CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Dzulqarnain

[ISU PERDEBATAN]Orang Halus dan Hantu Jembalang Dicabar

[Copy link]
 Author| Post time 22-1-2014 02:05 AM | Show all posts
enciKacang posted on 21-1-2014 12:17 PM
tumpang bace je la ye..heh...

Biasa kalo tumpang dua kali, kna cas...
- jgn mara, gurau adja.

Sila le...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2014 02:17 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 22-1-2014 01:22 AM
Sakit byk sakit...
- sakit yg masih bole berdiri ada
- sakit yg terpaksa duduk pn ada

Betul le tu, terasa gerak hati sket je
mula dgn scan sana scan sini
tanya sana tanya sini
ke hulu begitu ke hilir begini
- dok melata Timur-Barat, jauh bebenor le sgt ek...

p/s: Jgn smpi kata, "hang igt dgn zikir je boleh bunuh jin!!!!"
- statement ni utk org yg x ngerti zikir tu mende kot.
(Zikir bkn sesuatu ratiban, tp ingatan dgn hati yg membenarkan lafaz)

sakit juga kan
........dah mati, habis kot sakit2 camni

yg ke hulu ke hilir cari ilmu dunia...dapat leee
yg MENGAGAU MENCARI ILMUNYA....ada susah sikit
   walaupun tidak jauh mana punnnn
   dan sambil mengekalkan silaraturrahim sesama insan

ZIKIR kat mulut hanya sampai dikerongkongan - dunia semata2 jeee
tasdik di hati - baru serendah-rendah iman
ZIKIRNYA tiap sendi ruas anggota - amalan sehari harian
     API termenung dr jauh je - tarak kerja kottttt
      

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 02:23 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 22-1-2014 01:37 AM
Aik? Saya x dikira ke cmne?
- saya pn suka sakat jin jgk...

aik!!!!!
freewill leeeeee

tarak freewill
aku pun tergolek dibelasah si iblis tuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dzulqarnain posted on 22-1-2014 02:05 AM
Biasa kalo tumpang dua kali, kna cas...
- jgn mara, gurau adja.


Tumpang sekali je tp tak turun2..haha..bende kalau dah seronok tumpang mmg susah nak turun.nak kena paksa baru boleh.tu pun blm tentu..kadang2 kuat melawan..ngaahahha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2014 03:44 AM | Show all posts
orangbesi posted on 22-1-2014 02:17 PM
Betul le tu, terasa gerak hati sket je
mula dgn scan sana scan sini
tanya sana tanya sini
sakit juga kan
........dah mati, habis kot sakit2 camni
Yg mati pn lg sakit, yg kekal abadi sakit pn sakit jgk...
Dihidupkan slps mati disakiti hingga binasa,
dihidupkan semula utk disakiti hingga binasa semula
berulang² sakit, sakit, sakit² adja...
- mcm mana nk rasa kalo diri pn belum mati? Itupn keluhannya manjang mengaduh...

Sakit yg mcm mana yg sebenar²nya tu?
- mujur di dunia ni ada adja penawarnya, yg zahir mahupn batin

Tp, kebykan manusia cuma tahu merosakkan adja
- mahu lg dekat dgn yg keji dan mungkar

yg ke hulu ke hilir cari ilmu dunia...dapat leee
yg MENGAGAU MENCARI ILMUNYA....ada susah sikit
   walaupun tidak jauh mana punnnn
   dan sambil mengekalkan silaraturrahim sesama insan

Sbb tu jika dtg berita drpd sami² dan tok cha kna selidik dulu
mcm kitab² lama/kuno, sbghnnya ada lakaran/gambaran akal depa
yg menjadi gambaran pencerita/blogger masakini seluruh dunia
- mmg le mendapat, tp drpd buah fikiran akal depa jgk...

