CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 14-11-2008 11:32 AM | Show all posts

Reply #2591 aily's post

Package kkak, tulah yg dia org x puas ati.. patutnya duduk Movinpeak tp dh penuh ..so kena dduk kat hotel lain tp masih dekat juga dgn Masjid Nabawi kan???Kkak pun perasaankan hotel kat situ xlah jauh sangat  se****** tu aje.. Klau kat Mekah.. mmg masak le...dduk hotel jauh2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2008 01:52 PM | Show all posts
Originally posted by rezeki at 14-11-2008 10:01 AM


Waalaikum Salam, terima kasih di atas jemputan. Semoga semua berjalan lancar. Minta maaf kerana tidak dpt hadir kerana saya jauh di selatan tanah air.


Ye ke... excited sangat kerana lama tak nampak rezeki sampai lupa nak tanya rezeki duduk mana.  
Di selatan tanah air tu di JB ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 02:44 PM | Show all posts

Reply #2583 HarizAzhari's post

Selamat pergi Hariz...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 06:02 PM | Show all posts
13 November, 2008 18:55 PM           

Tabung Haji Kaji Galak Pakaian Seragam Untuk Jemaah Haji

MEKAH, 13 Nov (Bernama) --
Tabung Haji akan mengkaji kemungkinan anggota rombongan haji Malaysia memakai pakaian seragam semasa berada di sini
dan Madinah supaya mudah dicam dan untuk tujuan identiti.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Salleh Mubin berkata bagaimanapun faktor kos yang perlu ditanggung oleh jemaah haji
perlu diambil kira sekiranya mereka dikehendaki memakai pakaian seragam.

"Pada masa ini, jemaah diberi pilihan dalam pakaian tetapi kita menggalakkan mereka memakai baju Melayu,"
kata beliau kepada pasukan media Tabung Haji (TH) di sini hari ini.

Rombongan haji dari Turki dan beberapa negara lain sudah memakai pakaian seragam dan mereka mudah dikenal pasti dari jauh
apabila berada di tengah orang ramai.

Beliau berkata, TH menyediakan satu pasukan peronda terdiri daripada empat petugas pada setiap syif untuk mengesan
anggota rombongan haji Malaysia yang tersesat jalan di sekitar kawasan Masjidil Haram.

Mohd Salleh berkata, untuk keselamatan bakal haji Malaysia, TH menggalakkan mereka keluar secara berteman atau berkumpulan,
sentiasa memakai rantai tangan pengenalan diri, lencana, sentiasa mengawasi tanda jalan, dan jangan membawa wang tunai terlalu banyak.

"Kita juga menasihatkan bakal haji kita sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan tuan rumah dan jangan menyusahkan jemaah haji lain semasa berada di dalam Masjidil Haram," kata beliau.

--BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 11:09 AM | Show all posts
Cerita Haji

Diambil dari satu laman web.

Rempuhan Di Masjidil Haram.

Kata orang menunaikan haji bukan mudah kerana kita akan menghadapi berbagai dugaan dan cubaan.
Bermacam cerita pernah aku dengar dari jemaah haji yang pulang ke tanah air menjadikan diriku sedikit takut bila sampai ke Tanah Suci.

Dengan keizinan Allah SWT aku bersama isteri dan kakak ipar ku dapat menjalani ibadat haji tersebut dengan baik dan tenang
pada tahun 2004/05.

Satu peristiwa yang masih jelas dalam ingatan adalah ketika berada di Masjidil Haram di Mekah, masjid suci penuh sejarah yang
menempatkan Kaabah.

Uztaz Haji Abdul Ghani yang membawa kami pernah menasihatkan supaya beringat dan berwaspada di masjid ketika hampir hari wukuf di mana orang semakin ramai dan keadaan bersesak ketika waktu sembahyang. Katanya jangan kena rempuh orang takut tercedera, susah nanti nak mengerjakan rukun dan wajib haji.

Alhamdullilah kejadian buruk tidak pernah berlaku kecuali sekali sekala dilanggar penjaja haram di kaki lima mesjid ketika mereka melarikan diri dari pihak berkuasa yang menyerbu.

