|
Originally posted by ajami at 17-12-2007 03:09 PM
pakcik pun heran gak coz katanyer ada panggung with sub & Xder sub
semlm pakcik tgk dgn bloggers kat gsc.pavilion 4:50pm >> clean-copy bersih Xder sub.. btw, errr semlm remy & ...
kalo Pavelionz pun tarak subs...tinggal KLCC je lah harapanya....ada sesiapa yg tgk crite ni kat KLCC tak? |
|
|
|
|
|
|
|
scene fasha n farid beromen bertilamkan epal takder lak. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orglama at 17-12-2007 05:31 PM
scene fasha n farid beromen bertilamkan epal takder lak.
ko mmg tgu scene tu ke?mesti ko kecewa kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #243 GAIA's post
aku tgk kat klcc .. x der sub gak..
citer ni mmg utk org melayu jerr.. ahaks!
ANAK HALAL UTK SEMUA! |
|
|
|
|
|
|
|
tak suka cite ni sbb ada fasha |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by terbakar91 at 17-12-2007 06:06 PM
aku tgk kat klcc .. x der sub gak..
citer ni mmg utk org melayu jerr.. ahaks!
ANAK HALAL UTK SEMUA!
sayang....terpaksalah ajak member melayu or member yg paham melayu je tgk citer ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kecimpret at 17-12-2007 09:36 AM
bg wa maya karin terlalu feminin utk berlakon watak tomboy..kalo bg watak ni kat syarifah amani wa rs lg sesuai..pape pun wa tabik kat maya sbb bg antara lakonan terbaik dia dlm filem ni..a great ...
setuju dgn kau, maya nampak terlalu feminin utk watak tomboy |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm disebabkan aku minat maya karin, aku rasa aku akan tengok citer nie... citer melayu ke 3 aku tgk dalam tempoh 15 tahun... tunggu review aku nanti |
|
|
|
|
|
|
|
yuhuuu da lme x msk sinii.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #254 shanew3stgalz's post
hai shane ku cayang ... |
|
|
|
|
|
|
|
ANAK HALAL TUTUP 2007! LEGA RASA DAPAT TENGOK FILEM HEBAT CAM NI TUTUP AKHIR TAHUN...KALAU TAK HARAP KAT 1957 JER LAH.....AKU SKE ANAK HALAL...TAPI GANAS TERLAMPAU PLAK AKU RASA.....ANYWAY, THE GREAT FILM FOR ALL....! CEPAT PI TENGOK KORANG SEMUA SEBELUM TAYANGAN HABIS ! lepas dua kali tengok anak halal...aku rasa cam insaf semacam plak! |
|
|
|
|
|
|
|
Lupa lak aku ada board Movies...dah lama tak masuk sini...hahahha...sepatutnya aku postkan kat sini....
Semalam aku tonton sekali lagi filem ni....just nak refresh semula....Bila tgk kali ke dua, baru aku dpt tgk watak2 pelakon2 tu dgn lebih jelas....Dulu ada issue siapa heroin filem ni kan,....korang rasa sapa?
Tidak keterlaluan jika aku ingin katakan yg filem anak halal ini sebagai The best malay film ever made. Aku tidak dapat tahan diri aku utk beri tepukan sebaik saja filem ini tamat. Satu penanda aras baru terhadap filem melayu. Filem ini boleh dikatakan bagus dlm segenap aspek, baik dari kekuatan skrip, olahan cerita, sinematografi, pergerakan dan sudut2 kamera yg sangat baik, an yg paling utama kekuatan lakonan hampir semua pelakon2 itu sendiri. Dan aku ingin komen tentang kehebatan pelakon2 anak halal ni.....
Sering kali didengar siapa sebenarnya heroin filem ini? Persoalan ini timbul sebab filem ni menggandingkan dua primadona filem tanah air yg sedang top skrg. Erra fazira dah pencen ke? Sebelum ini ada yang kata Maya Karin heroinnya, tidak kurang ada yang kata Fasha Sandha. Ada yg kata dua dua sekali. Malahan, poster filem ini sendiri seolah2 tidak mentafsirkan siapa heroin yg sebenar. Agaknya pengarah Osman Ali mahu penonton nilai sendiri siapa heroin nya. Terpulang kepada penonton. Setelah aku tonton sendiri filem ini, kedua2 mungkin layak utk dikatakan heroin, tetapi mungkin lebih berat dan sesuai utk diletakkan pada watak Fasha Sandha. Sorry ye peminat2 Maya Karin, aku cuma nak bersikap adil je....taknak bias pada mana mana pihak...sebab sebab aku kata camtu ......
