CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

NUR KASIH THE MOVIE

  [Copy link]
Post time 23-7-2010 05:09 PM | Show all posts
harap x mengecewakan macam lagenda budak setan..mmg setan aku g tgk citer tu...hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2010 05:11 PM | Show all posts
Reply 192# elninhamfz


mmmmm... byk dah spekulasi yg NKTM ni tayang thn depan, bln Mac la plak ni. lamanya menanti.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 05:28 PM | Show all posts
x sabar nak tggu filem nie di tayangkan....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 05:35 PM | Show all posts



credit to: murai.com.my
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2010 07:17 PM | Show all posts
Reply 32# hijau88


Romantik Tiz Zaqyah dan Remy Ishak Nur Kasih The Movie July 23rd, 2010 |   Category: Filem, Remy Ishak, Tiz Zaqyah |  
3 Comments »
Ehem ehem, romantiknya Tiz Zaqyah dan Remy Ishak dalam gambar ni…


Uish… jangan salah faham ya, ini hanyalah lakonan mereka untuk watak suami isteri dalam Nur Kasih The Movie yang bakal ditayangkan dalam bulan Mac tahun depan. Tiz Zaqyah yang membawa peran Nur akan lebih beremosi dalam filem ini dan watak Adam oleh Remy Ishak pastinya akan mengimbau kembali kegemilangan drama ini seketika dulu.

Tiz serta dua pelakon utama filem itu iaitu Remy Ishak dan Fizz Fairuz telah menjalani penggambaran selama 35 hari bermula 19 Jun lalu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Jordan. Untuk scenes di Jordan, shooting berlangsung selama 10 hari di negara Timur Tengah itu bersama Fizz dan Remy. Cabaran di sana sangat banyak. Dengan cuaca yang tak menentu, ada ketika terpaksa merempuh ribut pasir dan keadaan social dan budaya di sana.


Dalam filem ini, Tiz cakap wataknya sebagai seorang gadis dan kemudian isteri yang bertudung lebih bergolak dengan permainan emosi. Wataknya agak kuat, malah lebih kuat, lebih cekal dalam masa yang sama nampak agresif.

Kata Tiz: “Saya tak akan menangis tetapi orang yang menonton filem ini akan menangis.”

Mampukah filem ini meraih fenomena luar biasa sebagaimana yang diharapkan?
Jawapannya, terpulang kepada penonton yang akan menilainya.
Sinopsis pendek yang merangkumkan jalan cerita sebagai teaser filem ini:

Setelah Adam berjaya mendapatkan cinta Nur..setelah Aidil mendapat kepercayaan Aliya..setelah Sarah benar – benar insaf… apakah lagi yang sanggup dikorbankan demi cinta….nantikan Nur Kasih The Movie…

Di sesi bersama media semasa hari ke-3 pengambaran filem terbitan Grand Brilliance ini, Tiz Zaqyah dihujani oleh soalan-soalan yang sebenarnya sudah dijangkakan. Ianya tentang kes Tiz Zaqyah dituduh cuba menggoda kekasih Fasha Sandha, Jejal yang tercetus pada bulan Jun lalu.

Segala kontroversi yang melanda tidak sedikit pun menjejaskan tumpuan Tiz Zaqyah di lokasi. Maintain je emosi Tiz. Suaranya halus dan sengau-sengau tu buat ada media yang menyuruh Tiz jadi penyanyi. Manalah tahu ada bakat. Tapi Tiz cakap, dia pun tak pasti, mana tahu ada yang cakap nanti suara dia sumbang ke. Kalau nak tahu, sebelum jadi pelakon, Tiz pernah ditawar jadi penyanyi!

Menurut Tiz Zaqyah, dia sebenarnya tak nak komen banyak-banyak tentang perkara itu. Cukuplah dia dah komen di program Melodi hari tu. Yang penting, sekarang ini kejadian itu banyak memberi pengajaran berguna untuk Tiz meniti hari sebagai seorang selebriti. Mulai saat itu, Tiz mulai berhati-hati untuk memilih kawan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2010 07:20 PM | Show all posts
Reply 49# Syd


Gambar Ilyas Suhaimi Anak Fizz Fairuz Nur Kasih The Movie
Memperkenalkan seorang lagi pelakon kanak-kanak yang membintangi filem Nur Kasih The Movie… Adik Ilyas Suhaimi namanya.