Pulang dari bermalam di Mina, orang masih bersesak di masjid menyelesaikan rukun haji iaitu tawaf dan saei.
Yang lainnya seperti aku menghabiskan masa sembahyang, membaca al-Quran dan wirid.

Pada hari perisitiwa tersebut aku berada di masjid menunggu waktu Isyak tiba.
Aku duduk di tingkat satu berhadapan dengan pancuran emas Kaabah.
Kurang sepuluh saf di depan ku ramai orang tawaf.

Jemaah yang duduk beribadat tidak berapa ramai kerana ada yang pulang selepas Magrib.

Sedang kusyuk membaca al-Quran tiba-tiba aku terdengar bunyi bising suara orang yang ramai dari arah kanan ku
seolah-olah sedang berlari berserta bunyi seperti injin lori yang besar. Serentak dengan itu kurasa lantai masjid bergegar.

Aku keliru kerana orang yang tawaf dari arah kiri pergi ke kanan, kenapa pula mereka berlari beramai-ramai mengundur ke belakang.
Apabila aku toleh muka ke kanan aku lihat pemandangan yang kabur dan kawasan masjid seolah-olah berasap.

Aku mencapai al-Quran dan beg selendang ku dan bingkas bangun apabila melihat jemaah di kanan ku bangun beramai-ramai
dan berlari ke arah ku. Ada yang kena langgar dan ada yang jatuh.

Dalam keadaan kelam kabut ingatan ku hanya satu iaitu mencari tiang masjid untuk berlindung dari rempuhan orang.

Tidak sampai 1 minit bunyi rempuhan dan bising tiba-tiba hilang. Semua jemaah yang lari lintang pukang tadi terpingga-pingga hairan.
Aku cuba melihat kalau ada tanda rusuhan atau gangguan kumpulan jemaah yang ingin mengacau tapi tiada.
Pengawal masjid mengarahkan semua orang duduk.

Keadaan kembali tenang dan jemaah dapat menunaikan sembahyang Isyak selepas itu seperti biasa.
Pulang dari masjid baru terasa pergelangan kaki kiri ku sakit mungkin terseliuh semasa melarikan diri.

Alhamdullilah kerana kerja haji ku selesai, kalau tidak tentu terganggu kerana selepas tiga hari aku masih lagi berjalan terhenjut-henjut,
mungkin itu yang dimaksudkan oleh Uztaz Haji Abdul Ghani.

Selang beberapa hari kejadian yang sama berlaku di tempat yang sama.
Kali ini semasa aku dan jemaah sudah berdiri dalam saf bersedia untuk menunaikan sembahyang subuh.

Tiada jemaah yang lari kali ini, mungkin masing-masing teringat kejadian yang pertama.
Kejadian tersebut tidak terhad di tingkat satu sahaja kerana pada masa sama yang berada di tingkat bawah dan bumbung juga mengalaminya.

Ada yang mengatakan terasa angin sejuk lalu di depan muka mereka dan ada yang melihat seperti cahaya naik ke langit.

Bermacam teori dikemukakan oleh mereka yang mengalami kejadian tersebut seperti malaikat turun dari langit dan naik ke langit
membawa amalan haji yang disempurnakan oleh jemaah haji, makhluk Allah selain manusia mengerjakan amalan haji dan bermacam lagi telahan. Wallahu a ' lam.
Namun pasti yang terjadi adalah sesuatu yang ghaib yang di luar jangkauan pemikiran manusia, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Perbuatan jemaah bangun dan lari tanpa memikirkan keselamatan orang lain di dalam masjid adalah tindakan tidak bijak yang mengundang malapetaka kepada jemaah yang dilanggar atau dipijak.

Sesungguhnya mesjid adalah tempat berlindung yang paling selamat apatah lagi Masjidil Haram dan tidak perlulah kita lari lintang pukang keluar masjid seperti yang dilakukan oleh sesetengah jemaah ketika kejadian.

Syukur aku dan isteriku tidak mengalami kecerderaan yang teruk.
Sehingga hari ini kejadian tersebut kekal jelas dalam ku menggambarkan betapa besarnya kekuasaan Allah SWT dan
sesuatu yang berlaku sudah tentu mempunyai hikmahnya untuk kita renungi dan jadikan iktibar.