Firman Allah:
Kitab (Al-Quran) itu, di dalamnya tiada keraguan,
petunjuk bagi orang-orang yang takwa:
- yang percayai yang ghaib,
- dan lakukan solat,
- dan nafkahkan (belanjakan) sebahagian daripada apa yang Kami rezekikan mereka,
- yang percayai apa yang diturunkan kepada kamu, dan
- apa yang telah diturunkan sebelum kamu, dan
- mereka yakin akan akhirat.

Mereka itu adalah di atas petunjuk daripada Pemelihara mereka
mereka itulah orang-orang yang beruntung.

(Al-Baqarah 2:2-5)

Kata Ibn `Abbas r.a. Al-Muttaqin bermaksud:
Orang yang takut kepada azab Allah,
akibat daripada meninggalkan petunjuk benar
yang mereka sendiri kenali dan tahu.
Hanya mengharapkan rahmat Allah
dengan beriman (percaya) kepada apa yang diturunkan.

Utk timbulkan perasaan 'takut' (taqwa) kpd Allah
yg ni perlu pengetahuan juga pengalaman
Kita kna tahu dulu sblm nk buat/amal/laksana apa² pn
cth: Kalo kita tak takut hantu, knp nk cari dia dgn lampu suluh mlm²?
- kn dh sia² jdnya...cari siang² je. Dh kalo siang² xde, mlm pn xde le. Setan ada.

Perkataan 'yakin' plk biasanya dlm Quran disebut berkenaan Hari Akhirat/Kiamat
dan plg hampir bg setiap insan tu matinya...setiap manusia 'pasti' merasai mati
maka, tanda² kedatangannya tu menambahkan lg takut kita kpd balasan Allah
- dunia dan akhirat




Ilmu Allah, mmg menggagau sket
tp yg susah sket tu le yg menenangkan hati
drpd carca-marba cerita² yg mcm² konsepnya yg bercabang²...

Silaturahim...memberi dan menganjurkan kedamaian.



Dipetik daripada Jampi jelmaan al-Quran dan hadis: membongkar rahsia alam jin & sihir...

Orang Mengaku Dapat Melihat Alam Ghaib

Sebelum kita membahas hukum belajar melihat alam ghaib, terlebih dahulu kita membahas berkenaan pengertian alam ghaib itu sendiri.

Dalam kitab 'al-Mu'jam al Wasith' halaman 667, kata ghaib berasal daripada bahasa Arab iaitu ghaba, yaghibu, ghaiban yang bermaksud lawan daripada nampak dan hadir.

Secara istilah pula, menurut Tafsir Ibnu Katsir, ghaib bermaksud 'Yang tidak nampak oleh kita tetapi diceritakan oleh Allah kepada kita melalui Rasulullah.'

Jelaslah bagi kita bahawa alam ghaib adalah alam yang bukan alam zahir yang dapat kita rasa dengan pancaindera kita. Percaya kepada yang ghaib adalah pokok dasar daripada rukun iman serta menjadi sifat utama dan pertama bagi orang yang bertaqwa, sebagaimana terdapat dalam surah Al-Baqarah: ayat 3,

"(Iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka."

Alam ghaib sangat luas perbahasannya, kita beriman kepada Allah, malaikat, syurga, neraka, roh, alam barzakh dan jin yang kesemuanya itu adalah ghaib. Namun yang kita kesalkan ramai di antara umat Islam yang salah memahami alam ghaib itu hanya dengan alam jin dan syaitan sahaja.

Ertinya, sekiranya ada di antara mereka ada yang mendakwa dapat melihat jin atau syaitan, apakah orang itu dikatakan telah mengetahui alam ghaib yang sebenarnya? Tentu tidak sekali-kali. Ini kerana alam ghaib sangat luas alamnya yang tidak hanya terbatas pada alam jin sahaja. Mereka inilah yang kemudiannya mengatakan mereka tahu berkenaan keghaiban yang hakiki. Na'uzubillah.

