|
wehhhhh !! sambung ler ..kena tunggu esok ler ni ek ? uhuk ! fuhhhhh ( tiup angin rajin kat lady )
Last edited by wardah75 on 5-3-2013 04:31 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
wardah75 posted on 5-3-2013 04:30 PM
wehhhhh !! sambung ler ..kena tunggu esok ler ni ek ? uhuk ! fuhhhhh ( tiup angin rajin kat lady )
sorry, mmg nak sambung semlm tp mata tak mampu ditopang lagi. Sedar2 badan berpeluh2... rupa2nya x de elektrik. huhu..
Okay, sambung skit yg semlm.
--------
Perlahan-lahan Rahul menapak ke katil. Dia tidak mahu mengganggu tidur Dona. Melabuhkan duduknya seketika di atas katil, di hujung kaki Dona untuk melepaskan lelah. “They simply put down my pictures because they still hate me?” Rahul merungut sendirian. Liurnya ditelan. Kemudian matanya ternampakkan bingkai gambar di atas meja tepi katil.
Rahul bingkas pula dari duduknya lalu mengambil satu bingkai gambar yang terletak dalam posisi telungkup ke bawah. Hmm... gambar-gambarnya ternyata tidak dibuang tapi kenapa di turunkan dari dinding dan diterbalikkan sedemikian rupa?
Rahul kemudiannya meletakkan kembali bingkai gambarnya ke atas meja. Kemudian matanya menoleh kembali kepada Dona. Kini baru dia terperasan.... Ini bukan Dona! Membundar luas kedua biji matanya. Rahul menghampiri birai katil. Wajah yang sedang lena itu ditatapnya lama-lama. Nampak seperti gadis Melayu.... Jiha?
Sekali lagi matanya merenung ke wajah gadis yang pernah berbicara dengannya di webcam hampir sebulan yang lalu. Dia pasti, inilah Jiha. Gadis yang berkali-kali menghentamnya dalam email. Rahul tertawa kecil mengingatkan apa yang ditulis oleh Najiha kepadanya dalam email.... Lelaki bacul, lelaki kuat sentap. Merajuk sebab dihalang cinta. Malah dia juga dituduh tak berhati perut, mementingkan diri sendiri, tak prihatin dan tak ada kasih sayang terhadap keluarga. Hati batu sebab langsung tak kisah walau pun adik berada di hujung nyawa...
“So, this is Jiha...” Rahul tersenyum-senyum. Di fikirannya terlintas satu idea untuk mengenakan si gadis yang begitu lancang mengutuknya di dalam email.
**********
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak cukup.....panjangkanlah |
|
|
|
|
|
|
|
rahul, apa nak buat tu??? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam. Cheq ada kerja utk diuruskan. Ok, sekarang sambung balik.
BAB 15
KRINGGGG!!!! Bunyi penggera atas meja di tepi katil mengejutkan aku. Memang aku sengaja setkan ke pukul 6 pagi untuk bangun solat subuh.
“Ya Allah!” Aku menjerit sambil menutup mulut. Bimbang bunyi nyaring suaraku nanti mengejutkan penghuni-penghuni rumah teres dua tingkat itu. Rasa mahu gugur jantungku apabila ada seorang lelaki berbaring di sebelahku.
Pantas aku tarik selimut yang menyelimuti tubuhku. Aku serkup kepalaku dengan selimut untuk menutup auratku yang terdedah. Bunyi penggera yang masih belum dimatikan, ditambah dengan jeritan aku, menyebabkan lelaki di sebelahku juga terbangun.
“Awak! Macam mana awak ada kat sini?” Aku benar-benar panik. Aku kenal lelaki itu.
“I'm the one who should ask you that question.” Tutur Rahul.
“Awak... bukan ke awak kat US?” Aku bertanya lagi macam orang bodoh.
“Nope! I guess I'm in heaven.” Rahul mentertawakan aku. Aku menelan liur. Terasa kelat sekali.
