CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dacrusade

[Tempatan] MISTERI al kisah dato seri king dan gwgfX BAKAL .......?..?

[Copy link]
Post time 4-9-2014 11:33 PM | Show all posts
cekgihani posted on 4-9-2014 11:26 PM
Nampak akak ni pakar dlm bidang ni.
Nk tnye akak yg pelaburan emas tu blh caye ke. Alah yg ada w ...

jangan join,  syarikat  dah blacklist BNM

harga emas turun naik cmne boleh bayar dividen setiap bulan? emas geneva yang rasmikan tun mahathir, emas dividen tu siapa rasmikan? vvip mana?

kalau tun mahathir boleh rasmikan sampai kena freeze BNM inikan emas yang tak de vvip rasmikan.

kita ada AKAL kena faham kenapa emas tu berharga, kenapa emas tu ada naik turun harga, cmne buat untung melalui emas. yang duduk diam lepas tu dpt duit tiap2 bulan tu dpt hasil daripada perserta baru. kalau perserta baru takde? lingkuplah.


tiada jalan mudah nak kaya.



kita jangan jadi bodo, sekalipun barrack obama rasmikan pelaburan skim cepat kaya? jangan terpedaya. kita kerja kuat niaga cara halal insya Allah datang keberkatan.

org lain makan benda haram, takkan kita nak ikut.

