CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Fienomenology

Tales From The Abyss: My Paranormal Stories and Experience [Updated] 17.02.2017

[Copy link]
Post time 14-1-2017 11:34 PM | Show all posts
Keledek.kepam replied at 14-1-2017 05:24 PM
Kak ipo dgn cik ponti berpisah tiada

tu la..
Asyik terserempak dgn cik ponti jek..
Ada la sekali dua terserempak makhluk berbulu hitam tapi alhamdulillah tak ada apa jadi.
Org kata baik terjumpa hantu daripada terjumpa penjahat. Paling2 pun pengsan jek bila terjumpa hantu ni

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2017 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 14-1-2017 11:34 PM
tu la..
Asyik terserempak dgn cik ponti jek..
Ada la sekali dua terserempak makhluk berbulu ...

I minta simpang la drpd terjumpa benda2 ni sume. Mau kojol kejung terus kat situ kekdahnya  

Kak ipo kira kental la juga byk kali terserempak
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 05:02 PM | Show all posts
hwhehehe..

yg ataih muka tu dasattttt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2017 10:36 AM | Show all posts
kancilku_biru replied at 13-1-2017 10:30 PM
Interesting stories... Zaman i skolah dulu memang agak famous skolah 'padang laut' tu. Tapi i bkn bu ...

Sekolah ni mmg femes psl kenakalan nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2017 10:38 AM | Show all posts
Ipo replied at 14-1-2017 09:52 AM
Haahaa...macam mana agaknya rupa pontianak yang senyum sinis tu..
akak pernah terserempak pontian ...

Hakak Ipo,
Kenapa hakak taknak bukak thread citer sendiri?byk jugak insiden hakak ni.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2017 10:41 AM | Show all posts
sy harap uolls enjoy my stories so far.
sy tgh update lg citer.byk lg nak menulis.sy mungkin akan lambat sedikit upload citer baru sbb
sibuk dgn kerja skit.

stay tuned to this page!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2017 06:43 PM | Show all posts
Fienomenology replied at 17-1-2017 10:38 AM
Hakak Ipo,
Kenapa hakak taknak bukak thread citer sendiri?byk jugak insiden hakak ni.

...

Alah..menempel kat thread orang je laa...

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Fienomenology replied at 2-12-2016 05:59 PM
Second Misadventure

Are you ready for Round 2?!

Adleezan ke?

HAha. Ko budak seafield ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2017 09:46 AM | Show all posts
alestorm replied at 25-1-2017 11:08 PM
Adleezan ke?

HAha. Ko budak seafield ke

Uiks!Goddamn!Tepat skali!Mana tau ni?
Wei sekolah padang laut la.lol!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Fienomenology replied at 26-1-2017 09:46 AM
Uiks!Goddamn!Tepat skali!Mana tau ni?
Wei sekolah padang laut la.lol!

Haha.. ad, abdah adik dia aku kenal dari dia duk usj 12 lagi.

Banyak sgt group cari hantu budak2 subang ni dari 2002 lagi aku dah terserempak.. Ko skali geng dgn group halim usj 6 dulu ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2017 11:08 AM | Show all posts
alestorm replied at 26-1-2017 11:01 AM
Haha.. ad, abdah adik dia aku kenal dari dia duk usj 12 lagi.

Banyak sgt group cari hantu buda ...

Hahaha!Keciknya dunia ni. Sama la kiter dari duk USJ 12 sampi ke USJ 9.huhu.
Tuh la.Budak2 USJ ni mmg kaki cari pasal.lolz.
Aku melepak merata-rata.kdg2 budak '6 tp selalu aku lepak dgn budak2 '2.
Ko sekolah PadangLaut jugak ke?batch tahun bila ek?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 12:09 PM | Show all posts
Selesai merempit..hehe..best2 cerita..dalam seram ada kelakar..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2017 03:30 PM | Show all posts
Edited by Fienomenology at 3-2-2017 03:51 PM

Yeppa!yeppa!yeppa!

Abam datang lagi dengan citer2 untuk dikongsi bersama! Sorry lambat sikit update benang tengah serabut dengan masalah peribadi skit. but Allhamdulillah dah settle dah. Sorry kalo story kali ni kureng menarik sbb maybe aku tulis dalam keadaan serabut di kepala.

