CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: atira

[Tempatan] Dr Siti Mariah, 183 yang lain keluar PAS untuk sertai GHB

[Copy link]
Post time 23-8-2015 10:55 AM | Show all posts
roy3 replied at 23-8-2015 10:26 AM
Pas kt srwk mmg x kuat..tgk kt kerusi samarahan pn pas mmg kalah byk undi.bn 20k pas 6k je..mana x ...

Kota Samarahan tu okey la... PAS dpt 6800 undi, berbanding PKR, dekat Santubong 3700 undi sahaja
DAP hilang deposit terus dekat Mukah

ala, sama ja dekat Johor.... bayangkan 80% Melayu, MIC menang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2015 11:05 AM | Show all posts
DTECCONAN replied at 23-8-2015 10:55 AM
Kota Samarahan tu okey la... PAS dpt 6800 undi, berbanding PKR, dekat Santubong 3700 undi sahaja
...

Bole nmpk trend cina kt cni ngan kt srwk sama..tp melayu cni ngan srwk mmg lain..kt cni melayu berubah gak sket2 tp kt sana x kisah ape pembgkg ckp.last2 pgkah bn gak..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 09:39 AM | Show all posts
DULU KATA..
MASUK PAS MASUK SYURGA?
KELUAR PAS MASUK APA PULAK?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk terus 'hidup' dlm politik kena wat lagu ni la....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 10:33 AM | Show all posts
kecimpret replied at 23-8-2015 09:37 AM
suh kuli jd pm time pas masih dlm PR cadangan bijak????..tu serupa cam UMNO cadang hj hadi ganti n ...

sebelum PAS..PKR dan DAP dah jumpa kuli....tp x berjaya ok..kuli x nak. Tp bila PAS pergi Kuli bersedia. Tp bila berita keluar spin...lancau la...lain kali jgn main terjah jer info...

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 10:34 AM | Show all posts
uniq61 replied at 24-8-2015 09:39 AM
DULU KATA..
MASUK PAS MASUK SYURGA?
KELUAR PAS MASUK APA PULAK?

x der sapa masuk PAS masuk syurga...tu semua statement2 macai2 UMNO yg nak mengelirukan umat...ko la orgnya kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2015 10:36 AM | Show all posts
mek_esoh replied at 22-8-2015 10:46 PM
Kalu PR menang pru nnti antara DAP PkR GHB , sapa jadi  abang long?tentula DAP..mcm mana GHB nk tega ...

GHB x ke mana2nya dlm perjuangan Islam. Prinsip dan dasar sama dgn UMNO kan...so better dorang bergabung dgn UMNO. UMNO pun claim perjuangan Islam jugak kan

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 10:36 AM | Show all posts
roy3 replied at 23-8-2015 10:21 AM
Penang dap byk kerusi pn penubuhan masih kerjasama antara pr..kemenangan pn atas sepakat 3 parti.. ...

kan pas dah putus hubungan dgn dap tu psl kena buang...bakal timbul masalah pentadbiran nnt bila kjaan negeri nak wat sesuatu dasar...ko dah putus dgn dap nape masih nak pgg lg dgn jawatan yg diberi oleh dap?..hati benci dap tp tiap bln dpt elaun dr kjaan negeri diterajui dap..kan dap jahat nak musnahkan melayu & Islam..mana maruah???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2015 10:47 AM | Show all posts
GHB x ke mana2nya dlm perjuangan Islam. Prinsip dan dasar sama dgn UMNO kan...so better dorang bergabung dgn UMNO. UMNO pun claim perjuangan Islam jugak kan
GHB BUKANNYA PARTI ULAMA PUN....NAK PERJUANGKAN ISLAM? MASA DALAM PAS PUN PERJUANGKAN ISI PERUT DAN NAFSU SEMATA...LAGI PUN MEREKA TAK SEDAR..GAJI PUN TAK DAPAT LAGI..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 10:48 AM | Show all posts
18 AJK PAS kawasan Shah Alam letak jawatan
Astro Awani |  Diterbitkan pada Ogos 21, 2015 09:32 MYT

Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata, peletakan jawatan itu bukan bertujuan untuk melemahkan jentera PAS di Shah Alam.
KUALA LUMPUR: 18 Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Shah Alam meletak jawatan dan dijangka akan menyertai Gerakan Harapan Baharu (GHB).