“Awak dah tahu saya tidur kat sini, kenapa awak tidur sini? Tak boleh ke awak tidur kat ruang tamu? Atau sekurang-kurangnya tidur kat karpet tu....” Aku memarahi Rahul. Aku geram, selamba sahaja dia tidur di sebelah aku. Tahulah ini bilik dia, katil dia... Tapi aku perempuan, ok. Kau tu lelaki. Mana adat orang timur? Atau kau dah jadi orang putih habis setelah bertahun-tahun tinggal di Amerika? Hatiku merungut-rungut geram. Apalah malangnya nasib aku hari ini.
“Ini bilik saya, kenapa pula tak boleh?” Rahul mempertikaikan aku.
“Why my pictures are here?” Rahul menanyakan tentang bingkai gambarnya yang terletak di atas meja.
“Saya yang letakkan di situ.” Aku membuat pengakuan ikhlas.
“Awak buat apa dengan gambar saya? Awak suka tengok gambar saya? Handsome?” |
|
|
|
|
|
|
|
Uweekk! Lelaki perasan. Aku mencebik bibir. “Saya saja turunkan sebab saya tak nak awak intai saya. Saya rasa tak selesa.” Aku menjawab naif. Rahul galak menghamburkan tawanya.
“Suka hati saje awak turunkan gambar-gambar saya.” Rahul mempertikaikan perbuatan aku menurunkan bingkai gambarnya. Matanya tajam merenung aku yang sedang gubra.
“Anyway... I've seen already. Hmm.. not bad! Cantik.” Tuturnya kemudian. Aku tak tahu samada Rahul sengaja mahu mengusik atau memang dia menjawab telus. Mataku membundar lagi. Dia lelaki moden yang sudah bertahun-tahun tinggal di Amerika. Tak mustahil jika dia mengamalkan gaya hidup bebas orang Amerika. Tapi... aku pula yang menjadi mangsa. Tidur di sebelah lelaki bukan perkara main-main. Rasa maruahku sudah tercalar. Rasa seperti sebatu Mujahidku menjauh. Dengan pantas aku bingkas dari katil.
“Awak.... awak buat apa pada saya?” Aku gugup. Nada suaraku mula menggeletar. Tubuhku menggigil. Aku berdiri membelakangi Rahul. Kubuka sedikit selimut yang membaluti tubuhku. Baju tidurku masih elok terkancing. Namun, aku belum bisa menarik nafas lega atau mengucapkan kesyukuran. Jantungku masih berdebar. Kalau bukan kerana tak mahu mengeruhkan suasana dan mengejutkan seisi rumah terutamanya Dona, mahu saja aku meraung kuat-kuat.
“Cuba tengok betul-betul... Ada kancing baju yang terbuka?” Rahul kini berdiri di hadapanku. Aku terkejut dan berpusing lagi membelakangkannya. Sekali lagi aku lihat pada bahagian depan baju ku. Tiada apa-apa yang mencurigakan. Aku yakin lelaki itu sengaja mahu membuat aku takut dan panik.
Kemudian cuping telingaku menangkap suara tawanya. Dia mendatangi aku sekali lagi. Kembali berdiri di depanku. Aku terjerit kecil. Pantas tubuhku aku selimut kejap. Bahagian kepala ku tarik bagi memastikan sehelai rambut pun tak terkeluar. Yang tampak cuma sebahagian kecil muka ku.
“Awak... boleh tak tolong keluar?” Aku meminta.
“Why should I? This is my room.” Nampaknya Rahul tak mahu beralah.
“Awak... saya bukan suka suka nak tidur kat bilik awak ni... Auntie Anu dan Dona yang suruh tau! Lagi pun dah banyak kali saya tidur sini. Bilik ni dah macam bilik saya.” Aku cuba menjelaskan kepada lelaki itu apa sebenarnya yang berlaku selama dia tak ada di Malaysia supaya dia faham. |
|
|
|
|
|
|
|
"Deyyyy...Ayyooyyooooooooo.....Thambiiii! nīṅkaḷ vantīrkaḷ!"
Translate bahasa pasar - kurang ajor punya jantan!!!
---------------------------------------
Speku: Cinta Tiga Segi? |
|
|
|
|
|
|
|
“Oh... dah banyak kali? Lady, you sleep in my room... on my bed... You use my pillow, my blanket....” Tuturnya terhenti sebaliknya matanya galak merenung aku yang sudah tak tentu arah.
