CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: oklatu85

ayu raudhah & somi jemputan semanis kurma. . weksss

  [Copy link]
Post time 27-4-2012 12:43 PM | Show all posts
Husband akak tgk semalam, pastu dia ckp kat akak " ma,ckp menda yang tak betul is fitnah, tapi ckp menda betul tapi tuanpunya badan tak suka is mengumpat. tadi kita dah ngumpat rodah ni ma..cmn ni?" aku ckp, takpa..nanti mama twitter dia mintak maaf.hahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2012 12:45 PM | Show all posts
Reply 239# martiena

ai suka botak jah dlm citer tuh..
bapak soffiya (tiz zaqiyah) menten gatal gitew
nak tgk ending dia mcm mana
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 12:46 PM | Show all posts
rcw ni klo gemok lg mmg nmpk mcm ahkak kepada zaquan sengal ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 12:48 PM | Show all posts
kui kui kui......tak terkata aku tgk..........
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 12:50 PM | Show all posts
BTW, diorang tak terasa ke bila ustaz cakap, kalau kita tak nak orang fitnah kita, kita jangan fitnah orang, tu ustaz sound kat ko lah tu sebenarnya, takkan tak terasa koooootttt... kalau tak terasa, sah penyakit hati tu tak boleh diubati lagilah, bak kata 'ustaz' zaquan lah kaaaaannnn...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 12:51 PM | Show all posts
kalo jemput orang2 bodoh camtu,mmg boleh diagak apa jawapannya,bila ditanyakan soalan..
orang yang  ...
yiyinlahni Post at 27-4-2012 12:34



    anak cikgu tau cikta ngan rodoh ni .. anak arwah pelakon Noraini Hashim tu (yg jd mak dlm citer maria mariana)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2012 12:55 PM | Show all posts
Reply 242# alfrina


   botak yg jdi bapak tiz ke sape?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 12:56 PM | Show all posts
Reply 246# nkhairuddin1


emmm...sy rsa mcm pernah tgk muka mak diorang kat Kosmo ke apa dulu..berkenaan pertanyaan wartawan ttg bagaimana anak2 dia mewarisi kecantikan ibunya...kat ctu adalah mak diorang bagitau perturunkan tips2 amalan dia kepada ank2 perempuan dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2012 12:58 PM | Show all posts
tgk kejap je malam td semanis kurma... bila dia kata artis jemputan si ayu raudah dan suaminya.. ter ...
carly_lah Post at 27-4-2012 11:14



    carly .. akak pun sama .. trus tengok blood thirsty prosecutor .. drama korea .. heroin nye mcm your avatar la!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 12:58 PM | Show all posts
Reply 247# martiena

bkn...

bapak botak dlm bunga2 syurga tuh jd bapak tizz dalam soffiya... lupa plak sapa nama lelaki tuh

tp aku tgk citer tuh sbb ade botak (bunga2 syurga)
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 12:59 PM | Show all posts
Reply  nkhairuddin1


emmm...sy rsa mcm pernah tgk muka mak diorang kat Kosmo ke apa dulu..berke ...
yiyinlahni Post at 27-4-2012 12:56



    yiyin .. n anak2 dia jd artis bila mak dia dah meninggal ... masa arwah hidup, mmg mak dia tak  bg
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 01:00 PM | Show all posts
Reply  mallcop


   dia skang kan jadi tukang angkut barang2 org lari umah............
martiena Post at 27-4-2012 11:51



