CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 16-11-2008 08:35 PM | Show all posts

Balas #2611 IDB\ catat



IDB tak de ye kat Rumah Kak Ros kelmarin..
Bilalah agaknya boleh jumpa dgn IDB..
Teringin jugak nak kenal secara dekat dgn IDB..
Dapat kenal dalam Forum aje..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2008 08:56 PM | Show all posts

Reply #2612 aziefa's post

Azi dan tak lupa Kak Ros serta yang lain..nanti satu masa kita jumpa...maklum negara sedang 'gawat', jadi kerja pun 'gawat' jugak...apa-apa pun tumpang seronok membaca kegembiraan kawan-kawan yang pegi rumah Kak Ros ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 09:58 PM | Show all posts

Balas #2607 Rosputih\ catat

Moga Allah murahkan rezeki , masa dan anugerahkan kesihatan yang baik untuk kita semua agar dapat lagi ziarah ke tanah suci Mekah & Madinah.

Jad mmg di tinggal KL. Terlepas kapal baca berkenaan gathering. Malam tadi baru baca berkenaan gathering kat umah k'Ros. InsyaAllah pada lain masa jika ada kesempatan, berjumpalah kita.

Siapa yg datang ke gathering tu?.

SubhanaAllah yg menemukan kawan-kawan dalam majlis gathering atas dasar ukhuwah Islam.

Salam ukhuwah semua.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 11:08 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 16-11-2008 10:58 AM
Tak de gambar gambar terbaru dari Kompleks Haji Kelana Jaya???
Rindu nak tengok Bakal Para Tetamu Allah...
Subhanlah..
Bagaimana nak ku luahkan kerinduan ini...


makcik ader gambar terbaru...
insyaALLAH esok malam saya upload kan..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 10:28 AM | Show all posts
16 November, 2008 21:02 PM     

Tabung Haji Ambil Langkah Awal Bendung Kenaikan Kadar Sewa Penginapan Jemaah

Daripada Zulkefli Salleh

MEKAH, 16 Nov (Bernama) -- Dalam usaha mengatasi kos rumah penginapan untuk jemaah haji yang semakin meningkat di Kota Suci ini, Tabung Haji Malaysia (TH) merancang untuk menyewa kemudahan itu bagi tempoh yang lebih panjang sehingga sepuluh tahun.

Konsul Haji Malaysia Khalid Noordin berkata, walaupun langkah itu bakal melibatkan jumlah pelaburan yang agak besar, pendekatan ini bukan sahaja dijangka dapat menjamin kemudahan penginapan yang selesa dan selamat bagi jemaah haji, tetapi juga mengawal peningkatan kos yang terlalu tinggi pada masa depan.

"Apa yang kita buat sekarang ialah menyewa rumah penginapan bagi tempoh sederhana tiga hingga empat tahun sahaja, tetapi ini sudah lagi tidak sesuai dengan keadaan pasaran dan dari segi mengawal kos," katanya kepada wartawan Malaysia yang menganggotai pasukan media TH, di sini hari Ahad.

Menurutnya, kadar sewa rumah penginapan di kota ini dijangka meningkat lagi berikutan fasa kedua projek pembesaran kawasan Masjidil Haram yang dijadualkan bermula sebaik sahaja selepas musim sekarang.

Pengluasan kawasan di utara Baitullah fasa pertama sekarang, yang dimulakan selepas musim haji 1428 Hijrah, menyaksikan kadar sewa penginapan haji di sini naik sekali ganda berikutan perobohan bangunan rumah penginapan dalam lingkungan 300 meter membabitkan 500,000 katil apabila penawaran bilik penginapan berkurangan.

Bagaimanapun, Khalid berkata bagi musim haji tahun ini, TH tidak terjejas dengan projek itu kerana rumah penginapan mengikut kadar sewa perjanjian lama dan tidak timbul masalah kekurangan rumah penginapan bagi bakal haji Malaysia, kecuali bagi satu dua bangunan yang baru disewa.

"Tahun ini kita bernasib baik kerana TH masih menggunakan rumah penginapan yang digunakan bagi musim-musim haji yang lepas," kata beliau.