Aku menelan liur yang tersekat. Adehhh... malunya! Kemudian Rahul menapak selangkah menghampiri aku lagi. Aku kian panik.
“So, why can't you just sleep with me?” Lelaki itu berbisik ke telingaku. Kutelan lagi liur yang tersekat. Kemudian aku menjarakkan diriku setapak ke belakang. Lelaki itu mendekati lagi. Jantungku rasa nak gugur.
“This.... this blanket is mine!” Rahul menarik bucu selimut yang menyelubungi tubuhku. Aku semakin panik dan kembali terjerit.
“Awak... awak....” Aku cuba melarikan diri tapi kakiku pula terpijakkan selimut yang membaluti tubuhku.
BEDEBAB! Bagaikan nangka busuk aku terjelepok di atas lantai yang beralaskan karpet sederhana tebal. Aduhhh.... sakitnya! Lelaki yang bernama Rahul itu sekali lagi mentertawakan aku. Sakitnya hati aku dipermainkan sebegitu. Aku cuba bangun. Selimut yang menutupi rambutku, aku tarik ke depan. Aku berusaha bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan auratku dari pandangan mata lelaki ajnabi itu.
“Come, let me help you.” Rahul menghulurkan tangannya untuk membantu aku bangun. Huluran tangannya tidak aku pedulikan. Merepek! Tak kanlah aku nak pegang tangannya. Aku bangun sendiri dalam kepayahan. Sebaik sahaja berjaya, aku toleh kepada lelaki itu. Aku lihat dia hanya tersenyum mengejek. Mungkin aku kelihatan lucu di matanya. Aku mencebik. Malu pun ada sebenarnya tapi terpaksa aku buat muka selamba.
Memandangkan lelaki itu berdegil dan tak mahu beralah dengan aku, aku mengambil keputusan untuk keluar saja dari biliknya. Buat apa mahu berkeras. Ini memang biliknya pun. Aku menuju ke pintu. Dengan berhati-hati dan sentiasa memastikan selimutku masih membalut tubuh dan rambutku, aku cuba membuka tombol pintu.
“Where are you going?” Soal Rahul. |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 6-3-2013 10:44 AM
"Deyyyy...Ayyooyyooooooooo.....Thambiiii! nīṅkaḷ vantīrkaḷ!"
Translate bahasa ...
tiga segi antara siapa?
fahmi?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tepat tekaan saya rahul tidur sekatil dgn jiha |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 6-3-2013 10:47 AM
tiga segi antara siapa?
fahmi?
Fahmi? Mungkin...Tapi takde thrill kalau orangnya Fahmi...
Eddie vs Rahul is more intresting.....
(tunggu lebih banyak bab..baru boleh speku lebih...heheheh)
Last edited by Nicki_Meow on 6-3-2013 10:55 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 6-3-2013 10:53 AM
Fahmi? Mungkin...Tapi takde thrill kalau orangnya Fahmi...
Eddie vs Rahul is more intresting... ...
Hang ni laaaa.....
Puas cheq pusing pusing.... kuat na telepati?
|
|
|
|
|
|
|
|
“Nak keluar lah... Ini bilik awak, kan? Saya pun tak inginlah berebut dengan lelaki bacul yang kuat berebut dengan perempuan.” Aku menyindir sinis. Walau pun mengambil keputusan untuk beralah tapi aku masih tak puas hati dengan sikap Rahul. Tak gentleman langsung. Sanggup dia tak mahu beralah dengan aku?
Aku mendengar Rahul tertawa lagi. Kemudian dia menghampiri aku. “Relax lady. You stay here. I'll leave.” Sejurus menuturkan kata-kata itu Rahul membuka tombol pintu dan keluar dari bilik. Sebelum berlalu meninggalkan aku sempat lagi dia menoleh kepadaku. Di bibirnya masih tergaris senyuman mengejek. Aku segera menutup daun pintu dan menekan tombol. Kureling jam di dinding.... hampir pukul 6:30 pagi.
“Subuh!” Selimut kucampakkan ke katil dan aku segera berlari ke bilik air.