Hisham - Kota Bharu

Perkara ni kerap berlaku.
Ada juga dengar sembang sembang di tempat makan mengatakan..
Ia adalah merupakan bunyi bila Air cond di Masjid mula berfungsi..
Wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 01:18 PM | Show all posts
Dipetik dari saudi gazzatte

7 hospitals, 75 dispensaries for pilgrims in Makkah
By Ahmad Wahaj Al-Siddiqui
MAKKAH – Seven hospitals with a capacity of 1,623 beds and fully equipped with all modern health facilities have been earmarked to cater to the needs of expected three million pilgrims this year. Over 2,000 paramedical staff including specialists would provide health services to the pilgrims at these hospitals, Dr. Khalid Bin Obaid Zafar, head of the health affairs directorate the Higher Haj Committee, told Saudi Gazette here on Thursday.
Besides, he said, about 75 dispensaries in and around Makkah shall remain open to give medical assistance and free medicines to the pilgrims.
Four dispensaries have been set up at the Grand Mosque, one each on King Abdul Aziz and Umrah gates and two on the first and second floors of Ajyad gate, he said.
Similarly, steps have been taken to ensure the health and safety of the pilgrims in holy sites. Mina Valley, where the pilgrims will stay for three-four days has four general hospitals including one for treating emergency cases. The combined strength of these hospitals is 569 beds. The entire Mina area has also been provided with 44 health centers, out of them 15 are around the Jamrat area. Arafat has three hospitals, Arafat General Hospital, Jebel Rahma Hospital and Nimrah Hospital. These hospitals have 577 beds. Medical services will also be provided in 46 dispensaries around Arafat. added Dr. Khalid.
A fleet of 100 ambulances will attend all calls round the clock from Dhul Hijjah 7 to 12. The Makkah Health Directorate has also arranged mobile dispensaries to treat emergency cases in the holy sites.
Civic authorities have also opened polyclinics at Jeddah seaport and King Abdul Aziz Airport.
Dr. Khalid added that on quite a few occasions severe cases have been referred to Jeddah hospitals. He said Jeddah has 13 hospitals with 2,230 beds. Similarly the sick pilgrims coming from Qarn-al-Manazil are attended at Sail-al-Kabeer and severe case are taken by ambulances to the hospitals in Taif. Taif has 11 hospitals with 1,820 beds.
All the hospitals in Makkah, Jeddah and Taif have consultants and surgeons in all the fields of medicine and surgery.
Located close to the Grand Mosque is Ajyad General Hospital which faces a very heavy influx of sick visitors and attends to about 10,000 patients daily. It has a special emergency ward for women. The patients requiring long term treatment are transferred to Noor Specialist Hospital. Dr. Khalid said around 5 percent of patients are kept in the 18-bed intensive care unit. Another cardio vascular unit for intensive care in this hospital keeps watch on severe heart cases. As and when required they are referred to Noor Specialist Hospital. – SG
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2008 01:23 PM | Show all posts


A 19-floor building collapses in a cloud of dust in Makkah’s Gaza district Thursday morning as part of the expansion project of the northern plaza of the Grand Mosque area. The building was destroyed in a controled explosion. The northern wing of the Grand Mosque will be expanded as part of the modernization of Jabal Omar, Jabal Khandamah, Darb Al-Khalil and its adjacent road, and the Mas’a area. Expansion of the Grand Mosque and its surrounding areas is part of the 10-year modernization plan announced earlier this year by Prince Khaled Al-Faisal, Emir of Makkah. Over the next five years, the central area in Makkah will attract modernization projects at a cost of SR100 billion. – Photo by Saleh Ba-Habri, Okaz/SG
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 01:24 PM | Show all posts
NATION
Grip tightened on Haram pickpockets
By Handi Al-Lihyani
MAKKAH – Pickpockets, purse snatchers, and harassers in the crowded Haram in Makkah area will be chased down on small electric vehicles that can run through the crowd safely, a source said. The vehicles will be used to transfer offenders, if caught, to the police station as not to disturb the movement of pilgrim or the spiritual scene.
Pickpockets and harassers become more active to prey on pilgrims within the Haram during peak times of confusion and rush in Haj and Ramadan. The illegal activities of offenders are believed to increase in the plazas around the Haram on an area of over 80,000 square meters.
A trained staff will be deployed in the area to identify potential pickpockets and harassers who tend to scan the crowd before attacking, the source said. – Okaz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2008 08:34 PM | Show all posts
Sedih bila fikir, kekadang macam tak layak nak pergi ke Tanah Suci Mekah ini. Saya banyak kali simpan duit, bila hati terdetik nak pergi, mesti duit tu nanti, saya terpaksa habiskan atau gunakan untuk benda lain.Macammana ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 08:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 12:56 AM | Show all posts
Salam