Rasullullah s.a.w., manusia paling mulia tidak memiliki kemampuan melihat alam ghaib seperti malaikat, syurga, neraka, roh, alam barzakh dan jin dengan pancainderanya kecuali diberi kekhususan oleh Allah sebagai mukjizat yang diberikan kepada Rasulullah s.a.w. Seperti pada waktu tertentu beliau mendapatkan wahyu daripada Allah, misalnya dalam peristiwa Israk dan Mikraj dan peristiwa-peristiwa lain seperti melihat Malaikat Jibril dan menerima wahyu daripada Allah melalui malaikat Jibril yang kesemuanya kerana wahyu dan kekhususan yang diberikan Allah dan tidaklah atas kemahuan Rasulullah sendiri. Allah menyatakan di dalam surah Al-A'raf ayat 188:

"Katakanlah: Aku tidak berkuasa menarik manfaat bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudaratan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudaratan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan dan pembawa berita gembira bagi orang yang beriman."

Ada orang biasa yang mengaku melihat jin, melihat alam jin. Mereka mengatakan ia hasil latihan meditasi pembukaan cakra ajna, berpuasa ataupun mengamalkan wirid tertentu. Itu semua adalah hasil bantuan jin itu sendiri dan sangant terbatas. Apa yang diberikan oleh jin itu kepada manusia hanya terbatas pada alam jin itu sendiri, bukan ghaib bagi diri mereka (jin) dan tidak mungkin sampai ke alam roh. Jika ada orang mengaku dapat melihat alam roh, ia hanya tipu daya jin yang menyerupai dan menyesatkan manusia. Ini kerana, jin atau iblis tidak mengetahui hakikat roh, apatah lagi masuk ke alam roh dan mengetahui perkara ghaib.

Ramai orang mengaku dapat melihat makhluk halus, tetapi selepas dirawat, ternyata ada jin di antara dua matanya. Menurut pengakuan jin itu, mereka membantu orang tadi dengan menyamakan frekuensi kecepatan getaran kosmik alam jin pada kedua belah mata orang itu hingga orang itu memiliki kemampuan luar biasa pada matanya. Kemampuan itu juga mungkin diperoleh dengan cara meminum air sihir hingga orang itu dapat melihat alam ghaib. Namun, apa yang mereka lihat itu bukan alam ghaib yang sebenarnya.

Selain itu, kemampuan melihat alam ghaib itu sendiri terjadi kerana orang itu menjalin kerjasama dengan jin sama ada disedari ataupun tertipu kononnya ia adalah hasil meditasi, puasa ataupun melalui wirid-wirid. Ia sebenarnya adalah jin yang menipu manusia dengan mengaku datang dari alam roh ataupun mengaku sebagai roh seseorang. Ada kalanya ia disebabkan sihir yang dilakukan oleh jin itu sendiri yang menjelma menjadi seperti makhluk yang tinggi besar, hitam, menakutkan ataupun makhluk yang bersinar, tampan atau cantik, alim, berserban, berjanggut dan sebagainya.

Ref.: The Meaning of Al-Ghayb

p/s: X jauh pn kn...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2014 11:13 AM | Show all posts
orangbesi posted on 22-1-2014 02:23 PM
aik!!!!!
freewill leeeeee
aik!!!!!
freewill leeeeee

tarak freewill
aku pun tergolek dibelasah si iblis tuuuu

Dgn tenanggg....

Kalo hang dok makan menghadap cermin
- mkn tangan kanan pn nampak mkn tangan kiri...

Tp kalo hang dok diam, dia pn diam terpacak jgk.
hang sengeh, dia sengeh
hang senyum, dia senyum
apa hang kata pn dia kata yg sama
- cuma bila hang rejam! hilang le die...

Hang puasa ke, sabar ke, terbakor membara le dia kot.
Silap sket je, jd puasa x lapar²...sabornya bila dh jd abu.


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-1-2014 11:16 AM | Show all posts
enciKacang posted on 22-1-2014 04:53 PM
Tumpang sekali je tp tak turun2..haha..bende kalau dah seronok tumpang mmg susah nak turun.nak ken ...

