CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxxwu

Adam Lambert in Malaysia = ENJOY!!!!

[Copy link]
Post time 16-10-2010 06:21 PM | Show all posts
Reply 239# alyssasarah

wah jelesnye adam cakap ngan pompuan tu..sure pompuan tu ngigau+angau+asyik teringat detik tu berbulan2...hehe...lucky girl...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2010 07:50 PM | Show all posts
hiburan2 jugak, aku harap korang tak miss korang punye maghrib prayer lah..
peringatan tuk diri sendiri jugak..
peace y'all...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 12:06 AM | Show all posts
giler panjang korang pye review.. hahah ^^
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2010 12:08 AM | Show all posts
perrghhh..recap2 yg sangat memberangsangkan......

kak MM pye yg paling marbeles laaa!!! pix goyang pun xpe laa....hehehhe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2010 12:09 AM | Show all posts
Reply 243# HideGulz


    biasa laaa..keterujaan aaa...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 12:23 AM | Show all posts
Reply  HideGulz


    biasa laaa..keterujaan aaa...
maxxwu Post at 17-10-2010 00:09



aku cam tak de mood nak tulis panjang2... rasa cam mimpi jek.. hahaha ^^
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2010 12:56 AM | Show all posts
Reply 242# nour2001

Horror giler surau dia; panas nak mampus.  Konon stadium canggih tapi surau macam bilik stor.  Malaysia boleh!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2010 09:07 AM | Show all posts
Reply 247# sweetmm


    pi surau tepi stadium ke??? nape xpi surau kt dalam???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2010 10:16 AM | Show all posts
Reply  nour2001

Horror giler surau dia; panas nak mampus.  Konon stadium canggih tapi surau maca ...
sweetmm Post at 17-10-2010 00:56



nampak sgt pihak pengurusan tak peka dgn keperluan pengunjung stadium yg beragama islam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2010 12:33 PM | Show all posts
Reply 249# nour2001


    maybe laa kut.....masa me n my bro n sis pi tgk Disney on ice aritu, ade surau, tapi kecik laa....bukan kt foodcourt..kt dlm stadium tu sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 03:48 PM | Show all posts
aku cam tak de mood nak tulis panjang2... rasa cam mimpi jek.. hahaha ^^
HideGulz Post at 17-10-2010 00:23


hahah sama macam aku...aku tak reti nak wat review ni sebab aku rasa macam yg pegi tu bukan aku, tapi orang lain
sampai skrg pun aku still rasa cam mimpi
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 03:52 PM | Show all posts
Rupanya kat sini ye kalo nak meroyan pasal nyah adam.

Akak paste je ek my recap kat board lain

...
sweetmm Post at 16-10-2010 13:09


a'ah...i jumpa benang ni baru2 ni...lepas tu apa lagi...duk lepak kat sini ler sebab kat sini jauh lagi laju dari benang kita yg  hidup segan mati tak mau tu, pastu sini ramai fans adam and mod dia pun fanatik adam katanyer...lagi satu, kalu tepek info best kat sini, dapat tacang



mod nak tacang
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 03:56 PM | Show all posts
perrghhh..recap2 yg sangat memberangsangkan......

kak MM pye yg paling marbeles laaa!!! pix goyan ...
maxxwu Post at 17-10-2010 00:08


kak MM?

panggil ajer dia kak sweet, ahkak guler or ahkak manis

dia wakil malaysia kat board adam kat idolforum, omputih punya forum

http://idolforums.com/index.php?showforum=580
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 03:59 PM | Show all posts
http://www.3news.co.nz/Adam-Lamb ... 181741/Default.aspx

Adam Lambert; Idol's most successful runner-up

Adam Lambert may not have won American Idol but he has risen to massive popularity since coming runner-up last year
Adam Lambert may not have won American Idol but he has risen to massive popularity since coming runner-up last year
video share on facebookshare on twitter share
Sun, 17 Oct 2010 7:10p.m.

By David Farrier

Adam Lambert may not have won American Idol but he has risen to massive popularity since coming runner-up last year.