Anyways enjoy the stories!
Story 7: Talesfrom other Parts of USJ & Subang.

Story 7a: Aimil-tyville Horror
Aimil ni junior aku disekolah dulu. Kami start lepak pun lepas beberapa tahun lepashabis SPM. Lama2 lepak sekepala pula. sempat jugak la buat benda2 nakal bersama dia sebelum aku cuci tangan. Banyak kisah suka duka kami tempuhi (cewah!) dari perkara2 nakal sampai la ke kisah kekeluargaan. Bak kata Aimil “Sahabat dunia akhirat”.
Sebelum Aimil melepak dengan aku, dia banyak buat aktiviti outdoors. Hiking la mostly.Ada sekali ni dia hiking at Gunung Ledang, ntah macamana ada pontianak/langsuir ikut dia balik and bertandang kat umah dia. Ni la ‘kekasih gelap’ Aimil yang aku cakap sebelum ni*.hehehe.

*Please refer my previous post.

Bila kekasih gelap ni bertandang ada beberapa insiden yang berlaku ke atas Aimil. Byk kalila kekasih gelapnya datang melawat. Aimil ni jenis tido yang tak tutup tingkap,nak sejukkan bilik katanya sebab takder aircond.

i)  Suatu malam, sedang nyenyak dia tidur, dia terasa macam ada kain mengibas-ngibas dimuka dia. Dia buat bodo, makin lama makin laju kain tuh mengibas. Dia dah agakyang tu kekasih gelapnya! Lepas tu benda tu keluarkan cahaya dari dirinya.Cahaya tu terang sangat sampai kan Aimil ni pejam mata bole nampak cahaya tutembus. Tapi Aimil maintain cool.dah byk kali kekasihnya datang melawat sampaidah lali. Dia terus baca ayat2 suci. Beberapa minit lepas tu, kekasih dia punpergi dari situ.

ii) Insiden kedua ni pula berlaku masa Aimil ni baru abis degree and in-between jobs yglebih permanent. Malam sehari sebelum dia nak ke tender interview, kekasihgelap dia ni datang melawat pakai office attire! Aimil citer masa dia nampaktu, kekasih dia ni keluarkan cahaya yang bersinar. Kekasih gelap dia hulur whatis look like a scroll of degree tapi Aimil tak ambil.

“Apesal ko tak amek?Mana tau petanda untuk dapat job ke?” tanya aku.

“Biarla.mana tau benda tak elok.tak pasal2!” jawab Aimil

“Lepas tu,apa jadi?”tanya aku lagi.

“Dia terbang ke luar tingkap la.siap mengilai.huhu”jawab Aimil.

“scarryyyy!”aku menambah.

Sejak dari hari tu,sampai dia pindah ke Jenjarom ni,kekasih gelap dia takdatang melawat dia.huhu.

.END.


Story 7b: If You’re 5(55),Then We’re 666!
Insiden ni berlaku ke atas seorang kenalan se-tusyen aku masa PMR* tahun 1997 dulu. Akutak tau sama ada insiden ni betul ke tak tapi at least something to tell.Kenalan aku ni nama dia Hazimul, dia duk kat salah sebuah rumah Semi-D kat USJ5.

*terasa tua aku.huhu.

Zaman ni internet baru je dikomersilkan di Malaysia (zaman dial-up hokay!). Satu hari masa tusyen, si Hazimul ni ajak si Badz and seorang budak lagi (aku lupa nama dia pulak tapi budak tusyen gak) ni tidur rumah dia.Ntah macamana ntah bole datang angin giler nak buat keje2 tak senonoh ni pun aku tak tau.Weekend tu parents Hazimul  balik kampong, so home alone la dia.Kononnya nak main “spirit of the coin” and ada a few things diaorang nak panggil, salah satu nya the devil himself-all in one night!
Menurut Hazimul,diaorg dah research habis-habisan dah macamana nak panggil roh2 and the devil. Siap print macam2 bahan kat CC (cyber café) termasuk gambar Baphomet and pentagram*.

*aler..gambar bintang 5 bucu and gambar kambing tu ler.

