang haidh.
Tujuannya ialah untuk sama2 sama-sama mendapatkan pahala dan fadhilat solat hari raya seperti bertakbir, mendengar khutbah dan berdoa.
Ummu ‘Athiyyah r.a. Menceritakan yang artinya :
“Kami (kaum wanita) diperintahkan supaya keluar pada hari raya sehingga kami bawa bersama semua anak2 gadis yang kami ada, dan sehingga perempuan-perempuan yang kedatangan haid juga turut sama keluar di mana mereka akan duduk di belakang orang ramai, bertakbir bersama dengan takbir mereka dan berdoa bersama dengan doa-doa mereka serta mengharapkan keberkatan hari tersebut dan kesuciannya”
(Riwayat Imam Bukhari).
Sabda Rasulullah s.a.w. artinya :
“Adapun wanita-wanita yang haid, maka mereka turut sama hadir perhimpunan kaum muslimin dan doa mereka dan mereka duduk terpisah dari tempat sembahyang orang ramai”.
( Riwayat Imam Bukhari ))
Kaum wanita tidak bolih keluar dengan bersolek, bertabarruj dan berwangian apalagi dalam keadaan mededahkan aurat atau memakai pakaian ketat yang menampakkan bentuk badan mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w. Yang artinya :
“Janganlah kamu menghalang hamba-hamba Allah yang perempuan (yakni kaum wanita) dari mendatangi rumah-rumah Allah. Dan hendaklah mereka keluar dalam keadaan tidak memakai wangian”.
(Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)
5. Keluar awal ke tempat sembahyang
Disunatkan hadir ke masjid atau tempat solat awal pagi kecuali imam di mana imam disunatkan hadir pada waktu solat hari raya sudah hendak dilaksanakan.
6. Makan sedikit sebelum ke tempat sembahyang
Sunat pada hari raya fitrah makan sedikit makanan sebelum keluar ke masjid bagi menunaikan solat. Afdhal yang dimakannya itu buah kurma dan dengan bilangan yang ganjil.
Dari Ibnu Buraidah dari bapanya r.a. yang menceritakan artinya :
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada hari raya fitrah melainkan setelah baginda makan dan baginda tidak makan pada hari raya korban melainkan setelah beliau kembali”.
( Riwayat Imam Ibnu Majah )
Anas r.a. pula menceritakan artinya :
“Adalah Nabi s.a.w. tidak keluar pada pagi hari raya fitrah melainkan setelah baginda makan beberapa biji kurmar. Baginda makan kurma itu dengan bilangan yang ganjil’”.
(Riwayat Imam Bukhari)
7. Keluar berjalan kaki dan melalui jalan berbeza ketika pulang
Disunatkan pergi ke tempat solat atau ke masjid dengan berjalan kaki jika dekat dalam keadaan tenang. Apabila pulang pula, disunatkan melalui jalan yang lain dari jalan yang dilalui ketika pergi tadi.
Ibnu ‘Umar r.a. Menceritakan artinya “Rasulullah s.a.w. keluar untuk bersolat hari raya dengan berjalan kaki dan pulang dengan berjalan kaki”.
(Riwayat Imam Ibnu Majah)
Dari Jabir r.a. :
“Adalah Nabi s.a.w. pada hari raya baginda melalui jalan yang berbeza (yakni ketika pergi melalui satu jalan dan ketika pulang pula melalui jalan yang lain)”.
Dari Ibnu ‘Umar r.a.;
“Sesungguhnya Rasulullah pada hari raya melalui satu jalan (ketika keluar menunaikan solat hari raya), kemudian baginda pulang melalui jalan yang lain”.
(Riwayat Imam Abu Daud )
8. Menyegerakan bayar zakat fitrah sebelum solat hari raya.
Ibnu Umar r.a. menceritakan;
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menyuruh agar dikeluarkan zakat fitrah sebelum keluar pada pagi hari raya untuk mengerjakan solat”.
(Riwayat Tirmizi)
9. Ziarah Menziarahi
Sunat kita saling menziarahi sesama kita kerana kebaikkan yang amat banyak terdapat pada ziarah itu dan ia adalah suruhan agama. Pada hari raya terlebih baik lagi kita kerjakan dan menjadi adat yang elok.
"Apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamnya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika di di waktu pagi maka 70, 000 malaikat berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu pagi ".
(Riwayat Ibnu Majah & Abu Daud)
10. Mengucapkan tahniah, bersalam-salaman tangan dan menzahirkan kegembiraan .
Sangat dianjurkan pada hari raya kita mengucapkan tahniah, melahirkan rasa gembira dan rasa seronok dan bersalam-salaman sesama kaum muslimin.
Mengucapkan tahniah bersempena kedatangan hari raya adalah amalan para sahabat, oleh itu ia disyari’atkan.
Ibnu Hajar berkata;
”Kami meriwayatkan dengan sanad yang baik dari Jubair bin Nufair yang menceritakan; “Adalah para sahabat Rasulullah s.a.w. apabila saling bertemu pada hari raya, maka berkata sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain; ‘Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu’”.
(Kitab Fathul-Bari )
Dari Anas r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda yang artinya ;
“Tidak ada dua orang muslim yang bertemu, lalu mereka berdua saling berjabat tangan melainkan akan diampunkan bagi kedua-dua mereka akan dosa2 keduanya sebelum mereka berpisah ”.
(Riwayat Imam Abu Daud )
Lebih kerap bersalaman tangan maka lebih keraplah diampunkan dosa2 keduanya itu.
Adapun lelaki dengan wanita yang bukan mahram maka haram sekali2 bersalaman tangan dan memadai dengan mengucap tahniah.
Alasan orang awam yang jahil yang mengatakan jika tidak menyambut salam tangan dari bukan mahram akan mengaibkannya adalah tidak bolih diterima kerana tidak bersalam kerana taatkan syariat itulah sebenarnya menghurmatinya dan menyambut tangannya itulah yang sebenarnya akan mengaibkannya.
Berkenaan menunjukkan rasa gembira Abu Zar r.a. Memberitahu bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda yg artinya ;
“Senyumanmu di hadapan wajah saudara kamu adalah pahala sedekah bagimu”.
(Riwayat Imam Tirmizi )
Perlu diingatkan bergembira pada hari raya itu hendaklah tidak membabitkan perkara-perkara yang haram.
Di dalam hadis Anas r.a. Menceritakan ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah (selepas hijrahnya), penduduk Madinah mempunyai dua hari kebesaran di mana mereka menyambutnya dengan mengadakan permainan-permainan. Lalu baginda bertanya mereka; “Hari apakah yang kamu sambut ini?”. Mereka menjawab; “Dua hari yang kami biasa menyambutnya pada masa jahiliyah”.
Maka Nabi s.a.w. bersabda kepada mereka; “Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu; hari raya korban dan hari raya fitrah”.
(Riwayat Abu Daud dan Nasai ).
11. Saling meminta maaf
Sunat hukumnya saling meminta maaf pada hari raya kerana perintah yang umum kepada kita supaya selalu meminta maaf segala kesalahan kita pada orang lain dan memberi kemaafan jika diminta. Sekalipun pada selain hari raya kita disuruh saling meminta maaf namun pada hari raya sangatlah digalakkan kerana kebesaran dan kemuliaan hari raya itu.
Rasulullah saw bersabda yang artinya :
“Barangsiapa pernah melakukan kedzaliman terhadap saudaranya, baik menyangkut kehormatannya atau sesuatu yang lain, maka hendaklah ia minta dihalalkan darinya hari ini, sebelum dinar dan dirham tidak berguna lagi (hari kiamat). (Kelak) jika dia memiliki amal shaleh, akan diambil darinya seukuran kezalimannya. Dan jika dia tidak mempunyai kebaikan (lagi), akan diambil dari keburukan saudara (yang dizalimi).
(HR Bukhari).
Sekurang2 lafaz meminta maaf ialah “saya meminta maaf atau meminta halal” dan yg terlebih sempurna ialah “saya meminta maaf atau maafkanlah atau halakanlah saya dari segala kesalahan saya kepada awak” atau yg semisal dengannya.
