|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
Salam,
Kalau naik kapal terbang tu, kalau tak pasti toilet ada orang ke tak, ketuk dulu.
Secara lazimnya, pakcik2 & makcik2 tak kunci pintu. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Bila sampai Kompleks TH, mula2 sekali kena pergi ambil barang dulu di kontena.
Org ramai sangat2, letak beg dengan keluarga, lepas tu pergi sendiri ambil barang. Barang termasuk sticker utk beg, pek ubatan, tikar, beg selempang, beg kasut, beg batu, paket kicap dan paket chili sos.
Kaum lelaki yg pakai ihram tu, pakai talipinggang adalah wajib. Dlm keadaan ramai orang, kebarangkalian kain ihram tertarik ada tinggi. Jadinya jaga kain ihram anda.
Dinasihatkan beli topeng yg elok/mahal dari Malaysia. Juga ubat/gula2 sakit tekak & ubat batuk kuat yg serasi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2573 ustaz's post
tumpang tanya sikit ya ustaz... tahun lepas tikar, kicap, sos, ubat ubatan tu dapat tak semasa baut kursus perdana atau ambil di pejabat TH. Tahun ni semua dah dapat sumbagan sahabat koporat awal.. atau masa nak mendaftar kat kelana jaya akan dapat lagi barang barang tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Hari pertama di Mekah, pergi kenal Masjidilharam dulu. Pergi jalan keliling masjid dari tingkat bawah tanah hingga atap. Pergi cari tandas dan tempat wuduk di mana. JANGAN berwuduk di tempat air zam2 seperti org lain.
Pergi ke masjid awal dan pulang lewat sedikit. Keadaan sesak di luar masjid setelah selesai solat. Paling sesak sekali adalah pada solat Jumaat.
Jangan lupa niat iktiqaf ketika di masjid. Jika larat tawaf sunat, buatlah tawaf sunat. Lebih2 lagi selepas subuh & asar. Kalau boleh, ketika dalam masjid, elakkan dari bercerita duniawi sangat2. Perbanyakkan cerita agama. Lazimnya di dalam masjid kita akan berkenal2an dgn jemaah lain... samada dgn org Malaysia, Indonesia, Pakistan & India yg fasih English.
Semasa di Madinah, kalau boleh selawat sentiasa di bibir atau dalam hati. Rasulullah begitu dekat sangat dan segala selawat kita terus sampai ke baginda. Salam kepada baginda dan para sahabat setiap kali masuk ke masjid nabawi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2573 ustaz's post
Saya rasa macam nak pakai dua tali pinggang. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bayangan_rindu at 13-11-2008 04:55 PM
tumpang tanya sikit ya ustaz... tahun lepas tikar, kicap, sos, ubat ubatan tu dapat tak semasa baut kursus perdana atau ambil di pejabat TH. Tahun ni semua dah dapat sumbagan sahabat koporat awal ...
Tahun lepas kita ambil apabila sebelum kita masuk ke dewan berangkat.
Bila masuk, mula2 kita check-in beg kita & check pasport.
Lepas tu masuk dewan taklimat. Dalam dewan tu boleh tukar duit atau keluar duit dari tabung haji.
Kalau kita dapat duit sedekah, tukarkan kesemuanya utk dibelanjakan di sana. Akan tetapi, kalau duit yg dpt tu terlampau banyak dan tak terhabis. Simpan semula dalam tabung haji kita dan niatkan utk buat tambang kita utk ke Mekah semula. Tapi, kalau boleh duit yg kita dapat, kita belanjakan kesemuanya... utk beli barang2, makanan, bersedekah dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HarizAzhari at 13-11-2008 04:55 PM
Saya rasa macam nak pakai dua tali pinggang.
Satu sudah memadai. Doa agar ihram kita dipelihara dan kain kita tak terlucut.
Pastikan cara pakai kain ihram betul. Kalau salah pakai, kebarangkalian ia terselak adalah tinggi!
jangan pakai macam pakai kain pelekat. Lipat sekali ke dalam, dan lipat sekali lagi ke dalam juga. Gulung. Pakai talipinggan kemas2 dan lucutkan gulung tu utk tutup bahagian simpan duit utk keselamatan.
Untuk mereka2 yg mengerjakan Haji ifrad. Bila tidur, tolonglah selimut. Bila kita tidur dan kita tak sedar... macam2 boleh berlaku.
Seperkara yg paling penting sekali.... bila mandi tu tolonglah pakai kain basahan. Ingat, anda di tanah haram... jagalah tingkah laku anda. |
|
|
|
|
|
|
|
Hariz, betul kata kkak Azeifa tu..kang senak perut perjalanan jauh tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2580 haziq_97's post
Bukan apa, satu tali pinggang tu klip macam beg sandang tu. Memang ketat dan padat. Tapi prestasinya amat diragukan. Lagi satu pulak macam tali pinggang biasa, tapi longgar sikit. Nak buncitkan perut, tak sempat pula. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2582 aziefa's post
Oklah, setakat ini sajalah rasanya untuk tahun ini.
Dikesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya ada kata - kata saya mengguris hati dan perasaan tuan - tuan dan puan - puan disini.
Insya - Allah panjang umur, murah rezeki, kita ketemu lagi ditahun hadapan. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2583 HarizAzhari\ catat
Saya pun minta maaf kalau ada coretan saya di sini yang buat hariz terasa.
Sampaikan salam saya pada Rasuilululah..