Pada malam minggu tu,mereka bertiga pun bermalam di rumah Hazimul. Semua bahan2mereka dah standby, siap ada al-Quran kot2 benda yang tak diingini berlaku.Mula2 diaorang main Spirit of the Coin. Mereka seru dan seru.tak keluar.

“Wei,tak der apa per pun?ko biar betul?”tanya Badz.

“Betul la mcm ni cara dia.aku baca kat internet hari tu!”jawab Hazimul.


Mereka cuba lagi.seru dan seru.lepas setengah jam.mereka give up. Mereka bertiga cuba nak memanggil the devil himself. Budak ketiga tu pun bersuara,“korang betul ke nak teruskan ritual ni?kalo tengok apa yang ko print ni,kokena ada sacrificial animal kalo nak seru.”

“Hah?mana?bak sini aku tengok! eh,eh! betul la!mana nak cekau binatang malam2 ni?” kata Hazimul.

“tuh la ko!tak baca habis!sekarang ni nak buat apa?” tanya Badz.

“Kita gi makan la.lapar la pulak!”cadang budak ketiga tu.

“Jom!”jawab yang lain.

Balik dari melepak,mereka habiskan sisa-sisa malam bercerita hantu.tiada apa-apa yang pelik berlaku. Keesokan harinya, kawan2 Hazimul pun balik ke rumah masing2 dan parents dia pun pulang dari kampung. Pada minggu berikutnya berlakusatu insiden dan menurut Hazimul insiden ni berlaku pada pertengahan minggu.

Pada petang tersebut, adik kepada Hazimul ni nak masuk ke bilik abang dia(Hazimul) untuk cari barang. Bila dia buka je pintu bilik dia ternampak adasuatu lembaga hitam di tepi meja Hazimul! Menurut adiknya, lembaga tu pakai hoodie and mukanya hitam gelap! Dan dibawah hoodie tu juga ada dua tanduk terpacul keluar! Adiknya terpaku lalu dia pun buat apa yang seorang budak patut buat…..

”Bibiiiiikkkk!Ada hantuuuuuu!!” Jerit adiknya. Terus lintang pukang adiknya berlari ke bawah!

Malam tu, bila Hazimul dah balik dari tusyen,bibik dan adiknya pun cerita kat dia apa terjadi.Hazimul cek balik bilik dia and nothing suspicious inside the room. Dia pergi ke arah meja. Takder apa yang pelik, cuma di bucu meja ada kepingan print out pentagram yang dia print dari CC tempoh hari.

“Can't be 'the devil' keluar dari pentagram ni?”bisik hati Hazimul.

Dia pegang print-out tersebut,masih hangat,mcm baru lepas forostat. Dia cepat2ambil print out tersebut dan bakar di luar rumah.Dengan harapan, benda tu takdatang kacau family dia lagi.Lepas insiden tersebut, Hazimul taubat takkan main benda alah tu lagi.huhu.

.END.
Story 7c: Sound of Takbir
This short story was told to me by a friend of mine. Citer ni lebih kepada kepada mistis dan keinsafan dari seram la. Aku rasa agak klise citer ni but I'm gonna tell it anyway.

Kisah ni berlaku kat SS18, di dalam sebuah surau. Walaupun surau ni attached dengan sebuah sekolah menengah tapi org luar (penduduk kawasan) tersebut boleh je access ke surau tersebut. So pada satu pagi (sebelum subuh), ada seorg hamba Allah ni pergi ke surau seperti kebiasaan. Pagi tu pagi seperti biasa tiada apayang pelik.
Sesudah ambil wudhu’ beliau pun terus masuk ke dewan solat untuk menunaikan solat*.Selepas dia memasang niat and takbir, kedengaran ramai orang yang bertakbir dibelakang beliau macam jemaah solat Jumaat! Setahu dia memang dia sorang jemasuk ke surau dari tadi dan belum ada Jemaah lain yg datang. Hamba Allah tuh maintain cool dan sambung solatnya.

*aku taksure solat sunat or subuh.
Usai solat dia perhatikan sekeliling sunyi sepi dan tiada seorang pun dalam surau!

“Makhluk Allah yang ingin berjemaah kot.”kata hamba Allah tersebut.