Kepada bakal haji/hajjah 1429H, Semoga mendapat haji yg mabrur. Moga menjadi insan yang lebih baik kesan drp ibadah ini. Ambiklah peluang minum banyak2 air zam zam yer.


Tk.

Dari, Jad yg dah lama tak jenguk thread nih. Kejap jer dah musim haji 1429H. Cepat betul masa berlalu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 05:59 AM | Show all posts

Reply #2602 jadree00's post

jad..selamat kembali berforum di thread ini...

begitu-lah hidup kita...pejam celik dah masuk musim haji yang baru...disebabkan leka dunia, kita lupa nak jenguk tanah suci kita tapi boleh pulak menjenguk tempat lain...tahu-tahu dah bertahun tak pegi Umrah/Haji...sesekali berfikir,rasa menyesal tak sudah..semoga kita menanam tekad untuk memperbaiki keadaan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 07:43 AM | Show all posts
Jemaah mula ihram
Oleh Baharom Bakar
[email protected]
KUALA TERENGGANU: Seramai 708 bakal jemaah haji dari Kelantan, Terengganu dan Pahang yang berlepas ke Tanah Suci melalui dua penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Madinah baru-baru ini kini dalam perjalanan menuju ke Makkah.

Pengarah Tabung Haji negeri yang juga Pengarah Operasi Haji Pantai Timur, Mohammad Mokhzani Mukhtar, berkata 1,132 lagi bakal jemaah haji dari Pantai Timur yang menaiki pesawat dari LTSM ke Tanah Suci diminta bersiap dengan pakaian ihram kerana mereka akan diterbangkan ke Jeddah sebelum terus dibawa ke Tanah Suci Makkah.

Sehingga semalam, katanya 1,063 daripada 2,804 bakal haji dari tiga negeri di Pantai Timur yang berlepas di LTSM sudah berada di Makkah bagi mengerjakan ibadat haji dengan 355 lagi berlepas menggunakan pesawat MH8044 tengah hari semalam.



“Sebanyak lapan penerbangan terus ke Madinah dan ke Makkah melalui LTSM disediakan tahun ini membabitkan 2,804 jemaah.

“Walaupun pertama kali mengadakan penerbangan terus dari LTSM, maklum balas yang diterima daripada bakal haji menunjukkan mereka amat berpuas hati kerjasama diberikan Tabung Haji dan agensi lain yang terbabit dalam menjayakan penerbangan terus ini,” katanya ketika ditemui di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan negeri yang menjadi kompleks haji sementara Pantai Timur, di sini semalam.

Mohammad Mokhzani berkata, kerjasama dan sikap ditunjukkan bakal jemaah dan saudara-mara mereka juga amat memuaskan.

“Bakal jemaah haji dan ahli keluarga memberi kerjasama yang cukup baik dan akur dengan setiap larangan dikeluarkan terutama tidak memasuki kawasan larangan ketika bakal jemaah haji melangkah masuk ke pintu stadium tertutup,” katanya.

Mohammad Mokhzani berkata, kerjasama diberikan saudara-mara bakal jemaah haji membolehkan urusan pengendalian dilaksanakan dengan sempurna tanpa sebarang kekecohan.

“Kita minta bakal jemaah haji yang akan berlepas melalui lima lagi penerbangan termasuk pagi ini (semalam) supaya datang lebih awal sekurang-kurangnya dua jam sebelum waktu melaporkan diri bagi melicinkan urusan pendaftaran masuk," katanya.