Asalamualaikum Ya Habiballah... |
|
|
|
|
|
|
|
ASALAMUALAIKUM,
Selamat berangkat kepada semua rakan2 yg akan menunaikan fardhu haji . Semoga mendapat haji mabrur. Doa saya semoga dipermudahkan segala urusan di sana, dipelihara kesihatan, dapat menjalani segala ibadat dgn sempurna dan mendapat haji mabrur. Doakan juga kesejahteraan kami semua di sini dan jika tidak keberatan sampaikan salam kepada Junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rezeki at 14-11-2008 06:59 AM
ASALAMUALAIKUM,
Selamat berangkat kepada semua rakan2 yg akan menunaikan fardhu haji . Semoga mendapat haji mabrur. Doa saya semoga dipermudahkan segala urusan di sana, dipelihara kesihatan, d ...
Assalamulaikum rezeki dan semua,
Kalau ada kelapangan dan kesudian, kakak menjemput rezeki ke majlis perjumpaan di rumah kakak esok jam 3.00 ptg, atau lewat sikit pun tak mengapa, tuan rumah thread Pengalaman ke Tanah Suci Madinah dan Makkah ni yang kakak tak pernah missed ikuti kisahnya saban pagi suatu masa yang lalu.
Majlis kecil seadanya, tapi yang penting kita dapat bersua muka
[ Last edited by Rosputih at 14-11-2008 09:26 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
--------------------------------------------------------------------------------
13 November, 2008 18:46 PM
Pergerakan Rombongan Haji Malaysia Ke Arafah
Daripada Zulkefli Salleh
MEKAH, 13 Nov (Bernama) -- Pergerakan lebih sejuta jemaah haji termasuk 26,000 dari Malaysia dari sini ke padang Arafah dan Mina bagi musim haji tahun ini dijangka lebih lancar berikutan penambahbaikan sistem taradudiyah bagi rombongan haji dari Asia Tenggara, termasuk Malaysia dan Afrika.
Ketua Rombongan Haji (KRH) Malaysia, Mohd Salleh Mubin berkata, sistem pengangkutan ulang alik itu yang dilaksanakan oleh Muassasah (agensi haji Saudi) merupakan sistem lama digunakan bagi mengangkut rombongan haji Turki ke Arafah, Muzdalifah dan Mina.
Katanya, sistem itu telah mengalami penambahbaikan dan diperluaskan kepada rombongan haji Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara lain, dan terakhir rombongan haji Afrika.
"Kini mereka mengurangkan jumlah bas tetapi dalam masa yang sama menambah kekerapan pengangkutan ulang alik bagi mengurangkan kesesakan jalan," katanya yang juga Pengurus Besar Kanan Haji, TH, kepada pasukan media Tabung Haji di sini hari ini.
Perjalanan sejauh 22 kilometer dari sini ke Arafah untuk wuquf pada 10 Zulhijjah setiap tahun dan dari Arafah ke Muzdalifah(8km) dan terus ke Mina (7km lagi) untuk ibadah melontar di jamrah mengambil masa berjam-jam kerana bilangan jemaah yang terlibat adalah besar.
Muassasah selaku agensi haji Saudi, yang turut bertanggungjawab dalam pengangkutan jemaah, sentiasa mencari jalan untuk melancarkan pergerakan jemaah.
Mohd Salleh berkata, bagi pihak petugas-petugas TH setelah hampir menyelesaikan operasi penempatan rombongan haji di sini dan Madinah, kini menghadapi satu lagi kerja besar -- Operasi Masyaer iaitu logistik dan penempatan rombongan di Arafah dan Mina pula menjelang 24 hari lagi dari tarikh wuquf.
"Kami sedang mendapatkan maklumat-maklumat asas daripada agensi haji Saudi seperti tempat untuk mendirikan khemah rombongan haji dan melantik kontraktor,"
Mohd Salleh berkata TH juga sedang membuat persiapan logistik lain seperti mendapatkan waktu yang sesuai untuk rombongan haji Malaysia bergerak dari Arafah dan Mina.
"Kami juga perlu membuat persiapan dengan maktab-maktab untuk menyusun penempatan anggota rombongan di Arafah dan Mina," katanya.
Beliau juga berkata bagi tahun ini, TH tidak mempunyai khemah pusat rawatan di Arafah seperti pada tahun-tahun lepas kerana kemudahan rawatan dan perubatan semasa wuquf bagi semua jemaah akan disediakan oleh pihak Arab Saudi sendiri.
TH juga akan menyediakan ceramah bimbingan kepada jemaah mengenai ibadah wuquf oleh guru-guru agama menjelang ibadah itu nanti.
Mengenai kos sara hidup di sini, beliau berkata harga makanan terutama beras memang mengalami kenaikan dan jemaah yang sekali sekala ingin makan di kedai terpaksa membayar harga lebih mahal sedikit.
Katanya bagaimanapun TH tahun ini menjemput pengusaha membuka kafeteria di setiap hotel tempat rombongan haji menginap untuk menyediakan makanan dan minuman pada harga yang berpatutan.
--BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Rosputih at 14-11-2008 09:24 AM
Assalamulaikum rezeki dan semua,
Kalau ada kelapangan dan kesudian, kakak menjemput rezeki ke majlis perjumpaan di rumah kakak esok jam 3.00 ptg, atau lewat sikit pun tak mengapa, tuan rum ...
Waalaikum Salam, terima kasih di atas jemputan. Semoga semua berjalan lancar. Minta maaf kerana tidak dpt hadir kerana saya jauh di selatan tanah air. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by haziq_97 at 14-11-2008 10:57 AM
Pagi td dengar citer ofismate yg g berangkat ke Tanah Suci tersangkut kat KLIA selama 1 hari.. flight delayed.. from 1am in the morning only departure pd kul 4 ptg the next day.. terima sms ...
Salam Semua
Haziq, teman tu ikut Muasassah ke atau package? Kalau muasassah mustahil tak ada hotel pasal tabung haji dah sediakan awal awal cuba samada dekat dan jauh je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|