Ilyas bersama Mia Sara… kiri sepupu sepapan la kan?




Elyas membawa watak anak kepada Fizz Fairuz dalam filem ini. Dengarnya, Fizz akan melakonkan watak bapa tunggal dalam filem ini, betul ke? Oh, itu kena tonton sendiri lah nanti. Tak boleh kasi spoiler.   Kih kih~

Yang penting, dalam filem ini nanti, penonton akan disajikan dengan adegan-adegan yang sangat tragis, menekankan jiwa, konflik, konfrontasi dan macam-macam lagi. Filem ini banyak memainkan atau dalam kata lain mempermainkan perasaan penonton semaksima yang mungkin. Seperti kata Fizz, untuk wataknya terlalu banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi kebahagian insan lain. Pengorbanan yang sangat besar akan digambarkan dengan cukup jelas dan beremosi di layar perak.

Penonton akan rasa lebih simpati dan empati dengan watak ini. Tak mustahil penonton akan menitiskan airmata, kan?
Antara kata-kata menarik dalam filem ini, yang juga pernah terungkai dalam drama bersiri Nur Kasih sebelum ini…

“Bila malaikat maut datang menjemput, terputuslah amalan anak adam kecuali..ilmu bermanafaat, sedekah jariah dan doa anak yang soleh..”

Dalam filem ini, ia berdurasi dalam tempoh masa selama 40 tahun dan selepas 8 tahun dari saat episod akhir drama. Yang pastinya, filem ini bukan sekadar untuk menyentuh jiwa penonton malah ia akan lebih membawa mesej positif, kekeluargaan, cinta sesama insan dan perjuangan. Ramai bersetuju, penulis skrip yang juga isteri kepada Khabir Bhatia iaitu Mira Mustafa begitu teliti untuk menyakinkan penonton filem ini akan menjadi fenomena yang luar biasa tahun hadapan.

Terbukti, menerusi kajian yang dikeluarkan oleh AGB Nielsen Media Research, Nur Kasih telah menggegarkan Malaysia dengan purata 55.8% penonton televisyen dan mendapat jumlah penonton paling tinggi iaitu sebanyak 4.3 juta penonton.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-7-2010 07:22 PM | Show all posts
Reply 50# Syd


Gambar Mia Sara di Lokasi Filem Nur Kasih The Movie
Umum dah tahu pelakon kanak-kanak yang comel, Mia Sara Nasuha berlakon dalam filem Nur Kasih The Movie. Ramai juga yang tertanya-tanya watak yang dipegang oleh Mia Sara. Agak-agak, anak kepada siapa ya? Korang cuba teka ya.

Pada siang tadi, Budiey sempat mengunjungi tapak lokasi pengambaran filem Nur Kasih The Movie di Kampung Gulang-Gulang, Tanjung Karang, Selangor. Di sana, Budiey dapat bertemu dengan para pelakon filem arahan Khabir Bhatia ini, antaranya penggerak utama Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan juga Mia Sara atau dikenali juga dengan watak Amani dalam drama Adamaya.

Scene untuk Mia Sara boleh dikatakan banyak juga untuk filem ini iaitu 24 scenes. Tapi Mia Sara dikatakan agak senang untuk membawa wataknya, tak banyak kerenah walaupun suka menokok tambah skrip. Senang je nak arah Mia ni, bila bapanya kata ‘senyum’ dia terus menguntum senyumannya.

Jam 12.40 tengahari, Budiey sampai di sebuah rumah kampung di tengah sawah padi yang mana rumah yang sama untuk drama siri Nur Kasih. Sesampai sahaja, Budiey sempat melihat sendiri satu scene yang agak pendek di mana Remy Ishak menaiki tangga rumah. Tapi punyalah susah sebab kena ulang beberapa kali sehingga pengarah Khabir Bhatia betul-betul puas hati. Dan yang nakalnya bila si Mia Sara ni mencuba bakat terpendamnya untuk menjadi pengarah pulak. Siap laung ‘Action… Cut!”