Pertama watak Fasha lebih menjadi subject cerita yg ingin diceritakan dan dikembangkan. Kedua, Farid Kamil heronya, dan watak Farid Kamil bertemu dan bercinta dgn watak Fasha. Jadi, Fasha la heroinnya. Ketiga, Fasha lebih kelihatan cantik dan anggun, satu watak yg ingin menjadi penyegar dan penyeri dan secara tidak langsung membawa ciri2 seorang heroin dlm sesebuah filem. Keempat, penjiwaan watak Fasha lebih berat bermain dgn pergolakan emosi. Watak maya tidak berkembang dan tenggelam ditengah2 cerita. Hanya sekadar watak skunder yang bergerak selari dgn watak utama iaitu Farid kamil. Watak maya Karin kebanyakan hanya muncul sewaktu scene2 berkumpulan dan scene di mana ada Farid kamil dan Fasha sandha. Tiada scene yg mengfokuskan watak maya itu sendiri. Secara ringkas, watak Maya Karin tidak menjadi subject penceritaan utama dlm filem ini. Watak maya hanya muncul pada babak2 awal filem, hilang di babak2 tengah cerita, dan muncul semula di babak2 akhir. Watak Maya tiada scene2 berat seperti scene pergelutan, scene pergolakan jiwa, tiada scene tekanan emosi, watak maya agak mendatar, kecuali scene akhir sewaktu maya menembak Zulhuziami. Scene itu saja watak maya agak emosi skit.
Secara keseluruhan, fokus subject filem ini lebih kepada watak Adi Putra dan adiknya Raja Farah yang bergelut dgn krisis along dan gangsterism, dan watak gadis bermasalah Fasha Sandha yg bergelut dgn gejala dadah dan berlatak belakangkan watak tunjang utama iaitu Farid Kamil yang betindak sebagai penyelamat kepada kesemua kemelut.
Pujian harus diberi kepada Maya Karin yg berani membawakan watak yg berbeza dgn watak2 stereotype yg pernah dilakonkan sebelum ini. Tapi, sebagai penonton, entah kenapa aku nampak seperti ada yg tidak kena pada lakonan Maya Karin. Mungkin juga sebab lenggok percakapan Maya Karin masih kedengaran pelat Indonesia. Walaupun maya cuba utk bercakap spt gaya org Malaysia, tp lenggok dan intonasinya masih kedengaran sedikit janggal. Maya juga sering mempamerkan memek muka yg sentiasa tersenyum, kadang2 kelihatan mcm ia mengganggu mood yang cuba disampaikan. Disesetengah adegan maya marah pun memek muka maya nampak mcm nak tersenyum. Alangkah baik jika maya lebih bersikap bersahaja dan natural, rasanya itu lebih memberi impact yang kesampaian. Maya juga tidak cukup lasak untuk menonjolkan watak tomboy spt yg digembar gemburkan oleh media. Sebab saya sebagai penonton, saya tidak nampak dimanakah 憈omboy抧ya. Perkembangan watak Maya terhenti. Hinggakan tidak tahu samada Maya Karin cemburukan perhubungan Farid-Fasha atas sebab apa, adakah dia seorang tomboy dan mencintai Fasha? Atau dia cemburu sebab dia mencintai Farid? Persoalan itu dimatikan dan tidak dikembangkan.
Thumbs up harus diberikan kepada pendatang baru, Raja Farah! Raja Farah mmg hebat! Lakonan yg bersahaja dan natural tetapi menyakinkan. Walaupun sebagai watak pembantu, tetapi kemunculan sekali sekala Raja Farah sudah cukup utk menonjolkan jiwa watak itu. Terkesan di hati. Tersentuh. Simpati. Seperti terasa ingin turut membantu watak itu keluar dari belenggu permasalahnya. Award pelakon pembantu wanita terbaik patut diberikan kepada Raja Farah.
Baru baru ini kedengaran cerita sekumpulan penonton mentertawakan Fasha ketika scene tegang antara Fasha dgn Farid Kamil di atas bumbung. Aku rasa itu satu yg sgt tidak professional utk menghina sifat semulajadi seseorang. tapi nak wat camnakan, kat Forum Cari ni pun ramai yg dengki dgn Fasha Sandha ni, aku tahu.....Ironinya, bila aku tonton sendiri scene itu, aku rasa there抯 nothing wrong with Fasha抯 voice.
Adalah tidak adil jika kita menidakkan langsung keberkesanan lakonan yg ditonjolkan Fasha. Bukan mudah untuk membawa watak anak gadis yg sedang bergelut dgn emosi yang turun naik, Watak Amira itu sendiri sangat mysterious. Dan ia berjaya dizahirkan dgn baik. Aku masih dihantui rasa simpati dgn watak Amirah itu. Terasa impak nya. Cara penyampaian yg bersahaja tp dtg dari jiwa. Masih teringat ayat tentang ingin ke planet Zuhal. Masih terbayang2 watak Fasha yg kebingungan berlari2 seorang diri di lorong belakang mencari pengedar dadah. Masih terbayang2 watak fasha yg sedang bergelut dgn tekanan emosi. Terbayang2 watak Fasha cuba diperkosa. Bukan sesuatu yg mudah utk membawa watak seorang anak gadis yg fragile, yg mengalami tekanan emosi. Kegusaran penonton kedengaran di dalam pawagam setiap kali adegan saspen Farid kamil mencari Fasha Sandha yang 慼ilang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #255 terbakar91's post
haluuu cik t'bakar laling!!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|