    Upah free kekdahnya.. Dengan moto skali dia bole usung pindah... nanti iols nak pindah rumah pegi tingkat 8, nak mintak tolong rodoh la.. angkut barang naik tangga..flat iols lift dah abis bateri..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 01:05 PM | Show all posts
Reply 252# qwezxc


   kan........... dia nk pegi gym tpi x mampu kot...... ai xde bela anak nk bagi susu mahal2 xkan x mampu nk gi gym.......RR walaupun menanggung anak tpi masih mampu pegi gym.lagi melerts jaga body......walaupun anak 2......
yg ni mcm ade cucu dah haaa.......
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 01:07 PM | Show all posts
sape nk tgk muka tuut yg mcm hampes itu........
xyah nk buat muka sgt la.......
martiena Post at 27-4-2012 12:15



    aku tengok muka RODOH ni dj jd mcm RAMLAH RAM
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 01:07 PM | Show all posts
Reply 250# alfrina


   owh..hilal azman eh............ aku tgk muka dia psiko ah.......alamak ter OT la.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 01:08 PM | Show all posts
Reply 254# songeh_jer


   kan.....ramlah ram yg kertu tu pun msih lagi melert dan gebus .......... walaupunnnn ...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2012 01:08 PM | Show all posts
Reply  qwezxc


   kan........... dia nk pegi gym tpi x mampu kot...... ai xde bela anak nk bagi ...
martiena Post at 27-4-2012 13:05



Ahahahhahhaha! Harus rodoh book tiket MAS pegi mana2 becuti lepas lg lepas ni. Tertekan selepas on air dlm Semanis Kurma kekdahnya.


Semalam iols try ushar twitter. Ada yg twit, zaquan dgn rodoh Semasam Kurma. Takleh Blah.




Kembimboan rodoh yg mula2 iols tangkap semalam bila laki dia nak cerita pasal dia difitnah ada hub songsang. Dekone takmau sebut GAY, tp si rodoh pi sebut GAY. Nyampuk Gay terus. Sentap si laki tau! then ngilai2 mcm makcik2 borak kat rumah kenduri sambil bungkus beg goodies.. hahahhahaha (iols masih dpt bayangkan keadaan itu...)
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 01:09 PM | Show all posts
RODOH LAKI BINI --------------------> dua2 mcm mangkuk jamban

sgt sepadan, sorang mangkuk jamban, sorang pentup mangkuk jamban
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 01:12 PM | Show all posts
rodoh2..tgk la brapa hari sgt mak mertua nk syg timang2 ko.

hrp2 laki ko tu xbwk blk madu la tayang kt pak razak
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 01:15 PM | Show all posts
Reply 251# nkhairuddin1

kak...bkn kah ni mak diorang...




Tabiat pemakanan, gaya hidup Zabedah Saad ikutan adik-beradik Rozita Che Wan

MEREKA sekeluarga memang cantik belaka. Malah kejelitaan ibu dan adik beradik bintang televisyen Rozita Che Wan, 37, dan Ayu Raudhah, 26, sentiasa menjadi bualan. Acap kali juga bualan mengenai kecantikan melebihi bakat yang dimiliki. Lalu, bukan sesuatu yang menghairankan jika ada yang memuja dan menghargai pesona yang ada pada dua pelakon jelita itu.
Malah pakej yang ada bagaikan pasport memastikan mereka bertahan dan terus mewarnai dunia hiburan tanah air. Tapi sayangnya selepas empat tahun bergelar pelakon, Rozita nekad menoktahkan kerjaya seninya bermula tahun depan kerana kononnya sudah muak dengan glamor dunia hiburan dan mahu menjadi seperti orang biasa saja.
Ekoran itu timbul cerita, pelakon bermata galak itu ingin menamatkan zaman jandanya dengan seorang pemuda dari Kota Singa. Sejak akhir-akhir ini juga timbul juga cerita, kecantikan Rozita turut menarik minat juara Akademi Fantasia musim kelapan, Syahir, untuk mendekati dirinya. Bagaimanapun, janda beranak dua ini berkata dia sedar diri dan tidak mungkin akan jatuh cinta dengan jejaka yang jauh lebih muda daripadanya.