Bertemu secara LIVE buat kali pertama, terdetik di hati, comel betul Mia Sara ni. Mungkin kerana bakat dan rupanya itu, Mia Sarah kini mempunyai peminatnya sendiri. Bukti jelas apabila Facebook Fanpage miliknya sudah mengutip seramai 180,000 orang. Sekarang ini, ramai yang berebut mengambil Mia untuk berlakon iklan dan drama.

Budiey sempat juga berbual dengan bapa Mia Sara. Beliau mengatakan sekarang ini, beliau tak tahu macamana dia tak dapat lagi menjadi admin untuk Fanpage itu sebab kena block. Budiey pun tak pasti sebab balik rumah Budiey terus jadi peminat di Fanpage Mia Sara.

Masa lunch, Mia tak makan nasi ya. Cuma minum segelas milo sahaja. Nak jadi pelakon kenalah jaga berat badan, betul tak Mia. Jangan pulak jadi bertambah comel nanti.

Wah, kecil-kecil lagi dah ada pembantu peribadi ya?

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 08:19 PM | Show all posts
tggu..lg 8bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2010 08:55 PM | Show all posts
cantiknya TZ... cutenya mia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 09:39 PM | Show all posts
credit to: murai.com.my
hijau88 Post at 23-7-2010 17:35



    bakat ader., raut muka yg cantik menawan...
jgn ler dipersia2kan kan dgn pelakuan yg mengaibkan
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 10:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by hijau88 at 23-7-2010 22:45

Reply 199# xAthenax


la ni... fs pun dah pilih watak2 yg bertudung. sori la... nmpk fake la. lain mcm je tgk. mmmmm.

actually position dah kena caras... nak ramps blk pun dah tak bleh... ketinggln jauh weh... tak tkejar langsung... sesak nafas... mmg takde harapn la.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 04:10 PM | Show all posts
Cerita filem Nur Kasih jadi rahsia
Oleh Hartati Hassan Basri
[email protected]
2010/07/24

DEMI mengekalkan kejutan, barisan pelakon dan kru filem Nur Kasih membuat perjanjian dalam kontrak untuk tidak mendedahkan jalan ceritanya kepada wartawan apabila filem itu ditayangkan awal tahun depan.
Tiga bintang utamanya, Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz meminta maaf kerana tidak dapat bercerita lanjut mengenai watak mereka dalam filem itu kerana sudah membuat perjanjian. Apabila ditanya kru mengenai babak yang dijalankan pada hari itu, mereka menjawab tidak tahu dan minta ditanyakan saja kepada pengarahnya, Kabir Bhatia.


Dalam sidang media yang berlangsung di lokasi filem itu di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang, Selangor, Kabir mengakui tidak mahu bercerita lebih lanjut jalan cerita filem yang diangkat dari siri popular Nur Kasih yang mencatat fenonema ketika disiarkan di TV3 dengan 4.3 juta penonton. "Apa yang boleh saya katakan, filem ini jauh lebih besar berbanding drama dan bakal menyentap emosi penonton mengenai tragedi yang berlaku kepada watak utama, Adam, Nur Amina, Aidil dan ibunya.


"Ia mengisahkan cabaran ditempuh Adam dan Nur Amina dalam hidup dan juga cinta mereka. Kalau sebelum ini kisah cinta Laila Majnun dan Romeo & Juliet cukup dikenali, saya ingin paparkan kekuatan cinta Adam dan Nur Amina pula dalam filem ini.


"Emosi penonton akan ditarik sedikit demi sedikit dari awal hingga ke akhir cerita. Saya tidak mahu beritahu bagaimana penamat cerita apakah 'happy ending' atau sebaliknya.


"Mira Mustaffa mengambil masa enam bulan untuk menghasilkan skripnya kerana mahu memastikan benar-benar sempurna sebelum memulakan penggambaran. Penceritaan juga cara baru, tetapi tidak menghilangkan ciri-ciri pada drama siri," katanya.