Antara mereka yang mengumumkan peletakan jawatan termasuk Yang Dipertuanya, Azli Yusof, Timbalan Yang Dipertua, Zulkifli Mohd Nani, Naib Yang Dipertua, Mohamad Jamil Abd Rahim dan Ketua Pemuda, Helmi Radzuan.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata, peletakan jawatan itu bukan bertujuan untuk melemahkan jentera PAS di Shah Alam.

Sebaliknya, menurut mereka ia bagi meneruskan hasrat untuk menyertai usaha memperjuangkan islam melalui wadah yang lebih diyakini.

Langkah itu turut mengikut jejak beberapa pemimpin PAS Kota Raja, Klang dan Kapar yang meletak jawatan pada Rabu.

Antaranya, Anggota Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud meletak jawatan sebagai Naib Yang Dipertua PAS kawasan itu berkuat kuasa serta-merta.

Turut mengambil langkah sama adalah 183 ahli parti PAS daripada pelbagai peringkat termasuk Yang Dipertua PAS Kota Raja Jaafar Samsudin.

kat Selangor kerusi PAS bakal berkurang...skg ni harap perak pahang kelate ganu...kedah jgn cite laa, org kedah dah rejek...N9,melaka,johor senario sama cam Selangor
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dengar2 khabar UMNO dah mula merisik geng GHB ni ....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 10:52 AM | Show all posts
Edited by kecimpret at 24-8-2015 10:53 AM
12:00PM - 21 Aug 2015
Giliran Pemuda PAS Hulu Langat letak jawatan


Semakin PAS cuba menjustifikasi bahawa parti itu masih relevan, satu demi satu pimpinan peringkat kawasan di Selangor meletak jawatan.

Terbaru, 10 Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Hulu Langat melepaskan jawatan masing-masing sebagai penyelesaian terbaik terhadap konflik yang sedang berlaku ketika ini, "khususnya kesan daripada kempen agresif sebelum muktamar" pada Jun lalu.

Mohd Burhanuddin Othman berkata, beliau bersama sembilan yang lain menyerahkan surat peletakan jawatan masing-masing kepada Penolong Setiausaha PAS Hulu Langat,

Mohd Burhanuddin sebelum ini adalah Ketua Pemuda PAS kawasan berkenaan.

Turut melepaskan jawatan bersama beliau ialah setiausahanya, Ahmad Firdaus M Zabidi, Muhammad Safuan Harun (penolong setiausaha 1), Afrodi Ali (penolong setiausaha 3), Manzurul Safar (ketua penerangan), Hafiz Othoman (penolong bendahari) Dr Muhammad Omar (pengerusi lajnah kebajikan), Wan Saifullah Wan Abd Ghani (pengerusi lajnah pendidikan politik, Abdul Halim Abdullah (pengerusi lajnah IT) dan Hafeez Samsol.

Kata Mohd Burhanuddin, mereka berharap tetap diberi kekuatan untuk kekal dalam "perjuangan Islam tidak kira berada di wadah mana sekali pun".

"Kami juga mengharapkan agar hubungan sesama sahabat dalam PAS dapat dikekalkan walaupun masing-masing mempunyai perbezaan pandangan dan pendekatan," katanya.

maaf laa bang..org PAS dah cop label korang balaci DAP...kuar PAS maknanya kuar jemaah so korang selamanya jd musuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 10:53 AM | Show all posts
18 AJK Pas Kelana Jaya letak jawatan
23 OGOS 2015

SHAH ALAM - Seramai 18 orang Anggota Jawatan Kuasa (AJK) Pas kawasan Kelana Jaya yang dipimpin Yang Dipertuanya Izham Hashim meletak jawatan mulai hari ini bagi menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).  

Termasuk yang berbuat demikian ialah Timbalan Yang Dipertua Omar Ahmad, Naib Yang Dipertua Muzammil Hafiz dan tujuh orang Ketua  Cawangan.

Izham berkata jumlah tersebut melibatkan lebih dua pertiga daripada keseluruhan AJK Pas Kelana Jaya dan mereka menyerahkan kepada pimpinan Pas Pusat untuk mengambil alih pentadbiran seterusnya di kawasan berkenaan.

"eletakan jawatan ini secara keseluruhan melibatkan 87 pimpinan di pelbagai peringkat di kawasan Kelana Jaya dan ia bertepatan dengan masa dan waktu untuk kami menjayakan dan bersama dalam mendokong cita-cita murni melalui usaha politik Islam yang lebih kami yakini yang bersifat inklusif, progresif dan sejagat yang merentasi kaum, agama dan budaya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan Subang, Roslan Abu Bakar dalam sidang akhbar yang sama berkata beliau turut meletak jawatan bersama tiga AJK Dewan Muslimat.

