CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: serihartatie

APA ISTIMEWANYA MENJADI WANITA ?[mgd] karengkang, cekpoin, winamp05

[Copy link]
Post time 16-8-2005 01:12 PM | Show all posts
Para sahabat dapat kemanisan rohani dgn amalan solah,  membaca alquran dan menyebut2 nama Allah yakni berzikir, bersalawat dan beristigfar. Sebelum meninggal dunia, Hazrat Umar ra  telah menyerahkan naskah alQuran kepada anaknya ummul mukminin Hazrat Hafsah ra. Hazrat Hafsah ra adalah seorg wanita salihah dan taat melakukan solah. Dia kerapkali berpuasa pada siang hari dan diwaktu malamnya kerapkali menghabtiskan malamnya dgn berdiri mengadap Allah swt. Pernah Nabi saw utk ceraikan Hafsah ra tetapi Jibrail datang kpd Nabi saw dan mengatakan bahawa Allah swt menghendaki Nabi saw mengambil Hafsah ra  kerana dia kerapkali berpuasa dan menghabiskan masa malamnya dgn mengerjakan solat dan kerana Umar ra.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2005 02:34 PM | Show all posts
Sayangnya Allah kepada wanita...........

1 lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila
  sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggong oleh bapanya.


2 lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa
  isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki
yang belum baligh.BERATKAN !

3 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong-jawab keatas ibunya dan
  sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua,
  menakala perempuan tidak,perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat
  kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya. BERATKAN !

4 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi
  isteri tidak. Walaupun
  begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami
  bertanya pendapatan isteri
  lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa
  izin ini. Banyak lagi
  lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu
  tanggong. Kalau nak di
  bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya
  seperti gunung dengan semut.Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan
  lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan
  beratnya dosa-dosa yang ditanggong.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah
oelh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi
perempuan. Begitulah kira-kiranya. Wanita

1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila
   mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan  melahirkan anak.
6 - wanita wajib taat kpd suaminya.
7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid
   dan nifas yg tak ada  pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda
   yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg
   tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah
  bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd
  suami tetapi lelaki
  wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari
  bapanya. Bukankah ibu
  adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang
  dari lelaki tetapi
  harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu
  diserahkan kepada
  suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu
  menggunakan hartanya utk
  menyara isteri dan anak anak. Wanita perlu bersusah
  payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh
  segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini,
  dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya
  diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
  dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan
  saudara perempuannya.

  Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab
  terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya
  dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui
  mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5
  waktu,  puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
  (betulkan jika saya tersilap). Seorg lelaki perlu pergi berjihad
  fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya
  kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang
  fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH
  pada  wanita .... kan?



*dipetik dari laman web raudhah.com

[ Last edited by skywalker at 17-8-2005 02:44 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2005 08:21 PM | Show all posts
MENGENAL TUHAN DENGAN HATI


DENGAN akal sahaja seseorang itu tidak akan kenal Tuhannya
Kekuatan akal hanya sekadar tahu
Yang mengenal itu adalah hati
Lantaran itulah ramai ahli fikir tidak mengenal Tuhan,
hanya sekadar tahu
Bahkan ada di kalangan mereka
yang tidak percaya wujudnya Tuhan

Hati atau jiwa itulah hakikat diri
Kalau hati atau jiwa tidak mati atau buta
la mampu mengenal Tuhan secara hakiki
Bahkan rasa bertuhan sentiasa hidup di dalam jiwa
Rasa itu akan dibawa ke mana-mana
Kerana itulah hati dikatakan raja di dalam diri
Akal hanya sekadar penasihat sahaja
Raja sudah tentulah orang yang paling cerdik
Kerana itulah ia mampu mengenal Tuhannya
Kecuali hati atau jiwa telah mati atau buta
Dibutakan atau dimatikan oleh akalnya sendiri
Makin cerdik akal, makin cepat buta atau mati jiwanya
Jika mengabaikan hati atau jiwa

