CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariapersanta

Ilmu dan Penyakit Mistik , method, rawatan dan cara pencegahan nya

  [Copy link]
Post time 9-5-2012 08:32 PM | Show all posts
Reply 239# ariapersanta


   en.aria, kalau yg tinggal hanya pergerakan tanpa semangat, mcm xbest je belajar silat rimau ni. baik belajar silat2 yg lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2012 09:06 PM | Show all posts
Reply 241# misslivina


   salah belajar ilmu ada khadam ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 09:54 PM | Show all posts
Bagi aku tak salah...
Kalau kita tinggal di tempat terpencil jauh dari pembangunan...siapa nak bantu kita?
Nak mengadu pada sapa? Ahli Dewan Undangan ?
Dah lah nak pergi ke pekan terhampir mengambil masa 2 ~ 3 jam...jalan kaki ajer.
Kita yang tak punyer apa apa pulak yang kena lakukan dengan segala kepayahan.
Mereka yang berpunyer boleh lah bersenang hati , segalanya tersedia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2012 12:28 AM | Show all posts
Reply 234# ariapersanta


    Orang seperti itu, tak perlu saya kasihankan. Sudah tertalak dengan syahadah. Sudah percaya selain Allah. Sudah dikira syirik. Dosa yang tiada ampun.

Keluhan aria itu sangat saya fahami. Ada benarnya kata2 anda. Pelajaran sekarang sudah terlalu mengajak orang menghukum begitu dan begini, padahal kepahamannya tentang ilmu tauhid terlalu sedikit.

inilah bahayanya pandangan orang awam. mereka merumuskan hal mengikut fikiran yang cetek. walaupon fikiran itu benar, tetapi benar hanya tingkat akal mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2012 12:48 AM | Show all posts
Reply 243# rdzaccess


    ahahhaha..tak perlulah belajar silat. silat itu sudah ada pada diri. buat ape belajar silat makhluk lain. belajar silat diri. setiap kita sudah ada ilmu yang berlapis-lapis. cuma siapa yang menuju ke arah itu, pasti diri itu akan menunjukkan kehebatannya. Sebab Allah Maha Hebat. Allah Maha Gagah.

Saya berfikir seperti ini kerana, suatu ketika saya ingin belajar silat, guru saya mencuba bertarung dengan saya. Nyata dia kehilangan punca mengapa setiap urat saya terkunci sendiri. tak dapat dikunci lawan. seolah2 orang mati. urat saya tiada fungsi. jadi pukulannya tiada impak.

pada hari berikut, saya disuruh berhenti belajar silat. guru silat itu tidak mahu mengajar saya, kerana katanya saya tak perlu balajar silat dan jangan belajar silat2 yang lain pon. sedih juga saya. orang lain seronok dengan latihan, saya hanya memerhati di tepi padang.

silat, adalah seni diri. ia semacam tarian juga. jika hendak bersilat, buatlah kerana ianya seni sahaja. tiada terpendam untuk dipergunakan untuk menyakiti.

ibaratnya, anda beli pedang tetapi niatnya untuk memotong bawang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2012 10:53 AM | Show all posts
Reply  ariapersanta
Ibarat kalau berhutang ngan bank, pastu tak bayar..kemudian blacklist....buatlah permohonan dengan bank yang lainnya...tak akan ada yang beri hutang lagi...
Haaa...pastu pergilah jumpa Along...memang dapatlah...pastu...selalulah gi jumpa Along...kalau dah tak nak pergi dah ...Along pulak datang cari...walaupun telah di lunaskan hutang dengan jayanya tanpa ada apa apa yang membebankan Along...

~ ((((Kalau kita ada dosa pastu kita tak menyucikan dosa tu ( dengan cara cara beribadah ) dah tu dosa buat jugak dah menebal, kemudian buat pulak solat hajat mintak untuk di sembuhkan ( pikir sikit lah...kalau dah sembuh nanti dosa akan dibuat jugak mungkin bertambah hebat lagi ) makanya dosa dosa ini jadi sebagai pendinding kepada penyembuhan perawatan tersebut.
Sememangnya lah ayat ayat Qur'an di baca sebagai pendinding tapi dinding di luar dan musuhnya ada di dalam... ( kalau musuh di dalam tak ada , maka musuh di luar tak akan boleh menakluki...
Ini tidak,... musuh di dalam yang dok ada menyerang , macam mana nak bertahan,....

rdzaccess Post at 8-5-2012 21:54



saya suka dgn perumpamaan en. rdz yang ini....mudah utk difahami & di 'apply' kan. 100 marks for you, hehehhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-5-2012 11:29 AM | Show all posts
beli pedang untuk potong bawang?
bagi saya silat ini RIADAH
dan anjuran Rasulullah untuk belajar BELADIRI , memanah dan berkuda
wallahu alam
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2012 01:07 PM | Show all posts

Jenis jenis Ilmu Hitam , Method dan cara pencegahan nya.

