UsuFie posted on 23-5-2013 04:51 PM
sweett.....tp tema putih hokkay...! jgn lari tema...
so..yg tu fredd ler pakai jadi pengapit. ...
Eh, bukan fred ke yg bakal berpeplum putih tu?
btw... tak habis lagikk..
last part ok...
----
Gombak.
Melebar senyuman yang tergaris pada bibirnya sebaik sahaja mesej pesanan ringkas dari Najiha dibacanya. Walaupun rindunya begitu menggunung terhadap gadis itu, namun ditahannya perasaan itu. Dia mahu membuktikan kepada Jiha bahawa dia bukan lelaki yang sengaja mahu mengambil kesempatan. Dia juga ingin membuktikan bahawa gadis itu sangat-sangat dihormatinya. Untuk itu dia tak akan mengganggu perasaan gadis itu lagi dan dia akan menuruti apa sahaja kemahuan Jiha.
Biarpun mereka langsung tak berhubungan lagi, namun dia cukup berpuas hati di atas persetujuan Jiha untuk menjadi isterinya. Itu sudah cukup membuktikan perasaan sebenar gadis itu. Selagi belum halal, biarlah mereka berjauhan, memendam rasa demi menahan gelora di jiwa. Jika mereka berdekatan, pihak ketiga sering saja mencelah. Biarlah dia sengsara seketika asal bahagia berpanjangan daripada dia menurut nafsu sesaat tapi petaka mengundang. Masanya akan tiba jua!
**********
Kg Bharu.
Kenapa aku resah? Mesej pesanan ringkas yang aku kirimkan kepadanya tidak berbalas. Kenapa dia tak balas? Hai lah hati... duduk diam-diam! Puas aku mundar-mandir tapi hatiku masih gelisah. Aku capai pula kalendar lalu menghitung hari. Ah! Hujung minggu ni, rupanya? DUP DAP... DUP DAP... Bagaikan tak percaya!
TI TIT... TI TIT... Telefon bimbit yang masih lagi di tangan lekas-lekas aku pandang. Mesej yang baru masuk aku tekan.
I can't help myself for not to say I miss you!
Aku tarik nafas lega!
I hate you!
Mesejnya aku balas. Aku geram sebab dia telah membuatkan aku tertunggu-tunggu. Seminit kemudian aku terima lagi balasan darinya.
I know... And I love you too. Andai dengan berjauhan, baru awak tahu erti rindu, biarlah ia kekal begitu...
Tak tahu bagaimana mahu aku gambarkan perasaan aku setelah membaca mesej darinya. I miss you too! Akan aku tunggu hari yang berbahagia itu. Hati kecilku berbicara sendirian...