Akal hanya menyuluh tapi hati atau jiwa menentukan
Akal hanya memberi panduan tapi hati meyakinkan
Kerana itulah semua anggota badan biar berfungsi Dia akan menguatkan satu sama lain
Jangan hanya akal sahaja berfungsi,
hati atau jiwa diabaikan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

belut This user has been deleted
Post time 18-8-2005 12:03 AM | Show all posts
Bagaimana dengan hadis Sahih Bukhari yang mengatakan Nabi melihat kebanyakan penghuni neraka ialah wanita?
Sementara penghuni syurga pula ialah orag miskin?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2005 09:09 AM | Show all posts
Originally posted by belut at 18-8-2005 12:03 AM
Bagaimana dengan hadis Sahih Bukhari yang mengatakan Nabi melihat kebanyakan penghuni neraka ialah wanita?
Sementara penghuni syurga pula ialah orag miskin?



Hadis Usamah bin Zaid r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika aku berdiri di hadapan pintu Syurga ternyata kebanyakan orang yang memasukinya ialah dari kalangan orang-orang miskin. Aku juga melihat para pembesar sedang ditahan kecuali penghuni Neraka, di mana mereka diarahkan terus pergi ke Neraka. Ketika aku berdiri di hadapan pintu Neraka ternyata kebanyakan orang yang memasukinya adalah kaum wanita.

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4919

Tatie melihat dan mengambil maksud hadis sebagai peringatan kepada diri sendiri.

Hadis ini bukan bermaksud utk menggalakkan org Islam takut pada kekayaan tetapi sebagai peringatan kepada kita supaya apabila Allah SWT memberikan kita sedikit kelebihan dgn kekayaan harta maka jadilah kita seperti saidina Abd Rahman bin Auf yang kekayaannya digunakan utk perjuangan menegakkan kalimah Allah SWT...

Hadis ini juga bukan bermaksud utk menghalang org Islam menjadi pemimpin dan pembesar...tetapi mengingatkan bahawa tgjawab sebagai umara dan ulamak itu sgt berat...kerana baik umara dan ulamak maka baiklah masyarakat...jika sekrg kita hidup di dalam masyarakat yg rosak, maka jawapannya yg terlebih dulu rosak adalah umara dan ulamak..mereka yg tidak menjalankan tgjawab dgn betul dan tepat mengikut perintah Allah SWT, ini akan menanggung dosa yg sgt besar dan akan terus masuk neraka terlebih dahulu daripada masyarakat biasa...

HAdis ini juga bukan utk memperlihatkan bahawa perempuan itu ramai yg jahat tetapi ia menunjukkan bahwa pihak lelaki sgt meringan-ringankan tgjawab mereka utk membentuk wanita menjadi wanita solehah..

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya wanita itu seperti tulang rusuk. Jika kamu cuba untuk meluruskannya, ia akan patah. Tetapi kalau kamu biarkan sahaja, maka kamu akan dapat menikmatinya dengan tetap dalam keadaan bengkok .


Lelaki yg bertgjawab sebg pemimpin, ulamak, bapa, suami atau muhrim kepada wanita bertgjawab utk membentuk wanita dengan penuh hikmah dan lemahlembut, tetapi apa yg berlaku hari ini pendekatan seperti itu semakin dilupakan lantaran ramai lelaki yg sudah meringan-ringankan dan melupakan tgjawab mereka...

wallahualam...

[ Last edited by serihartatie at 19-8-2005 01:20 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2005 09:14 PM | Show all posts
Terimakasih pada cik moderator Za kerana menjadikan thread ini DIGEST......

