|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
INFO HAJI
Jum'at, 21 Nopember 2008 10:00:48 AM
Jamarat Tampung 300.000 Jemaah Perjam
Jakarta (MCH).
Wakil menteri Pembangunan Kerajaan Arab Saudi Habeeb Zainal Abideen menyatakan bahwa
kesiapan keseluruhan lantai jamarat tahun ini akan memudahkan operasional haji selama di Mina.
Direncanakan nantinya dalam waktu satu jam sekitar 300.000 jemaah akan terlayani.
Menurut Habeeb, lantai dasar akan menampung 100.000 jemaah perjam.
Lantai dua akan menampung 80.000 jemaah perjamnya.
Sementara lantai 3 dan empat akan mampu menampung 120.000 jemaah perjamnya.
Dengan demikian 300.000 jemaah haji bisa melakukan pelemparan jamarat dalam satu jam.
Jika jumlah jemaah haji mencapai 3 juta jemaah, maka dalam 10 jam pelaksanaan ritual itu akan diselesaikan.
Habeeb, seperti dikutip haran Asyarqul Awsath edisi Jumat, 21 November hari ini,
menyatakan bahwa perangkat eskalator dan lainnya sudah selesai dan siap membantu kelancaraan jemaah haji.
Malah, menurutnya, tahun 2010 mendatang, jemaah haji yang akan melempar di lantai 4 jamarat akan
bisa memanfaatkan kereta api cepat dari jalan Raja Abdul Aziz.
Kereta api tersebut akan mampu mengangkut 70.000 jemaah haji perjam.
Alhamdulillah..
Moga akan lebih mudah lagi pkerjaan ibadah Haji kita... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2689 limizia's post
perbanyakkan doa...semoga berjaya. |
|
|
|
|
|
|
|
masyallah...sungguh indah permandangan disana..
Insyallah akan sampai ke sana satu hari nnt... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by limizia at 22-11-2008 06:42 AM
Assalamualaikum,
limizia sentiasa mengikuti thread ini sepanjang tahun ini kerana panggilan haji masih dalam rayuan.
Tanpa diduga isnin lepas tabung haji telefon supaya datang untuk buat passpo ...
mizia...
Berita dibawah mungkin berkaitan..
Di ambil dari Utusan Malaysia On line..
''SAYA akan ke Mekah pada 26 November ini,''.
Begitulah mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang sahabat, Md. Som Md. Salleh pada awal bulan ini.
Terkejut juga penulis apabila menerima SMS itu kerana beliau tidak pernah membayangkan hasrat menunaikan haji tahun ini
ketika kami sama-sama mengerjakan umrah pada bulan Mei lalu.
Tidak seperti rakan-rakan lain yang sudah menyatakan hasrat seperti pasangan suami isteri, bekas pegawai tentera Zainal Abidin Husin
dan Noor Aishah Ariffin yang sudah mendaftar dengan Tabung Haji.
Insya-Allah mereka berharap akan ke sana pada 2010.
Tetapi bagi Md. Som, keazaman untuk menunaikan haji itu tetap ada, cuma masanya belum pasti.
Mungkin doanya sebelum meninggalkan Mekah sudah dimakbulkan.
Ketika mahu melakukan tawaf selamat tinggal, rakan rombongan umrah kami,
Haji Ismail Saad memberitahu rakan-rakan lain supaya berdoa di hadapan Kaabah memohon agar 'perpisahan' dengan Baitullah
tidak mengambil masa yang lama. Maksudnya supaya kami secepat mungkin dapat sekali lagi menjejakkan kaki
di- Mekah sama ada untuk haji atau umrah.
''Di sudut mana agaknya Md. Som berdoa,'' tanya Ismail apabila mendapat khabar itu.
Begitulah apabila sudah sampai masa dan ketikanya, berkat usaha dan doa, setiap insan Muslim akan berpeluang ke sana.
Md. Som walaupun baru mendaftar mendapat peluang itu setelah kekosongan berlaku pada saat akhir di sebuah syarikat pengendali haji.
Md. Som sudah pun menunaikan umrah dan pastinya pengalaman itu sedikit sebanyak dapat membantu perjalanan ibadah haji yang lebih mencabar dengan jumlah umat Islam mungkin mencecah sehingga tiga juta orang.
Bagi jemaah Malaysia yang mendapat penerbangan pada minggu-minggu terakhir menjelang musim haji ini akan terus ke Mekah melalui lapangan terbang Jedah. Mereka yang mendapat penerbangan awal akan ke Madinah dan kini beransur-ansur memasuki kota Mekah.