Reply 247# ariapersanta


    niat dari awal tu penting. belajar seni beladiri tak salah. yg salah bila gugur walau sehelai bulu roma orang yang masih mengucap kalimah syahadah. tetapi bukan juga alasan memerangi orang kafir.

jika diancam sekalipon, lbh baik bertahan dan tenang.

pengalaman saya diserang orang kafir dengan parang, saya dihayun parang tetapi saya mengelak. malah orang itu terjatuh. tak semena2 dia lari walaupon saya hulurkan tangan untuk dia bangun.

saya yakin dengan ape yang saya pelajari. tak usah takut atau menyerang. tenang saja.

jika anda pernah digertak dengan parang, adakah anda akan menyerang kerana merasa diri dalam bahaya? sebenarnya pilihan masa ada kecuali anda berilmu dan tahu kedudukan anda adalah selamat. tak semestinya orang yang menyerang akan menang.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2012 01:28 PM | Show all posts
Reply 248# InspekterZ


seya bersilat dari umur saya 9 tahun , dan lebih dari 10 kali terpaksa menggunakan apa yang saya pelajari dalam keadaaan sebenar.

Mmg benar tak dinafikan ada perguruan yang mana mengajar teknik kota sebagai contoh Nasrul Haq atau yang paling baru Tapediri , dan lebih elok sebenarnya berlembut begitu tetapi bagi saya offensif itu juga perlu ada
contoh;

kes yang baru baru ini berlaku di Damansara yang mana 2 orang perempuan dipaksa jadi penonton sepupu mereka dirogol mereka bertiga lelaki itu seorang ...

Dalam keadaan ini memerlukan ofensif , dalam mepertahankan maruah, agama,dan keselamatan

mungkin pemahaman kita berbeza , saya tak suka berdebat , bagi saya banyak berdebat lebih banyak musuh, saya masuk mana mana forum pun tujuan saya cari kawan (walau hakikatnya dalam mana mana forum pun ada je yang cari pasal dgn saya hehheehe entah la )
kalau saya salah  saya minta maaf ,
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2012 04:06 PM | Show all posts

Jenis jenis Ilmu Hitam , Method dan cara pencegahan nya.

Reply 249# ariapersanta


    tuan aria silap menilai saya. saya bukan hadir mahu berdebat malah jauh sekali mencari musuh.

tulisan saudara dlm mana2 ruangan, sangat saya senang. tiada niat saya mengatakan silat itu remeh. cuma saya rasa dipenghujung latihan, akan tuan aria dapati bahawa sesungguhnya ianya hanya sekadar permainan menyihatkan badan.

mungkin tuan aria terkadang merasakan seperti melihat bayangan anda sendiri bermain silat. tetapi seni itu tak pernah anda pelajari. disaat itu anda seperti fana dan mati gerak kecuali melihat secara batin seni itu.

disaat itu, hanya zikrullah sahaja yang perlu untuk mengawal diri batin dari mana2 penceroboh. seni itulah yang akan buat anda dikenali makhluk lain dalam alam ghaib kerana anda seorang saje memiliki seni itu.

begitulah pandangan saya.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2012 04:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by ariapersanta at 10-5-2012 19:18

Reply 250# InspekterZ


   saya amat faham apa yang sahabat katakan itu, semuanya benar belaka dan itulah yang sedang saya dalami sekarang melalui Gayong Maarifat Malaysia ,  silat disebalik silat, kembali kepada 'hakikat gerak' tetapi hakikat berlari kenalah merangkak dulu.Martabat ilmu paling tinggi ialah doa yang makbul diwaktu itu tak perlu bersilat tak perlu apa apa pun , cukup sekadar berdoa,


saya tak kata sahabat nak berdebat , saya senang cara sahabat  berkongsi ilmu, saya bercerita tentang orang lain sebenarnya .


Ok la kita tutup saja la isu ini bagi saya sahabat punya pandangan yang betul dan tepat
cuma bagi saya orang awam susah nak difahamkan
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2012 06:30 PM | Show all posts
Fuhh Tinggi betul ilmu inspekterZ ni.. peringkat langit nih..hebat2. kalau orang awam jahil lagi faqir mcm kawe ni mmg tak paham la sampai ke sudah.. guru2 kawe tak ajar mende2 gini.. hehe.  Power2 mcm go go power rangers.