Petik sayur si daun maman
   Makan berulam daun pegaga
Habis tahun berganti zaman
   Jasa cik MOD kuingat jua
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-8-2005 09:32 PM | Show all posts
Quran mengajarkan orang Islam bahawa fikiran mesti bertunjangnya roh tauhid.  Itulah kemerdekaan yang berdisiplin namanya. Akal akan selamat bilamana berjalan bersama hati yang berzikir pada Allah. FirmanNya bermaksud:-

揫i]Mereka yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan berbaring seraya mereka berfikir akan ciptaan-ciptaan langit dan bumi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2005 06:15 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 14-8-2005 11:39 PM
Apakah suara wanita itu aurat? Untuk menjawab persoalan ini mari kita lihat hujah secara naqli dahulu. Di sini ingin saya jelaskan bahawa perbahasan samada suara wanita adalah aurat atau tidak belum ada satu ijtihad yang dibuat secara qat抜.  Ini bererti pintu ijtihad mengenai isu suara wanita masih dibuka. Kalau kita suluh tentang masalah suara pula, sejauh yang kita lihat dalam Quran dan hadis, belum ada ijtimak ulama mengatakan haram. Dalam Quran atau hadis tidak ada dalil dan nas yang qat抜 secara tegas mengatakan haram . Para ulama berijtihad tidak seia sekata. Ada yang membolehkan ada yang tidak membolehkan. Jadi kalau ada banyak pendapat, kita boleh ambil mana-mana pendapat sebab dalam persoalan ijtihad kalau betul dapat dua pahala kalau salah tetap dapat satu pahala. Jadi dalam hal ini kita terima pandangan yang membolehkan suara wanita.


Lebih-lebih lagi di sini kita gunakan suara wanita bukan untuk maksiat, bukan untuk gelak ketawa, menggoda lelaki dan melalaikan orang tetapi kita bawa mesej untuk orang kenal Tuhan, cinta dan takutkan Tuhan.


Anda seorang pengikut mazhab Syafe'i bukan? Mengapa tidak dibuka kitab-kitab mazhab Syafe'i dan mencari hukum-hukum disana? Betul tiada bab suara wanita itu aurat?

Kalau mengikut mazhab-mazhab yang lain memang ada perbezaan pendapat tentang hal ini tapi dalam mazhab Syafe'i telahpun ada hukum tentang persoalan ini. Dalam mazhab lain memang jelas ada hadis-hadis tapi sebagai pengikut setia mazhab Syafe'i anda sepatutnya tidak boleh mengikut mereka. Hanya golongan-golongan Salafi dan Wahabi saja yang tidak mengikut satu-satu mazhab melainkan Al-Quran dan Al-Hadis saja.

Anda nak ikut golongan itu jugakah supaya membolehkan kumpulan genit-genit Al-Mawaddah menggoyang-goyangkan pinggul-pinggul mereka di atas pentas?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2005 05:27 PM | Show all posts
Tolong sertakan fakta fatwa Imam Syafei yg bapak grave katakan itu...siap sekali dengan penerangan yg pjg lebar mengenai suara wanita itu aurat...kalau 10 page pun, tak per..biar sama-sama kita baca, fahami dan hayati...ini sebb lain org lain kefahamannya...sedangkan kita berdua pun tahap kefahaman berbeza ...bukan tak percaya pada bapak tapi tatie lebih suka jika perbincangan ada fakta barulah ilmiah perbincangannya...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2005 05:47 PM | Show all posts
Yang dilarang bagi wanita ialah melunakkan  pembicaraan
untuk    menarik   laki-laki,   yang   oleh   Al-Qur'an
diistilahkan      dengan       al-khudhu       bil-qaul
(tunduk/lunak/memikat   dalam  berbicara
),  sebagaimana
disebutkan dalam firman Allah:

"Hai istri-istri Nabi, kamu sekalian  tidaklah  seperti
wanita  yang  lain,  jika kamu bertakwa. Maka janganlah
kamu tunduk dalam  berbicara  sehingga  berkeinginanlah
orang  yang  ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah
perkataan yang baik." (al-Ahzab: 32)

Allah melarang khudhu,  yakni  cara  bicara  yang  bisa
membangkitkan    nafsu    orang-orang    yang   hatinya
"berpenyakit." Namun, dengan ini  bukan  berarti  Allah
melarang   semua   pembicaraan   wanita  dengan  setiap
laki-laki. Perhatikan ujung ayat dari surat di atas:

"Dan ucapkanlah perkataan yang baik"

--------------------------------------------------------------------------------


setakat yg tatie tahu, bapak sudah membuat fitnah dgn mengatakan penasyid mawaddah bernasyid sambil berlenggok-lengkok seperti penyanyi lagu pop atau dang dut...nampaknya kalaulah setertib itu persembahan mawaddahpun bapak nampak seperti berlengok-lenggok maka tatie rasa di sini bukanlah masalahnya dgn penasyid tapi dgn diri bapak sendiri yang dikhuatiri ada istilah ""berpenyakit"".......

kalaulah bapak tidak dihinggapi penyakit tersebut, tentu bapak tahu membezakan antara pembicaraan dan suara yg sengaja dilunak-lunakkan utk menarik hati lelaki dengan suara yg dikurniakan oleh Allah SWT untk mengucapkan perkataan-perkataan yg baik-baik...

dalam hal ini, tidak ada siapa lagik yg dapat membantu utk memberikan kefahaman kepada bapak...kerana bapak melihat bahwa perbuatan menari, berpelukan dan bersalaman dengan muhrim itu (apabila bapak mengeluarkan statement perbuatan MAWI lebih baik dari MAWADDAH) adalah jauh lebih baik dari mengucapkan perkataan-perkataan yg baik dalam nasyid di dalam satu persembahan yg terjaga tertib dan akhlaknya...

[ Last edited by serihartatie at 21-8-2005 05:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2005 09:15 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 21-8-2005 05:27 PM
Tolong sertakan fakta fatwa Imam Syafei yg bapak grave katakan itu...siap sekali dengan penerangan yg pjg lebar mengenai suara wanita itu aurat...kalau 10 page pun, tak per..biar sama-sama kita bac ...


What??? Makcik tak jumpa bab aurat dalam mazhab Syafe'i ni?  Ana ingat makcik dah mengkaji secara mendalam tentang mazhab Syafe'i lebih-lebih lagi mendakwa pengikut setia mazhab ini.
Ok la..ana akan buka satu thread khas tentang aurat wanita tapi sebelum tu nak lihat kot-kot dah ada thread sebelum ini. Mari kita bincangkan bab aurat ikut mazhab Syafe'i ajer tau.....jangan pulak nanti masuk pulak sajak-sajak ntah_aper-aper_ntah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2005 09:31 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 21-8-2005 05:47 PM
setakat yg tatie tahu, bapak sudah membuat fitnah dgn mengatakan penasyid mawaddah bernasyid sambil berlenggok-lengkok seperti penyanyi lagu pop atau dang dut...nampaknya kalaulah setertib itu persembahan mawaddahpun bapak nampak seperti berlengok-lenggok maka tatie rasa di sini bukanlah masalahnya dgn penasyid tapi dgn diri bapak sendiri yang dikhuatiri ada istilah ""berpenyakit"".......



Kumpulan mawaddah nyanyi nasyid di atas pentas tu berdiri diam kaku aja ker? Kemudian depa tu tak bersolek-solek ker? Kemudian masa nyanyi tu muka depa masam aja ker? Ok ler kalau macam ni memang hebat lah kumpulan ...errrrr...depa tu gadis-gadis ker atau janda-janda?

Isu di sini bukan suara saja tapi kalau penulisan pun mendayu-dayu tidak juga mengikut syara'. Lebih-lebih lagi kalau berbahasa mengunakan ayat-ayat romantis pada yang bukan muhrim. Alaa...macam makcik dulu juga lah, yang selalu guna bahasa abang-abang pada orang yang tidak dikenali...kan?

