CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
 Author| Post time 10-6-2011 03:13 PM | Show all posts
“Tengku Kamil ada syer dalam kelab tu. Selalunya, dia  memang akan melepak disitu terutama hujung2 bulan untuk ambil cek dia. Sekarang, kebetulan hujung bulan. Aku pasti dia ada kat sana…”kata Faris yakin. Sejujurnya, dia juga pernah sama2 melepak di kelab itu bersama Tengku Kamil suatu ketika dahulu.


“Kalau dia tak ada?” soal Aishah lagi. Faris mengetap bibirnya.


“Kita pergi malam esok pula…,” balas Faris.


“Kami?” soal Dol dan Abu. Faris memandang keduanya.


“Kau berdua, duduk di bilik hotel ni..jaga Mail…jangan sampai dia terlepas..” kata Faris. Abu dan Dol tersenyum lega.


“Itu yang aku nak dengar tu! Bolehlah kita tengok movie malam ni ya Dol…” kata Abu girang. Dol terangguk2. Dia menyelongkar plastic makanan yang dibeli dari 7-Eleven tadi.


“Kalau nak buat air…kat hujung rak sana. Bawah rak kayu tu, ada peti sejuk. Jadi, korang boleh simpan air2 ni dalam tu…” kata Faris sambil menunjukkan arah rak kayu yang berada dihujung bilik.


“Ada peti sejuk??? Canggihnya….” Dol melopong. Faris ternganga, kemudian menggeleng. Dia menggaru2 lehernya yang tidak gatal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-6-2011 03:15 PM | Show all posts
Faris membaca banner yang tertampal di luar pintu kelab dari jauh. Meski jam baru menunjukkan hampir pukul 10 malam, namun pengunjung sudah mula memenuhi kelab. Faris menggaru2 dagunya.


“Macammana kita nak ambil gambar Tengku Kamil? Dari jarak jauh macam ni ke? ” soal Aishah yang berada di sebelah Faris di dalam van. Faris termenung sejenak, kemudian menoleh kearah Aishah disisinya.


“Aku takut gambar tak jelas kalau kita snap dari sini,” tutur Faris bimbang. Cahaya lampu jalan bukanlah terang sangat. Bimbang nanti Mail tidak dapat mengecam gambar itu pula jika kualiti gambar kabur.


“Kau berani ambil gambar dia jarak dekat?” soal Faris kepada Aishah.


“Kenapa aku yang kena ambil gambar pulak?” soal Aishah. Berkerut dahinya memandang Faris.


“Inilah masalahnya. Aku takut kalau aku masuk kelab tu..nanti ada yang perasankan aku. Lagi teruk kalau Tengku Kamil sendiri nampak aku…” keluh Faris. Aishah terdiam.


“Kau mekaplah! Pakai topeng ke…” kata Aishah memberi cadangan. Faris terdiam, kemudian merenung Aishah. Budak ni memang banyak idea! Faris merenung kembali ke arah banner yang tertampal di luar kelab. Dia menguis2 dagunya, berfikir sejenak.


Tapp!!! Jari dipetik, sekaligus menarik perhatian Aishah pada Faris.


“Apa?” soal Aishah. Faris senyum simpul.


“Aku ada satu akal!!” kata Faris lalu kelam kabut menghidupkan enjin van. Terkocoh2 dia memulas stereng van.


“Nak kemana?” soal Aishah. Faris hanya diam dengan kelam kabut mengundurkan van. Aishah ternganga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2011 03:16 PM | Show all posts
tepek banyak sikit ahh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2011 03:17 PM | Show all posts
Mereka bernasib baik kerana pasaraya itu baru sahaja hendak tutup tatkala mereka melangkah masuk. Kelam kabut Faris membeli beberapa barang sambil diekori Aishah. Tatkala mereka membayar harga barang2 itu dikaunter, jelas pintu pasaraya sudah ditutup. Mereka merupakan pelanggan terakhir disitu.


Riak wajah juruwang di kaunter pula, masam mencuka bercampur kelat. Barangkali marah dengan karenah Faris dan Aishah. Kedai hendak tutup pun masih nak masuk lagi! Tapi, Faris tidak peduli itu. Yang penting , barang2 yang diinginkannya perlu ada.


Usai membayar, mereka terus keluar. Pintu pasaraya pula terus ditutup kasar.


“Nah…kau pergi salin cepat2 kat tandas sebelum kompleks ni tutup…” arah Faris lalu menyerahkan sebuah bungkusan kepada Aishah. Mulut Aishah melopong memandang Faris.