Ga apa²...nnt kalo pancit tayarnya, kna turun jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 12:12 PM | Show all posts
kalau x salah tu post Tun Dr. Mahathir dalam blog die..... rasanya dia cuba nak sedarkan orang2 Melayu terutamanya jgn duduk terlalu asyik dgn perkara2 ghaib ataupun terlalu percayakan/meminta pertolongan makhluk2 ghaib tapi x mintak pada Allah S.W.T..... tapi part last dia tu yg xleh tahan.. haha.. mintak2 xde la orang2/pengamal2 ilmu2 ghaib ni mencuba kat Tun....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2014 01:23 PM | Show all posts
darthery posted on 27-1-2014 12:12 PM
kalau x salah tu post Tun Dr. Mahathir dalam blog die..... rasanya dia cuba nak sedarkan orang2 Mela ...
kalau x salah tu post Tun Dr. Mahathir dalam blog die..... rasanya dia cuba nak sedarkan orang2 Melayu terutamanya jgn duduk terlalu asyik dgn perkara2 ghaib ataupun terlalu percayakan/meminta pertolongan makhluk2 ghaib tapi x mintak pada Allah S.W.T..... tapi part last dia tu yg xleh tahan.. haha.. mintak2 xde la orang2/pengamal2 ilmu2 ghaib ni mencuba kat Tun....
Ye, tu drpd blog chedet.cc

Bkn nk kata 'jgn terlalu asyik dgn perkara² ghaib'
sbb Allah, malaikat, roh, etc. pn perkara² ghaib

Tp, perkara² tahyul lg khurafat i.e. hantu jembalang, makhluk halus, etc.
yg kebykannya tu kalo cerita pasal jin, org x berapa minat nk dengar
tp bila ditokok-tambah dgn perencah epic, legend, tenaga, kuasa, etc.
baru dpt sambutan...nk lg, cerita lg, dan lg, dan lg, berlarutan smpi x sudah.

Ofkos, semua artikel kt situ mmg agak sinis sket
terutama kpd ustad², lobai² ('ulamak' sekali pn) yg digelar perawat mistik/paranormal tu...
- Tun pn perawat jgk dan gigi, gusi dan seumpamanya tu bkn perkara ghaib.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2014 03:35 AM | Show all posts
Sunyi le plk, ok bley bukak isu baru...di pg baru. Tggu ye...

p/s: Mark post #250, kalo berkurang tu ada yg terdelete le kot.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2014 05:34 AM | Show all posts
Ada beberapa point yg saya ingin highlight kan berkenaan jin:

1- Para jin juga berkewajipan spt manusia i.e. mengabdikan diri kpd Maha Pencipta.
2- Jin ada yg beriman, ada yg kafir - sama spt manusia
3- Jin dicipta dulu sblm manusia.
4- Jin adalah bangsa yg besar dan byk bahagian kaumnya - sama spt manusia.
5- Manusia lbh mulia drpd jin.
6- Jin termasuk Iblis tdk boleh dilihat dgn mata kepala kita.
7- Jin boleh merasuk manusia melalui akalnya.
8- Jin berjantina i.e. lelaki dan perempuan - sama spt manusia.
9- Jin juga makan spt kita makan tp x sama makanannya.
10- Jin juga punya tempat tinggal spt kita tinggal tp x sama tempatnya.

Yg utama tu, tiada siapa pn di kalangan manusia yg benar2 tahu berkenaan alam jin
selain yg telah diterangkan dlm Al-Kitab dan penerangannya drpd para rasul a.s.

Maka, berdampinglah dgn tanah krn itulah tmpat berpijak juga sujud kita
berdampinglah dgn air krn ia dpt menyejukkan kepanasan diri kita
berdampinglah dgn angin krn ia dpt memberi perkhabaran yg baik utk kita
berdampinglah dgn api krn habanya dpt menghangatkan tubuh kita
dan Allah menerangi langit2 dan bumi... dgn nur-cahayaNya.
- walhal jin dan manusia hanya merosakkan, menyebarkan kejahatan, mencemari, menindas, temberang, etc.