Berbalik pula kisah Mawi. Suara dia suara jantan dan pula dia seorang jantan so takder sapa pertikaikan bab urat suara jantan ni. Eeeerrr...makcik pun ada tengok Akademi Fantasia itu ker? Apa lagi yang dia orang buat?  Takperlah kita lihat pula apa yang akan dibuatnya sekarang ini. Dulu dia cuma dalam sekolah ajer kan....kenalah ikut cakap cikgu. Sekarang ini dia dah graduate so kita lihatlah sama ada dia seorang yang hipokrit ataupun tidak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2005 11:26 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 22-8-2005 09:31 AM


Kumpulan mawaddah nyanyi nasyid di atas pentas tu berdiri diam kaku aja ker? Kemudian depa tu tak bersolek-solek ker? Kemudian masa nyanyi tu muka depa masam aja ker? Ok ler kal ...



hehehe....baru provoke sikit dah marah?..itulah tandanya org yg suka provoke org ni, bila terkena tempias kat diri sendiri, bara API dah menyala-nyala...cam sniper kat thread satu lagik tu....

baguslah kalau bapak grave nak buat satu thread baru bab AURAT...muga-muga usaha bapak itu akan mendapat pahala dari Allah SWT...eloklah buat thread yg memberi info dari thread yg setakat buat provokasi yg tidak ada fakta tu...

kalau bapak masih berpendapat sebegitu mengenai Mawaddah...terpulanglah...tak der sape yg boleh paksa perspektif bapak ....tapi tatie maleh dah nak layan bapak pasal isu ni...byk benda lain yg lebih PRIORITI cam PMalau kata tu...so kalau bapak nak berkokok kat sini sorang-sorang...persilakan dgn segala hormatnya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2005 03:41 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 22-8-2005 11:26 AM



hehehe....baru provoke sikit dah marah?..itulah tandanya org yg suka provoke org ni, bila terkena tempias kat diri sendiri, bara API dah menyala-nyala...cam sniper kat thread satu lagik tu... ...


Bukan marah tapi sekadar bertanya...betul atau tidak tentang kumpulan gadis-gadis genit Mawaddah tu? Siapa pulak yang terkena tempias...bukankah Mawaddah tu dari kumpulan Rufakak?

Inilah susahnya apabila seseorang itu sudah dibentuk pemikirannya menjadi sempit lalu segala kebenaran yang didedahkan amat sukar untuk diterimanya. Pemikiran yang disemai oleh Asaari beginilah yang sangat merbahaya dan perlu di elakkan dari mempengaruhi masyarakat umum kerana akan menjadikan satu umat yang jumud dan statik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2005 04:56 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 22-8-2005 03:41 PM


Bukan marah tapi sekadar bertanya...betul atau tidak tentang kumpulan gadis-gadis genit Mawaddah tu? Siapa pulak yang terkena tempias...bukankah Mawaddah tu dari kumpulan Rufaka ...



tak marah ?...kalau tak marah baguslah...

ni ha tatie nak suggest, pi lah gi kat thread TUTUP AURAT...KOLOT tu....boleh beri info kat sana...muga-muga kita semua dapat berkongsi info pasal AURAT tak kiralah lelaki atau perempuan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2005 09:19 AM | Show all posts
tatie kantoi:

ni ha tatie nak suggest, pi lah gi kat thread TUTUP AURAT...KOLOT tu....


oh tatie, jadik menutup aurat tu KOLOT erk....nauzubillah..

grave, dema takkan jawab soalan kau...mcm dema tak jawab soalan aku kat tarbiah asaari tuh, mati cenggitu je thread tuh (alhamdulillah)

padahal aku tanya soalan simple, asaari pergi tak tea party dia tuh :lol tu pon susah nak jawab :lol

tatie, baik belajar balik methods of dakwah..kat ukm ada offer tak course tuh?


ps+semalam company aku ada interview, ada la 2,3 org budak ukm datang, tapi aku dgn berat hati kene tolak dema apply jawatan yg perlukan english or japanese, dua2 bahasa kantul.camner...anak melayu plak tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Sufism This user has been deleted
Post time 23-8-2005 10:11 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 22-8-2005 03:41 PM

Bukan marah tapi sekadar bertanya...betul atau tidak tentang kumpulan gadis-gadis genit Mawaddah tu? Siapa pulak yang terkena tempias...bukankah Mawaddah tu dari kumpulan Rufakak?