“Cepatlah!!! Jangan lembab sangat!” Faris terus menolak tubuh Aishah memasuki tandas wanita, manakala dia pula terus memasuki tandas lelaki yang terletak bersebelahan. Aishah mencemik. Namun arahan Faris diikutkan juga.


Sebaik masuk ke tandas, pantas dia menanggalkan seluruh pakaian yang tersarung ditubuhnya tadi kecuali pakaian dalam. Selepas itu, beg kertas pemberian Faris diselongkar. Sehelai skirt pendek berwarna hitam berkilat diangkat keluar dari beg kertas itu.


“Wooooo….” melopong mulut Aishah meneliti skirt hitam berkilat itu. Secepat kilat, skirt ketat paras lutut itu terus disarungnya sahaja. Beg kertas diselongkar lagi. Sehelai top sendat tanpa lengan berwarna silver berkilat dikeluarkan.


“Ini lagi ganasss….” omelnya sambil menyarung top yang tak ubah seperti singlet itu ke tubuhnya. Boleh tahan jugak citarasa lelaki ni! Baju2nya tadi dikeronyok lalu dimasukkan ke dalam beg kertas. Satu lagi beg kertas diselongkar. Sepasang but tinggi berwarna hitam kilat dikeluarkan. Terbeliak mata Aishah.


“Ini dah macam Charlie’s Angel!!!” Aishah sarung saja but hitam berkilat itu menggantikan kasut snickersnya yang sudah buruk benar.


Usai bersiap, Aishah cepat2 keluar. Lambat2 nanti, bimbang mereka terperangkap pula di dalam kompleks membeli belah itu. Sebaik keluar dari tandas, Aishah terpandangkan bayangnya di cermin.


Errkk!! Pantas Aishah memandang dadanya yang terdedah. Pantas dia menutup dengan tapak tangan. Malu. Baju apa lelaki ni beli!!! Hati Aishah tak sudah mengutuk Faris.


“Aishah! Cepatla sikit!” tak semena2, Faris menjengulkan wajahnya di muka pintu tandas. Terperanjat Aishah melihat kepala Faris yang tiba2 muncul. Sangkanya hantu Mat Lampir tiba2 muncul di balik pintu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2011 03:18 PM | Show all posts
“Yelah! Yelah!” terkocoh2 Aishah keluar dengan membimbit beg kertas tadi. Sebaik keluar dari tandas, lampu kompleks membeli belah itu sudah ditutup hampir separuh.  Aishah memandang Faris di depannya dengan mulut yang melopong.


Faris mengenakan baju t-shirt silver berkilat dan seluar hitam ketat dengan rantai yang tergantung di kocek seluar. But berwarna hitam pekat menjadi pelengkap gaya.  Sekali tengok, tak ubah macam gaya ranggi Ozy Osbourn. Dua kali tengok, macam Adam Lambert! Tiga kali tengok, macam anak tiri hantu Kak Limah Balik Rumah.


Faris pula meneliti gaya Aishah dari hujung rambut ke hujung kaki. Berubah benar penampilan gadis itu dengan gaya ranggi seperti itu. Dari gaya seorang tomboy, kini berubah kepada seorang gadis ranggi dan seksi! Faris menelan air liurnya memandang Aishah.


“Lawa tak aku?” soal Aishah tersenyum2 sambil terpusing2 di depan Faris.


“Ahh..sekarang bukan masanya nak menelek satu sama lain! Cepatlah! Takut terperangkap kat sini pulak…” lantas tangan Aishah terus diraih. Faris dan Aishah laju menuruni tangga menuju ke pintu masuk pasaraya itu.


“Alamak! Pintu dah nak tutup!” jerit Faris sebaik terlihat pintu masuk kompleks itu yang sudah tertutup separuh perlahan2. Aishah panic, lalu berlari laju. Namun, but tinggi yang dipakainya, melambatkan pergerakannya.


“Pak cik! Tunggu! Tunggu!!” jerit Faris kepada pengawal keselamatan yang sedang menutup pintu masuk kompleks itu. Tercengang pengawal keselamatan itu melihat mereka berdua. Barangkali tidak menyangka bahawa masih ada pelanggan yang belum keluar dari kompleks itu.


“Cepat! Cepat! “ laung pak cik itu. Faris menarik tangan Aishah apabila dilihat langkah Aishah agak perlahan. Sebaik sampai dipintu, terus mereka tunduk dan melepasi pintu utama yang sudah tertutup separuh.