Usai menunaikan solat subuh, aku mandi dan bersiap untuk balik. Aku tak sanggup menunggu lama lagi apatah lagi untuk berdepan dengan Rahul. Aku tak menungggu seisi rumah bangun. Nanti aku beritahu Dona melalui telefon sahaja. Begitulah perancanganku.
Perlahan-lahan aku menapak menuruni mata tangga menuju ke pintu masuk utama. Aku buka tombol pintu tanpa menoleh kiri kanan.
“Are you just leaving like that, lady?” Suara Rahul memeranjatkan aku. Aku terjerit kecil. Aku menoleh. Kulihat ada garis senyum di bibir lelaki itu. Aku serba-salah.
“Saya... saya balik dulu.” Kataku tergagap.
“Tak tunggu Dona atau auntie Anu dulu?” Soal lelaki itu. Aku menggeleng.
“Don't you think it's rude to leave without any words?” Aku telan liur yang tersekat mendengar kata-kata Rahul.
“Errr... errr... saya kena balik. Sorry! To be honest, saya tak selesa awak ada. Tak apalah saya rasa Dona faham. Nanti saya call dia.” Beritahu aku kepaada lelaki itu. Kemudian aku berpusing. Aku tak mahu bertangguh lagi. Nanti makcik Anu bangun lagi payah.
“Anyway... terima kasihlah sebab bagi guna bilik awak. Don't worry, saya tak akan guna lagi selepas ni. Kalau awak tak selesa, awak basuhlah cadar, selimut dan sarung bantal yang saya dah guna tu.” Aku tinggalkan Rahul dengan satu sindiran. Aku dengar lelaki itu tertawa.
********** |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah sewa, Kampung Baru.
9.00 pagi.
“Sorry Dona, aku ada hal emergency tadi. Sorry sangat sangat sebab aku balik macam tu saja tadi.” Belum pun sempat aku menelefon Dona, Dona sudah pun mendahului.
“Kau ni betul ke emergency? Atau sebab Rahul ada?” Dona seakan tahu kenapa aku balik tergesa-gesa.
“Betul... Aku ada hal. Aku dah beritahu Rahul tadi yang aku terpaksa balik tanpa beritahu kau atau auntie dulu. Sorry ye?” Aku masih berhelah.
“Oh, kau dah jumpa Rahul tadi?”
“Dah... Elok juga aku balik awal, kesian kat Rahul sebab bilik dia dah kena hijack dengan aku.” Aku sengaja berlawak. Kalaulah Dona tahu apa yang berlaku tadi.... Fuhhh! Malu giler aku. Aku dengar suara tawa Dona.
“Dona, nanti cakap kat Rahul, aku minta maaf sebab aku tak sempat nak gantung balik gambar-gambar dia.” Baru aku teringat aku tak letakkan kembali gambar-gambar itu ke tempat asalnya. Semuanya kerana mahu cepat punya pasal.
“Perkara kecil aje tu... No hal!” Suara Dona kedengaran agak ceria. Mungkin Dona gembira dengan kepulangan Rahul.
“Wuitt... nanti kau cerita kat aku tau, drama yang berlangsung antara Rahul dengan amma dan appa kau.”
Ha ha ha... Selambak Dona ketawa. “Drama tak start lagi sebab abang aku masih tidur.” Aku kemudiannya turut tertawa.
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 6-3-2013 10:58 AM
Hang ni laaaa.....
Puas cheq pusing pusing.... kuat na telepati?
Ehhh...betul eh?
Banyak sgt baca buku genre teka-meneka, sampai jadi habit, sikit2 nak speku...nak-nak buku RAM...huhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 6-3-2013 10:53 AM
Ye ke? Nah bunga
Kesian Jiha. Dah tercemar
Tak rasa rahul tu gayah
|
|
|
|
|
|
|
|
fuh...akhirnya..
enjoy sgt dgn adegan hidustanihe rahul-jiha..
|
|
|
|
|
|
|
|
redsentra posted on 6-3-2013 11:08 AM
Tak rasa rahul tu gayah
kan red..usu pun tak rasa rahul tu gayah...
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 6-3-2013 12:24 PM
kan red..usu pun tak rasa rahul tu gayah...
Wah! Sehati sejiwa gitu
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|