CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
Post time 11-7-2012 03:23 PM | Show all posts
Lagi nicki...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2012 03:31 PM | Show all posts
lagi nicky......asik terbayang si fandi ni farid kamil ler....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2012 03:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 11-7-2012 15:43

Episode 13

Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

Bilik taklimat itu sunyi sepi. Lapan pasang mata sedang memerhatikan skrin latar yang berwarna putih. Wajah-wajah sindiket ahli penyeludupan dadah terpapar satu demi satu.

Markus Embue



Akemi Olgua



Daren Fagbemi



“Jadi, mereka ini kumpulan sindiket terbaru yang berhubungan dengan Geng Jedi?” ACP Zaid bertanya.

“Ya Tuan. Mereka adalah warganegara Nigeria. Masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan pelajar” Inspektor Sabri menjawab

“Dan Shark menjadi orang tengah di antara mereka dengan Jedi?”

“Betul Tuan”

“Maklumat terkini, orang-orang mereka sudahpun memasuki Malaysia melalui sempadan Thailand ke Kuala Lumpur, sebelum ke Australia. Mereka di percayai menyeludup dadah jenis marijuana. Bila di periksa, tiada bahan bukti yang didapati bersama mereka. Lokasi mereka di Kuala Lumpur belum dapat di ketahui lagi” Inspektor Sabri memberi penerangan.

“Kenapa orang kita masih belum dapat maklumat lagi?”

“Shark tidak pernah percaya seratus peratus pada orang bawahannya walaupun orang kanannya sendiri. Maklumat tertentu diberikan kepada orang tertentu, untuk tujuan tertentu. Begitu cara Shark beroperasi supaya tiada maklumat di bocorkan” ACP Zaid mengangguk.

“Macam mana dengan Shark?”

“Seperti maklumat yang kita dapat, kumpulan Shark merupakan tali barut Jedi paling utama. Kegiatan mereka lebih tertumpu kepada penyeludupan dadah dan pelacuran. Saya pasti, selepas ini mereka akan melakukan penyeludupan lagi”

“Apa maklumat yang kita dapat tentang, Jedi?”

“Belum ada tuan. Shark tidak akan sekali-kali memberikan maklumat tentang Jedi kepada orang-orangnya” Inspektor Sabri kelihatan mengeluh namun tidak mengalah. Mereka mengambil masa yang agak lama untuk menjejaki Shark dan kuncu-kuncunya. Shark sangat licik, baru kini kubu Shark dapat di tembusi. Jadi, dia tak boleh berputus asa sekarang. Shark adalah kunci utama untuk mereka mendapatkan Jedi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2012 03:45 PM | Show all posts
“Kenapa susah sangat kita nak dapat maklumat mengenai Jedi?” Inspektor Marina bersuara

Geng Jedi, antara penjenayah yang paling di kehendaki di Malaysia. Rompakan bersenjata, sindiket pelacuran dan penyeludupan dadah merupakan aktiviti utama kumpulan ini. Tetapi, nama Jedi itu seperti satu misteri. Tiada maklumat tepat yang dapat di perolehi oleh pihak polis mengenai ketua geng sindiket itu. Yang lebih mengelirukan pihak polis, Jedi tidak pernah menunjukkan muka. Semua aktiviti jenayahnya di lakukan oleh orang- orang bawahan, Jedi cuma memberi arahan.

“Jedi bijak menjalankan operasinya. Dia tidak pernah langsung menunjukkan muka. Bagaimana cara dia mempengaruhi orang-orang bawahannya, itu tidak dapat di pastikan. Dia hanya memberi arahan melalui telefon. Yang nyata, orang-orang bawahannya sangat setia pada Jedi”

“Tak kan tak boleh trace langsung? Rekod panggilan telefon? Alamat?”

“Jedi seorang penjenayah, Inspektor Marina. Dia tahu macam mana cara untuk mengelak daripada di kesan. Untuk menangkap Jedi, kita juga perlu berfikir seperti seorang penjenayah. Setakat ini, hanya Shark sahaja yang berhubung secara terus dengan Jedi. Orang-orang bawahannya tidak pernah langsung bercakap atau berjumpa dengan ketua mereka”

Suasana senyap seketika.

“Baiklah. Buat masa ni, saya cadangkan kita jangan bertindak apa-apa dulu. Biarkan mereka menyangka pihak polis tidak dapat menghidu kegiatan mereka. Kumpulkan maklumat sebanyak mungkin. Ingat, matlamat utama kita adalah Jedi” ACP Zaid mengarahkan.

“Suruh orang kita dapatkan lebih banyak maklumat mengenai Jedi. Gunakan Shark. Shark pasti tahu di mana tempat Jedi bersembunyi”  

“Baik Tuan” Mereka menjawab serentak.