http://www.shamsuriyadi.com/umum ... i-ustaz-zaharuddin/

Dalam harian metro, ada artikel terbaru daripada Ustaz Zaharuddin berkenaan hukum pelaburan internet dan skim cepat kaya yang menjadi duri dalam daging perniagaan internet hari ini. Ramai yang tertipu dengan pelbagai tipudaya penganjur skim cepat kaya. Ini adalah artikel ini:
http://www.hmetro.com.my/articles/Janganbiardiriditipu/Article
SUDAH beberapa kali saya memberi penerangan mengenai skim cepat kaya melalui Internet dan ia juga difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Malah, skim itu juga haram menurut panduan pelaburan Islam digariskan Majlis Ulama Fiqh Sedunia dan Majlis Ulama Indonesia.
Namun masih ada yang bertanya, seolah-olah tidak berpuas hati dan inginkan penjelasan lebih lanjut. Sekali lagi saya akan memperkatakan mengenai skim pelaburan Internet. Sebagai kesimpulan mudah untuk semua tulisan saya sebelum ini, skim pelaburan itu diharamkan kerana sebab berikut:
1. Jahalah (ketidaktahuan)
Ia bermaksud skim itu tidak diketahui dengan jelas identiti pengurus dana atau syarikat, di samping tiada lesen untuk membuktikan kewujudan mereka dan tanggungjawab mereka terhadap dana yang terkumpul. Mereka juga tidak dapat dihubungi, ditemui atau dilawati.
Berjual beli dan melabur tanpa mengetahui individu yang mengurus menyebabkan satu daripada syarat sah akad tidak dipenuhi. Ini menyebabkan akad terbatal.
2. Gharar (ketidaktentuan)
Tidak diketahui tempoh kewujudan laman web pelaburan itu, juga tidak diketahui sama ada benar-benar si ‘pelabur’ boleh mendapat wang dijanjikan atau tidak pada tempoh disebutkan iaitu 100 hari. Ini kerana, jika wang dijanjikan tidak muncul, tiada sesiapa boleh dihubungi. Ini menjadikannya gharar. Kesannya, sekali lagi ia membatalkan akad.
3. Riba
Saya menerangkan secara panjang lebar dalam pelbagai artikel sebelum ini. Justeru, bagi pihak yang berdegil lalu cuba mendakwa ‘fixed deposit’ (deposit tetap) sebagai bukan riba, anda perlu tahu pelaburan ini tetap haram kerana sebab lain yang saya sebutkan di sini.
4. Penipuan
Mendakwa menggunakan wang yang terkumpul untuk pelaburan perniagaan minyak dan gas, hartanah, mata wang, komoditi dan lain-lain, sedangkan ia tidak wujud.
Ini kerana, menurut pakar pelaburan sebenar tiada satu syarikat pun yang jika benar melabur dalam industri itu, mampu menjamin pulangan 240 peratus sebagaimana ditawarkan syarikat pelaburan Internet terbabit.
Malah, bank konvensional terbesar dunia yang juga mengamalkan riba dan menggunakan kepakaran seluruh pekerja mahirnya dicampur pula dengan aset mencecah trilion ringgit, masih tidak berani dan tidak mampu memberi janji pulangan 240 peratus dalam produk riba mereka seperti deposit tetap.
Berikut pula maklumat baik untuk dikongsi daripada seorang pakar pelaburan berkenaan ciri penipuan dalam skim cepat kaya Internet. Ia seperti berikut:
  • Semua ‘skim Ponzi’ akan menggalakkan ‘pelaburnya’ merekrut ‘pelabur’ baru kerana itu cara utama mereka mendapatkan wang baru. (Itu yang kini cuba dilakukan beberapa pihak yang meminta saya melabur di skim ini). Tanpa ‘pelabur’ baru, skim itu akan berkubur dengan cepat.
  • Pulangan yang dijanjikan adalah 20 peratus (atau lebih) sebulan, yang bermakna 240 peratus setahun. Pelabur bertaraf dunia seperti Warren Buffett dan George Soros pun hanya mampu memberi pulangan riba haram 20 hingga 34 peratus setahun.
    Adakah masuk akal orang yang tidak pernah dikenali dapat memberi pulangan sebegitu tinggi? Seandainya benar, tentu semua media di dunia, termasuk CNN, Fortune dan Forbes akan memberi liputan menyeluruh kepada pengurus dana pelaburan Internet.
    Namun, mengapa tidak ada? Tidak mungkin media dunia (yang tahu semua pelaburan lain) begitu buta dan tidak pernah mendengar pulangan sebegitu hebat.
  • Adakah masuk akal, pelaburan yang baru dibuat dalam tempoh sebulan boleh mendapat pulangan 20 peratus untuk bulan berikutnya? Semua pelaburan, termasuk paling menguntungkan sekalipun, memerlukan masa.
    Jika benar ‘pengurus’ dana melaburkan wang dalam ‘forex’, ‘hedge funds’ dan sebagainya, pelaburan itu tidak membayar hasilnya selepas satu atau dua bulan. Justeru, jika ‘pengurus’ tidak dapat hasil pulangan, macam mana dia hendak bayar orang lain? Daripada mana datangnya wang itu?
  • Pengurus dana hanya menyebut ‘forex’, ‘hedge funds’, komoditi dan lain-lain, tetapi tidak menerangkan dengan terperinci pelaburan itu. Sesiapa boleh membuat dakwaan itu kerana ia sekadar ‘cakap mulut’.
  • Hanya disebabkan pelaburan itu ada di ‘offshore’, tidak bermakna pulangannya akan menggunung. Pelaburan di ‘offshore’ sama saja dengan pelaburan di ‘onshore’ — ‘mutual funds’, ‘unit trusts’, ‘fixed deposit’ dan sebagainya.
  • Semua pelabur ‘skim Ponzi’ akan berkata “Cuba dulu. Sikit saja. Belum cuba, belum tahu.” Jawapan saya: Kenapa nak cuba jika anda tahu benda itu berbahaya? Kenapa nak cuba jika anda tahu benda itu membawa penyakit? Malah ia juga diharamkan oleh Islam untuk membiarkan diri ditipu.
  • Alasan lain, anda dikatakan masih mendapat pulangannya kerana wang itu datang daripada pelaburan orang yang baru masuk dalam skim itu. Duit itu dikitar semula. Sebagaimana juga duit anda digunakan untuk membayar peserta sebelum anda.
    Situasi itu mungkin bertahan satu, dua atau tiga tahun, tetapi yang pasti ia akan berkubur apabila tiada ‘pelabur’ baru. Apabila ia berlaku, anda akan kehilangan semua wang anda.
    Skim cepat kaya Internet biasanya menjanjikan 20 peratus pulangan dalam sebulan. Ini bersamaan dengan 240 peratus setahun. Justeru, ia memberi gambaran seolah-olah ‘skim pelaburan’ itu lebih hebat daripada seluruh sejarah pulangan terhebat di dunia.
    Sebagai perbandingan, lihat catatan pulangan pelaburan yang diiktiraf terhebat di dunia dan bandingkan dengan skim cepat kaya yang masih menjadi kegilaan penduduk negara ini.
    Dapat dilihat dengan jelas pengurus kewangan terhebat itu mampu menawarkan pulangan sekitar 14 hingga 34 peratus setahun. Tiba-tiba skim karut, menipu dan haram ini mendakwa memberi pulangan 240 peratus dalam 100 hari dengan perniagaan yang didakwanya. Jelas, ia satu penipuan.
    5. Syubhah dan Money Game (permainan wang)
    Inilah sebenarnya cara mereka mendapatkan wang daripada pelabur, iaitu setiap peserta yang dapat mencari ahli baru akan diberi komisen. Justeru, akad komisen atas kepala dan bukan atas barang yang dijual ini mengandungi syubhah kepada ‘money game’ yang diharamkan oleh Majlis Fatwa Sedunia, termasuk Arab Saudi dan Indonesia.
    Tidak syak lagi pelaburan itu diharamkan Islam. Segera bertaubat dan jauhinya. Ketika ini, web pelaburan haram itu masih wujud.
    Hukum haram tetap haram, seperti kilang arak dan judi yang bersepah di sana
    sini, walaupun ia wujud dan masih dibuka, ia tetap haram tanpa ‘khilaf’.

