dari thread wartawan Cari Kes Kematian Anggota TLDM Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh- PDRM
Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ditahan semalam, dilaporkan direman selama 7 hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kematian dua anggota TLDM di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan di Perak kelmarin.
Memetik laporan Bernama, perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nur Shaqira Ibrahim mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Ketiga-tiga lelaki berusia 29, 37 dan 44 tahun yang memakai baju lokap itu, tiba di pekarangan Mahkamah Majistret di sini dengan menaiki lori polis kira-kira 8.45 pagi.
Semalam,Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu kenyataan akhbar memaklumkan dua anggotanya meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan ketika menjalani latihan fizikal.
Mangsa kematian dikenali sebagai Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailal Tuiman Mohd Sukri, 26.
Hasil siasatan awal, polis mengklasifikasikan kematian itu sebagai kes bunuh berdasarkan laporan bedah siasat daripada Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
sumber : FMT
Terdahulu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata kedua-dua mangsa tersebut dipercayai didera.
Tambahnya, bedah siasat yang dilakukan ke atas Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat mendapati kematiannya disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul yang mempunyai persamaan dengan punca kematian Muhammad Lailal Tuiman Mohd Sukri.
Susulan itu, polis telah menangkap 3 lelaki berumur 29 hingga 44 tahun kira-kira 9.30 malam tadi bagi membantu siasatan, tambahnya.- CARI
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 1-10-2017 05:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Electromagnet at 1-10-2017 05:44 PM
Decaffeinated replied at 1-10-2017 02:57 PM
kopipes boleh?.... kalau rajinlah.....
Tapi ni di PETAT ,depa 2 yg mati ni baru kat bilik tahanan unit .Depa panggil guard room
Nota seksaan Yang berjaya diseludup keluar .. kes lama ,.. Di PETAT (pusat tahanan angkatan tentera Malaysia)
Kandungan nota berkenaan tidak dapat disahkan secara bebas, namun dakwaan itu termasuk:
Dipaksa menanggalkan pakaian sehingga hanya memakai pakaian dalam, dan "digantung terbalik" daripada satu "mesin" yang bergerak mengelilingi satu "bilik penyeksaan khas yang disyaki terletak di Bukit Aman"
"Tiba-tiba mesin pun berhenti. Lantas, bertubi-tubi seluruh tubuhnya dipukul dengan objek tumpul (mungkin cota)"
"Apabila pukulan dihentikan, mesin itu pun kembali bergerak. Tidak berapa lama mesin itu dihentikan semula dan dia kembali dipukul teruk"
Minyak panas dilumurkan ke kemaluan
Mencabut bulu di badan, termasuk bulu kemaluan
Melumur pes cili ke badan, terutama ke kemaluan, dan "dipaksa membiarkan cili itu mengering pada badannya" untuk tempoh dua hingga tiga hari
Mencucuh kemaluan dengan api rokok
Dipaksa berbogel dan melakukan ketuk ketampi selama beberapa jam untuk tempoh sehingga 60 hari