CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL: MAWAR

[Copy link]
Post time 28-9-2015 07:42 AM | Show all posts
Ipo replied at 23-9-2015 09:21 PM
laaa...kesiannya cegitu..
kena stay back ke?

Yer Ipo...Cegitu buat month end payroll.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2015 04:30 PM | Show all posts
coi... tengah laju kunyah popcorn dah abis..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Best la citer nih..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 08:10 AM | Show all posts
Salam pagi Jumaat semua.... @Ipo sonyap jer?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 10:03 AM | Show all posts
laa...tak dak update lagi ka?

mokcun hari-hari duk jenguk sini
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 08:09 AM | Show all posts
Mokcun replied at 2-10-2015 10:03 AM
laa...tak dak update lagi ka?

mokcun hari-hari duk jenguk sini

Cegitu pun sama mok cun....tiap2 hari ushar line kot ada update...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2015 10:11 AM | Show all posts
ipooo...oohh ipooo...hihih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2015 09:11 AM | Show all posts
erkk....
sori semua..tak dak idea
bizi...
masuk CARI pun, merayap bod lain.....

baca la dulu citer penulis lain..
citer ni ada keganjilan dan kemisterian..

tapi nah...ipo hadiahkan satu post sebab tergantung bab 10 tu kan?



IKRAM mencari kelibat Borman di foyer kolej. Nampaknya lelaki itu setia menunggunya di atas bangku yang menghala ke anak tangga. Langkah Ikram semakin laju. Bimbang kalau Borman sudah bosan menunggunya. Satu saat lambat pun  boleh meledak kemarahan orang!

"Borman." Ikram berdiri di depan Borman. Khusyuk lelaki itu menatap skrin Iphone.

Borman mendongak.  Dia terus tercegat bangun. Iphone dimasukkan ke dalam kocek seluar. Jaket yang dipakai dikemaskan. "Dah habis?"

Ikram pandang Borman dengan riak dengkil. Nada soalan lelaki itu seolah solat itu satu perkara yang membebankan. Dia merengus kecil. Ah, tidak boleh salahkan lelaki itu jika itu yang difikirkan. Ingin saja dia melontar soalan tentang solat. Namun teringat pula kata-kata naqibnya dulu, jangan disimbah api yang marak dengan minyak. Bertambah maraknya nanti!

Eh..apa yang aku merepek ni? Aku pun dua kali lima saja! Ikram kembali ke alam nyata. Tadi sempat pula dia bermonolog sendiri hal agama. Terasa alim sendiri walhal dia pun baru saja berjinak dengan semua itu.

"Aku tak nak cakap banyak. Aku datang ni sebab Cempaka Sari." Borman berpeluk tubuh. Tajam matanya merenung Ikram.

"Kenapa dengan dia?" Sengaja Ikram bertanya dan berpura-pura tidak tahu dan kenal gadis itu.

"Kenapa kau sibuk siasat pasal dia?"

Ikram diam sebentar. Terasa dahinya sudah berpeluh. Ah! Panas tidak, malam pula lagi, kenapa terasa bahang? Macam mana lelaki itu boleh menuduhnya menyiasat hal Cempaka Sari? Takkan Mila yang beritahu semua itu? Selama ini dia tidak pernah sebut hal itu pada Mila.

"Siasat? Bila masa aku siasat?"


"Mila yang beritahu aku." Tegas suara Borman kali ini.

Gila lah minah tu! Bila masa pula aku cakap kat dia? Aku hanya tanya pasal bunga mawar putih itu saja! Bibir bawah diketap kuat. Geram! Mila sudah mereka cerita. "Aku tak kenal pun siapa Cempaka Sari. Mila yang beritahu aku yang perempuan tu mati bunuh diri."

"Jadi kau percaya?" Sinis senyuman Borman mendengar jawapan Ikram. Maknanya memang benar warga kampus disogokkan dengan cerita seperti itu. Entah dari mana datangnya idea karut itu!

"Maksud kau?" Bulat mata Ikram. Borman yang tersenyum sinis di depannya mula ketawa.