Tidak memadai dengan menggeleng kepala atau hanya berkata “maaf” atau “kosong kosong” seperti yang dibiasakan olih orang2 awam yang jahil.
12. Berdoa
Disunatkan kita membanyakkan berdoa pada malam dan siang hari raya kerana kemualiaan hari tersebut.
Jangan disimpan doa hanya untuk diri sendiri sahaja tetapi doakan juga untuk orang lain seperti ibu bapa, adik beradik, suami isteri, kaum kerabat dan handai taulan serta seluruh umat Islam.
Disunatkan berdoa itu ketika duduk, berdiri, berjalan dan diatas kenderaan.
Wallahua’lam |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat tinggal Ramadhan.
Semoga Ramadhan kita pada tahun ini menjadi titik perubahan dalam kehidupan kita sebagai seorang Islam.
Semoga berjumpa lagi Ramadhan. Semoga Ramadhan ini bukan Ramadhan terakhir untuk kita semua. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat jalan Ramadhan, semoga tahun depan kudipanjangkan umur untuk bertemumu lagi, serasa bagaikan sekejap memori Ramadhan tahun ni dek urusan duniawi yang tidak pernah habis - namun itu ialah tanggungjawabku untuk berbakti kepada bangsa, semoga amal ibadahku diterima
Aamin ya rabbal 'alamin |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat tinggal Ramadhan. Semogs bertemu lagi di tahun mendatang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
telracs replied at 29-3-2025 04:49 PM
Edited by telracs at 29-3-2025 09:18 AM
Salam kepada rakan-rakan forumer yang dihormati.
Ramadan a ...
Selamat tinggal Ramadan. Semoga ketemu lagi.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat bersahur utk ramadhan terakhir forumers semua. Sedih… insyaaAllah syawal sambung sahur utk puasa 6 ok |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bersyukur dapat bertemu Ramadan kali ini. Semoga panjang usia untuk bertemu lagi di tahun hadapan. Insya Allah.
Kini tiba saatnya harus berpisah dengan bulan Ramadan yang mulia.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MissDiane at 30-3-2025 08:40 AM
Ya Allah, Terimalah puasaku dengan sebaik-baik penerimaan, perkenan kemaafan, kemurahan, pengampunan dan keredaan-Mu. Sehingga Engkau memenangkan aku dengan segala kebaikan dan segala anugerah yang Engkau curahkan di bulan ini.
Semoga perpisahanku dengan bulan Ramadan ini bukanlah perpisahan untuk selamanya dan bukan juga pertemuan terakhirku. Semoga aku dapat kembali bertemu dengan Ramadan mendatang dalam penuh harapan dan kesejahteraan.
Aamin Aamin Yaa Mujiibas-Saailiin
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by BknMaksum at 30-3-2025 08:56 AM
Semoga Allah SWT mengurniakan umur yg pjg bagi kta bertemu lagi di bulan Ramadan yang akan dtg dlm keadaan yg sihat walafiat, lebih bersedia. Mudahan Ramadan tahun ini menjadi titik permulaan utk berubah ke arah yang lebih baik. Aameen YRA. Teruslah berbuat baik, beramal seakan kta Masih di bulan Ramadan. {:1_149:} |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam ramadhan yang terakhir bagi 2025 . Mudahan kita dapat berjumpa banyak lagi Ramadhan dalam hidup kita |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Di akhir ramadan ini, semoga Allah terima segala ibadah & amalan baik kita kerana keikhlasan kita beribadah kepada Nya. Semoga kita bertemu lagi ramadan akan datang & menjadi insan yg terpilih bertemu malam yg agung iaitu malam lailatul qadar. Insya Allah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

selamat jalan ramadan
moga dapat bertemu lagi dgn bulan ramadan tahun depan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tepus replied at 30-3-2025 09:43 AM
Selamat tinggal ramdhan semoga bertemu lg di tahun depan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat tinggal Ramadan, semoga berjumpa lagi tahun hadapan
Selamat hari raya semua |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga berjumpa lagi Ramadhan |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|