CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adilla

PERLUKAH AKU?

  [Copy link]
Post time 19-10-2011 01:41 PM | Show all posts
Hiii semua..lamanya rin tak masuk kat sini.....kak sambung lagi plzzzzzzzzzzzzzzzzzz .....
Kak Kaypo & juliet80 apa kabar hehe.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2011 02:29 PM | Show all posts
hai akak...
hari nie ada sambungan x???
jenuh dah menunggu nie...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 02:39 PM | Show all posts
aikk syaaa.... ari ni tak dak sambung kaa... dah ramai tertunggu-tunggu kelas bio tuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2011 03:01 PM | Show all posts
maaf semua...bz giler ari ni, tak dapat nak n3. kelas bio terpaksa di cancel kan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 03:28 PM | Show all posts
Hiii semua..lamanya rin tak masuk kat sini.....kak sambung lagi plzzzzzzzzzzzzzzzzzz .....
Kak Kaypo & juliet80 apa kabar hehe........
rinda Post at 19-10-2011 13:41



erkk.. ini rinda si air mata tu ke..??
uwahhh lamanye tak bersua dgn rin.....
tengok sampai rin pun lupa dah p.word ini register baru punya ekk
rin ape kabar ? brapa orang anak dah skrg?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 10:02 AM | Show all posts
tak dak  n3 ari nih... makna nye kelas bio juga kensel... uwahhhhh...fruss giler....

hj dinnnn i miszz u laik krazyyyyy...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2011 11:14 AM | Show all posts
adila....
terbaik.....
nanti bukukan jgk x citer ni... terasa nak ketawa jer baca citer ni, patu sedih plk..
cerita cinta komedi serius
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 12:04 PM | Show all posts
sambungla lagi..................................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2011 12:40 PM | Show all posts
Waduh...bestnya..makin menarik jalan citer.... rasanya haji din akan serius bila bertemu ngan mak mertua dia..ntah apa yg mak mertua aka mak tiri minah nih dah buat sampaikan hj din marah... tp dgn minah romantika di amore...

Aku syahdu part minah ngadu pasal kesan parut kena rotan tuh...tiba2 sebak lak aku...harap2 hj din lebih berlembut ngan minah...sian dia... entah napa lak aku yg terasa seperti aminah amia...huhu...

Cepat sambung adila...taruk banyk sikit n3 tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 04:09 PM | Show all posts
uda..hari tu kelas bio sapa ekk kita masok..aku dah terlupa...la ni ada kelas bio hj din lak.. ...
kaypo Post at 18-10-2011 14:23



    Kay, uda pun lupa plak kelas mana
    sbb attend kelas bio banyak sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 05:20 PM | Show all posts
salam kak..
hari ni masih x de n3 baru lagi ek??
aduhai... kuciwa lagi nie...
kak Adilla... dah windu sama Hj.Din yg noty itu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 06:58 AM | Show all posts
Sebak masa minah minta hj din jgn rotan dia, and at the same time ketawa bila hj din dah mula nakal. Suka ... suka. Nnt senang sambung ye. Tq Sya.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 08:29 AM | Show all posts
MINAH apa khabar erkkk.... :re:
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 08:43 AM | Show all posts
Hj Din suami yg berhemah.
Pandai dia didik minah secara slow2
Org berpengalaman yg sabo nampaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 09:19 AM | Show all posts
Mesti hj dah tak sabar2..ops!
Sambung lagi...ketagih suda
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 12:17 PM | Show all posts
erkk.. ini rinda si air mata tu ke..??
uwahhh lamanye tak bersua dgn rin.....
tengok sampai rin pun lupa dah p.word ini register baru punya ekk
rin ape kabar ? brapa orang anak dah skrg?
juliet80 Post at 19-10-2011 15:28


ya juliet80..rin la tu hehe...
ya ba..smp lupa password nie hehe...
rin sihat...baru 1 nak masuk 10 bulan dah hehe....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2011 02:41 PM | Show all posts
16

“Tok! Tok! Tok!” entah siapa yang mengetuk pintu petan-petang ini.

Aku yang bersantai depan tv segera memanjang leher. Melihat-lihat kalau boleh nampak dari sini. Aduhh…Minah, ini bukan rumah papan, ini rumah mini banglo yang diperbuat dari batu bata. Siap bersimen. Kalau nak tengok siapa yang datang mesti buka pintu. Bukan boleh terjengah-jengah begitu.