“Apa you orang buat….orang lain semua dah balik….” Pengawal keselamatan itu sempat memerli mereka tatkala mereka melepasi pintu.


“Dating lah pak cik….” balas Faris acuh tak acuh. Lantas, langkah mereka berdua diatur menuju ke van. Kali ini, barulah mereka berdua dapat bernafas dengan lebih teratur. Terhuyung hayang  Aishah dan Faris melangkah menuju kea rah van buruk mereka.


“Nasib baik…Kalau tak, tidur dalam kompleks tu kita malam ni…”kata Aishah sambil melepas penat. Rambutnya yang panjang dan berikat sejak tadi, dirungkai lalu dikirai2kan rambutnya menutupi separuh dadanya yang agak terdedah.


Faris sempat menjeling tindak tanduk Aishah. Seulas senyum terulum dibibirnya. Ada rasa yang sukar diungkap bila melihat tindak tanduk Aishah sebentar tadi. Mereka terus melangkah menuju van yang diparkir agak jauh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 03:34 PM | Show all posts
alahai sian plak kat abu ngan dol.... hotel pun tak penah masuk...lawak ler..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2011 09:13 AM | Show all posts
bestnyeeeeeeeeeeee sume crite fizi...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2011 10:08 AM | Show all posts
fiiiiiiiizzzzzzzzzzzzzziiiiiiiiiii...

nak lagii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2011 11:28 AM | Show all posts
best fizz samb panjang2 lagi yeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2011 12:08 PM | Show all posts
best...sambung2...bg pnjang
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 09:36 PM | Show all posts
hahahhaa ramai yg suka watak pencolek badigol si dol dan abu, sian small scale punya kidnapper, tak pernah masuk hotel, asyik tido dlm ven je.

Dengan rela hati, dah tukar majikan, bukan main kautim lagi dengan Faris.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 09:38 PM | Show all posts
dalam hati Faris sudah ada taman.....!
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 08:33 AM | Show all posts
hehe hari ni nak n3 ye fizzi
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 08:54 AM | Show all posts
kalu free letak n3 lagi erkkk...tgh best nie...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 09:00 AM | Show all posts
fizzy...nk lagi n3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2011 01:49 PM | Show all posts
“Okey….last step! Make-up!” kata Faris lalu mengeluarkan beberapa bekas kecil berwarna hitam dari sebuah beg kertas. Aishah disebelahnya hanya memandang hairan.

“Nah! Kita mekap ala2 gothic sikit. Kau pandai mekap?” soal Faris kepada Aishah. Kotak pembayang mata berwarna hitam sudah dikeluarkannya.

“Aku tak pandai mekap!” jujur Aishah menjawab.

“Kau ni perempuan jenis apa? Mekap pun tak pandai? “ keluh Faris. Tangannya ligat mengeluarkan berus kecil lalu menyapu pembayang mata berwarna hitam ke matanya. Aishah hanya memandang.

“Aku tak mekap pun tak apa…” kata Aishah  yang ralit memerhatikan Faris mewarnakan kelopak matanya pula. Sesekali, Aishah menelek ke dalam beg kertas kecil yang memuatkan alatan mekap yang dibeli oleh Faris tadi. Tahu pulak dia nak beli barang mekap! Gumam Aishah didalam hati.

“Nasib baik aku selalu tengok pompuan2 sekeliling aku mekap…” ujar Faris perlahan, lalu menyapu celak hitam ke matanya pula. Usai menyiapkan mata, kini tangan Faris menyapu gincu bibir berwarna gelap pula ke bibirnya. Usai mengemaskan solekan di mukanya, Faris memandang Aishah disebelahnya.

“Bagi muka kau! Aku mekapkan!” kata Faris. Aishah menadah mukanya dihadapan Faris. Faris memandang raut wajah Aishah di dalam samar2 lampu malam. Wajah itu polos benar pada matanya. Tanpa sedar, bibirnya menguntum senyum merenung wajah Aishah.

“Cepatlah! Masa berjalan ni!” kata2 Aishah mencincang lamunannya. Perlahan, Faris kembali sedar ke alam nyata.