"Bagaimanapun, bagi menampung keperluan rumah penginapan dan kadar sewanya tidak terlalu tinggi pada tahun-tahun depan, kita perlu memulakan perancangan awal. Malahan kita telah menjurus kepada beberapa bangunan (untuk disewa bagi tempoh sepuluh tahun) untuk memulakan rundingan," katanya.

Menurutnya, bagi bandar Suci Madinah Al Munawarah, TH telah pun membuat pelaburan dengan menyewa Hotel Movenpick yang terletak berhampiran Masjid Nabi bagi tempoh sepuluh tahun. Hotel ini turut digunakan sebagai pusat operasi TH di Madinah.

"Dalam membuat pelaburan, kita perlu mengambil kira faktor pulangan kerana sewa rumah penginapan yang kita tandatangani bukan untuk tempoh musm haji sahaja tetapi sepanjang tahun-tahun sewaan ," kata beliau.

Ditanya mengapa TH tidak mengambil langkah membeli terus bangunan-bangunan hotel yang disewa sebagai penginapan jemaah, Khalid berkata, pendekatan itu tidak dapat dilakukan kerana hartanah hanya untuk warganegara Arab Saudi.

Mengulas lanjut beberapa hartanah baru yang bakal disewa oleh TH di sini, beliau berkata mereka sedang melihat kemungkinan menyewa bangunan yang terletak dalam kawasan strategik iaitu berdekatan dengan kawasan Masjidil Haram kelak.

Selain daripada menyewa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan bahawa Malaysia merancang mengadakan usahasama dengan pengusaha dari Kumpulan Ben Laden untuk membangunkan sebuah hotel 30 tingkat mengandungi 1,650 bilik di satu tapak terletak kira-kira 200 meter dari Masjidil Haram.

Projek itu, apabila siap kelak, dapat menampung sejumlah 18,000 bakal haji Malaysia, sedang menunggu kelulusan pihak berkuasa Arab Saudi.

Selanjutnya Khalid berkata, bangunan-bangunan yang sedia disewa oleh TH pada masa ini terletak kurang daripada satu kilometer sahaja dari Masjidil Haram untuk memudahkan jemaah haji berulang-alik melakukan ibadat di Baitullah.

Bagi rumah penginapan yang agak jauh dari Masjidil Haram, TH sedang berusaha supaya satu sistem pengangkutan teratur dan selamat dapat disediakan untuk mereka.

"Kita sedang berbincang dengan Muassasah (agensi Haji Saudi) untuk mencari operator pengangkutan yang sesuai bagi mengangkut jemaah secara lebih tersusun," kata beliau.

Pada masa ini, bakal-bakal Haji Malaysia berulang-alik ke Masjidil Haram dari penginapan mereka dengan berjalan kaki dan sebahagian mereka menaiki van shuttle persendirian milik orang tempatan yang menawarkan pengangkutan murah.

Dari Hotel Abraj Janadiriah yang terletak 800 meter dari masjid tersebut , sebahagian daripada 7,000 jemaah yang menginap di sini dikenakan bayaran satu rial Saudi (RM0.90) bagi setiap perjalanan.

Di bahagian depan bangunan hotel berkenaan, yang menempatkan ibu pejabat TH di sini, terdapat kedai runcit dan tidak jauh dari situ terdapat kawasan kedai makan dan bazaar membeli belah.

Di dalam bangunan hotel sendiri terdapat pelbagai perkhidmatan tambahan seperti dobi dan restoran makanan Malaysia pada harga berpatutan selain daripada perkhidmatan biasa seperti pengeluaran wang, Khidmat kesihatan, pos, kaunseling dan ceramah agama
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 10:31 AM | Show all posts
Originally posted by IDB at 16-11-2008 08:56 PM
Azi dan tak lupa Kak Ros serta yang lain..nanti satu masa kita jumpa...maklum negara sedang 'gawat', jadi kerja pun 'gawat' jugak...apa-apa pun tumpang seronok membaca kegembiraan kawan-kawan yan ...