Kabir juga enggan mendedahkan nama dua pelakon baru yang menjayakan filem itu, tetapi sekadar memaklumkan watak mereka, Munif dan Sarah Ali yang hadir dalam hidup Adam dan Nur Amina sebagai satu lagi kejutan buat penonton.


Mengenai kehadiran dua pelakon kanak-kanak, Mohd Ilyas Suhaimi dan Miasara Nasuha, Kabir mengatakan mereka adalah anak Aidil dan Alia. Kata Kabir, filem berkenaan bermula kira-kira lapan tahun selepas drama siri.


Apabila ditanya mengapa Adam dan Nur Amina tidak mempunyai anak, Kabir sekadar tersenyum, tetapi mengatakan sesuatu berlaku dalam hidup mereka atau lebih tepat lagi tragedi besar.


"Cerita filem lebih berat mengenai pengorbanan Aidil sebagai abang diteruskan dalam filem ini dengan cabaran lebih besar dengan masalah sendiri, adik dan juga ibunya. "Nur Amina pula lebih tabah dan matang hingga meruntun jiwa penonton manakala ibunya tetap tabah berhadapan dengan masalah anak-anaknya," katanya.


Filem Nur Kasih yang dihasilkan dengan bajet RM2 juta adalah kerjasama Primeworks Studios, Juita Viden Sdn Bhd dan Filmscape Sdn Bhd. I a dijangka untuk tayangan awal pada Februari atau Mac depan.

Penggambarannya bermula 20 Jun lalu di Tanjung Karang kerana mahu mengejar masa menuai untuk babak sawah padi menguning. Selepas empat hari penggambaran dan berehat sehari, mereka berlepas ke Jordan selama 11 hari dan kembali ke tanah air 5 Julai lalu.


Selepas itu penggambaran teruskan di sekitar Kuala Lumpur sejak 7 Julai lalu dan kembali ke Tanjung Karang pada 20 Julai lalu dan berakhir 24 Julai dan 25 kembali ke Kuala Lumpur untuk menyiapkan beberapa lagi babak. Keadaan sawah ketika ini ialah padi baru saja ditanam. Mengenai penggambaran di Jordan, Kabir mengakui cukup mencabar kerana membabitkan babak besar dan penting ditambah pula masalah bekerja di negara orang. "Kerja-kerja pro produksi dilakukan sebaik saja sampai bagi memastikan penggambaran berjalan lancar. "Kami tidak punya banyak masa menyebabkan waktu yang ada digunakan dengan sebaiknya. Paling mencabar, penggambaran selama tiga hari di tengah padang pasir kerana dilanda ribut pasir.


"Keadaan padang pasir yang panas dan kering menyebabkan ramai kru sakit, tetapi kami tetap bersemangat meneruskan kerja. Kami juga dibantu kru tempatan warga Palestin.


"Apa yang membanggakan, kami berpeluang mengadakan penggambaran di Petra yang mempunyai senario cantik dan eksotik serta pernah dipaparkan dalam filem Hollywood seperti Indiana Jones. Walaupun berhadapan masalah untuk sampai ke situ kerana berjalan kaki sejauh empat kilometer, kami berjaya melakukannya," katanya.



Turut hadir, Pengurus Besar Filem dan Drama Primeworks Studios, Ahmad Puad Onah, Penolong Pengurus Besar Filmscape, Mohd Frank Lewis dan Pengarah Urusan Kumpulan Juita Viden, Leng Lai.

credit to: hmetro online
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 04:11 PM | Show all posts
Cerita filem Nur Kasih jadi rahsia
Oleh Hartati Hassan Basri
[email protected]
2010/07/24

DEMI mengekalkan kejutan, barisan pelakon dan kru filem Nur Kasihmembuat perjanjian dalam kontrak untuk tidak mendedahkan jalanceritanya kepada wartawan apabila filem itu ditayangkan awal tahundepan.
Tiga bintang utamanya, Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz memintamaaf kerana tidak dapat bercerita lanjut mengenai watak mereka dalamfilem itu kerana sudah membuat perjanjian. Apabila ditanya kru mengenaibabak yang dijalankan pada hari itu, mereka menjawab tidak tahu danminta ditanyakan saja kepada pengarahnya, Kabir Bhatia.