“Pejam mata kau…” kata Faris. Aishah akur. Dipejamkan matanya. Sekali lagi Faris terpana merenung raut wajah itu. Bibir mungil berwarna merah jambu milik Aishah dipandang tanpa puas.  Ada getar di dadanya yang semakin rancak dirasakan. Faris merenung berus kecil ditangannya. Mengapa perlu dia menggigil seperti ini? Ini bukan fenomena baru baginya. Bersendirian dengan perempuan bukan asing dalam hidupnya.

Tetapi, dari mana datangnya getar ini? Faris kembali merenung wajah Aishah. Aishah membuka matanya kembali lalu memandang Faris didepannya. Mata mereka saling bertaut. Suasana tiba2 menjadi diam. Sepi.

“Lamanya…kau buat apa?” soal Aishah hairan. Wajah Faris dipandang lagi. Riak wajah itu sama seperti riak wajah yang pernah terpamer di wajah Faris sewaktu dihutan dahulu. Meremang bulu roma Aishah tiba2.

“Kau jangan nak buat pasal kat sini!” bentak Aishah lalu menuding jari kea rah Faris. Faris ternganga. Mungkinkah Aishah sudah dapat meneka perasannya yang kacau bilau saat itu?

“Hey….tak! Tak! Kau jangan fikir yang bukan2! Aku tengah teliti muka kau tadi. Kat bahagian mana aku nak start mekap …” kata Faris berdalih. Haru kalau Aishah melaporkan tindakannya kepada Abu dan Dol nanti.

Aishah mencebik. Ada rasa curiga bersarang dihatinya. Lelaki ni bukan boleh percaya!

“Betullah! Dah! Bak sini muka kau…kita tak ada masa lagi sekarang nih! Tengku Kamil boleh sampai bila2 masa saja!” muka Aishah ditarik mendekatinya lalu terus Faris menyiapkan solekan ala2 gothic di muka Aishah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2011 01:49 PM | Show all posts
Faris dan Aishah menyelinap masuk ke kelab itu tepat jam 2.30 pagi. Kereta Tengku Kamil sudah dikenalpasti oleh Faris sewaktu berada di kawasan parkir kereta  tadi. Faris menggenggam erat jemari Aishah lalu gadis itu dibawa ke satu kerusi berdekatan bar.

Mata Faris meliar mencari kelibat Tengku Kamil. Aishah turut sama, membuang pandang kea rah isi kelab yang samar2 dengan cahaya lampu disko. Beberapa pasangan sedang menari di lantai tari yang sesak. Asap rokok pula berkepul2 memenuhi udara. Bunyi hilai tawa dan dentingan gelas melatari kelab malam itu.

“Ada nampak Tengku Kamil?” soal Aishah kepada Faris. Namun, muzik yang agak kuat, membuatkan Faris  kurang mendengar dengan jelas soalan Aishah. Lengan Aishah ditarik lalu disuruh Aishah bercakap ditelinganya.

“Ada nampak Tengku Kamil?” soal Aishah sekali lagi.  Lagu Belly Dancer dari Akon memecah halwa telinga. BIngit bunyinya. Faris merapatkan bibirnya ke telinga Aishah.

“Belum lagi….Tapi…kau cantiklah malam ni! Seksi!” puji Faris ditelinga Aishah. Aishah tergelak kecil, kemudian bersuara ditelinga Faris.

“Well…..tengok kakilah !” selamba jawapan Aishah membuatkan Faris turut ketawa. Mata mereka masih meliar mencari kelibat Tengku Kamil. Faris turun dari kerusi. Di dekatkan bibirnya ke telinga Aishah.

“Kau duduk sini. Jangan pergi mana2. Aku datang sekejap lagi,”  kata Faris ditelinga Aishah. Aishah mengangguk sambil mengekori langkah Faris yang meninggalkannya dengan ekor matanya.

Di bahagian belakang , terdapat beberapa sofa yang disusun secara eksklusif khas untuk tetamu2 kenamaan. Selalunya, tempat2 itu, khas untuk tetamu2 yang terlebih dahulu menempah tempat kerana kedudukannya yang agak jauh dari hiruk pikuk lantai tari.

Faris meneliti satu persatu lelaki yang berada di sudut itu. Diamatinya wajah lelaki yang berada disitu satu persatu. Faris yakin, Tengku Kamil pasti berada di situ memandangkan keretanya sudah berada di lot parkir kereta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2011 01:50 PM | Show all posts
Setelah meneliti agak lama, akhirnya kelibat Tengku Kamil ditemui juga. Benar, dia sedang berbual2 bersama Mr. Richard, pemilik kelab itu sambil dikelilingi beberapa lelaki yang berpakaian hitam. Pastinya lelaki2 itu pengawal peribadi Mr. Richard yang ditugaskan untuk mengawal Mr. Richard dan tetamu kehormatnya jika beliau berada di kelab itu.