Saya benar benar memohon agar tiada daripada rakan rakan pembaca blog ini agar tidak tertipu. Jika sudah ter”masuk”, hentikan segala promosi kerana dikhuatiri termakan hasil yang haram dan akan merosakkan keturunan dan akhlak anak-anak anda.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2014 11:39 PM | Show all posts
cekgihani posted on 4-9-2014 11:26 PM
Nampak akak ni pakar dlm bidang ni.
Nk tnye akak yg pelaburan emas tu blh caye ke. Alah yg ada wak ...

cekgi hani pg buat sujud syukur. lepas tu doa pada ALLAH minta dibukakan idea atau jalan atau pembimbing untuk tambah nilai ekonomi hidup cekgihani.

saya pun pernah kena tipu dengan skim sebegini, saya pun pernah tipu orang. saya tahu rasa makan duit haram. saya taubat. tak nak makan duit haram lg. duit hasil perniagaan skim cepat kaya MLM atau jenis perniagaan berteraskan plan marketing adalah haram.

duit tak berkat. biar duit sikit asal anak menjadi, asal keluarga tak sakit, asal ALLAH redha kita. saya masih dalam proses settle bayar downline saya rm 12 ribu ansuran. saya tak buat kerja haram ni lagi. alhamdulillah anak saya dpt biasiswa, dpt pergi belajar luar negara. saya dpt tlg keluarga saya. kawan2 sy pulak makin ramai nak berniaga berbanding sertai skim cepat kaya. alhamdulillah. nikmat tengok org lain berjaya tu sangat tenangkan hati saya.

alhamdulillah saya lebih tenang. jadi keberkatan tu datang dalam berbagai cara either kita sedar atau tak. awk patut bersyukur tak terjebak dengan pekara begini. biarkan org ckp awk ni kolot miskin.

nak kaya kena keja keras berniaga. bukan duk goyang kaki tunggu duit jatuh daripada skim cepat kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 11:57 PM | Show all posts


kesian VVVVVIP nih... kecik gile meja sampai berlaga siku
menu nasi goreng, ikan stim ngan air sirap oren je kerr... sedeeeyy...
org yg bukan keturunan royal pon mampu order banyak2, blom habis satu datang lg satu lauk
abang bodyguard botak tupon mengantuk tengok nasi goreng korang
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
hayatkekalmaju posted on 4-9-2014 10:25 PM


Datuk paduka setia diraja? Oh maiiiii guccciii
I selalu ingat kalau pangkat2 ni tan sri dh ckup tggi
Rupenye ade lg


P/s: pangkat utk rakyat marhein..
      Last edited by ida88 on 5-9-2014 12:15 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 12:11 AM | Show all posts
gelaran palsu ni buat malu dengan orang kedah je
please la jangan nak scam orang


Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd posted on 4-9-2014 09:58 PM
tapi yang kelakar tu tanjak dorang kan?


Kannnn...sedihnye la tgk sape yg handle majlis kebesaran org besa2 ni
Up lagi stended majlis sultan melaka pelsu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2014 12:31 AM | Show all posts
CrowneGlory posted on 4-9-2014 09:01 PM
Anak polis berpangkat gitu la kekdahnya... Sape kata semua sama rata... Moralnya ko anak somebod ...