Dalam sidang media yang berlangsung di lokasi filem itu di KampungSawah Sempadan, Tanjung Karang, Selangor, Kabir mengakui tidak mahubercerita lebih lanjut jalan cerita filem yang diangkat dari siripopular Nur Kasih yang mencatat fenonema ketika disiarkan di TV3 dengan4.3 juta penonton. "Apa yang boleh saya katakan, filem ini jauh lebihbesar berbanding drama dan bakal menyentap emosi penonton mengenaitragedi yang berlaku kepada watak utama, Adam, Nur Amina, Aidil danibunya.


"Ia mengisahkan cabaran ditempuh Adam dan Nur Amina dalam hidup danjuga cinta mereka. Kalau sebelum ini kisah cinta Laila Majnun dan Romeo& Juliet cukup dikenali, saya ingin paparkan kekuatan cinta Adamdan Nur Amina pula dalam filem ini.


"Emosi penonton akan ditarik sedikit demi sedikit dari awal hingga keakhir cerita. Saya tidak mahu beritahu bagaimana penamat cerita apakah'happy ending' atau sebaliknya.


"Mira Mustaffa mengambil masa enam bulan untuk menghasilkan skripnyakerana mahu memastikan benar-benar sempurna sebelum memulakanpenggambaran. Penceritaan juga cara baru, tetapi tidak menghilangkanciri-ciri pada drama siri," katanya.


Kabir juga enggan mendedahkan nama dua pelakon baru yang menjayakanfilem itu, tetapi sekadar memaklumkan watak mereka, Munif dan Sarah Aliyang hadir dalam hidup Adam dan Nur Amina sebagai satu lagi kejutanbuat penonton.


Mengenai kehadiran dua pelakon kanak-kanak, Mohd Ilyas Suhaimi danMiasara Nasuha, Kabir mengatakan mereka adalah anak Aidil dan Alia.Kata Kabir, filem berkenaan bermula kira-kira lapan tahun selepas dramasiri.


Apabila ditanya mengapa Adam dan Nur Amina tidak mempunyai anak, Kabirsekadar tersenyum, tetapi mengatakan sesuatu berlaku dalam hidup merekaatau lebih tepat lagi tragedi besar.


"Cerita filem lebih berat mengenai pengorbanan Aidil sebagai abangditeruskan dalam filem ini dengan cabaran lebih besar dengan masalahsendiri, adik dan juga ibunya. "Nur Amina pula lebih tabah dan matanghingga meruntun jiwa penonton manakala ibunya tetap tabah berhadapandengan masalah anak-anaknya," katanya.


Filem Nur Kasih yang dihasilkan dengan bajet RM2 juta adalah kerjasamaPrimeworks Studios, Juita Viden Sdn Bhd dan Filmscape Sdn Bhd. I adijangka untuk tayangan awal pada Februari atau Mac depan.

Penggambarannya bermula 20 Jun lalu di Tanjung Karang kerana mahumengejar masa menuai untuk babak sawah padi menguning. Selepas empathari penggambaran dan berehat sehari, mereka berlepas ke Jordan selama11 hari dan kembali ke tanah air 5 Julai lalu.


Selepas itu penggambaran teruskan di sekitar Kuala Lumpur sejak 7 Julailalu dan kembali ke Tanjung Karang pada 20 Julai lalu dan berakhir 24Julai dan 25 kembali ke Kuala Lumpur untuk menyiapkan beberapa lagibabak. Keadaan sawah ketika ini ialah padi baru saja ditanam. Mengenaipenggambaran di Jordan, Kabir mengakui cukup mencabar keranamembabitkan babak besar dan penting ditambah pula masalah bekerja dinegara orang. "Kerja-kerja pro produksi dilakukan sebaik saja sampaibagi memastikan penggambaran berjalan lancar. "Kami tidak punya banyakmasa menyebabkan waktu yang ada digunakan dengan sebaiknya. Palingmencabar, penggambaran selama tiga hari di tengah padang pasir keranadilanda ribut pasir.