Sementara itu, seorang bakal haji yang ditemui, Halimah Abdul Razak, 60, dari Kampung Rahmat, Setiu, berkata dia bersyukur kerana dapat menunaikan ibadat itu tahun ini dan kagum dengan kemudahan yang disediakan Tabung Haji serta kerajaan negeri walaupun Stadium Tertutup hanya menjadi kompleks haji sementara.

“Semuanya mudah dan anak serta saudara yang ingin menghantar juga tidak perlu risau kerana semua kemudahan disediakan kepada jemaah, tumpuan mak cik sekarang adalah untuk menyempurnakan ibadat haji supaya dikurniakan haji mabrur.

"Tambah pula hari ini semua jemaah siap memakai ihram, lambaian Kaabah itu makcik rasa sudah semakin dekat dan mak cik berdoa supaya dapat mengerjakan haji dengan sempurna," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 10:58 AM | Show all posts

Balas #2604 HUSSAINTAHIR\ catat

Tak de gambar gambar terbaru dari Kompleks Haji Kelana Jaya???
Rindu nak tengok Bakal Para Tetamu Allah...
Subhanlah..
Bagaimana nak ku luahkan kerinduan ini...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 12:47 PM | Show all posts

Balas #2603 IDB\ catat

Assalamualaikum IDB, aziefa, rosputih, tuan2 umah dan semua...


jad pun sama rindu banget  dgn udara tanah suci terutamanya ketenangan pada subuh hari. Merenung kaabah. air zam2.

Kompius lah naper air mata senang nak keluar kat tanah suci, terasa syahdu dan  betapa lemahnya diri sbg hamba Allah serta manisnya iman. Dah lama2 balik drp tanah suci nih, macam kering atau lalai jer hati nih.

yg lain2 tu kan...bakso yg sedap-tak sama rasanya macam yg kat kl nih. he he.

ehem ehem jadik ker gathering semalam? Kalu tak silap terbaca ada nak buat gathering yer.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 03:30 PM | Show all posts
Originally posted by jadree00 at 16-11-2008 12:47 PM
Assalamualaikum IDB, aziefa, rosputih, tuan2 umah dan semua...


jad pun sama rindu banget  dgn udara tanah suci terutamanya ketenangan pada subuh hari. Merenung kaabah. air zam2.

Kompius  ...



waalaikum salam,

Itulah sebabnya kakak suka mengulangi mengujungi tanah suci ini saban tahun, untuk memperbaharui semula semangat yang kadang-kadang menurun , umpama  mempolish semula barangan tembaga kita yang dah mula berkarat tu....

Jad tinggal mana, kenapa  tak mau join sama semalam?.  Alangkah bagusnya kalau dapat bersua muka dengan jad.  
Lama betul jad tak hantar posting kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2008 03:56 PM | Show all posts
Fed up dengar mengenai Haji ni..sebab takdapat pergi
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 04:48 PM | Show all posts
Originally posted by hanyakoygmampu at 16-11-2008 03:56 PM
Fed up dengar mengenai Haji ni..sebab takdapat pergi


Assalamulaikum ygmampu,

Jangan cakap begitu.  Jangan berputus asa dari berdoa, semoga suatu hari nanti tanpa diduga Allah SWT  menjemput ygmampu sebagai tetamunya, tiada siapa yang tahu.

Kakak turut mendoakan suatu hari nanti ygmampu, akan mampu berada di tanah suci untuk mengerjakan Haji
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 06:49 PM | Show all posts

Balas #2608 hanyakoygmampu\ catat



Jangan cakap begitu...
Rezeki yang Allah nak beri kepada hambaNYA kita tak tahu..
Banyak banyaklah berdoa agar murahkan rezeki kita untuk sampai ke sana..
Insyallah..
Allah Maha Pemurah Pengasih lagi Penyayang terhadap hambaNYA..
Saya berdoa kepada Allah ..suatu hari kaki tu akan dapat menjejaki Kota Suci Mekah Madinah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 08:32 PM | Show all posts

Reply #2608 hanyakoygmampu's post

Saya pun nak cakap macam Kak Ros dan Aziefa...berbaik sangka-lah dgn Yang Maha Kuasa... mesti ada sesuatu sebab kita belum terpanggil...Hanya Dia yang tahu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.065967 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list