Ayu Raudhah pula sedang hangat bercinta dengan pemain kembar bola sepak negara, Zaquan Adha. Malah keluarga sudah mengesahkan bahawa dia akan menamatkan zaman solonya pada Januari depan. Namun bukan isu cinta dan perkahwinan yang menarik Sabtu untuk menyatukan keluarga ini dalam satu sesi fotografi di Istana Budaya awal September lalu.

Tetapi ia lebih kepada rahsia kecantikan yang dimiliki keluarga Zabedah Saad. Zabedah, 58, yang lebih mesra disapa Kak Bedah bersedia memenuhi hasrat itu bersama anak sulungnya, Rahimah, 38 serta Rozita dan Ayu. Seorang lagi anaknya, Rubytah yang juga isteri kepada pelakon dan pelawak Lan Pet Pet, tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Siapa lagi yang lebih arif bercakap mengenai soal kecantikan ini jika tidak Kak Bedah sendiri. Barangkali ramai yang ingin tahu apakah rahsia dan petua yang diamalkan si ibu sehingga diwarisi anak-anaknya.
“Sebenarnya tak ada apa rahsia pun...,” ungkapnya di awal bicara. Puas ditanya jawapan itu juga yang diberikan. Namun selepas beberapa minit bersamanya yang cukup tebal dengan sikap pemalu, berjaya juga Sabtu mengorek sedikit rahsia yang tersimpan erat.

Katanya yang masih nampak segar walaupun usia sudah senja, paling penting ialah menjaga aspek pemakanan dan makanan segera pula tidak pernah termasuk dalam senarai makanan kegemaran keluarga.

“Rozita pun menurut jejak saya dengan cuba mengelak makanan segera. Kalau dia makan pun tak selalu. Saya makan apa yang orang lain makan, cuma saya elak menjamah makanan segera. Paling saya utamakan ialah ulam-ulaman. Saya terlalu menjaga pemakanan. Saya juga membiasakan diri bangun awal sebelum subuh. Selepas solat Subuh, saya akan tidur balik dan bangun sekitar jam 8 atau 9 pagi,” katanya yang bergelar ibu tunggal sejak 22 tahun lalu.

Suami Kak Bedah meninggal dunia akibat penyakit barah dan asma ketika usianya 35 tahun. Malah selama itu juga beliau gigih dan bersungguh-sungguh membesarkan tujuh anak termasuk Rahaiza, 29, Rafiuddin, 22, dan Roshidi, 31. Selama itu juga, hatinya tidak pernah terbuka untuk mencari pengganti.
Beliaulah Mama dan beliau jugalah Papa. Lumrah di awal fasa kehilangan suaminya, beliau mengakui berdepan dengan kesukaran selepas hilang tempat bergantung.

“Berkat kecekalan, kesabaran dan ketabahan termasuk utuhnya nilai kekeluargaan yang kami pertahankan sejak dulu, Alhamdulillah saya terus kuat demi anak dan kini bersama enam cucu. Mahu atau tidak, saya perlu bangkit meneruskan kehidupan. Pelbagai kerja saya buat untuk menyara hidup serta anak. Saya ambil upah menjahit, malah pernah jadi tukang masak di kantin sekolah di Kedah.

“Sekarang ini, anak lebih suka saya berehat. Giliran mereka pula untuk menyenangkan saya. Masa saya pun banyak dihabiskan di Subang Jaya bersama mereka. Betapa kuatnya ukhuwah mereka, rumah masing-masing pun dekat di sekitar Subang Jaya,” katanya.

Terlanjur berbual dengannya, soalan mengenai isu perkahwinan Rozita dan Ayu turut ditanya. Seboleh-bolehnya, Kak Bedah mahu kedua-dua anaknya itu cepat kahwin. Selain Rozita yang bergelar ibu tunggal, Rahimah juga sudah setahun bergelar ibu tunggal dan memiliki seorang anak bernama Isabella Adriana Adani, 3 tahun.

“Saya restu siapa pun pilihan mereka. Tapi bab bila nak kahwin itu, saya serahkan kepada empunya badan. Cepat mereka kahwin, Insya-Allah boleh tambah lagi cucu saya,” katanya yang mempunyai empat cucu lelaki dan dua cucu perempuan.