Kalau Allah mengkehendaki...
Walaupun baru saja mendaftar Haji...sudah terpanggil dapat pergi Haji..
Tiada yang Mustahil bagi Allah..
Kun Fayakun..
Rezeki Md som..
Dia tidak terfikir dapat awal mengerjakan Haji...
Alhamdulillah...
[ Last edited by aziefa at 23-11-2008 11:09 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2696 aziefa's post
semuanya ketentuan Allah jua....tentu Md. Som sebak menerima berita gembira tu. |
|
|
|
|
|
|
|
lautan manusia
i think this we call lautan manusia..
\
latest picture by lutfi...
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2682 Rosputih\ catat
kalau semua orang islam berperibadi sebgini tentu aman malaysia ni...tak adalah orang salah guna duit rakyat...pekerja tak curi tulang...sekarang ni saya attend kelas aqidah , penceramah nya penyarah maktab perguruan islam bangi...setiap selang seminggu kami mennati dgn penuh minat..sebab byk kupasannya berlaku dlm masyarakat kita hari ni..ada kala kita berlaku syirik tanpa kita sedari..berbaloi kah katanya kita dapat apa yang kita mahu tapi kita berbuat syirik....nauzubillah..
saya pun nasihat dengan anak saya yg dpt biasiswa jpa ke luar negara...ni duit rakyat ....beban nya berat..jgn salah gunakan..belajar rajin2 ni amanah dari pembayar2 cukai...after all menuntut ilmu itu juga ibadah..hopefully dia akan berjaya dunia akhirat..amin |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sunsuria at 23-11-2008 06:53 PM
kalau semua orang islam berperibadi sebgini tentu aman malaysia ni...tak adalah orang salah guna duit rakyat...pekerja tak curi tulang...sekarang ni saya attend kelas aqidah , penceramah nya peny ...
Tiada siapa yang sempurna dan tidak melakukan kesalahan di dunia ini suria tetapi alangkah beruntungnya andai kita menyedari kesalahan kita dan sedaya upaya cuba memperbaikinya dan memohon keampunan dari Allah SWT.
Kakak bercakap bagi diri kakak sendiri yang juga selalu lalai, leka dan tak lepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan dari seusia remaja sehingga kini melewati usia separuh abad. Walaupun kita menyesalinya dan cuba memperbaikinya, sebagai manusia biasa, kita juga tidak dapat mempastikan apakah kita tidak akan mengulangi lagi kesilapan dan kelalaian itu di masa hadapan.
Semoga Allah memelihara diri kita semua dari melakukan perbuatan mazmumah dan menunjukkan kita semua ke jalan yang lurus, jalan yang diredhai olehNya, Ameen. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2704 Rosputih\ catat
betul..sebab itu kita mesti sentiasa update ilmu kita supaya kita sentiasa dilandasan yang betul sentiasa di peringati oleh orang yang lebih berilmu..kadang2 benda yang kecik kita tk perasan..saya bagi contoh..ni nasihat saya pada students dan pada diri sendiri..
bila kita potong que di jalanan...sebenarnya kita berlaku zalim pada orang yang dah beratur panjang...lagi zalim bila kita potong que tu lampu trafic tukar jadi merah so kereta yang kita potong tadi terpaksa tunggu satu pusingan lampu tukar hijau...tak zalim kah itu...ini satu penganiayaan jugak
orang yang berlaku zalim dan suka menganiaya orang di akhirat esok akan jdi orang yang muflis...nak ke jadi orang yang muflis...
perkara2 begini perlu di terapkan dari kecil..dah tua tengok lah yang suka potong que tu pun orang2 tua belaka..
