CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] KRISIS MB KEDAH:[KEMASKINI}KRONOLOGI DARI AWAL ISU MUKHRIZ PG1

[Copy link]
Post time 29-1-2016 10:23 PM | Show all posts
alesandra replied at 29-1-2016 10:04 PM
tak sama pun.aku pun agak pelik kenapa soal nak bubar dun timbul dlm hanya isu nak tukar mb kedah  ...

lol..aku xde plk cakap sama kaka..

cakap teringat aje..

psl heret soltan sekali dlm drama

dorang modal last guna soltan laa..kang tgk laa apa habuan downlod tuanku tu dpt nnt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2016 10:26 PM | Show all posts
plasterhati replied at 29-1-2016 10:23 PM
lol..aku xde plk cakap sama kaka..

cakap teringat aje..

selangor pun heret guna sultansultan tak pilih jemin percuma je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2016 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat thailand penyokong pas buat solat hajat untuk mukhriz
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 29-1-2016 10:19 PM
Babe.... orang yg dok kata umno akan ditumbangkan dlm ni ialah orang kedah pure... and i myself mm ...

Skrg tgh membahang mmg la mcm tu... tgk la setahun or at least 6 bulan lagi... sekejap saja org lupa...

Najib pakai duit saja utk gain confidence balik... ingat tak masa pru13 dulu iklan tv dgn jingles mcm2 promo BN.. wpun agak terlambat dan sesama kita menyampah tgk tp pelaburan najib pada lim kok wing sbgai marketing advisor menjadi...

This time dia akan buat roadshow or mcm2 program guna strategi marketing n PR yg effective... lgpun org belum ckp pasal pilihanraya lagi sekarang... lain la lg setahun nk election mmg cari nahas najib buat mcm ni...if not najib geng2 exco belot tu la...

Tp tentangan boleh kekal kalau sentimen kecewa pada najib or exco negeri berterusan... and its a lot of hardwork... contoh kat CI.. u agak berapa lama thread ni akan kekal.. or tajuk berkaitan akan kekal... topik 1MDB pun dah tak sshangat dulu.. MH370 pun dah angin sepoi2 bahasa.. MH17 lg la org tak sebut dah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 10:31 PM | Show all posts



-  anak babahh .







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2016 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
'Mukhriz hanya ahli MT yang dilantik'
29 Januari 2016

Tengku Adnan Tengku Mansor
Tengku Adnan Tengku Mansor
KUALA LUMPUR - Tidak timbul isu sama ada Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hadir atau tidak pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, kata Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.   

Katanya ini kerana Mukhriz hanyalah ahli MT 'turut hadir' (yang dilantik) bukan ahli MT yang dipilih melalui undian.   

"Jadi kalau diputus tidak payah datang, tidak payah datanglah, itu saja," katanya kepada media selepas mesyuarat MT di sini hari ini.   

Tengku Adnan berkata beliau juga telah memaklumkan kepada Mukhriz menerusi panggilan telefon pagi tadi supaya tidak menghadiri mesyuarat itu.   

Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah hadir pada mesyuarat itu kira-kira jam 3 petang sebelum meninggalkannya kira-kira sejam kemudian.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mukhriz diarah tinggalkan mesyuarat MT Umno]   

Mukhriz yang ditemui pemberita berkata beliau telah diminta berbuat demikian oleh Tengku Adnan. - Bernama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2016 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
@scorpionkiki

lagi teruk kalau setahun dua ni tun M meninggal... legaaa banyakkk najib...

serta psrmainan sentimen pembangkang pun kurang utk kes ni sebab kedah bukan economy hub.. kalau jd di selangor or penang mmg kecoh la sepanjang penggal hingga pilihanraya... sebab investment n economic interest di negeri2 tersebut... jd mereka kena usaha keras utk pastikan kemenangan di lubuk duit...
Ai pun ada bau2 pekasam ikan puyu jgk dgn kedah ni... tp mcm u ckp la.. kita tgk after 3 years...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
milo_888 replied at 29-1-2016 05:51 PM
Kedah Serata Rata tu apa? adakah gambaran landscape Kedah yang mendatar dengan sawah padi terbenta ...