“Tok! Tok! Tok! Tok!!” sekali lagi kedengaran ketukan dan kali ini agak panjang. Siapalah agaknya. Janganlah orang datang jual barang atau minta serdekah. Aku tak boleh nak buka pintu kerana sebelum Haji Din keluar rumah tadi, pesanan sudah dititipkan agar jangan bagi orang yang tidak dikenali masuk. Resah aku sendiri. Kalau aku tak buka pintu mana nak tahu aku kenal atau tidak. Hati dah berbelah bagi. Haji Din pula belum balik lagi. Selepas solat Jumaat, Haji Din minta diri nak ke pejabatnya sekejap. Mengikut dari panggilan yang diterima pagi tadi ada satu perkara yang memerlukan Haji Din berada dipejabatnya. Aku pun tak bertanya banyak. Tidak mahu menganggu urusan Haji Din. Pada mulanya Haji Din mengajak aku bersamanya tetapi aku tolak. Tak sesuai aku rasa nak mengendeng di sebelah Haji Din sehingga urusannya selesai. Nanti apa pula kata pekerja-pekerja Haji Din. Pasti dicopnya aku gatal nak berkepit. Dengan jawatannya sebagai Pengawai Besar di Kementerian Kewangan pasti banyak gossip-gosip liar bila nampak aku bersama. Kasihan Haji Din nanti.

Ketukan yang keras dan sebutan nama aku membuat aku terkejut. Suara perempuan kedengaran. Macam aku kenal suara itu. Aku mengambil keputusan untuk membuka pintu. Kalau orang yang mengenali aku bagaimana nama aku boleh disebut.

“Asalamualaikum!” sebaik sahaja aku membuka pintu terjengul muka mak dan abah memberi salam. Agak terkejut juga aku bila melihat kedatangan mak dan abah. Takkan saja-saja nak menjenguk aku pula. Entah-entah ada maksud yang tersirat. Tak baik Minah mempunyai anggapan begitu. Kalau di tahu Haji Din pasti kena tegur.

“Walaikumsalam mak! Abah!. Masuklah.” Pelawa ku. Suka aku dapat melihat wajah abah walaupun tiada riak.

“Mestilah aku masuk. Rumah menantu aku.” Jawab mak sinis. Aku agak terkedu memandang mak yang mencebikkan bibirnya.

“Duduklah mak abah. Haji Din tak ada di rumah. Dia ke pejabat sekejap. Nanti Minah buatkan air yeh.” Terang ku sambil berlalu ke ruang dapur. Iyalah tak sanggup aku hendak memandang wajah mak yang tak pernah suka dengan aku.

“Besar juga rumah ni kan. Kalau si Kirah yang kahwin dengan Haji Din pasti dia suka dengan rumah sebegini besar. Menyesal pulak tak paksa dia kahwin dengan Haji Din.” Luah mak ketika aku menatang air untuk menjamunya. Mak langsung tak kisah  perasaan aku yang telah bergelar isteri kepada lelaki yang dia katakan tadi.

“Jemput minum mak, abah.” Luah ku sambil melemparkan senyuman. Aku cuba berlagak selamba walau dalam hati ada sedikit gurisan.

“Aku datang bukan nak minum-minum bagai. Aku datang ni nak minta duit sikit kat kau.” Terang mak tanpa segan silu.

“Saya mana ada duit mak. Saya pun tak berkerja.” Jawab aku hairan. Takkan selama ini mak tak tahu yang aku pengganggur terhormat dan masih memegang gelaran itu.

“Aku tahu kau tak berkerja tapi engkaukan baru berkahwin dengan orang kaya. Jadi mesti kau dah banyak duit.” Sinis sekali mak berkata. Aku dah tak tahu nak jawab apa. Aku pandang wajah abah. Matanya langsung tiada tindak balas. Hanya merenung aku kosong.

“Mak! Itu bukan duit saya. Itu duit Haji Din.” Tidak putus asa aku terangkan juga pada mak kedudukan aku.

“Aku tak perduli. Aku tahu aku hendak tiga ratus. Esok aku datang ambil.” Kata-kata mak membuat hati aku tidak tenteram. Mana aku nak cari duit sebanyak itu.