Tuan aria, Kaedah menghapuskan barang berkhadam atau barang sihir mcm mane? kalau bleh sharekan cara tuan..

cara yg pernah kawe dengar menggunakan air yassin atau cuka direndam barang2 tu selama 1,  3 ke 7 hari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2012 07:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by ariapersanta at 10-5-2012 19:22

Reply 252# madmualij


   kita ambil contoh senjata lama ,
kalau senjata tu berhulu cabut dulu hulunya, lepas tu direndam dalam campuran cuka dan garam yang telah diwiridkan dengan ayatul qursi 77x atau Surah yassin 7x

selepas itu senjata itu hendaklah di isi pula dengan kekuatan zikir , dengan erti kata lain ditutup terus dari menjadi perumah kepada jin yang lain.

tu cara yang ikut skema la hehehe tapi kalo saya barang tu saya longkangkan je (campak dalam longkang) dalam 2 ke 3 hari biasanya khadam tu lari hehehe
kalau barang sihir elok dikafan kan pas tu tanam je , tak pun buang ke laut .
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2012 07:28 PM | Show all posts
Reply 253# ariapersanta


    kalau brg bersihir tu kita terus humban ke laut, sihir ke atas org yg dituju pun akan abis? selalu barang apa yg org guna utk sihir? eh....menyampuk xbagi salam. salam ayah aria
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2012 07:56 PM | Show all posts
Reply 254# misslivina

tak juga

nak cte pengalaman buang barang kelaut


beberapa tahun yang lepas masa tu masih lagi kat kampung ada kes yang libatkan gangguan , jadi jin yang berjaya ditangkap tu kata
dialog dibawah
Jin: kalau aku keluar aku nak pergi mana? kalau aku balik rumah aku mati...(sambil nangis2) menyampah!!!
*note jin ni betina merasuk lelaki jadi mmg jadi cam sutun


Moderator(heheehe): Aku pindah kan kau ke hutan kau nak tak?


Jin: Tak nak aku nak ke laut , laut aku ada ramai sedara


jadi mengenagkan dia kata dia ada ramai sedara kat laut maka kitaorang pun bawa la botol berisi jin betina ni kelaut , tak la naik sampan tapi ada satu jeti nelayan cina, tengok kiri kanan clear kitaorang pun lempar je botol tu


cecah je air ribut pun sampai , rasa nak terbang dibuatnya , pas tu teringat arwah atuk pesan mmg orang laut ni tak suka orang(?) darat (jin laut x suka jin darat)


Sah kitaorang kena tipu baru terfikir , mana boleh dia ada sedara kat laut... dia spesis jin darat... jenuh juga la berwirid , ribut tak juga reda ,ombak dah macam apa dah tingginya , nak gerak balik risau sebab jeti tu panjang lebih 100 meter , macam2 boleh terjadi.


Last azan kuat2 masuk kali ke 3 azan ribut pun reda, dan sesuatu yang pelik pun berlaku, seekor kuda putih muncul dari tengah laut tu , bagus je dia berdiri atas air , tak lama tu dia pun tenggelam balik dan suasana jadi normal....


lepas pada kes tu mmg mengelak  kalo disuruh buang benda kelaut ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2012 07:59 PM | Show all posts
Reply 254# misslivina


   lupa nak jawab salam hehehe almaklum lah orang tua ...waalaikum salam
barang yang digunakan untuk sihir ada macam macam ., senjata , paku, jaru, telurc macam2 sehinggakan dawai kawat pun boleh  buat sihir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2012 10:33 PM | Show all posts
Kalau barang barang lama tu, bagi ajer kat aku...
Nanti aku humbankan kat gerai jual barang antik...
Akan ada faedahnya nanti.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2012 11:18 PM | Show all posts
Reply 252# madmualij


    Salam, Bergurau nampaknya tuan Mualij kita ni.
Ape kata tuan aria dan Rdzaccess, kita ajak mualijj kita ngeteh?

Sesaje mencadang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2012 11:35 PM | Show all posts
Reply 253# ariapersanta


   
kalau barang sihir elok dikafan kan pas tu tanam je , tak pun buang ke laut .


memang begitu caranya barang sihir diperlakukan. elok saja ditanam. dikunci dan kurung hingga kiamat.

seperti cara yang mualij kita jelaskan, adalah kaedah awal. kemudian baru ditanam kerana cuka dan garam itu sekadar melemahkan dan musnahkan ilmu sihir pada makhluk tersebut.

barang bertuan ini agak rumit. kerana perjanjian dengan tuannya. namun hanya dengan cara yang betul sahaja akan dapat memutuskan perjanjian itu.

rumusannya, jika barang bertuan, elok digunakan kaedah cuka dan garam. kemudian ditanam dengan bantuan Malaikat. disitu, ada pula perjanjian kita dengan malaikat. Malaikat sangat patuh. hanya insan yang benar sahaja akan dapat melakukannya. yakni, orang yang jujur, amanah, tabligh dan fatonah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2012 12:43 AM | Show all posts
Reply 257# rdzaccess

cadangan yang bernas,,,,,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.080620 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list