Mereka bangun, meninggalkan bilik taklimat itu dengan satu tujuan yang sama – Memburu Jedi!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2012 03:47 PM | Show all posts
Untuk makluman, gambar-gambar di atas hanyalah sekadar gambar hiasan (matilah kalau diorang datang mintak royalti... )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2012 03:49 PM | Show all posts
lagi nicky......asik terbayang si fandi ni farid kamil ler....
rafflesia76 Post at 11-7-2012 15:31


Awatlah hang minat benor dengan lelaki kucing tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-7-2012 03:50 PM | Show all posts
pomot diri sendrik nampakkk???
sambunggg.... sambunggg....
cmf_conan Post at 11-7-2012 14:18


Comel tak ai? (sambil mengelip-ngelipkan mata....)
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 03:54 PM | Show all posts
Awatlah hang minat benor dengan lelaki kucing tu?
Nicki_Meow Post at 11-7-2012 15:49



sumpah cheq tak minat kt dia.....tp bila cheq dok baca cerita ni, cheq mcm teringat jek yg fandi tu dia.....cheq kn da ckp cheq setiaq pd yg sorg..... mr henry middleton
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2012 04:08 PM | Show all posts
wahhh.. siapakah jedi??  jeng jeng jengggggg
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 04:09 PM | Show all posts
Comel tak ai? (sambil mengelip-ngelipkan mata....)
Nicki_Meow Post at 11-7-2012 15:50


comelllll.. rasa nak gomol2 jek ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 04:36 PM | Show all posts
Reply 247# Nicki_Meow


comei sungguh rasa cam nk tampo2 jek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2012 04:38 PM | Show all posts
wahhh.. siapakah jedi??  jeng jeng jengggggg
cmf_conan Post at 11-7-2012 16:08


Cuba tanya Raff, colan-colan yg sesuai menjadi JEDI...


Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 04:52 PM | Show all posts
Episode 13

Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

Bilik taklimat itu sunyi sepi. Lapan pasang m ...
Nicki_Meow Post at 11-7-2012 15:42


Tu dia.... semua ganaihhh2

Siapakah Jedi? mari kita mencari Jedi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2012 04:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 11-7-2012 16:56

Episode 13

Fandi duduk-duduk saja di halaman rumah. Suasanan sunyi seperti biasa. Agak bosan juga dia tinggal di sini. Jadual penghuni rumah itu juga telah dapat di hafal. Datuk Yusuf akan keluar pada pukul tujuh setengah pagi. Keretanya akan di pandu oleh Aziz. Manakala Datin Haryati pula akan keluar pada pukul sembilan pagi, ke kedai bunga miliknya. Mereka hanya akan berjumpa pada waktu makan malam. Walaupun kekok, Fandi tetap menghormati ibu dan bapa mertuanya. Ajakan makan malam bersama akan di penuhi walaupun dia terasa agak segan. Apatah lagi, Datuk Yusuf dan Datin Haryati melayannya dengan baik.

Kadangkala, timbul rasa menyesal dalam hati Fandi bila membuat keputusan berkahwin dengan Sofea Raihana. Tapi, dia tak dapat berpatah balik. Selama mana dia mampu bertahan, Fandi pun tidak tahu.

“Hang mengurat ja bini hang tu” Saranan Azwan kembali bermain-main di fikiran. Fandi menggosok-gosok dagunya.

“Kalau susah sangat, kau kahwin je lagi seorang. Dalam kontrak tak tertulis pun yang kau tak boleh kahwin lebih dari satu” Sesekali hati kecilnya berkata. Fandi tersengih sendiri. Boleh saja kalau dia mahu.Tapi, bila teringatkan Sofea Raihana, tangkai hatinya bagai di usik sesuatu. Tapi apa? Dan kenapa?

“Meow” Nicki datang menggesel-geselkan badannya ke betis Fandi.

“Cuk..cuk..cuk..” Nicki semakin manja.

“Nicki dah makan?” Fandi bertanya kepada kucing itu, seolah-olah kucing itu memahami kata-katanya. Nicki melompat di atas riba Fandi, minta di belai.

“Nicki…Nicki. Kesian kau. Ada tuan pun, buat dekk je. Dah lah muka tuan kau tu macam asam boi. Masam dua puluh empat jam”

“Meow”  Nicki menyahut.

“Hisshhhh” Terdengar suara di belakangnya. Serentak dengan itu, Fandi menoleh. Sofea Raihana sudah mula menaiki tangga menuju ke biliknya. Fandi menepuk dahi.

“Tulah kau. Siapa suruh mulut tak ada insuran?” Kepala Nicki di tunjal perlahan.

“Meow!” Nicki melompat turun, memandang Fandi sekilas sambil membuat muka seolah-olah berkata ‘Kau yang cakap, aku pulak yang kena?’

“Dahlah Nicki. Aku nak masuk. Kau nak ikut?” Nicki berlari-lari anak masuk ke ruang tamu.