"Keadaan padang pasir yang panas dan kering menyebabkan ramai krusakit, tetapi kami tetap bersemangat meneruskan kerja. Kami jugadibantu kru tempatan warga Palestin.


"Apa yang membanggakan, kami berpeluang mengadakan penggambaran diPetra yang mempunyai senario cantik dan eksotik serta pernah dipaparkandalam filem Hollywood seperti Indiana Jones. Walaupun berhadapanmasalah untuk sampai ke situ kerana berjalan kaki sejauh empatkilometer, kami berjaya melakukannya," katanya.



Turut hadir, Pengurus Besar Filem dan Drama Primeworks Studios, AhmadPuad Onah, Penolong Pengurus Besar Filmscape, Mohd Frank Lewis danPengarah Urusan Kumpulan Juita Viden, Leng Lai.

credit to: hmetro online
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 04:15 PM | Show all posts
Kisah Cinta Dalam Nur Kasih Difilemkan

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ


Fizz Fairuz memegang watak Aidil dalam filem Nur Kasih The Movie sewaktu menjalani penggambaran di Jordan.

DRAMAbersiri popular Nur Kasih pada tahun lalu disajikan penuh dengan ceritacinta antara Adam lakonan Remy Ishak dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) sertapengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam.

Jikadalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada NurAmina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam dramayang disiarkan sebanyak 26 episod itu.

Inikerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalammenempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkandalam bentuk filem.

Untukfilem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannyasebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, danMaryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.



Fizz dan Liza Othman yang memegang watak ibunya sewaktu penggambaran di Jordan.

“Pengorbanan dan beban yang dipikul oleh Aidil sebenarnya belum berakhir dalam filem ini.

“Kepetahananak-anaknya juga akan membuatkan penonton lebih mudah mengalirkan airmata,” kata Fizz sewaktu menjalani penggambaran filem itu di KampungGulang-Gulang, Tanjung Karang, Khamis.

Sementaraitu, Remy menambah: “Cerita yang dipaparkan dalam filem ini mempunyaipersamaan dan dekat dengan diri kita. Ianya penuh dengan kisah yangmeruntun jiwa dan pernah dilalui oleh kita.”

Sepertiyang dimaklumkan, para pelakon terpaksa merahsiakan jalan cerita filemitu agar ia lebih suspen. Yang pasti, filem ini akan menjadi lebihmenarik hasil karya pengarahnya, Kabir Bhatia dan isteri, Mira Mustafaselaku penulis skrip.

Filem ini dijangka menemui penonton pada Mac tahun hadapan.


Remy (kiri) dan Fizz sempat menunggang kuda ketika di Jordan.

Menceritakantentang filem yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik diJordan seperti Amman, Wadi Ram dan Petra itu, Kabir akui cabaran yangdilalui begitu getir dan sukar dijangka.

Krewproduksi Filmscape serta para pelakon perlu mengharungi ribut pasir diJordan sehingga ramai yang jatuh sakit. Namun segala-galanya selesaisetelah mengambil masa selama 11 hari bermula 25 Jun lalu.

“Ketikaribut pasir, kamera bergoyang sehingga kami terpaksa mengambil masaselama tiga jam untuk menjayakan satu pengambaran itu,” ceritanya.

Selainitu, saat yang mencabar berlaku sewaktu proses penggambaran babakkemalangan keretapi melibatkan Adam dan Nur Amina di Jordan.

Biarapa pun halangan yang ditempuhi, Pengarah Urusan Filem & Drama,Primeworks Studio Sdn Bhd, Ahmad Puad Onah berharap semua penonton akandatang ke pawagam.


Kabir akui berat memikul cabaran dalam Nur Kasih The Movie berbanding drama bersiri.

“Saya nak filem ini menjadi setaraf dengan cerita Romeo dan Juliet serta Laila Majnun,” kata Ahmad Puad.