Sebelum ini beberapa pemimpin Pas kawasan Shah Alam, Kota Raja, Klang dan Kapar juga telah meletak jawatan. - Bernama



Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 10:53 AM | Show all posts
Biasalah.. dulu UMNO rajin gak cerita keluar beramai2 org PR sertai BN..... Kita tunggu ajelah PRU nanti, ada byk pecahan pilihan melayu nanti...... Dari pemerhatian aku kebanyakkan warga UMNO yg tak suka Najib (jika Najib masih PM) akan pilih PAS.. Kawasan bandar PAS mungkin menghadapi persaingan sengit..............

Kita tengok ajelah nanti masa menjelang pilihanraya... macam2 boleh berlaku, aksi U turn pun mungkin berlaku..
BETUL TU..AKSI U-TURN AKAN BERLAKU...SEMUA MASUK UMNO DAN BN..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 10:58 AM | Show all posts
91 AJK Pas Gelang Patah letak jawatan
WARTAWAN SINAR HARIAN
23 OGOS 2015
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
5
91 AJK Pas Gelang Patah letak jawatan Dzulkefly (duduk, tengah) bersama AJK Pas Kawasan Gelang Patah pada sidang media perletakan jawatan mereka, tengahari tadi. - Foto Sinar Harian

JOHOR BAHRU - Seramai 91 ahli jawatankuasa yang memegang pelbagai jawatan dalam Pas Kawasan Gelang Patah meletak jawatan masing-masing berkuatkuasa hari ini bagi menyertai parti baru yang bakal dilancar 31 Ogos ini.

Seramai 16 daripada 32 AJK Pas kawasan berkenaan menghantar surat peletakan jawatan mereka termasuk Yang Dipertua Pas Kawasan Gelang Patah, Dzulkefly Ahmad, Naib YDP Kawasan, Isnin Hassan dan Setiausaha, Musa Abdul Wahab.

Manakala seramai 17 daripada 22 AJK Dewan Pemuda kawasan turut meletak jawatan termasuk Ketua Pemuda, Mohd Azam Mektar dan tujuh daripada 15 AJK Dewan Muslimat kawasan turut mengambil langkah sama termasuk Naib Ketuanya, Khadijah Abdul Ghani.

Selain itu 51 ajk daripada sembilan cawangan pas kawasan berkenaan turut meletak jawatan termasuk empat ketua cawangan.

Dzulkefly Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi Harapan Baharu Johor berkata, mereka masih kekal sebagai ahli Pas sehingga parti baru ditubuhkan pada 31 Ogos ini dan tujuan perletakan jawatan itu bagi memastikan penyerahan kuasa kepada ajk baru berjalan dengan baik.

Katanya, lebih ramai AJK Pas dari kawasan lain di negeri ini dijangka mengambil tindakan sama bagi menyertai parti baru berkenaan dan memberi fokus memperjuangkan hak rakyat menggunakan pendekatan berbeza dan menepati syariat Islam.

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 10:59 AM | Show all posts
keh keh keh

itu GHB letak Allah dan Muhammad untuk letak diatas tak?
Kalau tidak...rentikan lah semua drama ini...

keh keh keh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-8-2015 11:35 AM | Show all posts

elok la begitu uols..bukan mcm lobai2 tu... mulut pok pek pok pek tak nak kawan la..putus sedara la.. tapi jawatan tetap nak
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 11:53 AM | Show all posts
kecimpret replied at 24-8-2015 10:48 AM
kat Selangor kerusi PAS bakal berkurang...skg ni harap perak pahang kelate ganu...kedah jgn cite l ...

maksudnya GHB akan tawan Selangor, Johor, N9, Melaka?
Berapa banyak kerusi Parlimen GHB boleh menang?
kalau PKR+DAP+GHB, boleh tawan Malaysia ker?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 11:54 AM | Show all posts
dah letak jawatan Adun ker Parlimen ker?

ker takut hilang jawatan juga?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 11:57 AM | Show all posts
DTECCONAN replied at 24-8-2015 11:53 AM
maksudnya GHB akan tawan Selangor, Johor, N9, Melaka?
Berapa banyak kerusi Parlimen GHB bol ...

ooo PAS nak gerak solo sbb nak berkuasa sendiri la yerr..nnt leh pgg selangor johor kelate ganu pahang perak...DAP pkr x leh kaco..bijak PAS
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.582502 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list