|
|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: ETERNAL PATH
[Copy link]
|
|
|
ada yang belum tepek gambar makanan.. kita ni kalo dah menolak tak tengok kiri kanan lagi 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ada ada setengah jam lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pg 13
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
jap lagi.. ehhh cemburu betul masa kan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
huhu rasa nak menolak tapi |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pensyarah rugi RM493,600 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Januari 15, 2026, Khamis - 10:28am

KUANTAN: Seorang pensyarah kerugian RM493,600 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan secara dalam talian, pada September tahun lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pada 16 September 2025, wanita berusia 39 tahun itu menerima satu panggilan telefon daripada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai ejen pelaburan saham daripada sebuah syarikat.
“Mangsa kemudian dimasukkan ke dalam satu kumpulan aplikasi WhatsApp dikenali sebagai ‘C-129 WLIS AW Fans Group’ dan diarahkan memuat turun satu aplikasi pelaburan menerusi pautan yang diberikan bagi tujuan membuat pelaburan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa telah melakukan sebanyak 22 transaksi pemindahan wang ke lima akaun bank berbeza, melibatkan jumlah keseluruhan RM493,600 menggunakan wang simpanan sendiri serta pinjaman daripada ahli keluarganya.
“Pada 14 Jan lepas, mangsa diminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM144,676 sebagai cukai pengeluaran, namun mangsa enggan berbuat demikian kerana mengesyaki telah ditipu.
“Mangsa tidak membuat bayaran tambahan itu kerana berasa curiga sebelum menyedari telah ditipu dan tampil membuat laporan polis,” katanya.
Yahaya menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan nasihat awal daripada balai polis berhampiran sebelum membuat sebarang pelaburan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.
Orang ramai juga diingatkan supaya menyemak nombor akaun yang diterima menerusi pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan berhak tarik balik bantuan jika kemuka maklumat tidak tepat: MoF
Januari 14, 2026, Rabu - 8:07pm

PUTRAJAYA: Kerajaan berhak menarik balik sebarang bantuan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sekiranya pemohon mengemukakan maklumat tidak tepat, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
MoF dalam kenyataan hari ini memaklumkan setiap permohonan STR melalui pelbagai proses semakan dan verifikasi dengan agensi berkaitan bagi menyemak kelayakan pemohon.
Menurut MoF, semakan berkala turut diadakan setiap suku tahunan untuk menyemak rekod pemilikan kediaman, pemilikan kenderaan, pemilikan perniagaan, serta rekod bekerja atau menetap di luar negara pemohon.
"Sekiranya didapati wujud maklumat palsu atau tidak tepat, tindakan undang-undang boleh diambil. Kerajaan juga berhak menarik balik mana-mana bantuan yang diluluskan sekiranya berlaku ketidakpatuhan," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, tular dalam media sosial dakwaan seorang individu layak untuk menerima bantuan STR, meskipun hasil sewaan enam rumah miliknya menjadikan pendapatannya melebihi nilai ambang kelayakan.
Dalam pada itu, MoF dalam kenyataan sama memaklumkan peruntukan keseluruhan untuk STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun ini berjumlah RM15 bilion, menjadikannya jumlah peruntukan tertinggi dalam sejarah Kerajaan Persekutuan.
Menurut MoF, peruntukan berjumlah besar itu susulan penyusunan semula pemberian STR dan SARA sebagai inisiatif Kerajaan MADANI untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat secara lebih berkesan.
SARA menyediakan bantuan asas berterusan kepada rakyat dengan 8 juta individu, termasuk 400,000 golongan miskin dan miskin tegar layak menerimanya secara bulanan.
STR pula diberi sebagai bantuan tambahan secara suku tahunan, disasarkan kepada isi rumah dan warga emas tiada pasangan berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan, termasuk golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan pangkalan data eKasih.
"Pendekatan bersepadu ini memastikan bantuan bersasar dapat disalurkan secara lebih teratur, stabil dan berkesan, di samping memberikan ruang kewangan tambahan pada waktu keperluan puncak seperti musim perayaan," menurut kenyataan itu.
MoF turut memaklumkan bahawa sebanyak RM1.1 bilion diperuntukkan untuk STR Fasa Satu tahun ini, yang akan mula disalurkan pada Selasa depan.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sambutan Thai Ponggal perkukuh perpaduan: Aaron
Januari 14, 2026, Rabu - 5:56pm