saya ni guru ada laporan murid kelas A meniru masa exam, kebetulan saya mengjar kelas tu..sebelum peperiksaan akhir tahun baru ni saya bagi tazkirah dulu..kepada sesapa yang meniru tu awak sebenarnya berlaku zalim...bukan sahaja pada rakan2 sekelas anda tapi kepada semua pelajar satu tingkatan..katalah kerana meniru awak dpt markah tertinggi...dpt no yang bagus...dapat hadiah...dan dpt naik kelas pertama...sedangkan awak telah menipu...sedarkah anda telah menzalimi ramai orang..sepatutnya dapat nombor lebih rendah atau mungkin juga turun kelas tapi sebab meniru awak dah mengatasi beberapa calon yang lebih layak dari awak...jadi bersiap sedialah di akhirat nanti kena bayar balik kat semua orang yang dah awak zalimi..jadi lah awak seorang yang muflis di akhirat nanti..ter senyap kejap..ada pulak tanya soalan..kalau kita meniru tapi dpt no last dlm kelas ok tak? saya jawab no terakhir dlm kelas A..tapi stil menipu kerana sepatutnya ada pelajar lain dari kelas B patut layak masuk kelas A?? |
|
|
|
|
|
|
|
ada sesiapa tak yg ambik gambar dari zam2 taower or hilton or continental, latest gambar dari atas menunjukkan kawasan shamiah yg telah dirobohkan. Kalau ada minta jasa baik paste kan. jazakallah hu khairan. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman
Pagi tadi...Alhamdulillah....saya sempat menghantar seorang sahabat yg bertolak ke Tanah Suci hari ini utk menunaikan Rukun Islam Kelima.....plan asal nak jumpa lama sikit so dah siap tanya pukul berapa beliau akan berada di sana...dlm lebih kuran pukul 7.20 pagi tergerak hati nak call boss saya yg kebetulan nak menghantar sama....terkejut bila dibagi tahu mereka dah beratur utk daftar masuk...aduh...cepat2 sarung kasut dan start motor terus ke sana....tgk2 dia dah beratur di barisan depan....hati dah sayu..tak sempat nak jumpa dan ucap selamat jalan...tiba nampak dia masih lagi beratur...apalagi saya redah lautan manusia yg ada tuh dan terus menuju ke arah sahabat saya....alhamdulillah niat saya dimakbulkan Allah..kami berpelukan begitu rapat dan akrab....air mata dah mula turun. Dapat saya rasakan betapa gembirannya hati beliau sebab nak berangkat menjadi Tetamu Allah..insyaAllah. Lama jugak kami berpeluk sampai isteri beliau dgn org sekelilng jadi hairan. Beliau ucapkan terima kasih pada saya sebab sanggup redah hujan dan lautan manusia utk jumpa dia. Selepas ucapkan selamat jalan dan mintak dia sampaikan salam saya pada Rasulullah s.a.w. Hati saya terus rasa sebak dan gembira...saya doakan moga beliau mendapat Haji yg mabrur. Ya Allah kau kurniakan rahmat Mu pada sahabat ku Abdul Ghani Ibrahim dan isteri. Kurniakan padanya kesihatan, kekuatan, kemudahan dan ketenangan dalam menjalani ibadah Haji musim ini. Izinkan aku menjadi tetamu Mu kelak...sebagaimana yg dirancang....
MasyaAllah seronoknya tgk mereka2 yg dah menerima jemputan utk menjadi tetamu Allah kali ini....tak sabar rasanya dah pegi...InsyaAllah...Ya Allah izinkan aku menjadi tetamu mu utk menunaikan umrah...permudahkan segala urusanku utk menjadi tetamu Mu......Amin |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayahjoe at 24-11-2008 11:03 AM
Pagi tadi...Alhamdulillah....saya sempat menghantar seorang sahabat yg bertolak ke Tanah Suci hari ini utk menunaikan Rukun Islam Kelima.....plan asal nak jumpa lama sikit so dah siap tanya pukul ...
Assalamualaikum ayahjoe,
Dapat dibayangkan betapa bahagia dan berbunganya hati ayahjoe akhir-akhir ini..... |
|
|
|
|
|
|
|
yesterday..kt surau kastam..ada jemaah solat ngan ihram..rasa lain sangat..
rindu kt ihram..balik duk tengok2 kain ihram..elok tak lagi..rindunya nak pakai balik..
rasa macam nak beli kain lain...sebab boleh simpan untuk haji..yelah ayah punya ada 3 helai..nanti masa haji tak boleh pinjam..sebab ayah pun nak guna..
so duk plan nak shopping kain ihram hehehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2707 ayahjoe\ catat
Baca cerita ayahjoe ni..
Rasa seronok n tergenang juga airmata...
Dapat merasai sama ...
Subhanallah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2709 HUSSAINTAHIR\ catat
Alahai..
Kesian anak Mak Cik ni...
Dah tak sabar nak pi buat Haji...
Alhamdulillah...
Mak cik tumpang seronok tengok gelagat kerinduan Husain..
Mak cik pun rindu...
Baru baca Buku...Pahala 7000 Tahun..
Menceritakan pahala yg berganda ganda bagi org yg mengerjakan Umrah & Haji..
Subhanallah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|