Selepas kejadian tersebut, beberapa kali juga insiden yang sama terjadi kepada orang2lain tapi mereka hanya bersangka baik sahaja. Aku tak tau la pulak kalo skrg nimakhluk2 Allah tu masih berkunjung ke surau tersebut.huhu.

.END.
Story 7d: The 8th Court
Sebelum akupindah ke Jenjarom, aku duduk di sebuah walk-up apartment di USJ 14. Takder labesar mana apartment ni adala dalam 1100 sqft kalo tak silap. Masa mula2 masuk ada beberapa orang yang dapat rasakan rumah ni macam ada “something” Especially bilik belakang. Ada a few insiden berlaku masa aku duduk situ tapi takder kejadian yang tak di ingini berlaku.
(i) Insiden ni berlaku masa mula2 kami pindah situ, dan insiden ni berlaku ke atas wife aku and anak aku yang first, Ayon. Tengah wife aku       kusyuk memasak di dapur tiba2tergerak hatinya panggil anak aku.

    “Ayon! Ayon!” panggil wife aku. tiada respon. “Mana pulak si kecik ni?” tambah wife aku.

    Wife aku ke living hall dan tak nampak kelibat anak aku, lalu dia cek ke bilik2 lain. Dia lalu je koridor ke bilik belakang terus dia nampak       anak aku tercegat depan pintu di bilik. Dah la bilik tu gelap! Dia nampak anak aku mcm tengah bercakap dengan someone lalu         
    menghulurkan mainan ke arah bilik tu!

    “Ayon!come here!” tempik wife aku.

     Anak aku pun cepat2 ke arah wife aku. Terus wife aku bawak dia ke hall depan.Bila aku balik rumah, wife aku pun ceritakan apa yang   
     terjadi. Aku pun angkatanak aku and cakap kat dia;

     “Ayon,lain kali cakap dgn orang tu Ayon tak nak kawan dgn dia!ckp dgn dia kalo dia kaco Ayon papa datang belasah dia!”

     Anak aku tenung muka aku and senyum. Budak umur dua tahun mana nak faham apa yang kita cakap. huhu. Lepas insiden tuh, lepas   
     maghrib kami tutup pintu biliktu atau bukak lampu bilik tu so that anak aku tak msuk ke bilik tu. Certain nights pula aku akan pasang   
     ayat2 ruqyah just to be cautious.

(ii) Insiden ni banyak kali berlaku kat rumah terutama pada waktu malam. Setiap minggu, dalam 2-3 malam, sebelum masuk tido, kami
     sefamili akan dengar bunyi guli jatuh dan bergolek dari tingkat atas. Kalo tak bunyi guli,bunyi kerusi atau almari bergerak!

      Masa tu aku naif sampai satu tahap aku ckp dgn wife aku;  “Apabenda la orang atas ni buat sampai guli jatuh/almari/kerusi gerak?!”

      Wife aku pun diam la tak cakap apa2. Mula-mula aku tak tau apa bendanya actually, tapi bila member aku cerita dengan aku baru aku         tau apa bendanya!Rupa-rupanya kalo bunyi-bunyian macam tu menandakan ada ‘something’ inside the house and telling us their      
      presence! Bila aku citer kat wife aku dia jawab dengan selambanya "Tau!tapi I diamkan ajer."
      Hampeh.

.END.


Story 7e: Call of Pontianak
Cerita ni agak ringkas. Insiden ni berlaku keatas kawan kami Mamil yang baru pulang dari kerja. Macam biasa dia akan lalu shortcutnya iaitu padang belakang masjid USJ 9 untuk balik ke rumah. Semasa dia berjalan melalui padang, tiba2 dia terbau bau yang amat wangi dan dia kenal sgt bau ni! Bau wangi tu disusuli dengan hilaian tawa yang sayup2 kedengaran. hilaian tuh bunyi mcm jauh dari telinga tapi cukup untuk dengar. Tiba-tiba hilain tuh bertukar menjadi sapaan;

“Abang balik sorang?nak saya teman kan?heeheeheeheeeee….!!”
“Ah sudah!Dia menegur pulak!” bisik hati Mamil.