“Mak! Saya baru lima hari saja berkahwin dengan Haji Din. Takkan saya nak minta duit pada dia. Lagipun kami masih baru mengenali sesama sendiri.” Jujur aku berkata. Aku mahu mak faham kedudukan aku sekarang.

“Apa pasal kau ni bodoh sangat. Walau sehari pun berkahwin, kau ada hak pada harta laki kau. Takkan kau nak bolot seorang.” Mak mengajar aku benda yang bagi aku tidak munasabah.

“Mak! Saya berkahwin bukan kerana cinta atau nak sangat berkahwin. Tetapi saya dipaksa dan memaksanya adalah mak dan saya tidak pernah berniat untuk membolot harta Haji Din.” Aku cuba memberanikan diri menjawab segala tuduhan mak.

“Apa kau cakap? Aku yang paksa kau? Kalau aku tak paksa kau, bagaimana aku hendak dapat menantu orang kaya. Hah!” jerit mak sambil bangun berdepan dengan aku. Suara mak sudah tidak dapat dikawal. Mak terlupa yang sekarang dia berada di rumah Haji Din.

“Mak! Tak baik mak ada niat begitu.” Luah ku bersama airmata.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2011 02:43 PM | Show all posts
“Kau jangan nak mengajar aku!” jerit mak lagi bersama satu tamparan di pipi aku. Untuk kesekian kalinya mak menampar aku walaupun aku sudah bergelar isteri orang.

“Mak!” jerit aku bersama tangisan. Abah hanya memandang. Ku pegang pipi yang tiba-tiba tegang. Panas.

“Aku bagi amaran pada kau, jangan sesekali nak mengajar aku. Mentang-mentang dah kahwin dengan orang kaya kau ingat kau tu dah bijak.” Marah mak sambil menunjuk menunjal dahi aku. Mata mak dah merah menyala. Menyeringai suara mak pada aku.

“Bukan niat saya begitu mak. Saya cuma nak terangkan apa yang patut.” Entah kenapa aku cuba menerangkan isi hati. Sedikit keberanian aku perolehi.

“Kau jangan nak ajar aku! Kan aku dah cakap!” jerit mak dan sekali lagi tangan mak melekat ditempat yang sama.

“Aku datang sini bukan nak dengar ceramah kau. Aku hendak duit. Kau faham tak aku cakap aku hendak duit.” Marah mak lagi.

“Mak!” rayu aku sambil memegang pipi yang dah bengkak sebelah.

“Minah bagi saja apa yang mak nak tu.” Sampuk abah yang dah mula berdiri.

Sejak tadi abah hanya duduk dan memerhati. Tiada tindakan darinya. Aku renung wajah abah. Dari anak matanya tiada riak yang digambarkan. Sama ada gembira atau derita aku tidak dapat membacanya. Aku mengeluh. Sampai bila abah diperbodohkan.

“Errrmmm….asalamaulaikum!” suara Haji Din memberi salam.

Dengan cepat aku menyapu airmata supaya Haji Din tidak terkesan dengan sengketa ini. Aku malu kalau Haji Din tahu maksud kedatangan mak dan abah. Pandai mak berlakon. Terus mak duduk dan menarik abah sama.

“Walaikumsalam!” aku menjawab dan terus menuju kemuka pintu. Kelibat Haji Din berdiri dan dengan cepat aku mencapai tangannya untuk bersalam dan tunduk mencium. Aku tidak mahu Haji Din melihat pipi aku. Haji Din masuk dan aku mengikuti langkahnya dari belakang. Wajah Haji Din tiada senyuman. Tegang. Selalunya bila dirumah wajah Haji Din sentiasa dengan senyuman dan usikan. Kenapa dengan Haji Din?

“Bila sampai mak! Abah!” tanya Haji Din terus.

“Ehhh…baru sahaja.” Luah mak sambil tersenyum simpul. Wajahnya yang tadi macam harimau betina bertukar menjadi pokok semalu pula. Haji Din melangkah ke sofa yang diduduki abah. Salam dihulurkan. Abah menyambut. Mak hendak menghulurkan tangannya tetapi dengan cepat Haji Din duduk di sofa berwarna coklat pekat itu. Tidak melayan tingkah mak. Takut terkesan dengan keadaan pipi aku, segera ku bawa diri ke  dapur dan mengambil sebiji cawan untuk Haji Din. Aku menuang air dan menghulurkan pada Haji Din. Pandangan aku disambut dengan renungan tajam Haji Din. Lama lelaki itu menatap aku. Terus aku tunduk dan mahu bangun menuju kedapur.

