|
Reply #240 arjunadewa's post
Kurang Sikit Tajaan.... prestasi tak bagus.... |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia2...bab fasiliti juara! bab performance... |
|
|
|
|
|
|
|
jenama x penting, kualiti team yg penting tapi dunia hari ini team yg terkenal mesti jersi dia pakai jenama yg terkenal juga. tapi aku kalau towkey nike x ingin aku nak taja team m'sia ini mesti ada campur tangan org2 politik kalau nike x nak taja team m'sia nike x boleh jual kat m'sia. pagoda pun belum tentu nak taja he he he ha ha ha |
|
|
|
|
|
|
|
Woots, smartla plak yg kaler biru tu, tu away kit ker? |
|
|
|
|
|
|
|
KBS jenamakan semula jersi Harimau Malaya
PUTRAJAYA : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menjenamakan semula jersi kebangsaan, "Harimau Malaya" bukan saja kepada atlit kebangsaan tetapi juga kepada peminat sukan dalam membentuk kumpulan penyokong setia terutama bagi program “Road to London 2012”.
Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata KBS akan melancarkan penjenamaan semula itu pada hujung tahun ini bagi mendapatkan sokongan padu rakyat dengan cara memiliki dan berbangga dengan jersi tersebut.
"KBS mahu rakyat berbangga memakai jersi Harimau Malaya. Seperti peminat juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United yang dikenali dengan jersi merah mereka.
“KBS mahu atlit dan peminat juga berbangga dengan jersi Harimau Malaya," katanya di sini, hari ini.
Program “Road to London 2012” adalah program pengukuhan atlit dalam misi mencari pingat emas pertama Malaysia pada temasya Olimpik.
Jersi Harimau Malaya yang dilancarkan pada November 2005 oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak, menggunakan warna kuning diraja sebagai asas dengan corak jalur hitam belang harimau diletakkan di bawah bahagian depan dan belakang.
Semua atlit daripada persatuan sukan yang bernaung di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) kemudian diwajibkan memakai jersi kebangsaan Harimau Malaya ketika menyertai kejohanan bertaraf antarabangsa dalam mahupun ketika berada di luar negara.
Ahmad Shabery berkata, dalam arena sukan, lima hingga 10 peratus sokongan kepada atlit datangnya daripada sokongan moral daripada peminat dan pemakaian jersi Harimau Malaya pasti menyuntik semangat atlit.
Beliau berkata, jika sebelum ini penumpuan adalah kepada persiapan bagi atlit, KBS kini mahu mempersiapkan penyokong tempatan untuk bersama-sama memakai jersi tersebut sebagai tanda sokongan mereka.
"Bermula 2010, kita mempunyai masa selama dua tahun sehingga 2012 untuk memastikan jersi tersebut menjadi jenama sukan Malaysia. Ini bersesuaian dengan konsep 1Malaysia," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Shabery Cheek tidak menolak kemungkinan Malaysia mampu merangkul lebih daripada satu pingat emas yang menjadi misi negara dalam temasya Sukan Olimpik di London pada 2012.
Beliau berkata, emas tersebut mungkin diperolehi daripada acara badminton walaupun dua sukan lain, memanah dan berbasikal turut dijadikan sandaran untuk meraih emas pertama Malaysia daripada temasya sukan terbesar dunia itu.
Mengenai jumlah 17 atlit yang disasarkan layak ke London dan mencari pingat emas tersebut, beliau berkata, senarai jumlah itu sentiasa berubah mengikut prestasi semasa dan hanya yang terbaik akan ke temasya tersebut.
- Bernama -
|
|
|
|
|
|
|
|
Sorakan Harimau
Oleh Nor Hairulnizam Wahid
[email protected]
JIKA penyokong Manchester United mampu bersatu dengan warna merah memonopoli dua perlawanan bola sepak persahabatan dengan pasukan negara yang berakhir kelmarin, tidak mustahil jersi jalur kuning hitam ‘Harimau’ akan mengambil alih selepas ini.
Begitupun semuanya bergantung kepada sejauh mana kesediaan rakyat menyarung jersi kuning hitam setiap kali menyaksikan perlawanan atau kejohanan membabitkan atlit Malaysia, selepas ia bakal dikomersilkan sebagai pakaian penyokong pula.
Secara tidak langsung, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yakin inisiatif itu dapat menyumbang lima hingga 10 peratus dorongan semangat terhadap atlit terutama menjelang Road To London 2012.
Dengan tiga sukan iaitu badminton, memanah dan menembak menjadi teras utama program terbabit, diharapkan penjenamaan semula jersi berkenaan untuk menjadi pakaian rasmi penyokong akan memberi impak terhadap misi ke London.
Menurutnya, apatah lagi kehadiran jaguh sukan seperti Datuk Lee Chong Wei, Azizulhasni Awang dan Cheng Chu Sian ketika ini sudah berjaya meletakkan negara sebagai antara yang disegani dalam sukan terbabit.
“Kita begitu dahagakan dan laparkan pingat emas Olimpik dan selain memberi harapan terhadap atlit, penyokong juga perlu melakukan sesuatu dan penggunaan baju ‘Harimau’ akan meningkatkan moral atlit terbabit,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelaras Program Pembangunan Belia dan Sukan di Putrajaya, semalam.
Jelasnya, secara tidak langsung ia sejajar dengan misi menjadikan sukan sebagai satu industri dengan meletakkan kejayaan beberapa kelab dan negara sebagai model.
Beliau meletakkan tempoh dua tahun untuk menjayakan kempen berkenaan seiring persiapan atlit negara ke London, dengan pelancaran besar-besaran diadakan hujung tahun ini untuk menyemai semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia.
“Kita menggalakkan orang ramai memberi sumbangan seperti ini, tanda sokongan terhadap atlit dan negara, biarpun mereka tidak perlu berlari atau menyertai acara sukan, ia (pemakaian baju ‘Harimau’) sudah cukup baik,” katanya.
Malah kempen berkenaan, katanya akan diperluaskan ketika kontinjen negara menyertai kejohanan sukan antarabangsa seperti Sukan Sea, Sukan Asia dan Sukan Komanwel.
Pada masa sama beliau berhasrat mengekalkan 17 atlit dalam program Road To London buat masa ini meskipun jumlah atlit mungkin berubah sebelum bermulanya temasya sukan terbesar dunia itu.
“Biarpun ia masih terbuka tetapi kita tidak mahu yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Adalah lebih baik kita memberi tumpuan terhadap 17 atlit terbabit dengan pingat emas sebagai sasaran,” katanya.
- Harian Metro -
|
|
|
|
|
|
|
|
menyilau mata den ni menengoknya. |
|
|
|
|
|
|
|
pakai biar bergaya...
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahahahh jersey malaysia aiyah bila nak main betul la |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HangPC2 at 12-6-2010 22:25
Jenama: Line 7
2009 Home (Blind Soccer Asia Championship 2009)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|