Insyallah...
Ada rezeki kita jumpa di masa kan datang..
Amin..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2008 10:59 AM | Show all posts
Dari Hotel Abraj Janadiriah yang terletak 800 meter dari masjid tersebut , sebahagian daripada 7,000 jemaah yang menginap di sini dikenakan bayaran satu rial Saudi (RM0.90) bagi setiap perjalanan

Apa nak buat dugaan masing2 dpt  penginapan sedikit jauh. .berdoa agar pemudahkan sume urusan x dapt bayangkan betapa pejalanan yg sesak dgn menaiki kenderaan..rase lebeih rela berjalan kaki bg jemaah yg  sehat dari mengarungi kesesakan lalu lintas..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2008 12:11 PM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 14-11-2008 01:52 PM


Ye ke... excited sangat kerana lama tak nampak rezeki sampai lupa nak tanya rezeki duduk mana.  
Di selatan tanah air tu di JB ke?


Kawasan yg sewaktu dgnnya. Tapi kampung kat muar / kl
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2008 12:19 PM | Show all posts
Originally posted by rezeki at 17-11-2008 12:11 PM


Kawasan yg sewaktu dgnnya. Tapi kampung kat muar / kl


Off topic kejap...

Hisshhhh.. janganlah begitu, nanti jejak kasih pulak kerana kakak orang muar, suami orang JB
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 01:25 PM | Show all posts
INFO CUACA HARI INI..



Max : 35
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 01:28 PM | Show all posts
Originally posted by haziq_97 at 17-11-2008 10:59 AM
Dari Hotel Abraj Janadiriah yang terletak 800 meter dari masjid tersebut , sebahagian daripada 7,000 jemaah yang menginap di sini dikenakan bayaran satu rial Saudi (RM0.90) bagi setiap perjalanan ...



Agaknya tulah sebabnya kebanyakkan Jemaah yang duduk jauh..
Sekali dia keluar solat kat Masjid..lepas Isyak nanti dia baru balik..
Kalau nak berulang jauh katanya..
Kadang kadang tu solat kat Maktab aje..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 02:06 PM | Show all posts
800 meter memang jauh ...kesian atuk dan nenek yang tua serta mereka yang kurang cergas...nampaknya dugaan bermula sebelum wukuf haji.

[ Last edited by  IDB at 17-11-2008 02:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 05:07 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 17-11-2008 01:28 PM



Agaknya tulah sebabnya kebanyakkan Jemaah yang duduk jauh..
Sekali dia keluar solat kat Masjid..lepas Isyak nanti dia baru balik..
Kalau nak berulang jauh katanya..
Kadang kadang tu so ...

2lah masa time g dulu pun ada juga jemaah yg sehat2 badan g solat kat surau maktab.. berulang2 kali reminded by ustaz and ustazah glah solat kat Masjidilharam..pahala berganda2 biarlah  jemaah yg x berupaya solat kat surau..menghabiskan air lior aje.. Kenkadang terfikir jg nape jemaah x nak g Masjidilharam untuk solat.. xlah jauh sangat.. tp bab shopping tu blehlah g berkilo2 metre berjln????????
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 05:29 PM | Show all posts
Salam.....

Seronok sangat masa perjumpaan di rumah ibu hari tu....
Dengan izin Allah kita semua bertemu...

Semuanya baik dan ramah....mesra
Paling sedap mee bandung...(kalau kat kedai rasanya mesti ulang pergi)

Dan keinginan untuk ke Tanah Suci semakin melonjak..
teringin merasai nikmat berada di sana...

Terima kasih untuk semua..
dan terima kasih atas pelukan ibu tu...
(mesti ibu lemas ryna asyik peluk cium aje..hehe)

Jujurnya terasa terubat kerinduan nak peluk mak yang berada di sana..
Balik terus demam...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 07:37 PM | Show all posts
Originally posted by ryeena at 17-11-2008 05:29 PM
Salam.....

Seronok sangat masa perjumpaan di rumah ibu hari tu....
Dengan izin Allah kita semua bertemu...

Semuanya baik dan ramah....mesra
Paling sedap mee bandung...(kalau kat kedai ras ...

wsalam..thanks for coming ryeena..

serious to say you have 2 cute kids....enjoy dgn budak2 tue pandai cakap...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 07:54 PM | Show all posts
Originally posted by ryeena at 17-11-2008 05:29 PM
Salam.....

Seronok sangat masa perjumpaan di rumah ibu hari tu....
Dengan izin Allah kita semua bertemu...