Oh gitewwww...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 12:54 AM | Show all posts
Berjaya jogging page 1 sampai 10.
Hebatnya melayu... kereta mewah pengukur kekayaan. Kalu dengan cina kaya mau kena gelak jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2014 12:58 AM | Show all posts
airfilterkotor posted on 4-9-2014 08:54 PM
Berjaya jogging page 1 sampai 10.
Hebatnya melayu... kereta mewah pengukur kekayaan. Kalu dengan c ...

bukan keta mewah jer... gelaran dato or dato seri tu..
padahal sekarang ni kalau baling batu kat a group of people, sure kena satu dato...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 01:17 AM | Show all posts
kelana36 posted on 5-9-2014 12:58 AM
bukan keta mewah jer... gelaran dato or dato seri tu..
padahal sekarang ni kalau baling batu ka ...

Ada betulnya juga.
Kalu zaman dulu gelaran tu diberi atas bersebab, lebih kepada jasa kepada rakyat atau negara.
Sekarang, meniaga MLM pun sudah cukup.

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 01:26 AM | Show all posts
kelana36 posted on 5-9-2014 12:58 AM
bukan keta mewah jer... gelaran dato or dato seri tu..
padahal sekarang ni kalau baling batu ka ...

my uncle ada dato tp low profile naik proton saga. dato yg dpt daripada kain langsir kuning tu dh jelas nk scam2 orang. kapten dalam cari forum ni ada polis bukit aman, ada vvip kerabat kedah. kih3. bukan hanya pilot je ada
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 01:27 AM | Show all posts
cekgihani posted on 4-9-2014 11:26 PM
Nampak akak ni pakar dlm bidang ni.
Nk tnye akak yg pelaburan emas tu blh caye ke. Alah yg ada wak ...



ustaz cakap haram, tak pelah kalau mereka atau sesiapa nak join. tugas ustaz, tugas kita dah selesai.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 01:29 AM | Show all posts
airfilterkotor posted on 5-9-2014 12:54 AM
Berjaya jogging page 1 sampai 10.
Hebatnya melayu... kereta mewah pengukur kekayaan. Kalu dengan c ...

uptrend tu cina punya, gelang ajaib tu cina punya melayu front man je. melayu terpesona dengan kemewahan. silap sikap sebahagian melayu. otak letak kt lutut. nampak org lain kaya sibuk melabur skim cepat kaya.

melayu bijak akan sedar perangkap skim cepat kaya. jadi berhati hatilah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 01:32 AM | Show all posts
dani-rox posted on 4-9-2014 11:57 PM
kesian VVVVVIP nih... kecik gile meja sampai berlaga siku
menu nasi goreng, ikan stim ngan air ...



nickname/username dalam cariforum

@shafiyyah  http://mforum.cari.com.my/home.php?mod=space&uid=1534901


sila berhati hati scammer ni masih ada dalam cari forum.

shaffiyah aka multinick kepada norhaidi tukiman, suspek scammer di carigold.com, majalah.com, mudah.com.my, dan cariforum.com.my.

kes penipuan urusan jual beli kereta import, kastam dan urusan tanah

Tarikh bagi deposit - 5 October 2010
Jumlah deposit : RM60k
Kos aku repair kereta tu sebab condition teruk : RM10500
Perjanjian : Dalam masa sebulan paling cepat bleh setel
Deal untuk kereta : Porsche Cayenne

Cerita : Pada 5/10/2010 adik aku jumpa Aurafx n bagi cheque RM60K untuk deposit bagi pembelian Porsche Cayenne.Everything look genuine at the first.Tapi condition keta teruk.Aku antar p bengkel kena repair dalam RM10500.Then keta aku bagi balik pada Aurafx sebab katanya untuk proses documentation n inspection.Kalau dah sampai 3-4 bulan tak dapat balik n langsung tak nampak bayang kerea apa cer?So deal dah dikensel dan tunggu deposit.Samapi hari ni 3/3/2011 aku tak dapat haram satu sen pun deposit aku balik.Macam2 alasan dibagi.