“Aminah Amia! Nak kemana? Kan mak dan abah datang, mari duduk sini.” Pinta Haji Din sambil menepuk sofa disebelahnya. Aku tidak jadi melangkah kedapur. Perlahan-lahan aku duduk disamping Haji Din. Wajahnya tetap sama. Tegang. Aku berharap sangat mak tidak meluahkan hajatnya yang sebenar dihadapan Haji Din.

“Makan disinilah mak, abah!” pelawa Haji Din. Aku dah pandang Haji Din. Memang aku tidak kisah untuk memasak apa yang aku tahu. Lagipun Haji Din dah ajar aku beberapa menu masakan dan aku sudah pandai memasaknya tanpa tunjuk ajar dari Haji Din. Tetapi aku berharap supaya mak dan abah balik sekarang kerana dengan perangai mak begitu sudah pasti akan diluahkan hajatnya nanti. Aku juga yang malu. Abah dah tak boleh nak kata apa.

“Tak mengapalah, dah nak balik ni.” Jawab mak sambil tersenyum manja. Abah hanya diam tidak berkutik. Lega aku bila mak berkata demikian.

“Jomlah! Kirah tinggal seorang dirumah. Nanti takut pula dia. Lainlah kalau rumah macam Haji Din ni. Bergril segala.” Sambil bangun mak masih membebel. Aku dah pandang lain. Haji Din tetap tenang dan tidak menjawab. Bila abah bangun, baru Haji Din bangun. Aku pun turut serta. Kami menghantar mak dan abah ke muka pintu.

“Nah bah!” Haji Din memberi sesuatu kat abah. Mak hanya memandang. Tak jadi dia melangkah.

“Apa ni?” abah menjawab sambil melihat kedalam tapak tangannya. Note seratus terletak elok.

“Ambik saja buat belanja.” Sua Haji Din. Mak dah berdehem. Pasti nak menarik perhatian Haji Din. Aku hanya menjadi pemerhati. Mak yang muka tak malu. Haji Din seluk lagi poket seluarnya dan mengeluarkan note lima puluh dan menghulur pada aku. Dari mata Haji Din, lelaki itu menyuruh aku serahkan pada mak. Aku akur walau hati aku tak sepenuhnya melakukan. Mak mencebik bila melihat wang tersebut. Mesti tak puas hatilah itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2011 02:45 PM | Show all posts
“Balik dululah.” Jawab mak sambil berlalu. Abah hanya menuruti. Aku hanya memandang.

“Aminah Amia! Nape tak salam mak dan abah tu. Kan mereka nak balik.” Tegur Haji Din. Aku dah terkaku. Kalau abah tidak mengapa tapi dengan mak aku tak sanggup. Lama aku berdiri.

“Aminah Amia!” panggil Haji Din lagi.

Aku mahu setapak. Mak tersenyum sinis. Banggalah tu Haji Din suruh salam dia. Aku terpaksa menyalami mak dan mencium tangannya yang telah menampar dua kali ke pipi aku. Kemudian aku beralih ke abah. Tiada salaman tetapi aku peluk abah sekuat hati. Aku sakit mengenangkan nasib abah. Ibarat aku hanya dapat tubuh abah tetapi tidak hati dan perasaannya. Kenapa abah jadi begini. Seperti yang aku katakan tadi abah tiada perasaan. Tiada balasan darinya. Akhirnya ku leraikan pelukan itu bersama sebak yang memberat. Langkah mak dan abah terus meninggalkan aku dan menuju ke motor. Sempat aku lihat mak merampas duit yang Haji Din beri pada abah. Hanya gelengan kepala dan aku tidak dapat berbuat apa-apa. Haji Din dah lama masuk ke dalam rumah. Aku tunggu kelibat mereka hilang baru aku melangkah masuk. Terus aku mengemas cawan-cawan tadi dan membawa kedapur untuk dibasuh. Kelibat Haji Din tiada di ruang tersebut. Mungkin ke atas agaknya. Nasib baik Haji Din tidak nampak keadan pipi aku yang tegang sejak tadi. Kalaulah lelaki itu tahu, pasti banyak yang ditanya. Takkan aku hendak menipu suami aku sendiri. Berdosa. Hidup dibawah payung Haji Din, sedikit sebanyak pengetahuan aku bertambah. Dosa pahala sudah mula ku pelajari. Bukan bermaksud dulu aku tak pelajari hukum hakam segala tetapi tidak sepenuhnya. Sekarang cara aku agak teratur tidak simpang menyimpang.