Filemyang turut dilakonkan oleh Liza Othman, Ayu Raudhah, pelakon baruMunif, Sara Ali serta pelakon cilik Mia Sara Nasuha Mohd Ridhwan danMohd Ilyas Suhaimi itu juga mendapat kerjasama syarikat Juita Viden.

credit to: mstar online.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 04:17 PM | Show all posts
Kisah Cinta Dalam Nur Kasih Difilemkan

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ


Fizz Fairuz memegang watak Aidil dalam filem Nur Kasih The Movie sewaktu menjalani penggambaran di Jordan.

DRAMA bersiri popular Nur Kasih pada tahun lalu disajikan penuh dengan cerita cinta antara Adam lakonan Remy Ishak dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam.

Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu.

Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.

Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.



Fizz dan Liza Othman yang memegang watak ibunya sewaktu penggambaran di Jordan.

“Pengorbanan dan beban yang dipikul oleh Aidil sebenarnya belum berakhir dalam filem ini.

“Kepetahan anak-anaknya juga akan membuatkan penonton lebih mudah mengalirkan air mata,” kata Fizz sewaktu menjalani penggambaran filem itu di Kampung Gulang-Gulang, Tanjung Karang, Khamis.

Sementara itu, Remy menambah: “Cerita yang dipaparkan dalam filem ini mempunyai persamaan dan dekat dengan diri kita. Ianya penuh dengan kisah yang meruntun jiwa dan pernah dilalui oleh kita.”

Seperti yang dimaklumkan, para pelakon terpaksa merahsiakan jalan cerita filem itu agar ia lebih suspen. Yang pasti, filem ini akan menjadi lebih menarik hasil karya pengarahnya, Kabir Bhatia dan isteri, Mira Mustafa selaku penulis skrip.

Filem ini dijangka menemui penonton pada Mac tahun hadapan.


Remy (kiri) dan Fizz sempat menunggang kuda ketika di Jordan.

Menceritakan tentang filem yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik di Jordan seperti Amman, Wadi Ram dan Petra itu, Kabir akui cabaran yang dilalui begitu getir dan sukar dijangka.

Krew produksi Filmscape serta para pelakon perlu mengharungi ribut pasir di Jordan sehingga ramai yang jatuh sakit. Namun segala-galanya selesai setelah mengambil masa selama 11 hari bermula 25 Jun lalu.

“Ketika ribut pasir, kamera bergoyang sehingga kami terpaksa mengambil masa selama tiga jam untuk menjayakan satu pengambaran itu,” ceritanya.

Selain itu, saat yang mencabar berlaku sewaktu proses penggambaran babak kemalangan keretapi melibatkan Adam dan Nur Amina di Jordan.

Biar apa pun halangan yang ditempuhi, Pengarah Urusan Filem & Drama, Primeworks Studio Sdn Bhd, Ahmad Puad Onah berharap semua penonton akan datang ke pawagam.


Kabir akui berat memikul cabaran dalam Nur Kasih The Movie berbanding drama bersiri.

“Saya nak filem ini menjadi setaraf dengan cerita Romeo dan Juliet serta Laila Majnun,” kata Ahmad Puad.

Filem yang turut dilakonkan oleh Liza Othman, Ayu Raudhah, pelakon baru Munif, Sara Ali serta pelakon cilik Mia Sara Nasuha Mohd Ridhwan dan Mohd Ilyas Suhaimi itu juga mendapat kerjasama syarikat Juita Viden.

credit to: mstar online.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 04:40 PM | Show all posts
tak sabar nyaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2010 05:43 PM | Show all posts
suspens jer nktm nih.... x sabar nak tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 06:09 PM | Show all posts
hoho
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 06:24 PM | Show all posts
Kisah Cinta Dalam Nur Kasih Difilemkan

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ


Fizz Fairuz memegang watak  ...
hijau88 Post at 24-7-2010 16:15



    Kuda dgn UNTA pun dah tak leh nak beza...bengap punya press
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 06:47 PM | Show all posts
unta la bodoh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.113792 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list