Takut dan mati akal, Mamil capai handset dia lalu dia recall nombor paling latest.

“Hello?Nayyim.”kata Mamil

“Hah!apahal ko call aku?”tanya Nayyim.

“Wei borak dengan aku jap.aku kena follow dengan Pontianak la!” jawab Mamil.

“Apa?! giler siot!ok ok!ko rilex je.aku temankan ko.kat mana ni?”

“Dah sampai USJ 9.kat padang belakang masjid.”

“Apahal siot kat area masjid kena kacau?jauh lagi nak sampai rumah tu!ko dah makan belum?”

“Budus! Kan plan-nya aku nak keluar makan dengan ko kejap lagi,hanat!”

“Ha’ahla! hahahaha!abis ni kalo tengah ber’dating’ dengan cik pon kira tak jadi la kita lepak malam ni?hahahahaha!”

“Siot ko Yim! wei credit aku tinggal brapa sen je ni.kalo terputus aku pura2 bercakapdengan ko”

“ok ok.ko baik2 jalan tu.baca la aya….!”

Tak sempat Nayyim habiskan pesanan, terus terputus line sebab kredit habis. Hilaian masih sayup2 kedengaran. Plan nak berpura-pura cakap on the phone di batalkan.Mamil nekad, apa nak jadi jadi la! Sampai di penghujung padang dia, dengan berat badan yang gempal, DIA PECUT SEKUAT HATI MACAM LIPAS KENA RIDSECT! Aku tak tau brapa laju or lama dia sampai rumah,tapi malam tu dia tak keluar dengan Nayyim. Keesokkan harinya, dia MC dari keje sebab demam panas.huhu.


.SEKIAN.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2017 03:59 PM | Show all posts
okay forumer, hope you enjoy the stories. have a good weekend!
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 04:33 PM | Show all posts
Fienomenology replied at 3-2-2017 03:30 PM
Yeppa!yeppa!yeppa!

Abam datang lagi dengan citer2 untuk dikongsi bersama! Sorry lambat sikit upd ...

the 8th court tu maksudnye apt kat court 8 ke?
besar tu weii sqft nye...
aku penah dok court 3



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2017 04:51 PM | Show all posts
bottombikini replied at 3-2-2017 04:33 PM
the 8th court tu maksudnye apt kat court 8 ke?
besar tu weii sqft nye...
aku penah dok court  ...

ye @bottombikini Apt Court 8. laa...xjauh la rumah kiter.huhu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2017 11:01 AM | Show all posts
banyak nye thread best2.. park dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2017 11:21 AM | Show all posts
Bonus Story: Parade of Horror

Saper sangka yang shopping mall yang penah digelar “The longest mall in SEA” ni ada kisah mistis dan urban legendnya yang tersendiri. Mula beroperasi pada 1988/89, Subang Parade (SP) masih gah dan relevan hingga ke hari ni.

Ada beberapa urban legend yang pernah aku dengar sepanjang aku membesar di Subang. Salah satu nya adalah kematian seorang budak jatuh dari atas Ferris Wheel. Insiden ni berlaku zaman kat blakang SP ni ada fun fair and playland. Lagi satu adalah SP ni dibina atas bekas jirat cina. Tapi setahu aku dulu area subang ni ladang kelapa sawit and takder pun tanah diterokai untuk tujuan selain peladangan. Wallahualam.

Story 1:

Kisah ni aku dapat dari cousin aku, Kak Roz dan dia pulak dapat dari seorang staf McD SP ni. Staf McD bernama Aunty Mary adalah seorang party planner dan insiden ni berlaku semasa dia buat overtime pada salah satu weekend. Kebetulan masa tuh cuti sekolah maka banyak la parti kanak2 riang nak di uruskan. Bila semua staf dah balik tinggal keseorangan la Aunty Mary ni dan dah tentu2 kawasan lain dalam mall gelap after operation hours.

Tengah kusyuk buat kerja tiba2 dia terdengar mcm ada bunyi mesin berfungsi. Dia suspek ni mesti crew tak tutup mesin. Dia jenguk ke bahagian kitchen, tak der apa2. Semua macam biasa. Pelik. Bunyi mesin tu masih lagi kedengaran. Aunty Mary pun ke luar untuk balik ke meja kerja nya. Tgh berjalan tu, mata dia ternampak macam ada benda bergerak atas ke bawah,"tak kan la kot.tak mungkin!" detik hati nya. Makin dia dekat makin sah apa yang dia nampaknya.