The openly gay pop star keeps making headlines, most recently for his gigs in Malaysia where homosexuality is a crime.

When it comes to American Idol, you would be hard pressed to remember many, if any, of its stars.

Adam Lambert appears to be an exception to that rule – and he didn't even win.

He’s enjoying the ride but “sometimes think the straps should be tighter”.

He made headlines around the world at the American Music Awards when he had a cheeky pash on stage with his keyboard player, who happened to be a male.

It's those sorts of antics that make it tricky when performing in places like Malaysia.


He says performing in New Zealand will be a different experience to Asia.

“It's a very different experience; different cultures, I didn't get out much in Malaysia, just working on the show, and of course a lot of press because of all the hubbub over there,” he says.


“So, just stayed in my hotel room.”


The 28-year-old star has had a massive year touring his record For Your Entertainment – which includes songs written by Lady Gaga and Pink.

Lambert is humble for a chap whose fans include members of Muse and Queen's Brian May.

He's taking it in his own, flamboyant stride; The Times pointing out he's the first openly gay mainstream pop artist to launch a career on a major music label.

Not bad for a runner up.

3 News
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 04:01 PM | Show all posts
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=hi_14.htm

HIBURAN
Adam Lambert tampil 'bersih'

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY

SAAT dikhabarkan mengenai penganjuran konsert sulungnya di Malaysia, penulis sebenarnya sudah dapat merasakan pasti ada yang akan membantah tanda tidak setuju.

Mana tidaknya, nama Adam Lambert seakan sudah cukup memberi gambaran perkataan yang dekat dengannya buat masa sekarang, kontroversi.

Bukan sahaja terbuka membuat pengakuan mengenai kecenderungan seksualnya terhadap kaum sejenis, tetapi dia turut menjadi perhatian menerusi persembahan kurang sopan yang dipertontonkan pada American Music Award lalu untuk lagu For Your Entertainment.

Bukanlah hendak mengata, tetapi Lambert pastinya sukar menagih kemaafan daripada rakyat Malaysia terutama jika dia dengan beraninya melakukan adegan sebegitu tanpa segan silu di sini.

Sungguhpun dihambat cerita-cerita panas, penyanyi kelahiran San Diego, California, Amerika Syarikat ini masih tidak hilang kelompok peminatnya.

Buktinya, atmosfera di perkarangan Stadium Tertutup Bukit Jalil pada 14 Oktober lalu seakan kekurangan oksigen apabila dibanjiri kira-kira 15,000 peminat setia yang mahu menyaksikan Lambert beraksi di pentas.

Menerusi konsert jelajah Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010, Lambert berjaya menguasai suasana malam itu meski berlaku sedikit gangguan apabila kira-kira 50 pengikut parti PAS berkumpul di luar pintu masuk stadium sambil menjalankan protes.

Pun begitu, perjalanan konsert tidak terjejas. Malah, Naib Juara American Idol 8 ini tetap meneruskan kelangsungan persembahannya yang sememangnya dinanti-nantikan oleh kebanyakan peminat yang langsung tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing.

Hiruk pikuk jeritan peminat mula bersatu dalam gema sejurus Lambert muncul di pentas tepat pukul 9 malam menerusi lagu Voodoo.

Ketika ini, stadium yang gelap mula disimbah pancaran cahaya laser berwarna-warni sekali gus menutup kelemahan pentas yang kelihatan biasa sahaja.

Sebelum kemunculan Lambert, penyanyi tempatan, Iqwal membuat penampilan istimewa sebagai pembuka tirai dengan menghiburkan isi stadium menerusi lagu Down, nyanyian asal Jay Sean.

Usai mendapat tepukan gemuruh daripada penonton, persembahan disusuli pula dengan gesekan biola daripada Denise Lau sebelum penyanyi tempatan Daniel Lee memanaskan suasana.

Konsert boleh dianggap tidak lengkap jika Lambert tidak menyampaikan koleksi lagu hitsnya For Your Entertainment.

Seakan dapat membaca fikiran peminat, Lambert kemudiannya menyajikan lagu tersebut sambil diselangi tarian yang bertenaga sebagai lagu kedua sebelum Rabbit Hole, Ring Of Fire dan Fever dalam segmen pertama.