Gambar Facebook Aaron Ago Dagang
KUALA LUMPUR: Sambutan perayaan Ponggal bukan sahaja melambangkan kesyukuran masyarakat India terhadap hasil tuaian, tetapi turut mencerminkan kekuatan kepelbagaian budaya sebagai asas perpaduan di Malaysia, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Aaron dalam perutusan perayaan itu yang disambut esok berkata Malaysia kaya dengan pelbagai pesta menuai yang diraikan oleh masyarakat berbilang etnik, sekali gus menyerlahkan keunikan negara yang bukan sahaja menerima, malah memahami, menghormati dan meraikan kepelbagaian sebagai teras perpaduan.
Beliau berkata kepelbagaian budaya dan perayaan merupakan antara kekuatan utama dalam pembinaan negara bangsa.
“Thai Ponggal merupakan perayaan kesyukuran bersempena dengan musim menuai yang melambangkan penghargaan terhadap alam, hasil bumi serta usaha gigih para petani. Perkataan Ponggal membawa maksud ‘melimpah’ sebagai simbol kemakmuran, rezeki dan kesejahteraan yang dikongsi bersama.
“Mengambil sempena ketibaan bulan Thai yang diraikan oleh masyarakat India sebagai tanda permulaan yang baharu, saya mengucapkan Ponggal Vaalthukal (selamat menyambut Ponggal),” katanya dalam hantaran menerusi Facebook.
Beliau berharap sambutan Thai Ponggal kali ini membawa kebahagiaan dan kemakmuran serta terus mengukuhkan semangat perpaduan dalam kepelbagaian demi Malaysia yang harmoni dan sejahtera.
Ponggal menandakan permulaan bulan "Thai" dalam kalendar Tahun Tamil (Tahun Thiruvalluvar) dan disambut dengan penyediaan nasi manis untuk keluarga dan rakan-rakan sebagai tanda berterima kasih dengan hasil tuaian yang melimpah ruah.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengguna MyNIISe perlu daftar MyDigital ID selewat-lewatnya esok
Januari 14, 2026, Rabu - 4:52pm

Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Warganegara Malaysia yang telah menggunakan aplikasi Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) perlu mendaftar MyDigital ID selewat-lewatnya esok untuk terus menggunakan perkhidmatan itu di Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Johor.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengguna baharu MyNIISe pula diwajibkan membuat pendaftaran MyDigital ID bermula esok.
“Pengguna sedia ada masih boleh log masuk ke MyNIISe menggunakan kaedah sedia ada sehingga tamat tempoh percubaan MyNIISe pada 28 Februari ini bagi tujuan pendaftaran dan pembaharuan MyDigital ID,” menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, KDN memaklumkan pengembara yang belum mempunyai MyNIISe masih mempunyai pilihan untuk menggunakan autogate MyBorderPass, autogate biasa melalui imbasan pasport atau kaunter pemeriksaan fizikal bagi urusan keluar masuk negara.
Menurut kenyataan itu, pendaftaran MyDigital ID akan membolehkan semua pengguna menikmati akses kepada fungsi tambahan MyNIISe yang akan diperkenalkan selepas tamat tempoh percubaan pada 28 Februari ini, sebelum sistem itu diperluas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Bayan Lepas, Kuching dan Kota Kinabalu.
Menurut KDN, MyDigital ID berfungsi sebagai kunci digital untuk log masuk ke aplikasi MyNIISe dengan beberapa manfaat keselamatan utama.
Antaranya, pengesahan identiti pengguna dilakukan secara tepat melalui pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tanpa menyimpan data peribadi dalam aplikasi, sekali gus mengelakkan insiden penipuan identiti digital serta memastikan proses log masuk yang selamat dan menyokong pelaksanaan perkhidmatan imigresen secara digital
“Kerajaan MADANI kekal komited untuk melaksanakan pendigitalan perkhidmatan awam secara selamat, berfasa dan berfokuskan rakyat, selaras dengan usaha memperkukuh kepercayaan pengguna terhadap perkhidmatan digital kerajaan,” menurut KDN.
Aplikasi MyNIISe mula digunakan pada 22 September lepas di pintu masuk negara di Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Johor dan akan diperluas secara berperingkat ke KLIA Terminal 1 dan 2, Bayan Lepas, Kuching serta Kota Kinabalu.
Setakat 30 Disember lepas, MyNIISe mencatat 599,967 muat turun dengan 287,258 pengguna berdaftar.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kita teruskan je kan time ada masa ni
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
jom kita
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Siasatan beberapa kes berprofil tinggi akan disiapkan dalam masa terdekat
Januari 14, 2026, Rabu - 3:20pm

