|
sori off topik jap..biler boleh tahu keputusan kpli ni ye? sbbnya interview sampai hujung bulan lapan |
|
|
|
|
|
|
|
Nilam dan ADaP serasi
PROGRAM Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) sesuai untuk program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) yang begitu dititikberatkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
Program ADaP yang menitikberatkan penggunaan maksimum maklumat dalam akhbar memerlukan murid untuk mengenal pasti bahan yang sesuai, membaca, melakukan aktiviti dan berkongsi bahan bacaan dengan rakan sekumpulan.
Kata guru Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Bangi di Selangor, Zainun Ismail, ADaP mempunyai format yang serasi dengan elemen Nilam, termasuk konsep fail tegak.
``Sebab itulah kita memanggil pihak Unit Pendidikan Utusan Malaysia untuk menjalankan aktiviti ADaP di sekolah ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Selepas program berkenaan, murid diminta mengisi borang pelaksanaan Nilam, sementara peserta yang berjaya menyelesaikan tugasan ADaP dengan tepat dan kemas, dan membentangkan hasil kerja mereka, dicatat sebagai Rakan Pembaca dan mendapat markah bonus di bawah catatan program Nilam.
Program di sekolah itu merupakan kali yang kedua. Kali pertama diadakan pada 2006.
Pada tahun ini, ADaP bertandang ke situ untuk mengisi slot Bulan Membaca 2007.
Menurut Zainun, Pusat Sumber di sekolah itu mengadakan pertandingan membuat fail tegak paling kreatif untuk murid tahun enam pada waktu senggang selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Tentang pertalian antara ADaP dan Nilam, katanya, terdapat persamaan yang nyata, seperti semasa aktiviti pembacaan, murid digalakkan mencatatkan bahan bacaan sebagai bahan dokumentasi rujukan.
``Saya lihat aktiviti `dua dalam satu' ini terdapat dalam ADaP dan Nilam,'' katanya.
Dalam konsep Rakan Pembaca pula, seorang murid akan membaca, atau mengulas, atau menceritakan hasil pembacaannya di depan khalayak dan ini membolehkan pelaksanaan satu konsep Rakan Pembaca.
Dalam kumpulan maksimum enam orang, seorang akan menjadi rakan pembaca dan lima lagi merupakan peserta individu atau Jauhari.
Beliau menambah, dalam ADaP, peserta berkumpulan juga perlu melantik seorang Rakan Pembaca dalam kumpulan dan membentangkan hasil kerja berkumpulan masing-asing.
Hasil kerja berkumpulan dalam program ADaP meliputi pemerihalan sekeping gambar, analisis Rencana Pengarang secara pengurusan grafik, menganalisis bahan grafik seperti laporan saham harian, dan memproses bahan dalam bahan pengajaran dan pembelajaran.
Kata Zainun, bahan yang telah diproses menjadi fail tegak akan dijilid, disimpan dan akan digunakan pada tahun berikutnya.
Program Nilam adalah satu program yang menggabungkan atau mengadun kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
Matlamat Program Nilam adalah untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid, menggalakkan murid menjadikan buku sebagai sahabat dan menggalakkan pihak sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
Ringkasan kepada aktiviti program Nilam adalah seperti berikut:
* Rekod bacaan
* Pertandingan banyak membaca
* Pertandingan menulis
* Sinopsis buku
* Buku skrap
* Kuiz
Sementara itu, Guru Besar SK Bandar Baru Bangi, Rohana Hussin berkata, beliau memang menggalakkan setiap guru kelas menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran sejak dari dahulu lagi.
Sebagai sekolah yang pernah menerima Anugerah Sekolah Harapan Negara, beliau sentiasa mencari jalan untuk mengekalkan prestasi dan nama baik sekolah.
Menurut beliau, pembelian akhbar dilakukan dengan kerelaan murid sendiri setelah mereka didedahkan dengan kepentingan akhbar dalam pengajaran dan pembelajaran.
