Acong posted on 9-5-2014 03:18 PM
apasal laa mangkuk tu bengap sangat? padahal salah pemaju tak pi tukar status tanah
menda atas kertas ajer tuhhh...tukar status tanah bulih guna air liur saja rupanya...umo aku nak dekat 40 dah, baru ari ni aku dengar...nak tukar status tanah takyah bayar premium...semuanya atas budibicara saja...apa ko ingat buat projek perumahan sama macam buat pusat pemulihan kanak2 cacat dari keluarga miskin...semua main belas ehsan saja...banyak cantek muka ko
Acong posted on 9-5-2014 03:31 PM
Servis Apartment yg dibina atas tanah komersil mmg tak dilindungi akta perumahan HDA.....
cuma ...
Aku merujuk kepada sidewinder tu.
Supaya, sebelum dia nak melahar orang itu ini, rajin-rajin laa baca website komuniti sendiri.
Mungkin sebab dia pembeli baru apartment tu, tetiba baru tau apartment tersebut takdak kedai walopun status tanah komersial.
Aku pun paham laa perasaan dia. Mungkin marah sangat kot.
Tapi jangan laa sebab kes ni dia nak samakan set PR sekapal dengan set BN. Laenn tu laennn.
Kat kronologi tu dah cerita abis semua. Nama Khir Toyo keluar kaww.
Depa semua bukan kenal sapa MB Khalid tu sebenarnye.... Tahun 1981 dulu depa duk dlm buaian lagi kot... Cuba tanya depa pasal "Serangan Subuh" atau disebit sebagai "Dawn Raid 1981" ke atas syarikat Guthrie di London sampai terduduk mat saleh dengan berita mengejut kejatuhan syarikat Guthrie ke tangan orang melayu sampai kita berjaya menguasai semula semua tanah2 pertanian di Malaysia yang sebelum ni milik Inggeris....
airfilterkotor posted on 9-5-2014 03:49 PM
Aku merujuk kepada sidewinder tu.
Supaya, sebelum dia nak melahar orang itu ini, rajin-rajin laa ...
nak marah sgt tu tak der .......aku ni setakat byr jer pun....aku cuma bg tau kat korang yg bila org bercakap pasal duit mana der toleh ke belakang Last edited by sidewinder on 9-5-2014 04:16 PM
kecimpret posted on 9-5-2014 04:13 PM
menarik kesah dawn raid ni aku baca...satu benda yg aku respek kat Tun M pasal benda ni laaa
Tengok peranan MB Khalid tu.... dia yang merancang strategi... bukan calang2 MB khalid tu... orang leni mana tahu...
Ni sedikit ringkasan....
Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.
4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama Khalid Ibrahim diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar.
Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.
Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.
Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN).
Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.
Acong posted on 9-5-2014 04:25 PM
bila rumah ko kena sita, ko angkat bendera & baring kat jalan laa
wakakakak kelakar sungguh...pandai buat lawak...leh join lawak king.....ko nyer pun ko nak jd mangkuk hayun mcm dia org.....jgn laa ajak aku...aku rela cari duit keje mcd ke....kfc ke drpd baring mcm ko kat jln tu