Beberapa wanita berbangsa asing yang berambut perang turut serta di sudut itu. Tengku Kamil rakus menghisap rokok sambil ketawa riang dengan tangannya yang melingkari tubuh salah seorang wanita berambut perang tadi.

Lagaknya riang sungguh. Sekali sekala, dia kelihatan serius. Pastinya ada beberapa perkara yang sedang dibincangkannya bersama Mr. Richard. Boleh jadi, dia susah hati kerana rancangannya untuk membunuh aku tertunda? Hmhh!! Faris tersenyum sinis sambil memandang Tengku Kamil dari jauh.

Telefon bimbit dari koceknya segera dikeluarkan. Pandangan dihala ke wajah Tengku Kamil dan dengan seberapa segera, satu gambar diambil dari jarak yang agak jauh. Faris meneliti kembali imej yang sempat diambil. Kurang jelas.

Sekali lagi, Faris memberanikan diri  berada lebih dekat dengan sudut sofa Tengku Kamil. Mujurlah orang yang lalu lalang di situ membuatkan kelibat Faris sukar dikesan. Secepat kilat Faris memetik satu lagi imej gambar Tengku Kamil.

Imej itu diteliti kembali. Faris tersenyum puas. Imej yang kedua ini, tampak lebih jelas berbanding yang pertama tadi. Faris merenung imej Tengku Kamil yang tertancap di skrin telefonnya. Matilah kau kali ni Tengku Kamil! Kalau Mail cam kau sebagai dalang kes ni, bersiap sedialah untuk tidur di lokap… Faris senyum sinis, kemudian menapak mencari kelibat Aishah.

Sebaik tiba di kaunter bar, Faris terkedu. Dari jauh, dia lihat Aishah dikelilingi oleh 3 orang lelaki. Faris mendengus marah. Pantang nampak perempuan duduk seorang diri! Langkah Faris dicepatkan menghampiri Aishah. Bahu seorang pemuda yang sedang cuba berbual dengan Aishah ditepuk dari belakang.

“Sorry brader, lu kacau awek gua la…” kata Faris tegas. 3 pemuda tadi pantas menoleh kea rah Faris, kemudian memandang Aishah silih berganti. Sebaik terpandangkan Faris, cepat2 Aishah turun dari kerusi bar itu lalu memaut lengan Faris mesra.

“Haa…tula..I dah cakap tadi, I tunggu you pergi toilet. Tapi diorang tak percaya….” kata Aishah dengan senyuman yang terkulat2 memandang Faris. Faris senyum. Pandainya Aishah berlakon…

“Sorryla yang…buat you tunggu lama. I janji, lepas ni, kalau I masuk toilet pun…I bawak you sekali….”kata Faris tersenyum2. Aishah terlopong dengan lakonan Faris. Lagi ajaib, tiba2 saja Faris memanggilnya dengan panggilan ‘Yang’. Faris sengih, kemudian mengenyitkan matanya pada Aishah. Bertambah luas mulut Aishah ternganga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2011 01:50 PM | Show all posts
“Ohh…awek lu ke. Sorry arr…KItorang ingat awek free…Sorry…” bahu Faris ditepuk, lalu 3 pemuda tadi beredar mencari mangsa yang lain pula. Faris dan Aishah hanya memandang langkah mereka bertiga hingga hilang dicelah2 orang ramai.

Faris memandang lengannya yang masih dipeluk Aishah. Aishah pandang muka Faris, kemudian memandang tangannya yang memeluk lengan Faris. Cepat2 dia melepaskan pelukan tangannya.

“Sorry!!” kelam kabut Aishah meminta maaf. Senyuman nakal kian melebar di bibir Faris.

“Rilekla…..” bahu Aishah dirangkul, lalu Faris terus menarik Aishah keluar dari kelab itu. Aishah pantas menolak lengan sasa Faris yang melingkari bahunya.

“Hiii…kau ni melampaulah! Sesedap rasa je pegang aku! Geli tau tak!” bentak Aishah dalam nada suara yang masih dikawal. Mereka kini sudah keluar dari kelab itu. Langkah terus diatur menuju ke van mereka yang terletak di parking bawah tanah.

“Ala…pegang sikit pun tak boleh!” tukas Faris mecebik.