Bubble lift yang bersebelahan McD tuh bergerak dengan sendirinya!tak kan lift tuh gerak sendiri kalo main switch dah tutup! Aunty Mary apa lagi…angkat barang and blah la!huhu.

.END.


Story 2:

Citer ni pulak datang dari pak guard yang keje kat situ. Ntah macamana la budak2 aku bole korek citer ni. Mungkin pak guard tu extra friendly masa diaorang isap rokok kat SP tu. Pak guard tu pun buka cerita selepas menghembuskan asap rokok gudang garam.

Menurut dia, insiden berlaku pada salah satu shift malam dia bertugas. Pada malam tersebut keadaan seperti biasa pada mulanya until the routine rounding at 1pm. Tengah dia meronda tiba2 ekor mata dia ternampak mcm ada kelibat putih lalu di koridor. Dia tak dapat nak tangkap sebab benda tu laju sangat.

Di carinya sekali lagi,dia suluh ke arah koridor yang gelap.WOSH!Kelibat putih lalu depan dia!Pak Guard tersebut dah seriau!Apa benda yang laju ni? Dia cuba cari lagi,kali ni entiti tuh ada beberapa meter dari dia!

Dia pun menjerit “Siapa kamu?kamu mau apa?!”

Entiti tu senyap membisu. Lepas half a minute makhluk tu pun terus beredar dengan lajunya dari satu koridor ke satu koridor yang lain! Pak guard tu memang tak tunggu lama untuk berlari balik ke markas! Malam tu juga dia amek EL and balik rumah sebab tak sanggup nak teruskan shift malam tu.huhu!  


.SEKIAN.


P/S: Sorry kalo aku lambat update thread.busy skit lately.patutnya aku update on Friday tapi tak sempat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2017 05:39 PM | Show all posts
Horror Office Stories

Dalam observation aku, yang kebanyakkan ofis kat Malaysia ni mesti ada kisah angker/mistis nya. Aku nak share pengalaman seram aku di ofis selama aku bekerja ni. Sorry kalo citer aku tak seram,just nk share pengalaman jer.

Intro:

Ofis lama aku ni typical shop lot 2 tingkat di kawasan kat Putra Heights, Subang Jaya. Ofis aku kat tingkat 1 dan bwh ofis kami pulak kedai besi (skrg dah jadi kedai basikal). Kalo ko keje firma arkitek mmg confirm ko akan stayback skali-skala untuk kejar dateline yang tak masuk akal yang bos ko tetapkan. Maka nak tak nak, mmg ko dan projek team akan bertungkus lumus buat kerja sampai lewat malam/pagi. Silap2, keesokan malam baru ko balik (Seriously,I’ve experienced it!lebih kurang 35jam aku kat ofis baru bole balik rumah!)


Story 1: “Boss, Is That You?”

Kejadian ni jadi bila aku terpaksa stayback sebab nak kejar dateline untuk salah satu projek aku. Kebetulan malam tu pulak, budak2 aku kesemuanya tak dtg sbb masing2 ada hal. Maka aku terpaksa la kerah sorg2. SOP nak stayback ni, ko kena rapatkn roller shutter (ala pintu besi yg mcm kat kedai2 tu) tangga supaya org tak tau yg ada org kat atas. (kalo tau ada org mau kena rompak ofis nanti huhu).

So lepas aku tarik dan rapatkan roller shutter aku pun naik ke atas, tekan access code pintu masuk and terus bukak lampu ruang cubicle kitaorg (kalo budak archi panggil “studio”). Dah settle semua, aku tekan “ON” and duk depan PC aku. Tak panas lagi bontot ni aku terdengar macam ada org naik tangga ofis sambil bersenandung (humming). cubicle aku plak dekat dengan pintu masuk so bole la aku dgr dgn jelas.