"Bodoh! Semua dah jadi bodoh! Percaya pada cerita tahyul!" Ketawa Borman semakin kuat.

Ikram berkerut kening. Memang dia bingung sekarang ini. "Jadi..maksud kau..Cempaka Sari bukan mati bunuh diri?"

Ketawa Borman terhenti tiba-tiba. Tajam anak matanya memandang Ikram. "Bunuh diri atau dibunuh, itu bukan masalahnya. Apa yang aku nak tahu sekarang, kenapa kau siasat hal dia?"

Ikram terkejut. Tiba-tiba saja baju melayu yang dipakainya dicengkam kuat. Muka Borman sudah kemerahan. "Wei..apa hal ni bro? Rileks la!"

"Kau siapa nak siasat Cempaka Sari?" Borman tidak puas hati.

"Aku hanya nak tolong kawan aku yang hilang ingatan. Rupa dia sama dengan Cempaka Sari." Terpaksa Ikram beritahu hal yang sebenar. Dia perasan ada benda tajam menyucuk perutnya. Susah payah dia jeling ke arah perut. Memang sah! sebilah pisau lipat yang tajam sudah diletakkan di perutnya.

"Siapa?!" Borman masih tidak lepaskan genggaman tangannya.

"Kenapa kau nak tahu? Sebelum aku jawab, aku nak tengok sendiri foto Cempaka Sari." Ikram tepi tangan Borman. Baju melayunya dibetulkan sedikit.

Borman diam. Dia masukkan semula pisau lipat itu ke dalam poket. Dia menyeluk pula saku jaket dan sekeping foto dihulurkan kepada Ikram.

Ikram terdiam. Terkesima melihat wajah gadis dalam foto itu persis Mawar dan yang lebih terkejut, foto itu memang sama dengan foto yang pernah ditunjukkan oleh Mak Andak dan Pak Andak dulu.

"Sebelum aku jawap soalan kau, apa hubungan kau dengan perempuan ni?" Ikram tunjal foto itu pada Borman.

"Dia kekasih aku..."

Ikram sekali lagi terdiam. Kali ini lelaki gagah di depannya sudah mula kendur bicara. Terduduk Borman di bangku semula. Muka diraup lama dengan wajah menunduk ke lantai. Seperti seorang yang hilang arah, lelaki itu terus tunduk dan membisu untuk seketika. Nada bicaranya tadi ada getaran sebak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2015 10:55 AM | Show all posts
lagi.... lagi... lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 03:36 PM | Show all posts
IKRAM nie herokan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 10:11 AM | Show all posts
alohh dh habesss..ni mesti Borman yg terbunuh Cempakasari ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2015 09:47 AM | Show all posts

emm..hero la jugak walaupun tak berapa nak heronya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2015 09:48 AM | Show all posts
Sweet_PC replied at 7-10-2015 09:11 AM
alohh dh habesss..ni mesti Borman yg terbunuh Cempakasari ni

masih misteri lagi...
terima kasih sudi baca ya..citer buang masa kekdahnya..
sbb tu lambat update..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2015 09:48 AM | Show all posts
@Nicki_Meow  


aku dah update..update komen
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 12:01 PM | Show all posts
sikit ja ka update?..

apa sebenaqnya belaku kat Cempaka sari?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2015 06:08 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 10-10-2015 05:31 PM

ok, hari ni terasa nak sambung sikit..
BAB 11


BINGUNG. Terasa apa yang diceritakan oleh Borman di foyer kolej tadi seperti sebuah drama yang penuh misteri. Hampir sejam Borman meluahkan apa yang dipendamkannya selama ini. Sejak Borman kehilangan Cempaka Sari, jiwa dan hatinya tidak keruan. Saat bercerita, ada nada sebak diselang seli dengan esakan. Fuh...pertama kali melihat lelaki menangis! Begitukah perasaan dan apa yang dirasa oleh lelaki bila kehilangan seorang kekasih hati??

Ikram meraup muka. Raut wajah Borman sudah menceritakan segalanya perasaan itu.