Ekceli KEDAH SERATA RATA tu adalah single kedua band ProjekHK yg dimuatkan dlm album BATALION HIJAU KUNING....... lagu pasal pasukan bolasepak kedah darulaman..... hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2016 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
noell replied at 29-1-2016 08:13 PM
Kedah Serata2 tuh slogan team bola depa la. slogan diambil sempena perangai setiap pemain bola yg  ...

Haria punya turrrrr...... hang nih memang keba sarkus nih......

KEDAH SERATA RATA......

Hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 29-1-2016 10:49 PM
Ekceli KEDAH SERATA RATA tu adalah single kedua band ProjekHK yg dimuatkan dlm album BATALION HIJA ...

Hamboiihhh... pasukan bola pun buat album...

Hidup2 ai kena tipu dgn @noell ... choyyy sangatsssa....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Politik malaysia memang kotor.xpernah bersih
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
milo_888 replied at 29-1-2016 11:16 PM
Hamboiihhh... pasukan bola pun buat album...

Hidup2 ai kena tipu dgn @noell ... choyyy sangats ...

Biasa laaa,  team yg dh lama mereput dlm liga perdana baru naik liga super.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 12:13 AM | Show all posts

Aku yang tak pernah mengundi pon ..berkorbar2 nie nak balik Kedah mengundi ..
This time .. I will vote against Najib and UMNO keseluruhannya ..
Dont worry Mukhriz .. I will get revenge  for you ..

Aku memang benci tengok orang baik dan buat keja betul kena aniaya .. dasar iblis
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tetiba bangla indon paki burma mencanak2 ramai kat kedah sinun paham2 jerlah orang kedah..buka mata n telinga korang pasni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 29-1-2016 10:49 PM
Ekceli KEDAH SERATA RATA tu adalah single kedua band ProjekHK yg dimuatkan dlm album BATALION HIJA ...

bukan kedah serata rata tu ending lagu negeri ka...

ka sis nk terima pandang forumer hariah tu...helang merah suka passing bola serata rata...Lol
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 12:34 AM | Show all posts
cian nye mu cili
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2016 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
revolusi_30 replied at 30-1-2016 12:30 AM
bukan kedah serata rata tu ending lagu negeri ka...

ka sis nk terima pandang forumer hariah tu. ...

Yup,  ending lagu Allah Selamat Sultan Mahkota.....

Tp aku lebih suka lagu ProjekHK tu..... catchy n metal.... lol
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 10:17 AM | Show all posts
Krisis MB Kedah Kian Berakhir

http://www.mstar.com.my/berita/b ... dah-bakal-berakhir/

Oleh: JOCELINE TAN
[email protected]


Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dijangka akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Kedah daripada Datuk Seri Muhkriz Tun Mahathir tidak lama lagi.

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak telah membayangkan bahawa krisis politik dalam isu Menteri Besar Kedah hampir menemui jalan penyelesaian selepas beliau mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Perdana Menteri berkata beliau telah mengemukakan cadangan Umno, dan pengumuman rasmi berhubung isu Menteri Besar akan dibuat dalam masa terdekat.


Selebihnya, Najib yang juga Presiden Umno ketika bercakap kepada media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno petang Jumaat, tidak berkongsi sebarang maklumat lanjut mengenai perkara itu.

Tetapi sumber dalaman parti berkata, beliau memberi jaminan dalam mesyuarat tertutup bahawa 'semuanya akan selesai'.

Sumber dalaman itu berkata beliau telah memberitahu ahli-ahli MT bahawa hanya tinggal beberapa perkara untuk dilakukan dan penyelesaian akan dicapai 'tidak lama lagi'.