Segmen kedua lebih bersifat sentimental. Pun begitu, seperti magnet, Lambert berjaya menarik perhatian ribuan peminatnya pada malam itu menerusi set lagu Whataya From Me, Soaken dan Broken Open.

Pastinya kehangatan malam seakan tidak mahu padam apabila Lambert kemudiannya meneruskan segmen ketiga dengan lima lagu lain.

Bintang berusia 28 tahun ini tidak lupa untuk membuai telinga peminat-peminat dengan lagu Aftermath, Surefire, Strut dan Music Again.

Bukan itu sahaja, dia juga tidak perlu bersusah payah mengajak peminatnya untuk turut menyanyi saat muzik untuk lagu If I Had You mula berkumandang.

Lambert juga bijak mencuri hati penonton yang seakan terpinga-pinga apabila dia, pemuzik dan penari-penari meninggalkan pentas tanpa ucapan selamat tinggal sebagai sebahagian daripada gimik persembahan akhirnya.

Ketika ini, namanya berulang-ulang kali dipanggil seisi stadium yang jelas masih dahagakan persembahan daripada seorang bintang bersuara hebat ini.

Suasana kembali gamat apabila Lambert muncul semula bersama kumpulan yang mengiringinya sebelum sempat menghiburkan kelompok peminatnya yang digelar sebagai Glamberts menerusi lagu Mad World dan 20th Century Boy.

Konsert melabuhkan tirainya kira-kira pada pukul 10.30 malam selepas Lambert melayangkan ucapan terima kasihnya kepada semua peminat yang hadir menyokong persembahan.

Manis dirasakan apabila Lambert tidak lupa mengucapkan “Kami sayangkan anda Kuala Lumpur!”, sebagai mewakili seluruh krew yang diterbangkan khas dari Amerika Syarikat.

Apa yang pasti, mereka yang hadir pada malam itu pulang dengan senyuman puas di bibir.

Semuanya seolah sudah diadun sebati oleh Lambert bagi merealisasikan konsert pertamanya itu di sini.

Daripada koleksi lagu, kostum-kostum dramatik, solekan gothic termasuk persembahan, secara total ternyata berjaya memukau setiap mata yang menyaksikan bintang besar tersebut pada malam itu.

Lebih menarik, dia juga cukup ‘mendengar kata’ apabila langsung tidak mencemarkan suasana. Tiada secalit pun adegan-adegan panas yang boleh mencetuskan kontroversi.

Mungkin sudah sedia maklum dengan peraturan yang digariskan oleh kerajaan, maka dari aspek ini, konsert Lambert ini boleh dikategorikan sebagai bersih.

Apa pun, Lambert telah membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa dia merupakan seorang penghibur luar yang datang dengan pakej lengkap sebagai seorang penghibur dan bukan kontroversi semata.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 07:22 PM | Show all posts
sume press Msia puji show Adam and tak der masalah langsung dgn Adam himself, crew, management and promoter or bodyguards sume kan.  Selalu ader retis2 omputeh nih datang mesti masuk Melodi, ala double standard bagai cos some of them tak nak kena interview, worst biler pilih press..esp nak yg international jer E-news etc....

Rasa2nya Adam's show here the 2nd biggest after kot......1st - Singapore ader abt +40k, 2nd Mesia - 16k.  tapi kat Manila pon ramai gak rasanya....but i guess it depends on the the venue itself kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2010 07:53 PM | Show all posts
Reply 248# maxxwu

Dalam stadium ler; every floor ada.  Tapi dia letak nun kat belah belakang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 07:54 PM | Show all posts
Reply 256# alyssasarah

Manila capacity besar but only 15k turn out.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 07:56 PM | Show all posts
Reply 253# lake


Ko ni aku nak under d cover pun tak leh
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 08:00 PM | Show all posts
Reply 249# nour2001

Entahler patutnya tempat ibadah ler yg patutnya diutamakan.... bukannya rugi sgt letak aircond and tempat wuduk yg proper.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.050184 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list