Semuanya baik dan ramah....mesra
Paling sedap mee bandung...(kalau kat kedai ras ...


Assalamualikum ryeena,

Ryeena demam , kesiannya anak ibu ni.
Ibu juga rasa seronok memeluk ryeena, terasa ryeena memang ikhlas dan ibu menerimanya dengan ikhlas juga
Ibu juga terhibur  melihat telatah 2 anak perempuan ryeena,  terubat juga rindu ibu  pada cucu ibu yang jauh  di rantau orang.

Janganlah  sebut pasal mee bandung tu, malu ibu, kerana ibu rasa apa yang ibu masak tu tak berapa memuaskan hati ibu, tak  menepati yang sepatutnya lebih sedap lagi rasanya daripada yang dimasak pada  hari tu.

Senang-senang call dan datang rumah ibu ye...

[ Last edited by  Rosputih at 17-11-2008 07:56 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2008 10:14 PM | Show all posts
PERISTIWA SEMASA HIJJATUL WADA'

Di masa wukuf terdapat beberapa peristiwa penting yang dijadikan pegangan dan panduan umat Islam, di antara ialah seperti berikut :

Rasulullah  minum susu di atas unta supaya dilihat oleh orang ramai bahawa
hari itu bukan hari puasa atau tidak sunat berpuasa pada hari wukuf.


Seorang Sahabat jatuh dari binatang tunganggannya lalu meninggal,
Rasulullah . menyuruh supaya mayatnya dikafankan dengan 2 kain ihram dan tidak dibenarkan kepalanya ditutup
atau diwangikan jasad dan kafannya.
Sabda Baginda pada ketika itu bahawa " Sahabat itu akan dibangkitkan pada hari kiamat di dalam keadaan berihram dan bertalbiah".


Rasulullah . menjawab soalan seorang ahli Najdi yang bertanyakan " Apakah itu Haji ?". Sabdanya yang bermaksud
" Haji itu berhenti di Arafah". Siapa tiba di Arafah sebelum naik fajar 10 Zulhijjah maka ia telah melaksanakan haji.

Turunnya ayat suci Al-Quranul Karim surah Al-Maidah yang bermaksud :

" Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatku ke atas kamu dan
aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kami"


Daripada sejarah dan peristiwa ringkas itu terlihat betapa Rasulullah  telah menyempurnakan haji dengan pengorbanan Beliau
bersama sahabat-sahabat yang berjalan dari Madinah Al-Munawwarah ke Makkah Al-Mukarramah selama 9 hari
dibandingkan sekarang kalau kita menaiki kapal terbang yang sudah sampai ke Tanah Suci kurang dari 11 jam.
Ini hal yang perlu kita direnungkan apabila kita menghadapi sebarang kesusahan di tanah Suci kelak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 10:42 PM | Show all posts

Balas #2618 haziq_97\ catat

Nie hotel LUTH yg paling jauhkah drp masjidilharam?

Hotel jemaah indonesia rasanya lagi jauhkan(kalau kira last year lah),  tahunnie pun samakah?

Dgn adanya pembangunan hotel2 baru ini, adakah nanti water supply hotel tak perlu lagi dihantar melalui lori tapi melalui saluran paip air?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 10:48 PM | Show all posts
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 17-11-2008 07:37 PM

wsalam..thanks for coming ryeena..

serious to say you have 2 cute kids....enjoy dgn budak2 tue pandai cakap...


thanks ye....
seronok sangat dapat jumpa hari tu....
tak sangka juga.....selalunya baca tulisan Hussain aje...
akhirnya dapat berjumpa di luar...

anak anak memang banyak mulut...
itupun sebelum sampai rumah ibu...
rasanya puas bagi'ceramah' sikit dalam kereta...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 11:24 PM | Show all posts
Originally posted by ryeena at 17-11-2008 10:48 PM


thanks ye....
seronok sangat dapat jumpa hari tu....
tak sangka juga.....selalunya baca tulisan Hussain aje...
akhirnya dapat berjumpa di luar...

anak anak memang banyak mulut...
itupu ...

la kecian..kena ceramah dalam kereta haha..

your kids very polite dan petah bercakap...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.090456 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list