Bersih-sucikan diri kita drpd kotoran dan najis
yg menyelaputi cahaya memalapkan hati kita
hanya dgn taubat dan pengampunan drpd
yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani

Berjalanlah di atas muka bumi, menCARI dan menuntut ilmu
krn akhir ni kita berada dlm zaman huru-hara (fitnah) berleluasa
dan dunia hari ini menyaksikan seluruh penduduknya terikat dgn yg dua:
- Pertama, sesama manusia tiada lg yg berlaku ADIL dan keduanya belitan keJAHILan diri...

Elakkan bergelumang dgn cerita yg ternganga masuk lalat, lelagi gosip...
krn setiap yg berlaku ada penjelasannya zahir dan batin - tiada yg rahsia
dan setiap kisah atau khabar berita perlu disahkan kebenarannya
dan tiada lain yg patut kita kembalikan selain Al-Quran dan sunnah rasulullah s.a.w.

Ya, ilmu Allah Maha Luas
tp knp nk bandingkan dgn Tuhan? Layak ke si hamba?
Mustahil bg diri insan mengetahui sesuatu yg bkn haknya.
Pengetahuan Allah yg berhak kita tahu cuma yg tertulis dlm Al-Kitab...

Maha Mengetahuinya Allah...
- Allah Maha Mengetahui apa yg telah berlaku
- Allah Maha Mengetahui apa yg sedang berlaku
- Allah Maha Mengetahui apa yg akan berlaku
- Lebih drpd itu, Allah Maha Mengetahui apa yg tidak akan berlaku, mustahil berlaku dan jika Allah benarkan ia berlaku pn Allah Maha Mengetahui sebagaimana sepatutnya ia akan berlaku...

Ada perkara Allah izinkan berlaku tanpa redhaNya
Ada perkara Allah izinkan berlaku dgn redhaNya
Ada perkara Allah x izinkan berlaku
- maka, sebutlah insya'Allah krn tiada yg pasti selain dgn izinNya.

Oleh itu, kita harus memandang drpd perspektif keinsanan dan bkn ketuhanan
dan ofkos keinsanan tu tiada kena-mengena dgn alam jin dan seumpamanya
Adalah x wajar bg insan mulia sbg khalifah menafikan amanah kurniaan dan kemuliaan
malah melepaskan amanah dan tanggungjawab semuanya kpd jin dampingan?

Allah Maha Mengetahui setiap isi hati/niat hambaNya, Maha Melihat, Maha Mendengar
dan Ihsan tu mengabdikan diri seolah2 kita nampak Allah
dan jika x nampak Allah pn, Allah Nampak kita.
- yg baik2 adja gtu...

X dpt nafikan kebykan kita merasakan diri kita sdg diperhatikan
maka, sentiasa memohon perlindungan Allah drpd pandangan jahat Syaitan yg direjam!
- Syaitan tdk berhenti menyesatkan manusia, pembisik yg timbul-tenggelam di kalangan jin dan manusia.

Pendek kata, Allah halalkan jual-beli dan haramkan jual-beli temberang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2014 06:00 AM | Show all posts
Lps ni kita cerita bab sihir plk ek...




اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yg lurus (1:6)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2014 02:49 PM | Show all posts
Kiranya, penglipurlara kisah jan jin jun x hingin nk bercerita di sini gamaknya...
Lbh suka berkubang dgn yg mistik tanpa merungkaikannya.

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 07:25 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 11-2-2014 05:34 AM
Ada beberapa point yg saya ingin highlight kan berkenaan jin:

1- Para jin juga berkewajipan spt m ...