Gambar fail BERNAMA
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiapkan kertas siasatan beberapa kes berprofil tinggi dalam tempoh terdekat, kata Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki (gambar).
Beliau berkata pegawai penyiasat SPRM akan menjalankan siasatan secara lebih mendalam, termasuk kaitan antara aliran wang dengan motif dan sebab ia diberikan bagi memastikan kertas siasatan yang lengkap dan kukuh dapat disediakan.
"Kalau kita kata seseorang itu menerima rasuah, siapa pemberinya? Kalau wang itu ada dalam akaun, siapa yang memberi? Itu yang saya harapkan akan dibuktikan oleh pegawai saya.
"Kita ke arah menyiapkan kertas siasatan dalam tempoh terdekat bagi kes yang saya maksudkan tadi," katanya pada podcast (audio siar) Sembang Tamu yang disiarkan menerusi Facebook SPRM hari ini.
Pada masa ini, SPRM sedang menyiasat kes rasuah berhubung perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM), yang melibatkan beberapa pegawai tertinggi selain menyiasat seorang bekas menteri yang didakwa menerima wang kira-kira RM5 juta daripada satu syarikat pemaju bagi projek papan iklan dan urusan pemindahan tanah di ibu negara.
Mengulas mengenai siasatan kes rasuah melibatkan TDM, Azam berkata beliau akan bertemu Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Rabu depan bagi membincangkan isu dalam proses perolehan Kementerian Pertahanan (MINDEF).
Beliau menegaskan isu perolehan dalam kementerian itu berskala lebih besar daripada kes yang disiasat pihaknya dan perlu lebih 'dibersihkan'.
"Kerana yang kita nak lihat itu bukan hanya kes yang kita ada sekarang, tetapi skala yang lebih besar daripada itu.
"Tentang isu perolehan dalam MINDEF, pembersihan seperti yang disebut Datuk Seri Mohamed Khaled, perlu dilakukan dan kita perlu bersama-sama dalam hal ini," katanya.
Azam berkata perincian status terkini berhubung siasatan berkenaan akan dibuat dalam sidang media esok.
Pada 23 Disember lepas, SPRM hadir ke MINDEF dan menyiasat projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.
Pada 8 Januari, seorang bekas Panglima Tentera Darat direman tujuh hari, manakala kedua-dua isterinya masing-masing direman enam dan tiga hari bagi membantu siasatan.
SPRM turut menyita emas, kenderaan utiliti sukan berprestasi tinggi (SVR) dan wang tunai dalam pelbagai mata wang asing dianggarkan bernilai RM6.9 juta serta 23 utas jam tangan jenama Rolex pelbagai model, dengan anggaran nilai pasaran semasa berjumlah kira-kira RM2 juta.
Seorang lagi pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung satu kes rasuah melibatkan pasukan beruniform itu.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
lagipun kita xtau masa mana dorang nk tepek tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kang lewat petang baru tepek |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|