“Aminah Amia!” panggil Haji Din lembut. Aku berpusing mengadap Haji Din yang berada di hujung meja makan.

“Saya!” jawab ku sepatah. Haji Din menghampiri ku. Tanpa ku sangka jari jemarinya mengusap pipi yang yang masih berbahang dan tegang tadi. Aku tak terkata.

“Sakit ke Aminah Amia?” tanya Haji Din perlahan. Aku renung Haji Din. Airmata bergenang. Tak sangka suami aku tahu apa yang berlaku. Mungkin ketika itu Haji Din ada diluar mendengar segalanya. Bila keadaan sudah tidak terkawal, lelaki itu menunjukkan diri.

“Sakit ke sayang?” sekali lagi Haji Din bertanya sambil tangannya tanpa berhenti mengusap pipi ku. Renungannya mengandungi seribu makna.

“Haji Din!” luah ku sebak dan terus aku menyembabkan wajah ku ke dada Haji Din. Aku menangis dan menangis. Aku tempiaskan kesakitan aku didada lelaki itu. Haji Din memeluk aku erat.   

“Syuhhhhh…jangan menangis sayang. Jangan menangis. Saya ada untuk Aminah Amia.” Pujuk Haji Din sambil membelai rambut ku. Beberapa kali ciumannya menyentuh ubun-ubun ku.

“Tapi tadi Haji Din tak ada. Mak tampar Minah. Mak minta duit pada Minah. Minah cakap Minah tak ada duit. Mak suruh Minah mintak kat Haji Din tapi Minah tak mahu sebab Minah kahwin dengan Haji Din bukan kerana Minah nak duit Haji Dinn….” bebel ku bersama tangisan. Tersedu-sedu aku.

“Saya tahu, saya tahu. Aminah Amia saya tidak akan mengecewakan saya.” Haji Din masih memujuk aku. Bila mendengar kata-kata Haji Din itu membuat aku bertambah sayu dan tangisan aku lagi kuat.

“Tapi Minah dah kecewakan Haji Din bila Haji Din terpaksa keluarkan duit untuk bagi mak tadi.” Ngogoi aku lagi.

“Tidak Aminah Amia, tidak. Isteri saya tidak pernah kecewakan saya. Itu tadi adalah ikhlas dari saya.” Jawab Haji Din bila melihat tangisan aku bagai tidak mahu berhenti.

“Minah minta maaf!” pinta ku bersungguh-sungguh dengan gelagat orang tua aku tadi.

“Tidak mengapa. Tapi saya mahu tahu dari hati Aminah Amia.” Haji Din merenggangkan pelukkannya. Aku cuba mengawal tangisan dan menunggu apa yang Haji Din ingin katakan.

“Adakah perkahwinan ini adalah satu paksaan bagi Aminah Amia?” senafas Haji Din berkata. Nampak berat rasa yang keluar dari bibir Haji Din. Ku renung kembali wajah lelaki itu yang sedikit sayu. Memang dulu adalah paksaan tetapi tidak kini.

“Haji Dinnnn…maafkan Minah cakap macam itu tadi. Memang Minah kahwin kena paksa tetapi sekarang Minah tak rasa dipaksa sebab Haji Din layan Minah elok dan tidak pernah buat hati Minah sakit seperti apa yang mak buat pada Minah.” Tangisan yang sudah hendak berhenti sekali lagi berkumandang dan aku pula memeluk Haji Din. Aku tidak mahu lelaki itu terasa dengan apa yang aku katakan tadi.

“Betul ni?” tanya Haji Din minta kepastian.

“Betul! Minah tak bohong. Minah sumpah!” akur ku.

“Alhamdulillah!” luah Haji Din dan lelaki itu mengeratkan pelukkannya. Aku basah dengan airmata diruang dapur dan Haji Din basah hatinya dengan kata-kata aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2011 02:46 PM | Show all posts
sorry lewat n3, tak sehat semalam n melarat ke hari ini. ni pun baru siapkan...hope enjoy utk ari ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.092095 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list