Inilah susahnya apabila seseorang itu sudah dibentuk pemikirannya menjadi sempit lalu segala kebenaran yang didedahkan amat sukar untuk diterimanya. Pemikiran yang disemai oleh Asaari beginilah yang sangat merbahaya dan perlu di elakkan dari mempengaruhi masyarakat umum kerana akan menjadikan satu umat yang jumud dan statik.


Weh fikiran aku yg tak dibentuk oleh abuya pun boleh nilai persembahan mawaddah tu mcm mana. Begitu juga sesiapa yg penah tonton persembahan mawaddah yg jiwa mrk merdeka dari penyakit buruk sangka. Yg hang pi melalut pasal budak2 mawaddah tu menari2 dan goyang2 tu pe ke jadah nyer? Awat mata hang dah kero ke sampai ternampak2 bebudak tu lagu  tu....


Lagi satu yg hadis2 dan dalil2 yg dipaste tatie tu bukan bukti ilmiah dah ke? So mana plak hujah2 ilmiah grave? Waaakakakak lawak la grave ni...nak kantoikan mawadah sampai sanggup 'bela' mawi yg jelas bercampur aduk dgn yg hak dan batil tu...grave tengok je la...sokongan mu pada mawi tu kan ramai yg tentang...tu pun masih nak tegak benang yg basah semata2 nak jadik kan peluru nak hentam puak2 rufaqa kat forum ni...

Rasional la brader weiiii.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2005 02:56 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 23-8-2005 09:19 AM
tatie kantoi:



oh tatie, jadik menutup aurat tu KOLOT erk....nauzubillah..

grave, dema takkan jawab soalan kau...mcm dema tak jawab soalan aku kat tarbiah asaari tuh, mati cenggitu je thre ...


laa..ini satu org lagik harap ngaku pandai BI ajer tapi bila bab kefahaman pembacaan, hampeh..hehehe...

bila pulak tatie kata tutup aurat tu kolot ?...tatie suruh bapak grave pi defend kat thread yg bawa isu TUTUP AURAT..KOLOT tu...sebb dia kata nak bawa info ILMIAH pasal AURAT...lebih baik ler dia letak info kat situ..dari kat sini...

yer ler...sniper...kalau hari jumaat tu, jgn pukul 1.15 masih kat forum lagik...cepat sikit gi sembahyang jumaat...lainlah kalau awak ni pompuan cam sauber tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2005 03:31 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 23-8-2005 02:56 PM


laa..ini satu org lagik harap ngaku pandai BI ajer tapi bila bab kefahaman pembacaan, hampeh..hehehe...


alasan eyes dont lie dear.
bila pulak tatie kata tutup aurat tu kolot ?...tatie suruh bapak grave pi defend kat thread yg bawa isu TUTUP AURAT..KOLOT tu...sebb dia kata nak bawa info ILMIAH pasal AURAT...lebih baik ler dia letak info kat situ..dari kat sini...

jadik  ko kene la improve writing skills ;)

yer ler...sniper...kalau hari jumaat tu, jgn pukul 1.15 masih kat forum lagik...cepat sikit gi sembahyang jumaat...lainlah kalau awak ni pompuan cam sauber tu...


kesian, so SATU MALAYSIA punya jam nih standard la tatie :lol kesian2..apa yg kau belajar kat ukm tuh :hmm:
cuba ko tgk sekarng nih TEPAT TAK jam server ngan jam kau :lol sian2.

eh jawab la tatie, ASAARI PERGI KER TEA PARTY TUH, ATAU DIA NYURUK BWK KETIAK BINI :lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2005 04:35 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 23-8-2005 03:31 PM



kesian, so SATU MALAYSIA punya jam nih standard la tatie :lol kesian2..apa yg kau belajar kat ukm tuh :hmm:
...


alahai tak yah nak tegak benang basah ler sniper....sebb belajar ler tatie tau sape tgh online, sape tgh post reply, sape tgh private messages, sape guna IP sama...dll tu....

kalau setakat masa online, masa log out dan log in tu pun boleh dapat tahu gak....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.268605 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list