Aku terfikir “bos ke tu?” sebab gaya dia naik tangga memang macam bunyi bos aku. (rumah bos aku mmg dekat dgn ofis, maka tak heran la dia datang malam2). Aku tunggu la “bos” aku tu sampai level atas and tekan access code untuk msuk ofis. Dah 2 minit aku tunggu “bos” aku, aku tak dengar orang masuk pintu depan. Dalam hati aku cakap “Ah,sudah!” at this point aku mmg dah agak yang tadi bukan bos aku! Pant*k!

Aku kemas brg, tutup PC and lampu ofis. Aku nekad kalo “benda” tu terpacak depan pintu mmg aku redah je! Alhamdulillah!takder apa2 dpn pintu. Aku turun tangga mmg aku nampak roller shutter mmg tak disentuh! F*ck! Aku angkat roller shutter tuh and lock balik seblum aku masuk keta! (aku rela lock roller shutter tu dan nampak benda tu dari kena sembur dgn bos aku sbb aku careless)

Aku pecut balik rumah dalam kete hitam aku, road bump semua aku redah. Balik je, wife aku tanya “aik!awalnya balik?” Aku pun citer la apa jadi kat ofis. Dia ckp “ooo….tuh mungkin ‘semangat’ or ‘penjaga’ office tu.cuak la tu sbb terserempak”.hampeh wife aku ni bole pulak sakat aku!

Sejak dari hari tu, aku tak akan stayback kalo tak ada org stayback sekali di ofis. huhu.

P/S: esoknya bos aku tnya “keje dah siap tak?” aku jawab jujur “tak sempat semalam bang.” .Dia geleng kepala je.huhu.

.END.

Story 2: “I Thought Its Was You”

Peristiwa ni pulak terjadi time budak2 aku si Ajem dan Berry yang stayback. aku tak der kat ofis mlm tu sbb bukan projek aku nak kejar dateline. Maka, diaorang ni pun pulun la sampai lewat mlm. Dlm pukul 2am gitu, si Ajem ni ternampak mcm ada kelibat org lalu dekat recep area. Dia bagitau kitaorg kelibat orang tu pkai baju serba putih and susuk tubuh tu berjalan dari meja recep ke mesin fotostat.

Si Ajem ni budaknya blur skit, bukan bodoh tapi dia mmg blur. Oleh kerana dia ni blur, maka terpacul la pertanyaan kpd si Berry ni;

“Wei, ko pegi ke depan tadi fotostat apa?”tanya Ajem

“Bila plak aku ke depan! aku kan duk sebelah ko ni!” jawab Berry sambil layan AutoCAD dpn mata.

“Ooohh! bukan ko la tadi aku nampak kat depan.k”jawab Ajem selamba.

At this point Berry dah cuak dah. Dia pun biarkan drawing yg nak kena siapkan kat situ lalu terus masuk ke surau utk tido dan tenangkan diri. Dia biarkan si Ajem tu terkontang kanting buat drawing tu.

Esok pagi mcm biasa bos aku tanya depa “drawings aku dah siap belum? client dah mintak ni!” Maka jawapan sama diterimanya “Tengah buat lagi ni bang.apa yang dah siap saya bagi kat bang nanti”. Bos aku pun geleng kepala sambil membebel. huhu.

Morale of the story: Jangan setuju dgn dateline gila yg bos ko tetapkan. huhuhu.

.END.

Story 3: Who’s That Girl?

Cerita ni datang dari ofis baru aku di Plaza Sentral. Aku dapat tau citer ni dari budak2 ofis ni. Pada satu tengah hari pada satu weekend, Kak Yen ni dtg ke ofis untuk sambung keje untuk project MRT dia sebab dateline nak dekat. Macam biasa dia sorang je yang datang, Technical Assistant (TA) nya semua bagi macam alasan tak nak datang. Siapa nak keje on weekends ye dak?

Sebagai workaholic tegar, Kak Yen nekad untuk siapkan keje yang tertangguh dan dengan semangat yang gigih, dia melangkah masuk ke ofis. Tak macam biasa, hari ni ofis gelap,(duh!) hanya berbekalkan sedikit sinar matahari dari tingkap ofis.

“Ni pukul dah pukul 1pm.Kul 4pm bole la siap keje ni.” Kak Yen bermonolog.