Ikram capai komputer riba dan mula melayari internet. Usai solat Isyak tadi, dia terus saja melayari internet mencari berita tentang keluarga malang itu. Mana tahu jika kisah keluarga Cempaka Sari yang dikatakan dibunuh perompak itu masih  boleh diakses. Keyword Cempaka Sari ditaip pada ruang google search. Tiada satupun keluar berita tentang gadis itu, apa lagi tentang kes rompakan di rumah orang tua Cempaka Sari.

"Emm..pelik. Macam data dah di'erase'!" Ikram sandar tubuh di kerusi. Dahi berkerut. Sudah banyak kali dia mencuba apa jua keyword yang berkaitan dengan Cempaka Sari dan kes rompakan, masih tiada apa-apa hasil. Seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan kes itu.

Komputer riba ditutup. Ikram capai tuala dan masuk ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Tadi, ralit dia mendengar cerita dari Borman. Tidak sangka, pertemuan yang bermula dengan pertengkaran mulut dan hampir bertumbuk, disudahi dengan salam persahabatan. Itu semua kerana berkongsi cerita yang sama. Malah, Borman beria ingin membantunya menolong Mawar dalam pencarian itu. Lelaki itu menawarkan diri untuk sama-sama menyiasat apa yang sebenarnya berlaku.

"Tak sangka.." Sekali lagi Ikram bingung.

Rupanya Cempaka sari bukan bunuh diri dan bukan juga dibunuh. Gadis itu seolah 'dihilangkan'. Ligat otak memikirkan apa yang berlaku sebenarnya. Jika benar Cempaka Sari tidak dibunuh atau bunuh diri, habis siapa yang dilihat oleh Mila pada malam itu? Kelibat siapa yang menghantui warga kampus yang sudah heboh dikatakan sebagai pontianak?  Segala cerita Mila mengenai kelibat menyerupai Cempaka Sari yang dikatakan hantu pontianak itu masih segar di ruang otak dan masih dicerna elok oleh saraf. Otaknya masih belum tumpul lagi.

Teringat kembali kata-kata Pak Andak dan Mak Andak, mereka juga mengatakan yang Cempaka Sari sudah meninggal. Ah! Semakin bingung jadinya! Versi yang mana satu yang harus dipercayai??

Ikram rebahkan tubuh di atas katil. Dalam keadaan menelentang, lengan kanan diletakkan di atas dahi, mata menghala ke siling, dia cuba mencari jawapan pada persoalan tadi.

"Woi! Sejak jumpa Mawar ni, kau dah pandai berangan eh?"

Ikram terkejut. Berpaling ke arah pintu bilik. Ipo bersama Conan sudah tercegat di situ. "Korang dari mana ni?"

"Mana lagi..lepak kedai mamak la. Kau ni kenapa?" Ipo lempar beg sandangnya ke atas katil. Kasut dibuka dan dilempar pula ke tepi dinding, dekat dengan pintu bilik. Conan sudah henyak tubuh di atas katil Ipo.

"Aku?" Ikram menuding jari ke arah mukanya sendiri.

Ipo senyum sinis. "Habis? Ada aku tanya hantu?"

Ikram sengih. Entahlah, sejak dia rajin berfikir kes Mawar dan Cempaka Sari ini, otaknya sudah tidak cekap menangkap soalan lain. Dia segera bingkas dari baringnya, deringan telefon bimbit dari atas meja belajar menarik dirinya untuk tidak melayan segala persoalan tadi. Soalan Ipo juga tidak berjawab. Nama di skrin telefon memaparkan nama seseorang yang cukup dirindui. Dirindui? Tersengih sendiri memikirkan perasaan yang hadir tiba-tiba untuk Mawar.

"Ya Mawar?" Nada lembut, Ikram menjawab panggilan.

Ipo dan Conan saling berpandangan. Sesekali menggeleng. Ikram pula tidak hiraukan reaksi mereka. Dia tahu, Ipo dan Conan tidak begitu suka pada Mawar.

"Siapa? Minah amnesia tu ke?" Sindir Ipo.