Difahamkan bahawa pertemuan Najib dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah awal hari Jumaat berjalan lancar dan hanya satu nama telah dibentangkan.

Nama yang dicadangkan itu dipercayai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, yang juga senator dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Difahamkan, jemaah itu juga telah meminta surat rasmi mengenai status Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam Umno.

Turut difahamkan, Mukhriz telah dipanggil untuk mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada pukul 4 petang Jumaat tetapi pembantunya berkata beliau berada di kediamannya di Bukit Tunku.

Penyelesaian akhir terhadap krisis ini kelihatan rumit apabila Mukhriz masih berdegil dan enggan berundur.

Beliau telah menimbulkan kekecohan di Pusat Dagangan Dunia Putra apabila hadir dan cuba untuk masuk ke mesyuarat MT.

Beliau tiba kira-kira jam 3 petang dan menuju ke bilik mesyuarat di mana beliau pada mulanya mengambil tempat duduk tetapi akhirnya meninggalkan mesyuarat.

"Mereka kata sesiapa yang hadir tetapi tidak dijemput perlu keluar, tetapi ia ditujukan kepada saya," katanya kepada pemberita.

Mukhriz bukanlah seorang ahli Majlis Tertinggi yang dipilih atau dilantik dan beliau hanya boleh hadir jika terdapat jemputan rasmi.

Ketika ditemui selepas solat Jumaat di Masjid Negara, beliau berkata tidak menerima apa-apa maklumat bahawa penggantinya akan mengangkat sumpah minggu depan.

"Saya tak boleh komen. Sumber anda ragu-ragu," katanya.

Orang-orangnya masih menggerakkan penyokong di Kedah untuk mengadakan demonstrasi menuntut supaya beliau kekal. Terdapat bantahan daripada kira-kira 20 orang penyokongnya pada Jumaat di hadapan pusat khidmat Adun Bakar Bata, di Alor Setar.

Mereka datang dengan sepanduk panjang mengisytiharkan sokongan untuk Mukhriz dan menyatakan bantahan terhadap Ahmad Bashah tetapi bantahan itu hanya bertahan selama kira-kira 15 minit.

Sumber di Kedah berkata, Najib telah menawarkan Mukhriz langkah perdamaian dalam bentuk jawatan lain apabila mereka bertemu di Langkawi hujung minggu lalu.

Perdana Menteri telah menjelaskan kepada Mukhriz bahawa  sukar untuk beliau meneruskan tugas sebagai Menteri Besar jika parti itu tidak menyokong beliau. Tetapi Mukhriz dikatakan telah menolaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 10:40 AM | Show all posts
ya allah sumpah aku geram jerk tengok sandiwara politaik najib nih... even aku anak kedah yang merantau, bagus jugak la kau tunjuk true colours korang,

sumpah la najib oii hg dah hilang undi dari aku 1 family, dulu ramai bagi balik kt umno pon sebab dah janji nak bagi DSMM jadi MB, masa Jibby bagi nama calon kat pemangku sultan kedah pandai pulak tak senaraikan BASAH tu sebab dah nampak sangat rakyat kedah tolak BASAH

merasa la bertapa bodohnya pemimpin kita sekarang, dulu masa aku sekolah rendah sangat la kagum dengan menteri2 sebab aku rasa diorang mesti sangat educated smpai jadi tahap menteri, hakikatnya sekarang baru aku tau, pemimpin tu lagi bodoh dari aku.. sikit pon aku tak respek,

bagus bila diorang buang DSMM makna aku  pon tak payah pening nak pilih sapa next PRU, untuk kedah memang aku akan bagi PAS menang
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 11:07 AM | Show all posts
menimbulkan kekecohan/? aku tengok tenang2 aje die masuk dan keluar.. tang mana kecohnya?
makin lama makin obvious citer putar alam dorang ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.103483 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list