“Kau jangan masuk bilik aku” Fandi memberi amaran. Sejak dia tinggal di sini, kucing itu suka sangat tidur di biliknya. Nicki menoleh sekilas lalu menghilangkan diri.

Fandi berjalan masuk ke ruang tamu itu. Hendak menonton televisyen dia terasa bosan lalu mengambil keputusan untuk masuk ke biliknya sahaja. Dalam Fandi berkira-kira, dia terpandang bilik bacaan Datuk Yusuf yang kelihatan terang. Fandi teragak-agak tapi langkahnya di arahkan ke situ.

“Assalamualaikum” Fandi menegur. Datuk Yusuf mengangkat muka lalu tersenyum.

“Waalaikummussalam. Masuklah” Fandi melangkah perlahan sambil memerhatikan bilik bacaan ini. Agak kagum juga dia dengan koleksi buku-buku Datuk Yusuf.

Macam library….

“Duduk Fandi, duduklah” Datuk Yusuf berkata lagi. Senyuman masih terukir di bibirnya.

Fandi menurut lalu duduk bersebelahan dengan Datuk Yusuf. Senyuman masih terukir di bibirnya.

“Ada Fandi bercakap dengan Fifi?” Datuk Yusuf sengaja bertanya walaupun dia tahu, anaknya itu memang keras kepala. Malah, bertambah melampau sejak akhir-akhir ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2012 05:01 PM | Show all posts
“Tak ada. Selama saya tinggal kat sini, tak pernah lagi dapat bercakap dengan dia”  Fandi berkata jujur. Hanya sekali Sofea Raihana bersuara kepadanya. Itupun menjerit, bukan bercakap.

“Dengan papa pun dia tak bercakap Fandi. Papa ni macam dah tak wujud. Dengan mama pun bercakap kadang-kadang je” Datuk Yusuf seperti mengadu. Fandi hanya mendiamkan diri. Tidak tahu ayat apa yang perlu dikatakan kepada bapa mertuanya. Datuk Yusuf memandang Fandi. Dalam hati, terbit rasa bersalah kerana mengheret anak muda itu ke dalam masalah keluarganya.

“Fandi”

“Ya?”

“Papa rasa bersalah dengan Fandi. Papa minta maaf banyak-banyak sebab babitkan Fandi dalam hal keluarga papa. Kalau Fandi nak batalkan kontrak tu…papa..”

“Saya yang setuju nak kahwin dengan Sofea…pakcik… err..papa. Saya ada sebab saya, papa ada sebab papa. Jadi, tak timbul soal siapa yang salah dalam hal ini” Fandi pantas menjawab. Datuk Yusuf mengangguk.

“Buat masa ni, papa belum lagi dapat maklumat lanjut mengenai Nabilah. Adik kamu tu dah lama hilang, papa perlukan lebih masa” Fandi terdiam, lalu mengangguk.

“Hari Jumaat ni, papa kena pergi outstation ke Langkawi. Ahad baru balik. Fandi…tolong tengok-tengokkan Fifi ya?”

Tengokkan? Memang aku tolong tengok ajelah.

“Baik papa. Mama ikut sekali ke?”

“Tak. Papa pergi dengan Aidil. Ada opening ceremony untuk resort baru kami di Langkawi”

“Oh…” Fandi mengangguk lagi.

“Papa baca buku apa tu?” Fandi menukar tajuk.

“Buku Dr. Mahathir” Datuk Yusuf menjawab sambil menunjukkan kulit muka depan buku yang bertajuk ‘Doctor in the House’.

“Fandi suka membaca?”

“Suka juga” Fandi menjawab. Sekali lagi matanya memerhatikan keadaan bilik bacaan Datuk Yusuf ini.

“Kalau Fandi nak pinjam mana-mana buku, ambil sajalah. Bilik bacaan ni memang terbuka untuk sesiapa saja” Fandi mengangguk. Lalu dia bangun perlahan-lahan. Dua buah buku yang menangkap pandangan matanya sejak tadi di ambil.

Menarik juga buku ni. Fandi kembali duduk di sofa. Akhirnya suasana menjadi sunyi apabila kedua-dua mereka mula tenggelam dalam ‘dunia’ masing-masing.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 05:20 PM | Show all posts
abehlahhh.. aku dah terbayang nicky_meow sebagai nicky the meow
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2012 05:42 PM | Show all posts
nicky saje jek nk menyelitkn diri kt sini.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 11:26 PM | Show all posts
Adoi...nicki tu nk myelit jugk ya...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 09:07 AM | Show all posts
meowwwww.....meowwwww......

nk lagiiiii......nk lagiiiiiiiiiii..........
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 11:20 AM | Show all posts
miyauuuu miyauuuuuuuu nak friskiess laparrrr nyauuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.107080 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list