1)Member kastam dia wat biz loan untuk bayar balik kat aku , kena tunggu (fine , aku tunggu)
2)Loan dah approve , tunggu cek (tunggu lagi!!)
3)Cek dah bank in tunggu clear
4)Tiba hari cek tu patut clear ''member aku salah bank in , rupanya post dated cek bertarikh 1/3/2011
5)Hari ni supposed cek clear tapi haram aku tipun/msg HP da tutup

Aku bersabar sampai hari ni sebab ko kata hari ni cheque member KASTAM ko clear untuk bayar balik deposit aku.Tapi hari ni langsung ko tak update.Sabar orang pun ada had gak.Esok report polis akan dibuat dan aku akan pastikan aku dapat balik duit aku tu by hook or by crook !!! scamscamscam


Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 01:35 AM | Show all posts
formula :

1) melayu tipu melayu = redha halal

2) cina tipu melayu= cina DAP racist lahanat cina

3) india tipu melayu = jarang2 dengar kecuali tukang tarik kereta

jadi bisnes skim cepat kaya biasa guna modus operandi mahu tolong MELAYU mahu tolong ISLAM. jangan terpedaya dengan perangkap jerat skim cepat kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 01:38 AM | Show all posts
jual air jambu dikala cuaca panas ataupun jual hot chocolate dikala cuaca hujan adalah lebih jelas profitnye daripada skim sana sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2014 01:38 AM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 4-9-2014 09:26 PM
my uncle ada dato tp low profile naik proton saga. dato yg dpt daripada kain langsir kuning  ...

I have many friends yang berpangkat dato, original ,being high ranking military officers, hakim politician , businessmen, educators or even Captain with MAS. mostly tak bahasakan diri dengan pangkat dato tu, kalau bersembang pun guna kau dan aku jer..hehe.

dia orang pun dah rasa tak berapa bangga sangat kot sebab artis, juruacara pun senang senang dapat gelaran tu.. padahal apa sangat sumbangan dia orang kepada negara. Bukan dia orang kerja for free.. tapi puak puak cari makan dengan gelaran tu memang letak Dato' ____ kat nama dia orang kat FB..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 01:40 AM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 5-9-2014 01:32 AM
nickname/username dalam cariforum

@shafiyyah  http://mforum.cari.com.my/home.php?mod=space& ...

muka dan perangai sama naik buroks nya
syabas kak Cili w/pon memang skeptikal dgn segala benda MLM dr semalam ai baca thread nih. banyak info berguna... supaya sentiasa alert gitu. teruskan usaha akak mendedahkan penipu2 lahanat nihh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 01:43 AM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 5-9-2014 01:29 AM
uptrend tu cina punya, gelang ajaib tu cina punya melayu front man je. melayu terpesona dengan kem ...

Uptrend?

Dulu-dulu aku ada member yg masuk mende alah ni. Sembang letop kawan tu di zaman 'mewah'nya tak usah cerita laa.
Sama laa macam cerita-ceria dalam porem ni, kawan lama panggei tak pun yang tak penah-penah tepon tetiba tepon nak jumpa.
Jumpa kedai mamak, minum jer pun.
Tang dia sembang MLM downline apa semua memang kencang... juta-juta,
puluh ribu haram tak sebut sesambil conteng/lukis ranting downline kat atas tisu kedai mamak nak kasik aku paham.
Cakap kuat plak tu.

Pundeklah, cerita juta-juta sembang kuat kat kedai mamak. Buat malu aku jer dengan orang meja sebelah.



Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 01:46 AM | Show all posts
dani-rox posted on 5-9-2014 01:40 AM
muka dan perangai sama naik buroks nya
syabas kak Cili  w/pon memang skeptikal dgn se ...

hihi. ok. kalau ada maklumat reveal je.

kat malaysia ada undang2 :

kena tipu bawah rm 300 :
1) tribunal pengguna & SSM

kena tipu bawah rm 5 ribu :
1) mahkamah kes kecil ( lupa nama mahkamah tu mcm tribunal pengguna tapi tak perlu lawyer sebab amount bawah rm  5 ribu)
2) laporan polis
3) ssm
4) tribunal pengguna

ataa amount rm 5 ribu :
1) boleh lapor pada media massa ( pg beli paper ambil email wartawan di surat khabar bahagian tajuk, add facebook/wechat/atau social network? bagi salinan laporan polis, insya Allah wartawan dan pihak media akan bantu)
2) lapor pada persatuan pengguna
3) polis
4) ssm
5) tribunal pengguna

undang2 kita sebagai rakyat malaysia dedahkan manusia jahat menipu orang. kita berhak dedahkan penipuan mereka agar masyarakat berhati hati dengan penipuan mereka lakukan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.054815 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list