Ikram balas dengan jelingan tajam. Geram juga dengan perangai rakan sebiliknya itu. Kadang-kadang ok, kadang-kadang menjengkelkan. Dia kembali ke katil semula. Selimut ditarik sehingga menutupi muka. Esok, dia perlu bangun pagi. Ada dua kertas  untuk dijawab esok. Malam ini, hangus ulangkajinya. Jawab soalan peperiksaan esok, hentam sajalah! Tak ada mood!

Apa yang membuatnya tersenyum dalam selimut ketika ini, Mawar menerima pelawaannya untuk ke rumah Pak Andak minggu depan! Yes!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2015 06:25 PM | Show all posts
MAWAR melepaskan keluhan. Dia sandar di kepala katil. Terpaksa dia terima pelawaan Ikram. Siasatannya tidak boleh tergendala di tengah jalan. Tidak boleh hanya separuh jalan sahaja. Dia perlu teruskan sehingga ke lubang cacing. Kematian kedua orang tuanya tidak masuk akal. Segala maklumat yang dicari di dalam fail simpanan polis juga meragukan. Apa yang lebih pelik, tiada satu pun kes itu dapat diakses di internet.

"Aku kena siasat sampai akar umbi." Bibir bawah diketap kuat.

Belum sempat Mawar menarik selimut, telefon bimbitnya berdering. Segera dicapai dari atas bantal sebelah. Helmi?? Bergegas dia bangun dan berjalan ke beranda bilik. Pintu 'sliding' dibuka. Angin malam yang sejuk menerpa muka. Panggilan itu dijawab.

"Esok?"

"Ya, kau kena datang ofis esok. Dato Hassan nak jumpa."

"Aku tak faham dengan dia tu. Kenapa dia concern sangat dengan kes yang aku siasat ni?" Mawar meluahkan rasa tidak puas hati.

"Aku tak tahu tapi kau kena hadir. Esok, di pejabat Tuan Kadir. Jam sebelas pagi tepat."

Gagang diletakkan. Mawar tidak sempat bertanya lanjut. Malas untuk dia menghubungi Helmi semula. Mundar mandir di beranda. Bingung sebenarnya dengan apa yang telah terjadi. Kenapa tiba-tiba saja kes itu ditarik balik? Kenapa Dato Hassan yang hanya penasihat itu begitu beria ingin berjumpa dengannya?? Siapa dia sebenarnya??



HELMI bersandar di kerusi. Telefon bimbit dimasukkan semula ke dalam poket seluar usai berbual dengan Seri. Komputer riba yang memaparkan maklumat kes keluarga Seri yang dikatakan dibunuh oleh perompak dibaca sekali lagi. Dia meneliti satu persatu maklumat lengkap yang diterima pagi tadi. Dia senyum. Selesai saja dia mengemaskini data, butang send pada emel itu diklik. Maklumat itu selamat masuk ke peti emel seseorang.

Telefon bimbit diambil dari poket seluar. Teks mesej ditaip.

'Sudah emel'

Helmi melemparkan senyuman. Sekejap lagi dia akan bertemu dengan seseorang. Jaket hitam yang disangkut di kerusi dicapai dan disarung ke tubuh. Kunci motorsikal disambar dari atas meja. Dia menapak laju keluar dari bilik.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 08:39 PM | Show all posts
wah ada sambungan..
terima kasih ipo..

oh cempaka sari masih hidup la ya?

hilang ke mana???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2015 11:01 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 10-10-2015 10:02 PM
Mokcun replied at 10-10-2015 07:39 PM
wah ada sambungan..
terima kasih ipo..

alahai mokcun...
ipo ni time rajin ..ada la sambungan nya
time malas...berhari2 la nak sambung...
bila pening dgn karya sendiri..macam nilah jadinya


sedih ni...meleleh ayaq mata..
tengok citer tiz zakiah...CERMIN KASIH kat tv3 tadi..

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 11:14 AM | Show all posts
Makin menarik citer MAWAR @ CEMPAKA SERI...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.087931 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list