sepanjang kami di ganggu apa yang terjadi di rumah
1) duit selalu hilang. entah mana tercicir. kalau tak hilang. mesti tak cukup
2) beras kat rumah selalu abis. bayangkan seminggu 10kg! padahal makan pun jarang
3) ayam2 kat umah dari 30 ekor. susut. dan last2 abis! kene makan... selalu jumpa bangkai ayam tak jauh dari rumah
4) bila malam. tidor mesti rasa panas sebelah kiri. semua ahli isi rumah rasa
5) rumah rasa cam berpasir. padahal dah sapu,vacuum.
6) magrib2 selalu dengar bunyi loceng dan cakap2 org dalam bahasa siam
7) kadang2 kami makan. makanan rasa cam najis. berbau busuk. walaupun beli dari luar.
kalau eat out. tak. bila di bawak masuk dalam rumah
8) kalau lepas semayang sure berpeluh. atau. berpeluh2 sgt ( panas ) ketika semayang. kadang2 memg tak kyusuk jadinya
9) selalu ada barang hilang dalam rumah. letak dekat A. jumpa dekat B. ( semacam barang beralih2. seperti di alihkan)
10) dalam seminggu. mesti salah sorang akan demam, contoh. mnggu pertama, SAYA. minggu kedua Emak. dan so on.
11) setiap malam. emak mesti mimpi pelik. bayangkan. selama 2 tahun
12) haiwan seperti Ular Tedung dan biawak. selalu betul masuk ke rumah.
padahal rumah bertangga. dan dah tabur kabaid seguni pun tetap ada
13) kalau kami semayang beerjemaah, sure kakak akn di pijak dan henyak dari belakang.
14) takde pun orang nnak bergaul dengan kami ( jiran2. pdhal sebelum ni ok. )
15) rumah jadi suram. even waktu siang. TAKDE SERI
16) orang semacam tak nampak. Bayangkan. Budak sekolah nak kutip derma PIBG rumah ke rumah. tak nampak rumah kami
bila di tanya. Lar. nampak macam rumah tinggal! padahal. elok berjaga. siap ada bunga
17) bunga susah nak hidup! asyik mati je. macam di racun
19)kadang2 kalau sorang2 duduk di rumah. rasa di tampar dari belakang!
20) bau bangkai setiap kali malam Jumaatl
21) hari Rabu kakak akan merepek dan buat perangai. kadang2 kejap. kadanag2 lama
22) selalu ada halanagan. tambah2 dalam urusan jual beli kelapa. orang tak datang la. tak jadi beli la. kelapa tak ikut syarat lah
23) makan selalu tak kenyang. padahal kami penah sekali tu makan smpai 2 pot nasi. still tak kenyang.
24) rasa mengantuk bila magrib. mengantuk yang amat sangt