Dia ke main switch untuk bukak lampu area meja dia. Note book: checked, Handset: checked, Texas Chicken: Checked! Semua ada nak mulakan keje.

“Tak sabar rasanya nak siapkan keje and gi dating lepas tu” bisik hatinya sambil senyum kambing biri.

Baru je duduk, tak pasal2 dia ternampak bayang2 seorang wanita berambut panjang reflected on the PC monitor! Perempuan tu pulak ada dalam salah sebuah bilik director dan terus tenung ke arah Kak Yen!

Dia tak payah tanya siapa or apa tu, sebab memang dari tadi dia sorang je dalam ofis.
Kak Yen bangun, ambil barang2 lain, dan terus ke arah main switch untuk tutup lampu. *Knock!knock!knock!* bole pulak perempuan tuh ketuk pintu director tu!

“Yeeennn!Yeeennn!” terdengar bunyi perempuan tu memanggil. Kak Yen tak pandang belakang. Terus dia blah dari situ! Takkan ko nak pandang belakang ye dak?

………………………………………………………………………

Hari Isnin berikutnya, kecoh pagi2 kat opis pasal perempuan dalam bilik director.
Kak Yen macam biasa masuk lewat 10 minit (otai la katakan). Dia masuk je ofis semua pandang dia. “Apa hal semua pandang aku ni?” kata Kak Yen pada semua orang.

“Haiya,Yen ah!hari tu I panggil u,kenapa u lari ah?Haiya! u tiada dengar I ketuk2 pintu and panggil nama u meh?” tanya Jenny.

“Hah!bila masa pulak u panggil I?” tanya Kak Yen.

“Haiya!last Saturday maa!i was in Mr.Wong office.I terkunci dari dalam maa masa I ambil itu dokumen.Saya ingat nak panggil Razi datang tapi I nampak u masuk ofis and nak suruh u bukak pintu maa!” jawab Jenny.

Rupa2nya perempuan tu adalah PA bos yang terlock dalam ofis! KAHKAHKAHKAHKAH!

P/s: Part last tuh aku saja tambah. tapi mmg betul pun hari Sabtu tu Kak Yen nampak ada perempuan rambut panjang dalam bilik director. huhu.scaaarrryyyy!

.END.


Story 4: Footsteps

Okay citer ni fresh lagi. Baru last week aku dapat tau citer ni. Sebelum ni aku keje di sebuah firma di Uptown, Damansara. Ofis ni terletak dalam ofis tower which, toiletnya di share dengan tenant lain. Setiap pagi, akak cleaner ofis aku bernama Kak Yanti akan datang awal and bersihkan ofis sebelum ofis hour bermula. Hanya beberapa orang je dalam ofis yang akan datang awal pagi iaitu Kak Yanti, Abang Zam and Naenae.

Pada suatu pagi, macam biasa Kak Yanti akan prep bersihkan ofis dan seperti biasa org2 yang dtg awal dah ada dalam ofis. So Kak Yanti ni pun pegi ke toilet nak tadah air untuk mop lantai. Tengah tadah air tu, tetiba Kak Yanti nak buang air besar. Tgh duk meneran dalam cubicle tuh, dia dengar tapak kaki orang masuk toilet and masuk ke cubicle sebelahnya.

“Mungkin si Naenae masuk toilet ni.”kata Kak Yanti dalam hati. “ah!biarla.”

Dia pun buat dek and sambung urusannya. Dah settle, dia ambil baldi mop and keluar dari toilet. Masa masuk ofis tu,dia nampak Naenae tengah kusyuk main handphone. Dia rasa pelik.

“Naenae,lajunya kamu keluar dari toilet?bukan kamu baru masuk tadi?”tanya Kaka Yanti.

“Huh?bila masa pulak saya ke toilet?dari tadi saya kat sini kot.”jawab Naenae.

Kak Yanti terdiam. “Habis tu siapa dalam toilet?Opis sebelah ngak ada orang lagi?!”
Tanya Kak Yanti lagi.

“Ntah,ntah…?!” kata Naenae dalam nada seram.

.END.

.SEKIAN.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2017 05:41 PM | Show all posts
Happy reading forummers sekalian. Have a good weekend ahead!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.114156 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list