Alhamdulillah..
Jelas lagi nyata
Terima kasih encik Dzulkarnain


Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2014 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
uuuuuuppppppppp........

tolong up sbb dah terbelakang....

apa lagi cerita la pasal sihir lak....

kalau hang jual tak semestinya org terus beli... kadang2 org tengok2 dulu apa yg hang jual.. kena selera baru org beli... mungkin gak org yg tak beli bgtau kat org lain yg minat nk beli... teruskanla menjual... tapi jual la kat tapak sendiri... jgn dok menempel kat tapak org... dah tu dok kacau org lak... marah la org...

tu ibarat je k... jgn hang kata aku kata hang jual obat lak... mcm hang kata kat org jual obat...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2014 03:48 PM | Show all posts
jefrilza posted on 7-3-2014 01:19 PM
uuuuuuppppppppp........

tolong up sbb dah terbelakang....

ha.a..kan..nak tau gak ape ceriter selanjutnyer..
silakan lah bercerita apa yg ade di hati yer..Dzul.

pastu jangan pula bila ada persoalan dan pertanyaan
di jawab dengan sindiran dan persoalan kembali yerr..
tolong jelaskan untuk beri kefahaman pada si bertanyer.

baru canteeekkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2014 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Dzulqarnain posted on 11-2-2014 06:00 AM
Lps ni kita cerita bab sihir plk ek...



wahai adikku yg baik budi lagi bijak bistari, maila moyan kat sini dik...

akak dok tunggu hang tak update gak... awat dok pi kacau bonang orang tu dik...

maila cerita bab malaikat harut marut dan ilmu sihir yang Allah bekalkan bersama mereka...

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 12:08 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 11-2-2014 05:34 AM
Ada beberapa point yg saya ingin highlight kan berkenaan jin:

1- Para jin juga berkewajipan spt m ...

Memandangkan tuan zul yg bijaksana dah beri kupasan secara dasar, minta bagi pencerahan



1- Para jin juga berkewajipan spt manusia i.e. mengabdikan diri kpd Maha Pencipta.
Apa sebenarnya kewajipan jin?? dan adakah ibadah golongan jin islam sama macam manusia islam??? adakah mereka berpuasa, berzakat,  bersedekah, menunaikan haji etc?????

2- Jin ada yg beriman, ada yg kafir - sama spt manusia
Adakah semua GOLONGAN JIN  samada beriman atau kafir sahaja?? Tiadakah diantara mereka yg tidak diberi akal seperti binatang??

3- Jin dicipta dulu sblm manusia.
Betul, sebelum jin, apa pula??

4- Jin adalah bangsa yg besar dan byk bahagian kaumnya - sama spt manusia.
Ni ko cerita golongan jin yg mana???

5- Manusia lbh mulia drpd jin.
Ye ke?? Kalau begitu manusia yg kafir lebih muliakah berbanding rasul dari kalangan jin??

6- Jin termasuk Iblis tdk boleh dilihat dgn mata kepala kita.
Kenapa nabi dan rasul boleh nampak jin???

7- Jin boleh merasuk manusia melalui akalnya.
Merasuk Melalui akal??????, boleh huraikan???

8- Jin berjantina i.e. lelaki dan perempuan - sama spt manusia.
OOO, jantina jin sama dengan manusia???? lelaki pompuan, bukan jantan betinalah ye

9- Jin juga makan spt kita makan tp x sama makanannya.
Tak sama makanan nya???? boleh bagi contoh???

10- Jin juga punya tempat tinggal spt kita tinggal tp x sama tempatnya.
Boleh bagi klassifikasi tempat tinggal jin??? dan boleh jelaskan??? iblis tinggal kat mana???





Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 10:38 AM | Show all posts
hantukiller posted on 10-3-2014 12:08 PM
Memandangkan tuan zul yg bijaksana dah beri kupasan secara dasar, minta bagi pencerahan

lama benor tunggu jawapan..up balik lah takut tenggelam dan lupe...
aku nak tahu gak jawapannyer tuuu

maklumlah aku budak tadika baru belajar.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 03:45 PM | Show all posts
Iya...Kami menunggu kupasan itu..
Satu subject study yg menarik...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.117150 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list