``Sekolah juga melanggan akhbar melalui bajet Pusat Sumber.''
``Saya sendiri menggalakkan murid dan guru sekolah ini melanggan akhbar,'' katanya.
Tentang sekolah itu, Rohana memberitahu dia telah memohon supaya sekolah itu diiktiraf dalam kelompok kluster sekolah rendah kebangsaan.
``Kekuatan sekolah ini terletak kepada permuafakatan erat dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),'' ujar beliau.
Tentang perancangan akademiknya, Rohana berkata cabaran besar bermula tahun hadapan apabila kertas Sains dan Matematik UPSR sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.
``Warga sekolah ini secara keseluruhannya perlu lebih inovatif mencari kaedah pengajaran bagi kedua-dua subjek berkenaan, khususnya Matematik,'' ujar beliau.
Beliau mengakui berlaku kemerosotan peratus kelulusan bagi mata pelajaran itu bagi tahap yang sedang mengikutinya dalam bahasa Inggeris.
Katanya masalah untuk memahami kedua-dua mata pelajaran itu menjadi lebih besar kalau guru bertutur sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2558 ftir's post
sijil matrik kena letak. Termasuk result2nye. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2556 sha2053's post
ooooooooo..barulah clear.tenkiuuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
tema 50 tahun merdeka --Malaysiaku Gemilang..aku rasa sapa yang interview nak dekat2 merdeka mesti kena tanya pasal perguruan zaman sebelum dan selepas merdeka |
|
|
|
|
|
|
|
korang rasakan dia tanga tak tentang perang |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by simbiosis at 30-7-2007 04:01 PM 
kita serupa.. sila rujuk my previous post..
tapi rasanya semua nih bergantung pada penemuduga.. diorang boleh sedap-sedap tanya..
so rasanya ko carik je sapa yg dah interview sama tempat, ...
thankz, very usefull, hopefully u can guide us to perform better in our interview..thankz ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa pun...mesti ada kaitan tentang merdeka ,,..cikgu zaman dulu dan pendidikan zaman seblm dan selps merdeka..
penyata razak laporan rahman talib and macam2 lagi |
|
|
|
|
|
|
|
jap2...aku ade terbaca kena bw tesis..betol ker?option je kan?aku wat portal 50 tahun merdeka..kalo aku bw mesti die tanya pasal 50 tahun merdeka kn?nak bw ke tak? |
|
|
|
|
|
|
|
RESULT LAGI CEPAT LAGI BAGUS |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2563 aniaz's post
Result kpli hanya boleh diketahui masa semakan tawaran calon berjaya ke IPG bulan disember. Anyway, rasanya ada 2nd intake lps pendaftaran kpli. So, kena sentiasa check website moe. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2570 sicekgumath's post
KENA BAWA TESIS KE TAK NI..AYOO AKU ADA GAK TESIS |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2464 sicekgumath's post
|
|
|
|
|
|
|
agak agak la..tesis besar tu...
tapi apa salahnya itu karya kita...
kalau nak kelainan |
|
|
|
|
|
|
|
sap nak pakai name tg nanti...? malunyer |
|
|
|
|
|
|
|
KENA BAWA TESIS KE TAK NI..AYOO AKU ADA GAK TESIS |
|
|
|
|
|
|
|
Pastikan segala sijil dan keperluan lain sudah berada dalam tangan. Bawa juga buku penulisan tesis anda. Pastikan anda mengusai bidang pengajian anda dulu,
tajuk tesis anda dan soalan-soalan mungkin ditanya mengenainya. Kebanyakan soalan adalah berkenaan anda dan bidang sarjana muda anda.
ni statement ade org bg yg dipetik dr e-book batagolek..eee..cane nie? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2542 aniaz's post
member sebelum aku kene tanye pasal perang..die tanye pasal isu semasa, nasib baik tak tanye aku, mesti aku jawab sy dah bosan pasal perang..dah tak ambik tau langsung..hehehe... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|