Enggan obses soal cantik

SEMENTARA itu, Rozita sendiri tidak menidakkan pandangan ibunya mengenai corak pemakanan yang betul menjadi amalan mereka adik beradik. Akui bekas pramugari itu lagi, dia tidak obses dengan kecantikan dan hanya bersyukur dengan kurniaan Tuhan.

“Apa yang kita ada inilah yang terus dijaga. Kalau nak buat itu dan ini (merujuk kepada pembedahan plastik atau suntikan botox), tapi kalau Tuhan tak berkat, tak cantik juga jadinya. Kalau bab pemakanan saya ini jenis manusia yang paling pantang nampak nasi.

“Nasi itu satu menu wajib dan saya ambil ia setiap dua kali sehari. Makanan lain kalau tak ada, saya tak menangis. Tapi tidak pada nasi. Kalau makan nasi sedap, saya tambah. Kalau tak sedap, jawabnya, tak habislah. Ulam-ulaman itu pula saya jadikan sebagai penyeri,” kata ibu kepada Ammar Effandy dan Aniq Essra ini.

Diusik dengan isu bulu mata yang cukup sinonim dengan dirinya, Rozita sambil berseloroh berkata jika keluar temu janji dengan teman lelaki dia jarang mengenakan bulu mata berlapis atau tebal.

“Kalau bab solekan, memang saya selalu tekankan bahagian mata dan menggunakan bulu mata itu satu cara untuk menaikkan seri,” katanya yang juga gemar bersukan untuk mengekalkan bentuk badan.

“Saya juga gemar bermain futsal dan badminton di Sports Planet Subang. Malah sukan futsal ini juga sudah menjadi aktiviti keluarga kami,” katanya.

Rozita juga memberitahu ibunya banyak berkongsi petua lama termasuklah amalan berpantang seperti amalan mandi yang dimulakan dengan membasuh kaki dulu dan diikuti dengan jirusan hingga ke kepala. Makan juga tidak molek disulam air.

“Mama saya memang cukup tegas dalam soal berpantang. Saya rasa tak mungkin orang lain boleh tahan dengan caranya. Tapi mujur saya boleh mengikutinya dengan penuh jaya. Bayangkan pukul 6.30 pagi sudah bangun untuk bertungku. Batu merian yang dibungkus dengan kain turut dijadikan sebagai bengkung.

“Pergerakan pun kena jaga sewaktu berpantang. Selagi tak cukup 44 hari, jangan sesekali menjejaki tanah. Kecualilah nak ke klinik untuk mengambil suntikan buat anak. Keadaan sejuk juga perlu dielak. Alat penghawa dingin ditutup dan bilik pun sudah jadi macam sauna.

“Memang derita tapi orang kata kecantikan itu bermula dengan kesengsaraan sebenarnya. Bagi mengelak angin masuk ke dalam kepala, rambut saya pun diikat ketat. Hasilnya berbaloi, hingga ada yang pernah berseloroh kepada saya perut kekal langsing walaupun sudah beranak dua,” katanya sambil tersenyum.

Ayu Raudhah pula yang sudah kembali langsing sejak hatinya berbunga juga mempraktikkan perkara yang sama seperti kakaknya yang lain. Paling penting, kata Ayu, dalam setiap ulam-ulaman yang dimakan dia pasti menyulamkannya dengan sambal belacan.

“Sekarang sebab nak kurus punya pasal kenalah jaga badan. Dulu makan nasi sepinggan sekarang saya kurangkan menjadi setengah pinggan. Saya juga akan bermain futsal kalau ada masa lapang. Untuk penjagaan muka, sebelum tidur saya letak dan mengusap ais batu. Kalau rambut pula, saya rajin gunakan santan untuk mengelak kekeringan,” kata Ayu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.069765 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list