“Tak boleh! “ jerit Aishah.

“Bukan luak pun!” kata Faris pula yang cuba mengejar Aishah yang mendahului langkahnya. Memerhatikan langkah Aishah dari belakang dengan but tinggi dan skirt sendat itu, memang benar2 menggugat imannya yang sudah sedia nipis.

Langkah Aishah tiba2 mati. Dia pantas berpaling, memandang Faris dibelakangnya. Wajahnya serius merenung mata Faris yang terkedu.

“Kau jangan nak macam2 dengan aku ye! Aku tahu aku kerja dengan kau! Tapi itu bukan tiket untuk kau senang2 nak buat aku macam anak patung! Lambung ke sana, lambung ke sini!” jari runcingnya dituding ke hidung Faris. Faris tergamam merenung wajah itu.

Langsung tiada riak bergurau. Selalunya, dia dan Aishah boleh bergurau apa saja. Bahkan, sampai menunjal dahi sekalipun, dia dan Aishah tidak berapa berkira soal itu. Namun, kala itu, wajah Aishah benar2 berubah. Marahkan dia pada aku? Faris bermonolog di dalam hatinya.

Nafas Aishah turun naik. Melihat Faris yang terdiam, jarinya diturunkan. Langkah diatur kembali, manakala Faris membuntuti langkah Aishah dari belakang. Masing2 terdiam tanpa kata.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2011 01:51 PM | Show all posts
“Aku mintak maaf….” ujar Faris perlahan. Sejak mereka bertolak pulang dari Aloha Club tadi, Aishah diam membisu saja. Wajahnya serius, masam mencuka. Faris menarik nafas lemah. Aishah disebelah dikerling lagi.

“Aku mintak maaf ni. Kau dengar tak?” soal Faris sekali lagi. Aishah masih diam. Hmm….Faris mengeluh kecil. Aishah disebelahnya dikerling lagi. Rambutnya diusap2 resah. Melihat Aishah berdiam diri, buat hatinya resah. Dia lebih rela bergaduh dengan Aishah dari berdiam seperti ini. Sedikit sebanyak, hatinya sedikit tercalar bila melihat Aishah yang menghukumnya sebegitu.

“Aishah….aku mintak maaf eh…” kali ini peha Aishah pula disentuh lembut.

Papp!!! Pantas Aishah menampar tangan Faris yang menyentuh pehanya. Kelam kabut Faris melarikan tangannya.

“Sorry! Sorry!..” Aishah melirik kea rah Faris geram. Marahnya tidak akan reda hanya dengan kata maaf dari Faris.

“Kau ni memang sengal!” cemuh Aishah dengan bibirnya yang memuncung sehasta. Faris mengukir senyum. Mendengar suara yang keluar dari peti mulut Aishah, meredakan gusar hatinya.

“Aku minta maaflah….aku dah terbiasa macam ni…” kata Faris lagi. Pemanduan van menuju ke Holiday Villa Hotel, Subang masih diteruskan. Aishah melepaskan satu keluhan. Sebetulnya, dia juga tidak tahu, mengapa dia marah benar bila Faris acapkali menyentuhnya.

“Aku maafkan kali ni. Tapi, lain kali..agak2la sikit!” kata Aishah perlahan.

“Okay! Aku janji!” kata Faris seraya mengangkat tapak tangan kanannya tanda berjanji. Aishah senyum sinis memandang perilaku Faris. Huh! Boleh percayakah kata2 lelaki ni? Nafas dihembus hambar. Aishah masih berpeluk tubuh merenung jalan yang kian sunyi.

Sesekali dia terkuap2 menahan rasa kantuk yang tidak dapat dibendung lagi. Faris  di sebelah pula, masih kelihatan segar bugar.

“Kau tak mengantuk ke?” soal Aishah. Faris menggeleng.

“Tak sabar aku nak sampai ke hotel. Aku nak Mail camkan gambar ni…” balas Faris. Aishah mencemik. Pandangannya dihala ke tepi, melihat pemandangan luar dari tingkap van.

“Kalau betullah Tengku Kamil dalangnya, apa pelan kita seterusnya?” soal Aishah.

“Bawak Mail jumpa Tengku Kamil, minta mastercopy video korang then, settlekan hal tu antara kami..” kata Faris. Kelajuan ditambah, bagi memendekkan masa  perjalanan.

“Tak bawak kes ni ke pihak polis?” soal Aishah sambil memandang Faris.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.849408 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list